Friday, September 30, 2011

Aku & " Dan Budak Bio pun Tershadap"


Kan?? Hah, esok dorang first paper slps dak Physics habis 2 papers. And for the first time, mlm ni aku x dgr dorang bising2 (which I don’t mind at all kalo dorang nk bising.) Sume gigih menyibukkan diri study pe2 yg patut. And 2,3 ari lps baru la aku dgr term2 Biology berterbangan kt atmosfera umah aku. Kalo x , hmm…harem.. Yela, almost 3 weeks dorang free, (which was really unfair compared to Physic’s students) ‘Jom Kite Enjoy’la jwbnye (feeling Puteri plak). Dah la 12 credit jek (Physics 15 ok!).

Jom Kite Enjoy!! bley??


Lps ni, paper aku ari Ahad, Electronics ye. Skang aku buat2 hensem (wlpn x yah buat sbb mmg hensem) da bsedia kononnya, walhal, term ‘digital’ pn tersengih nk jwb. 

Hmm, by the way, satu perangai dak Bio nih, dorang sgtla bharap akan soalan spot. Dan aku panas nye (berasap-asap ok) slh sorang drpd dorang ckp “Dak Physic bengang jek sbb x de spot!” Eh, hello, aku skit pun x heran. (wlpn kan?) Korang bley r dpt spot, sbb batch korang kt UiTM branch lain bnyk. Kitorang nak dpt jwpn past year Modern Physics pun menangis. Lg pun, batch Physics ni jela yg tinggal. Sume pakat2 kumpul kt UiTM Kuala Pilah. Next 2 sem, batch Physics ni lenyap dr muka bumi. (matila emo) Which means that, kitorang nih, batch2 Physics Melayu terakhir tau x! Yg paling mapan dan unggul dan hot (tibe). Yg unik dan berani mati sbb amik Physics.

Banzaiiiiii!! Woof!!3x


Fuuuyyhhh..kan da panjang aku tulis. Sume gara2 dak yg wat statement tuh. Ya Allah, ampunkan aku. Budak Bio lain jgn kecik ati tau. Laharan ni just tuk budak tu jek.

Electronics, here I come! (smbil catwalk tuk latest collection D&G)

Adios!
credit:
aviationart
noradanish

Wednesday, September 28, 2011

Aku & " Cerpen 'Liya' "

Cubaan pertama aku dlm bidang penulisan. 
  "Liya"
Bahagian 1:
 Liya menggagahkan diri menapak ke tingkat tiga Kolej Seri Menanti . Dia mahu segera sampai. Namun tiba di aras dua, dia terjelepok di penghujung tangga. Kakinya tidak mampu lagi melangkah. Habis bertaburan buku Statistik beserta nota-nota yang disimpan kemas dalam sebuah fail. Air mata yang diseka sedari pertemuan dengan Faez tadi mula berguguran. 

“Ya Allah, Liya, kau terjatuh ke??” Farzana bergegas menuruni anak tangga mendapatkan Liya. Bukan lagi menuruni, tetapi terus melompat melepasi 10 anak tangga, lantas mengemas nota-nota yang berselerakan. Kemudian dia membantu Liya yang seperti kehilangan punca menuju ke bilik. Terencat niatnya hendak ke kafe. “Liya, kenapa senyap je ni? Kau ok tak?” Farzana meletakkan fail nota Statistik di atas meja. Kemudian melabuhkan punggung di sebelah gadis yang sedang tersandar di birai katil. Di tahan-tahan air matanya supaya tidak dilihat Farzana. 

“Aku ok. Tadi jatuh sikit je. Terima kasih, Ana,” jawab Liya perlahan. 

“Kalau ok, kenapa aku tengok kau lembik semacam je?? Kau demam eh?” Farzana meletakkan tangan ke dahi Liya. Tak panas pun. “Kau dah makan?” Liya hanya mengangguk lemah, langsung tidak memandang ke arah Farzana. 

