Thursday, February 28, 2013

Aku dan "Recap Semester 1"

[Assalamualaikum..]

Kejap je cuti sem habis. Seperti makan Maggi Asam Laksa. Bila dah habis, tak cukup pulak rasanya.  Lagi dua hari, aku dah kena balik Shah Alam. Kalau mak aku dengar, mesti beliau cakap, "Banyak sangat tido, sebab tu la cuti jadi sekejap.." wuwuwu..  4hb nih dah start kelas.

Jadi, kali ni, aku nak recap sikit kehidupan aku masa semester 1 (semester 2 dalam slip) baru ni. Penuh suka dan duka wa cakap lu, menempuh ranjau berduri dan merentasi ombak yang membadai. Penuh dengan konflik. Wah..sungguh drama. Adakah semua student Analisis Forensik juga hidup berdrama swasta seperti aku? Harap bertabah. *Mohon cancelkan bahagian beranjau semua tuh.*

Baik, pada sesiapa penah terbaca entri yang ini, maka mereka akan mengetahui bahawa aku mengalami masalah mencari kelas dan makmal err..juga tandas lelaki kerana Fakulti Sains Gunaan di Shah Alam adalah sangat besar. Banyak kali jugak aku mempertikaikan pelan fakulti, seolah-olah aku adalah arkitek yang sungguh berjaya. ==!

Baik (untuk kali kedua =='), untuk julung-julung kalinya, aku akan memperkenalkan barisan teman lelaki sewaktu di kolej ataupun lebih afdal disebut teman sebilik bagi mengelakkan fitnah. Haha..


Lajur 1: Zubair, Amin, Tok Wan, Aku
Lajur 2: Nadzrin, Ayie, Isyam, Pak Jad

Sepanjang aku duduk hostel/kolej, dorang ni roommates yang paling awesome. Zubair, Amin ngan Ayie, aku baru kenal since dorang dari UiTM Merbok. Yang lain semua stok budak-budak Pilah. Pak Jad berasal dari Korea katanya..Jhahaha Jadual kelas kat whiteboard dia tulis dalam Bahasa Korea...*aku syak dia kopipes jek*

Since kitorang takda orientasi kitorang ada program sukaneka peringkat fakulti. Sebagai seorang yang berpengalaman dalam acara baling selipar peringkat antarabangsa, aku harus menyalurkan khidmat bakti menerusi acara tuju tin. Benda yang sama. Cuma susunan selipar tu tukar dengan susunan tin air. Formation 4,3,2,1 kalau tak silap. Tuju tin ngan opponent still menggunakan selipar.

Ni wakil Forensik (FORSIS) yang jugak budak bilik aku..haha 

Selepas melawan dengan penuh semangat kesukanan, kitorang lepas final. Yosh! 
Semangat bergambar macam main ragbi jek. Hahaha... 
Lawan Biocomposite pulak. Kali ni, kitorang kalah.. Beza masa bertahan.
Dorang bertahan lama sikit sebelum semua mati..wuwuwu 


Sekarang masuk bab study pulak. Sem ni aku amik 22 jam kredit bersamaan 7 subjek. Paling sakit,  hari Selasa. Kelas daripada pagi sampai pukul 7 malam. Jujur aku cakap, sangat tersadai. Kesian organ-organ badan aku. Disebabkan aku kepancitan, maka aku perlu menjamu selera. Asal ada masa senggang, aku pegi makan.  

Masa lab Biology. Sebelum tu aku makan dulu. Nescafe panas mesti ada. Almakngah, aku tak minum ais. 
Rasa cam kat Korea pulak, minum air kopi panas dalam cawan kecik cam tuh pada musim sejuk.
Comel sungguh perbuatanku.*buat mulut itik*

Subjek feveret, Organic Chemistry (OC). Kalau aku dah tak sempat salin, aku amik gambar jek. Huhu.. 
Standard la tuh. Aku suka OC. Masa lab r paling best. Setup apparatus, main ngan chemical. Buat eksperimen sendiri-sendiri. Pehh..rasa awesome gila. 

