Thursday, May 31, 2012

Aku & "Hala Tuju"

Assalamualaikum..
......

Ada lagi sebulan..
sebelum tawaran untuk sambung ijazah keluar..
Risau gila..walaupun lagi sebulan. (kenapa aku dok ulang ayat nih??)

Sebab aku takut tak dapat offer.. (Ya Allah, mintak dijauhkan r)
Ataupun, dapat offer course bukan pilihan aku.
Semua student nak sambung belajar pon berdepan dengan masalah ni.
Arghh, stress di sini..
Dulu masa aku sem 1, aku berharap sangat dapat sambung ijazah dalam perubatan.
Nak jadi doktor kononnya..
Tapi bukan rezeki aku kot.
CGPA tak cukup. (wuwuwu....sedihnya. Ni sedih betul2 ok!)
(Minimum untuk medicine 3.50.)
Minimum ok, means kalo dapat 3.50 pun aku kena compete dengan student yang dapat pointer lagi tinggi dari aku.
Tipis jugak di situ.

Ini semua angkara Math sem 6.
Kalo aku skor, musti pointer aku naik. (udoh2 le tu..)
Tapi, memang Math sem 6 paling teruk pencapaian aku.
Sebelum nih, Math adalah prospek A bagi aku. (ecehhh, blah r Mirul!)

Takpela, tu semua sejarah.
Allah dah tetapkan sesuatu yang terbaik untuk aku.
Dan aku kena yakin denganNya.
Yosh!

So, aku berharap sangat, salah satu dari pilihan aku nih Allah makbulkan..
Mana hala tuju aku lepas nih???
Sebab aku student UiTM, ni course aku apply under UiTM.


Yang bawah nih, under UPU.


Dalam banyak2 tu, aku harap sangat dapat sains forensik..huhu
Tapi, kenapa la aku pegi letak pilihan ketiga???
Bengong!
Insya-Allah, ada rezeki adala..

Aku ada try mintak medic kat Indon.
Basically, pointer aku takde hal.
Tapi, baru nih, orang tu text aku, ujian kelayakan 10 Jun nih..
Memang tak sempatla aku nak study..
So, tak payah la kot.

Ok, tu je pepagi buta nih..

Adios!







Wednesday, May 30, 2012

Aku & "Math" part 2

Assalamualaikum..
.......
Episode: Latih tubi 

Cikgu Yassin kalo bagi homework, macam aku cakap sebelum ni, memang giler punya banyak. Beliau nih tak sensitif langsung pada perasaan kanak2 yang sedang meningkat remaja macam kitorang. Apa yang dia tau, latihan, latihan, latihan.... Practice Makes Perfect kaedahnya. Masa aku darjah 5, dia in-charge waktu Pendidikan Seni, subjek all-time feveret aku. Tapi, dengan kuasa yang dia ada, kelas Pendidikan Seni tu dia tukar jadi kelas Math. Warrgggghh...tension aku. Memang memberontak sanubari ini.

So, dalam seminggu ada kelas Math 'extra' sejam. Dem! Aku ok lagi dengan homework dia yang sangat memenuhi masa lapang tu. Tapi kelas Pendidikan Seni, jangan usik!! Itu time aku berkarya..huhuhu. Time aku berangan.. Time pengembangan minda. Kenapa mesti belajar Math? Kenapa? Tapi, takde sape mendengar keluhan anak kecil yang periang seperti aku. Luar pasrah dan hepi, dalam hati , Tuhan yang tahu. Remuk! Huiissh, poyo ko nih Mirul!

Beliau cakap, "Math is more important than Art.." Luluh hati aku. Lebih memburukkan isu semasa, dia jugak in-charge waktu Pendidikan Jasmani hari Selasa. Whyyyyyyyyyyyyyy?? So, dua jam extra Math. Aigoo..

Oleh kerana latihan dan latih tubi yang konsisten sepanjang tahun, maka buku latihan yang kotak2 tu pun sah2lah habiskan? Bila dah habis, selalunya buku baru, aku gamkan sekali ngan buku lama. Biasa la tu kan? Ok, dalam hidup korang, paling banyak berapa buku yang korang gam? Rekod aku, 6 je.