“Aku risau la tengok kau ni. Pelik betul. Liya, cakap dengan aku, kau ni kenapa? Markah Statistik kau jatuh ke? Kau jangan nak buat drama Tamil dengan aku macam minggu lepas. Konon dapat rendah, tapi 90%. Rendah la sangat. Aku tak suka tau tengok kau berlakon macam tu. Nak-nak kau berlakon dalam drama Tamil. Aku tak layan drama tu.” Ada nada lucu dalam bebelan Farzana meskipun dia tak berniat untuk berlawak. Liya masih membatu. “Aku malas nak tanya kau lebih-lebih. Karang kau ingat aku ni Inspektor Aleeza pulak. Nak soal siasat bagai. Aku bagitau Faez eh?” Farzana mencapai telefon bimbit.

“Jangan!” Liya menerpa ke arah Farzana. Lantas memeluk teman sebiliknya itu. Ketika ini, barulah air matanya berhamburan. Farzana mengusap-usap belakang Liya untuk menenangkan. Dia turut menangis sama walaupun tanpa mengetahui punca sebenar. 

“Kenapa ni Liya? Kenapa? Bagitau aku, Liya, bagitau.” Soal Farzana dalam esak tangisnya. Otak ligat membuat hipotesis. Tiba-tiba dia melepaskan pelukan, terus memegang kejap bahu sahabatnya. “Kau cakap dengan aku, siapa yang dah dajal kau? Biar aku ajar dia!” Tubuh Liya digoncang-goncang. Kedua-duanya masih teresak-esak. Namun, soalan Farzana hanya disambut dengan gelengan. 

“Liya, dengar sini. Kalau kau tak nak bagitau aku, kau jangan cakap dengan aku sampai bila-bila.” Farzana melepaskan pegangannya. Dia menuju ke pintu bilik. Sebaik pintu bilik dibuka, Liya memeluknya kembali. “Jangan pendam, Liya. Bagitau aku,” rendah sahaja nada Farzana. Dia hanya berdiri kaku. Namun air matanya masih lebat menitik. Mengharap jawapan daripada Liya. 

“Apa guna aku jadi kawan baik kau kalau semua masalah kau nak tanggung sorang-sorang? Kalau pun aku tak boleh tolong selesaikan, sekurang-kurangnya kau boleh kongsi masalah dengan aku. Kita boleh sama-sama cuba selesaikan.”  Farzana pula teremosi. Dia cukup bengang dengan  perangai Liya yang satu ni. Suka berahsia.

“Ana……”pelukan Liya semakin kejap.

“Cakap Liya.” 

“Fff..faa..ezzz..” 

“Faez??” 

bersambung

p/s - for those yg bace/terbace citer nih, sila komen ye..tq!

Wednesday, September 21, 2011

Aku & "Final Battle at Hogwarts"

Hari ni start final battle of the sem utk budak Physics batch aku kt UiTM Kuala Pilah. (Title kt Hogwarts, sembang lebih) Menggigil…. 5 papers for 15 credit hours. Cuak giler padahal dah masuk kali kelima amik exam kt sini. Baru habis study Modern Physics. Aku buat 3 past year exam paper je. Plus, aku xde skema jwpn. Tu cam x semangat sgt nk buat. 

So, ni tarikh penting utk battle nih..

21/9-PHY310 (Modern Physic) (9.00-12 pm) 
24/9-MAT263 (Linear Algebra 1) (9.00-12 pm) 
2/10-PHY340 (Electronics) (9.00-12 pm)
6/10-QMT210 (Statistic 2) (2.15-5.15 pm) 
7/10-CSC317 (Internet Programming) (8.30-11.30 am) 

Paper paling menyeramkan?Internet Programming  of course. Kaler merah menandakan nk cari gaduh ok. Seteruk-teruk x phm aku ngan Electronics, teruk lg bila bab Internet Programming. Camne la budak Computer Science survive eh?? Pepun, aku nk keep up CGPA aku. Which means that, aku kena dpt dekan utk sem nih ngan sem depan. Ayark.. mampu kah daku??? Tunggu jela aku update result exam nanti. Tu pun kalo rajin update. 

Wish me luck, bebeh! 

Adios!