Setiap minggu, empat reports kena buat. Atas tu, reports untuk minggu terakhir. Bila dah hantar, fuii..rasa lapang kepala otak. Bab cover aku memang tak amik berat. Tu yang nampak cincai. Tak menepati spesifikasi. *tapi bahagian isi, sorry bhai, memang tip top!*
Pada aku, buat report bebanyak ni sangat mengganggu masa untuk buat revision. Jujur aku cakap, setiap kali ada test/quiz aku akan study last minute sebab nak siapkan menda alah ni.

Bila stress, marilah kita membaham mi segera sambil menonton drama Korea/Jepun. 

Kat Shah Alam jugak, aku belajar main skuasy. Selain berlari-lari macam orang takda pedoman kat trek, aku main skuasy. Biasanya, dengan Amin la. Kitorang masuk sukan antara fakulti, tapi dua-dua kiok masa first round.

Sorry bhai, gambar kurang bermutu. Nanti aku akan suruh Muthu yang amik gambar. 
Ok, tak lawak. T__T Gambar ni masa hari pertama aku main skuasy. Yang pakai tudung tu bukan Amin ye..huhu

Itu jela lebih kurang rutin aku masa sem 1. Duduk kolej sangat best. Lepastu, aku pun exam. Dah memang nasib kot, course aku amik mesti abis exam paling lambat. Tekanan woo.. Orang lain dah balik rumah, kitorang still lagi mengadap buku. At the end, aku manusia terakhir check-out daripada kolej. JPK tak yah cerita la. Dorang memang kena stay situ. Macam nak gila aku duduk kat kolej yang tak ada manusia. 

Minggu lepas dapat result exam. Alhamdulillah tak ada yang sangkut. Tapi basic chemistry aku sangat teruk. Taktau r macam mana nak mengadap subjek Forensik sem depan..huhu

Takda A solid pun. Paling teruk Math. Padahal masa diploma, Math adalah prospek A. Biology pun sama. 
*so, mulai sem depan dan ke atas, ko takyah berangan la nak dapat ANC* 

Sem seterusnya, kalau ikutkan study plan, aku kena amik 24 jam kredit pulak. T________T


Ok, tu je.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Adios!






















  



Tuesday, February 26, 2013

Aku dan "Faham dan Nilai"

[Assalamualaikum..]

Kita nak tunjukkan kebenaran. Kita nak tegakkan yang haq. Tapi, perlu ke kita membingaikan orang lain? Memaki, mencarut, menuduh orang itu dan ini, merendah-rendahkan tahap ilmu orang sedang kita hanya tunas yang baru hendak menjadi pucuk. Hendak bergasak dengan mereka yang sudah menjadi dahan yang kukuh, disokong akar yang teguh terpasak di bumi, berselirat dengan daun dan duri serta penuh dengan kesan torehan.*maap, kalau terlalu berkias*

Aku tak faham. Tak boleh ke kita tunjukkan kebenaran dengan cara yang terhormat/cara yang bijak supaya kebenaran itu tidak tercalar sikap yang buruk.

"Kebenaran tetap kebenaran, bro! Akan kantoi juga suatu masa nanti!!" Suara penunjuk perasaan.

Ya, aku tau, kebenaran tetap kebenaran!*muka bengang tapi masih kacak*

Anak muda berdarah panas. Ya, panas. Mungkin terlalu panas sehingga diterjemah melalui tulisan yang boleh mem'bodoh'kan akal yang bijak dan menghodohkan rupa yang cantik.*belek-belek muka kat cermin*

Pada aku, tak salah orang muda, yang masih belajar nak berpolitik. Cuma berhati-hati lah sikit dengan sensitiviti orang terutama kawan-kawan. Kerana politik, yang dah berkahwin berpuluh tahun pun boleh bercerai, inikan pulak persahabatan yang baru terjalin. Setiap orang ada tafsiran dan pegangan tersendiri. Ada yang senyap tapi menilai, ada yang bising tapi sekadar pak turut. Tak perlu membingaikan orang lain. Ajak menilai dengan cara yang baik bukan ke lebih baik?  