Dah sama tebal dengan kamus dwibahasa Oxford. 

Ada sekali masa dia nak sain buku aku, dia terkejut, "Woo, 6 buku. Ni kalo ayah awak tengok ni, mesti dia pengsan. Kahkahkah.."  Boleh plak dia gelak. Aku senyum je. Cool tapi dalam hati, "Bangga sioott!!!!" Hasil titik peluh aku. Majoriti semua budak kelas aku, buku berlapis cam kat atas nih. 

Ok, setakat settlekan latihan buku teks, takkan sampai 6 buku? No, no, no.. Untuk lebih bijak dan cergas, Cikgu Yassin menambah sedikit ubat penghilang lesu dan mengantuk bila tak buat latihan buku teks.

Buku latih tubi..huhuhuhu

Aigoo.. Cubala hulur Ujang ke? Pedang Setiawan ke? Ni buku di atas. Jalan kira, sila buat dalam buku. Takde main bulat2 je jawapan. Masa darjah 6, kitorang siapkan 5 buku latih tubi nih. Mau tak 6 lapis buku latihan. Abis satu, beli lain. Nak2 petang kul 2 ada kelas tambahan. Lama2, hidup dan membesar dengan Cikgu Yassin nih, satu kelas dah biasa latihan banyak2. Setakat koleksi soalan UPSR, kertas satu 40 soalan objektif, kertas dua 20 soalan subjektif, takde masalah nak buat dalam sehari, siap dengan jalan kira. Sampai satu masa, aku boleh buat dalam masa sejam je 40 soalan tu. Err..sejam lebih sikit2 la, pasal kena tulis jalan kira. So, masa exam, memang takde hal tak cukup masa..Hahahaha

Cikgu Yassin pernah cancel kelas tambahan petang pasal World Cup 2002 KoreaJapan. Aku ingat lagi masa tu, quarter-final, Brazil lawan England. Huhu. Masa tu semua bersorak. Terbaik r cikgu! (Eleh, time free baru nak cakap cikgu terbaik...huhu)

Ok, tu je..

Adios!








Sunday, May 27, 2012

Aku & "Math" part 1

Assalamualaikum
......
Episod: Rasuah

Masa aku bertaraf budak hingusan, aku tak paham langsung perkataan tu.  Bila masa aku paham pun aku tak ingat since aku tak penah terlibat dengan gejala perosak bangsa berkenaan. Konon tak terlibat..

Bila dah dewasa nih, aku pikir2 balik, aku penah menerima rasuah, suatu masa dulu, semasa aku bersekolah rendah. Aku budak sekolah luar bandar, SK Gali. Tak penah dengar kan? Try la gugel, kot2 jumpa. So, cikgu2 sangatla gigih mengajar untuk mengangkat taraf pendidikan kitorang. Termasukla cikgu math yang paling digeruni, Cikgu Mohd Yassin bin Derahman, demi memenuhi motto sekolah kami, GAYA, MUTU, KEUNGGULAN. Ok, aku tipu bab motto tu. Tiga tahun aku berguru dengan beliau secara rasmi. Darjah 4,5 dan 6.

Kerja rumah daripada beliau? Takde alasan untuk tak siap. Bagila sebab apa pun. Asal takde bukti kerja dah beres, memang rotan penceria hidupmu. Takpun penampar kat belakang badan. Lelaki, pempuan, tengah2.. sume kena bantai.

Kerja yang dia bagi, hmmphh..aku rasa, yang paling banyak dalam banyak2 cikgu kat dunia nih. Latihan dalam buku teks Matematik KBSR darjah 4,5,6, semua settled sebelum peksa akhir tahun setiap tahun.

Style beliau bagi kerja rumah: 
"Bukak muka surat 24. Buat Praktis C semua, D semua, E semua dan Latihan Pengukuhan. Lepas tu,  bab Operasi Bercampur, A semua, B semua, C semua, D semua. Esok kita semak.."
Memang bergaya..kan?

** (huruf) semua: Praktis tu ada pecahan soalan lagi. 
Cth:
Praktis C
i.
ii.
iii.

**Latihan Pengukuhan
Paling hazab. Paling banyak dan ya ampun, bu..soalannya pulak berstatus advanced.

Bayangkan, kena buat dalam masa sehari. Masa tu aku pikir, gila apa? Ingat kena buat Math je? Sains, karangan BM, BI tak payah? Bagi latihan macam bagi ayam makan. Main tabur2 je.

Kerana terlalu banyak, ada satu hari tu, kawan baik aku, Naza, tak sempat siap. Menggigil kepala lutut kitorang walaupun aku punya dah settled. Duduk sebelah2 dengan meja bercantum.



Cara Cikgu Yassin semak buku:
Buku tukar ngan member sebelah. 5 atau 6 orang students pegi tulis jalan kira kat blackboard. Ikut turutan no.soalan. Beliau semak jalan kira dari tepi, sama ada betul atau salah. (amboi, kemain senang keje beliau) Buku kita, kawan yang tanda. Cam kes aku, Naza tanda buku aku, aku tanda buku Naza. (wah cikgu, goyang kaki nampak...huhu)

So, sapa student tak buat homework, partner kat sebelah tak boleh buat kat blackboard pasal jalan kira kat buku takde. Kantoi di situ.

Si Naza nih dah gelabah puyuh. Sib baik tak sawan. Buatnya kejung dalam kelas, memang drama. Aku plak, takkan nak report yang best friend aku tak siap keje. Aku tersepit antara hak dan batil. Sekali Cikgu Yassin announce, "Bagitau cikgu, sapa tak siap? Baik mengaku. Kalau cikgu sendiri check ada yang tak siap, dua2 sekali kena"
Aku, "Gulp!"

Tetiba, Naza cakap, "Weyh, ko jangan report kat cikgu."
Aku serba salah, "Kalau kantoi nanti, aku sekali kena. Buat rugi je aku siapkan keje dia.."
Naza diam. Dia pikir2 jap.
"Ok, aku bagi ko 20sen.. But please, keep your mouth shut." Ceh, Naza speaking London. Kitorang memang biasa speaking2 nih. Naza pun hulur duit.
Aku, "Hmm..okla"





20 sen ok. Bukan RM20. Bukan RM2. Punyala besar nilai duit masa tu pada aku walaupun dah tahun millenium. Huhu.. Masa tu aku darjah 6, tahun 2002. Kerana 20 sen, aku mendapat idea yang mencurah-curah ke ladang gandum nak cover dari kantoi. Sebelum tu, otak aku memang da bengap sangat. Dah macam Fei Mau yang bahu terhenjut-henjut tu. Dah ternampak-nampak kat mata, kena penampar kat belakang badan. Sakit wooo. Aku penah kena sekali darjah 5. Menangis siott..haha

Ok, tu je setakat nih..

Adios


















Wednesday, May 23, 2012

Aku & "Ana Syuhada"

Assalamualaikum..
.......

Korang kenal Ana Syuhada?
Tak?
Awek aku?
Owwh..tidak ye. A-ni-yo.. 
Korea sangat aku.
Beliau nih peserta Mentor 6 kat tibi 3.
Anak didik Ramlah Ram.

Ya ampun, takde maknanya aku nak suruh korang vote dia pasal beliau sudah pun tersingkir..T__T
Bukan apa, aku just mau meluahkan perasaan jek. ~Perlu ke masalahnya?~ 
Aku tak puas ati pasal dia terkeluar..sob3x.
Walaupun dua minggu lepas kejadian ini terjadi. ~Aku superlambat update..huhuhu~
Padahal, bak kata Anas, suara dia yang paling cool dalam citer tuh.
Memang pun!
Mak aku pun setuju. Gimifai. mom!
Pada aku, suara dia paling unik dan best.
SUARA ok, bukan sebutan dia masa menyanyi yang mana menjadi salah satu punca TERBESAR dia tersingkir.
Aish..
Sampai gaduh2 aku ngan adik aku pasal si Ana ngan Tisha.
Sungguh sadis.
Dia support Tisha.