'Salah di mata kalau tak nampak, salah tafsiran kalau tak dinilai' -Sharifah Abu Salem- *kantoi layan Trilogi Cinta*


**Bosan membaca status politik kawan-kawan di facebook.
**Bingai mungkin perkataan kampung sebab tak ada dalam Kamus Dewan edisi ketiga..huhu Digunakan untuk mengutuk seseorang.

Ok, tu je.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Maaf kalau tersalah kata.
Aku jugak masih belajar; memahami dan menilai sesuatu perkara.

Adios!



Sunday, February 24, 2013

Aku dan "Vokal"

[Assalamualaikum..]

Aku suka menyanyi. Daripada lagu Melayu, Inggeris, Sepanyol, Korea, Jepun sehinggalah kepada lagu tema York Cooling King aku bedal semuanya. Walaupun aku tau suara aku ibarat petir membelah bumi. Melontarkan vokal dengan sepenuh tenaga dalam larutan penghayatan sangat memuaskan hati aku dan juga para peminat. Kadang-kadang aku terfikir, bagus jugak kalau aku mendaftarkan diri ke kelas vokal. Hmm.. *otometik terasa otakku begitu bijak bistari* Lantas aku menyalurkan buah fikiranku kepada permaisuri agung dengan nota-nota hujahan balas lengkap di dada.

"Mak, nanti orang dah abis degree, orang daftar kelas vokal eh?" 

Mak buat tak kisah sambil melipat kain. Cuma libasan kain batik bagi meluruskannya kedengaran agak berdentum. Tak setuju le tu..

"Awak nak buat apa masuk kelas tu. Mahal kan?"

Hujah yang pertama bersedia.

"Ala, sementara orang nak dapat keja, orang boleh pegi audition Mentor..hehe"

Mak berfikir.

"Mak hantar awak pegi Darul Quran la. Boleh belajar tajwid ngan taranum.."

"Erk.." Nota hujahan balas yang tersemat di dada jatuh berguguran ke lantai..
T__T  *air mata keinsafan*



Ok, tu je.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Adios!

Saturday, February 23, 2013

Aku dan "Diam"

[Assalamualaikum..]

Dalam hidup ni, kadang-kadang kita perlu diam.

"Jangan menyampuk masa orang tua tengah berbual.." Selalu dengar, bukan?

Mungkin orang pendiam seperti aku *pendiam ke?*, akan mengalami kejutan budaya bila ramai orang yang peramah berada di sekeliling aku. Tanpa sedar, aku pun turut menjadi peramah. Lalu perbuatan usik mengusik mula berlaku. Bertanya itu dan ini. Bila mereka mula menggila, aku pun turut menggila. Malah akan menjadi lebih gila daripada mereka yang sudah berstatus Dewa Menggila.*status dewa lantas bertukar tangan secara rampasan* Seperti hilang kewarasan akal. Adakalanya aku terasa seperti sudah melampaui batas. Tidak lagi peduli dengan siapa aku berbicara.

"Takkan tu pun nak terasa? Kata gila tahap dewa?" *dewa baru nak naik mula lupa daratan* Maklum orang mungkin sudah terasa hati, tapi sengaja mengebalkan diri daripada terjahan kesedaran. Lupa dirilah tu.

Sepatutnya aku diam. Dari awal lagi. Bercakap apabila perlu. Menganalisis situasi sebelum berkata-kata. Jangan main terjah semua perkara. Bila terlalu banyak bercakap, kebodohan diri akan terserlah. Wajah yang buruk dipakejkan sekali sekali dengan perangai yang buruk takkan mampu mencantikkan diri.  

Bodohnya aku. *tersenyum sendiri* 

Perubahan watak secara mendadak akan menyebabkan kecacatan pada personaliti yang asal. Hakikatnya, tanpa bantuan sesiapa, aku cuma seorang manusia yang akan hanya mampu berdiam diri, memerhati tingkah laku orang dan menghadapi kesulitan dalam mengadaptasi persekitaran. Tersenyum sekali sekala bila lidah tak mampu menutur kata.

"Jangan ambil kesempatan atas kebaikan dan keramahan orang." Nasihat kepada diri sendiri berulang kali seperti seorang psiko. Tolonglah ingat..tolonglah ingat..tolonglah ingat..*kepala bergetar seperti sedang menurun nombor*

Maaf, pada sesiapa yang penah terguris hati dengan aku, apalagi yang sudah mengalami luka yang parah.

Kesedaran sudah tiba suatu masa dulu, cuma baru sekarang aku bertindak.



Ok, tu je.
Terima kasih kerana sudi membaca.


Adios!

Wednesday, February 20, 2013

Aku dan " Antara Betis dan Peha"

[Assalamualaikum...]


Sekarang kerajaan bagi banyak bantuan. Macam-macam jenis. Pilih yang mana korang rasa layak dan cuba mohon. Paling famous sekarang ni BR1M. Dapat RM500.00 woo.. Next time, kalau ada rezeki lebih, mana tau dinaikkan jadi RM1000.00. Pergghh...* $___$ *

Aku suka ayat tu. Masa TPM bagi ucapan aku terus highlightkan perkataan-perkataan yang menunjukkan kebergantungan kepada keadaan macam kalau, mana tau, in sha Allah, mungkin dan sebagainya. Masa pembaca berita baca berita, aku highlightkan jugak perkataan-perkataan tu dalam teks yang dia baca. *gigih*

Sebab apa?

Sebab ramai orang akan salah faham dengan statement TPM tu. Ramai yang akan terus conclude, kalau kerajaan berjaya mengekalkan pemerintahan, the next BR1M akan jadi RM1000.00. Wah! Macam masak spagetti guna Prego bila membuat kesimpulan. Semudah 1, 2, 3. Huhu.. Bila tak dapat, mula berasa hati, berendam air mata barangkali.

Ada satu hari, mak aku cakap, untuk memancing undi, masing-masing akan guna sebarang cara, sama ada baik ataupun buruk. Dan pada aku bantuan macam BR1M adalah satu cara yang baik. Mungkin ada orang akan menyampah sebab bila nak pilihanraya baru nak menghulur itu ini. Sekurang-kurangnya bantuan itu boleh membantu, ye tak?

Cuma sekarang, ada orang yang akan bersikap sudah diberi betis minta pulak peha. Dah bagi bantuan setahun sekali atau  enam bulan sekali, tak mustahil pulak dia minta setiap bulan demi menjamin sokongan. Dah macam bagi duit saraan hidup. Susah la macam tu. =.=!

Hari tu, ada sesi soal jawab dengan Menteri Besar Negeri Sembilan. Dia cakap *aku petik lebih kurang la*, kerajaan bagi bantuan untuk membantu, bukan untuk menyara. Sapa-sapa yang dapat bantuan, jangan la terus stop bekerja dan bergantung sepenuhnya dengan duit bantuan. Sampai bila-bila pun duit tu takkan cukup.

Sorry, entry aku ada unsur-unsur politik. Ni pandangan peribadi. Aku bukan nak promote kerajaan, cuma nak meluahkan isi hati *ooh, jiwang* bila ada orang berperangai macam tu. Biasala, manusia. Aku jugak tak mustahil jadi macam tu. Sifat bersyukur itu penting.*pakai kopiah*



** Aim baucar buku RM250.00. Bantuan khusus untuk pelajar IPT dan semua pelajar yang berkenaan dapat. Tersangatlah terasa kerabakan kalau beli buku rujukan pakai duit sendiri.