Kerana aku termiss konsert pengenalan Mentor ni, aku pun menggatalkan tangan la gi gugel kat yutiub.
Konsert pengenalan si Ana sahaja ok.
Hasilnya,
WOW!! (tone: kagum nak mampus)

Amazing..yosh!
Tang part2 high note tu sangat natural dan terasa kehightan notenya.. 
Tak seperti lagi sorang member dia..high note sangatla tak terasa.
Ok, aku tau aku tak belajar vokal atau muzik.
Pada aku part2 kena mengeluarkan suara pada tahap tertinggi laksana mengeluarkan Chidori, serta penapasan yang panjang, tu la high note.
Aish..again.

Minggu lepas, Zatul menang.
Yosh! Lepas Ana, aku support Zatul sepenuhnya walhal satu vote pun tak penah aku hantar kat dorang berdua.
Bukan kedekut.
Aku kan menganggur. 
Mana la ada duit nak topup. 
Lima posen bai satu sms.. Lima posen = 50 sms Celcom-Celcom. 
Then, baru aku sokong Anas walaupun setakat ni dia yang the best.

Ok, tu je..

Adios!

credit to: ramlahram group





Monday, May 21, 2012

Gelaran Keempat Terbuka British Datuk Nicol David

London, 20 Mei 2012

Datuk Nicol Ann David meneruskan dominasinya dalam sukan skuasy apabila menjulang buat kali keempat trofi Terbuka British 2012 semalam selepas menjinakkan kuda padi Mesir, Nour El Sherbini 11-6, 11-6, 11-6 dalam masa 33 minit, sekaligus menjarakkan pungutan mata dengan pemain ranking kedua Jennyy Duncalf dari England. Terbuka British merupakan salah satu kejohanan berprestij yang diburu oleh semua pemain skuasy dunia. Nicol sebelum ini pernah menjuarai kejohanan ini pada 2005, 2006, dan 2008.

Kronologi kemenangan Nicol

Pusingan 1      : Nicol David mng Maria Toor Pakay  11-2, 11-3, 11-6 (20m)
Pusingan 2      : Nicol David mng Samantha Teran     11-7, 11-7, 11-3 (28m)
Suku akhir      : Nicol David mng Joelle King             8-11, 11-3, 11-4, 11-0 (45m)
Separuh akhir : Nicol David mng Laura Massaro       11-5, 11-8, 11-4 (39m)
Akhir              : Nicol David mng Nour El Sherbini    11-6, 11-6, 11-6 (33m)

Bagi saingan lelaki, jagoan England, Nick Matthew mengibas Ramy Ashour juga dari Mesir dalam masa 49 minit bagi bergelar juara. Kemenangan ini turut meletakkan beliau di ranking teratas mengatasi rakan senegara James Wilstrop.   

Amirul Bakar Atan,
untuk berita sukan TV3,
London.

Sunday, May 20, 2012

Aku & "Nocturnal"

Assalamualaikum..
.......

Alhamdulillah..
Tadi, mak bagi RM40, gaji/upah tolong dia ngan wan buat ketering (ok, salah eja).
~~Tak perlu amik gambar duit tu rasanya setakat nak tepek kat blog.~~
Memasak untuk 100 orang.
My sis also got the same amount walaupun dia tadi lagi rajin daripada aku.
Tapi, aku rasa bersalah pulak, sebab tadi aku asik tido jek.
Semalam online sampai pukul 4 pagi.
Stupid huh, walaupun mak dah warning awal2 jangan tido lambat sebab nanti aku kena drive balik kampung pukul 6.30 pagi.
So, kerana kes tak cukup tido, aku bawak keta dalam keadaan separa sedar.
Gila.
Jugak, time orang sibuk2 masak, aku zZZzzZZ kat ruang tamu. (aku tak berdengkur ok. penapasan aku tiptop)
Pastu, mak kena jerit2 suh aku buat keje.
Timbuk gulai labu, angkat tong gas, etc termasuk sembang ngan mak cik sebelah umah, aku buat dalam keadaan separa sedar.
Sungguh wtf..huhu