Ok, itu je.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Err, jangan lupa klik sini. Terima kasih..^^

Adios!



Monday, February 18, 2013

Aku dan Sesi Perlempengan Abadi

[Assalamualaikum..]

Tajuk entri macam haram.

Baik kawan-kawan, pagi-pagi buta nih aku nak share satu tips. Satu tip atau satu tips sebenarnya? *pening* Ahhh..yang penting benda tu satu jek. Aktiviti ini boleh menguatkan otot-otot lengan (flexors, extensors, biceps, triceps etc) dan tangan (abductor dan flexor pollicis brevis etc). Oh, ya. Serta menggalakkan perpeluhan. So, bangun tido, lepas solat Subuh, bolehla meregang-regangkan otot kerana hasilnya selepas tu boleh menggembirakan harimu.

Baik, bahan-bahan yang diperlukan.

- Mangkuk besar. Besen pun boleh. Tapi bukan tempayan.
- Senduk.
- Air panas mendidih.
- Air sejuk (air masak biasa, bukan air daripada peti sejuk)
- Tepung gandum 2 cawan.
- Pisang masak yang dilenyek.
- Gula dan garam. (sukatan ikut tahap kesihatan)
- Susu pekat.

Baik, masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk.

Sudah?

Sambil bersiap sedia dengan senduk, tuang air panas mendidih secawan. Kacau sehingga larut.

Tak larut? 

Tambah lagi secawan air. Kacau.

Tak larut jugak? Tambah lagi air panas dan kacau.

Kacau, kacau dan terus mengacau sedaya-upaya. Jangan berhenti. Tapi sila berhati-hati. Rasakan regangan otot-otot yang mampu mengalami risiko kecederaan.

Dah berpeluh? 

Tepung larut tak?

Tak?

Ekekekekeke..

Baik, yang sebonar eh, topung tu takkan laghut nyo do.. huhu..*lesung batu dilempar tepat ke muka* Sebaliknya mengembang sebab bila dicurahkan air panas. Makna kata sampai besok pun takkan larut dengan sukatan air panas secawan secawan tuh...huhu

Ok, seterusnya, masukkan air sejuk dan kacau sehingga larut. *Err..in shaa Allah akan sebati dalam air sejuk.* Jangan terlampau cair. Masukkan sedikit gula dan garam. Pastu pandai-pandaila campur pisang dan susu pekat.

Panaskan kuali rata dengan sedikit marjerin dan sila masakkan adunan tu lantas dimakan sehingga kenyang. Bila dah kenyang  mesti hepi kan? Bila hepi boleh la tido balik.. huhu..


**Ni resepi lempeng pisang sebenarnya. Kebangangan berlaku masa kat aku kat rumah sewa. Aku ingat setakat lempeng tepung kosong tu apalah sangat proses dia. Aku pun nak buatla lempeng pisang tapi, tepung tu aku bancuh ngan air panas mengelegak.

Hypothesis aku: Semakin panas air, semakin senang tepung melarut.

Aku kacau macam nak mati, sampai berpeluh tapi tepung tu tak larut. Naik tergeliat tangan aku. Sebaliknya aku tengok tepung tu jadi cam banyak gila secara otometik. Beliau kembang rupanya.*kebodohan apakah ini?*

Lepas campur ngan air sejuk baru la adunan tu normal balik. Aku masak-masak dan bagi housemates aku makan. Ada yang komen kata rasa lempeng tu cam kuih akok. Mana pegi rasa pisang tuh? Wallahualam. Entah r. Yang penting benda senang, yang boleh siap setengah jam, jadi dua setengah jam. Dan menyebabkan tangan aku lenguh gila.

Mohon reject hypothesis.

Ok, tu je.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Adios!