So, bila  aku nak dapat payment,
aku cakap kat mak,
"Agak2 untung tak kalau bagi banyak tu? Kalau mak dapat sikit dan tak berbaloi ngan keje orang buat, bagi sikit jela." 
Walaupun dalam ati cakap, takyah bagi pun takpe.
Aku rasa aku buat keje sikit sangat. (tau pun!)
Aku amik jugakla tapi.
Pastu mak pesan, "Nanti, rajin2 la sikit buat keje.."

Ok, aku paham.
Paham konon, ni yang menggatal update blog pepagi ni dah kenapa?

*Adoidoidoi, payah nak tukar bila dah hampir kepada spesies nocturnal. Huhu...











Saturday, May 19, 2012

Aku & "Painful"

Assalamualaikum..
..........

Untuk memulakan sebuah persahabatan, bukan senang bagi aku.
Tak konfiden, malu, takut, segan.. semuanya bergaul dengan sebati.
Itu aku.

Baru2 ni, aku berhenti kerja.
Entri sebelum ni, aku ada cerita.
But with no tone of excitement.
Bodoh.
Maybe, sebab dah ada kerja, tiba2 berhenti.
Tapi, aku ada sebab2 aku sendiri.
Nampak tak, sebab2.
Bukan satu ok..huhu

Aku berdoa pada Allah,
supaya tidak timbul sebarang penyesalan atas keputusan aku tu.
It was hard actually to make this decision.
Salah satu puncanya, I've made a lot of friends at the restaurant.
A lot.
Ada tiga stesyen.
Floor, cashier and kitchen.
Aku kat kitchen.
This is the list of my new friends.

Floor
Kak Ina (org pertama yg tegur aku)
Ilah
Hussein

Cashier
Bai
Tun
Salma
Anis
Azwan
Fatimah

Kitchen
Syahel
Amin
Razif
Azwa
Abg Sabil
Afiq
Hafiz
Fizan

Manager
Miss Siti
Miss Nisa

Bos

*sorry kalau ada nama yang tertinggal.

Aku belajar banyak perkara dari dorang especially from Syahel, Tun, Bai, Anis, Azwa and Afiq.
Punctuallity, filter minyak, serve makanan, banyak lagi.
Persahabatan yang dah terjalin ni menjadi sebab terbesar antara aku nak berhenti ataupun tak.
Pertimbangan terakhir.

Satu hari, selepas aku berhenti,
aku pergi balik restoran tu.
Nak pulang uniform, cap ngan apron.
Then, budak2 ni jerit(takde la kuat2) "Emi...emi" (dorang panggil aku Emi..huhu)
Sakit sangat aku rasa.
Walaupun nampak tak macho, tapi ni hakikat, aku rindu dorang.
Rindu dengan dorang walaupun baru lima hari berjumpa.
Rindu dengan kitchen.
Rindu dengan senyuman, gelak ketawa, pekikan, hingar-bingar, gurau senda dorang.

No regrets.
Cuma perasaan tu sangat menyakitkan.
Sepanjang aku bekerja, aku cuba bagi yang terbaik.
Supaya dorang senang dengan aku.
Juga supaya bila aku takde, dorang terasa kehilangan. <---poyo, huhu
Seperti mana aku terasa huru-hara, bila Syahel, Anis, Bai atau salah seorang takde sebab bercuti.

Kadang2 aku merungut sendirian atas kelembapan aku bekerja.
Menyusahkan orang lain.

Sorry guys.

Hampir setiap hari, aku mimpi berada di kitchen tu bersama-sama dengan dorang.
Apapun, korang, terima kasih untuk segalanya.
Terima kasih sebab terima aku.

Adios!