Wednesday, August 28, 2013

Aku dan "23"

[Assalamualaikum..]

Alhamdulillah.
Cukup dah 23 tahun aku hidup kat dunia ni.
Nothing more to say.
Aku nak habiskan degree with great pointer. Uhuhu..
Matlamat jangka pendek la tu.
Then, baru aku fikir apa aku nak buat.
Actually plan dah ada. *gila takda aku dah 23 kot*
Aku nak berfikir dengan lebih matang.
Tingkatkan tahap ignorance..haha
Tingkatkan fokus.
Kau orang nampak impian yang aku tulis kat profile di sebelah?
Mungkin dah tak relevan pada usia emas begini..hahaha
Tapi aku tak tahu perancangan Allah.

Aku nak kumpul duit.
Untuk PTPTN, untuk kahwin terutamanya..hehe
Tapi tak ada ruang untuk aku bekerja. *Mungkin kalau aku disiplinkan diri, ada je ruang*
Bekerja sambil belajar bukan idea yang bagus untuk aku.
Huru hara hidup.


Ok, sebelum hari berganjak ke 29/8, aku nak ucapkan Selamat Hari Lahir untuk pak yang tersayang.
Berkongsi birthday dengan pak memang awesome.. Tang mana aku tak pasti pula..huhu

Ok, tu je.
Terima kasih kerana sudi membaca..

Adios!












Friday, August 23, 2013

Aku dan "Kek Mentega"

[Assalamualaikum...]

Korang pernah makan benda ni?


Kalau dengan member-member, soalan tu biasanya akan berbunyi, "Wei, korang pernah makan binatang ni?" 

Aku dah terbiasa sebut 'binatang' walaupun hakikatnya benda yang aku nak tunjukkan tu bukanlah seekor binatang. Nenek aku pun naik pelik dengan keindahan bunga bahasa aku bila aku refer tupperware sebagai binatang. Back to benda di atas tu. Benda ni dinamakan Marble Butter Cake ataupun dalam bahasa kebangsaan, Kek Mentega Marmar. Tapi kalau korang asal dari Nepal ke, Tibet ke pandai-pandai cari dalam bahasa kebangsaan masing-masing, ok?

Pernah makan tak? Kalau tak pernah maksudnya hidup korang tak lengkap lagila..huhu..

Aku suka kek ni sebab beliau sedap, padu, dan murah. Aku dah lama tak makan kek ni. Bila mak aku tiba-tiba bawa balik sebuku, secara tak langsung kenangan masa kecil-kecil dulu datang bersama. Eceh..aku memang tak pandai nak buat ayat pasal kenangan, memori etc ni.

Masa aku budak-budak, bila aku balik kampung aku suka ikut arwah aki aku pergi mengeteh walaupun tak selalu. Menyibuk. Aku suka suasana kedai kopi tu. Masa kecil tak rasa sangat best dia. Sekarang dah besar, bila teringat, seronok pula. Selalunya mak saudara yang sebaya aku ikut sekali. Kira zaman aku tu, tahun 90-an kedai kopi masih lagi biasa-biasa je. Kerusi meja mostly tauke buat sendiri. Aku ingat aku pernah duduk dekat pangkin kayu panjang bawah pokok. Pokok apa entah. Rajin la pula aku nak discover pokok apa kan? Lepas tu ada asap rokok berkepul-kepul. Dengar orang tua bercerita walaupun aku tak faham. Dengan redup-redup petang, memang best. Dan yang paling aku ingat kek mentega ni la. Masa tu orang jual kek ni sepotong-sepotong, balut dengan plastik. Harga dia dalam 30 sen macam tu la kot.

Aku tak pasti kek ni yang sama ataupun tak, tapi rasa dia memang sama. Biasa aki minta teh tarik tiga cawan. Seorang satu kalau tak nanti bergaduh. Hehe.. Specialnya pasal kek ni, kau celup dalam air teh ke, milo ke, teh o ke, Nescafe ke rasa dia makin sedap..huhu Tu ikut tekak aku la. Haha.. Ni salah satu kek yang selalu aku celup dalam air selain daripada kek span dan kek pisang. Kalau kau makan Chocolate Indulgence, ada kau celup dalam teh tarik? Takde kan? Haha

Bila nak minum teh tarik pula, kena tuang dalam piring pelapik cawan sebab panas. Tiup perlahan-lahan. Dah sejuk sikit hirup kat tepi piring. Masa tu rasa best gila. Awesome la konon. Aki pun dengan sabarnya tuang sikit-sikit untuk budak penyibuk dua orang ni. Kat warung je aku boleh buat macam ni. Kalau kat rumah memang kena marahla. Mak aku kata mengotorkan piring je. Dengan tumpahnya lagi. Menyusahkan orang pula. Hahaha..

Sekarang ni, aku dah lama tak mengeteh. Kalau keluar minum-minum pun bukan dekat warung lagi dah. Kat restoran mamak. Dah duduk belajar kat Shah Alam ni, balik-balik pergi Barra, tak pun Kamal. Selalunya Barra la. Tak tau la ada lagi ke tak kek ni orang jual kat warung. Mungkin kalau kat kedai kopi area felda ada lagi kot. Entah la. Rumah felda sekarang ni pun dah mengalahkan kawasan perumahan..huhu

Korang pernah rasa mengeteh macam aku kecil-kecil dulu?

Ok, tu je.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Adios!


Monday, July 22, 2013

Aku dan "Misteri Malam Kesembilan"

[Assalamualaikum...]

Nota: Cerita ini tak misteri pun.   

Imam berdiri, langsung meneruskan solat witir tanpa bertangguh. Aku juga bangun, berdiri, namun pandangan tiba-tiba menjadi tak normal. Kenapa aku nampak  pak cik di saf hadapan berdiri senget? Tak ubah seperti menara condong di Teluk Intan. Bukan senget ke tepi, tapi ke depan ke arah kiblat. Mustahil manusia mampu berdiri seperti itu. Aduhh..aku pejamkan mata sambil tangan kanan mengurut pangkal leher. Dua tiga kali aku gelengkan kepala dengan mata masih terpejam sehingga berderak bunyi pangkal leher.


Niat solat witir terus dilafaz sesudah pandangan kembali pulih. Bermula dengan surah al-Fatihah, imam kemudian membaca surah al-A’la. Pandangan aku kabur sekali lagi. Aku ternampak seolah-olah ada kanak-kanak sedang berdiri di celah pak cik menara condong tadi. Berpaut pada betis kirinya dengan kejap sekali. Tidak bergerak-gerak. Ahh..tak mungkin ada kanak-kanak muat berdiri di situ dalam keadaan saf sebegitu rapat.


“Astaghfirullah…” Aku istighfar di dalam hati saat imam mulai rukuk. Aku kembali memejamkan mata. Mengatur nafas.


Hilang.


Kanak-kanak itu hilang sebaik mataku terbuka.

“Ya Allah bantulah hambamu ini..”

Aku terus cuba bertahan sehingga masuk rakaat kedua. Kabur sekali lagi. Bau wangi mulai menghuni seluruh penjuru surau. Saat imam rukuk, aku hilang kewarasan akal.

.

..


….

“Allahuakbar!” Suara imam kedengaran.


Aku tersedar dalam posisi masih bersujud. Aku bangun dan duduk tahiyat akhir. Peluh dingin mulai keluar sehingga terasa basah di belakangku. Imam lalu memberi salam tanda penamat witir dua rakaat. Aku bersila. Tiupan kipas menambah rasa dingin.


Pak cik bermisai di sebelah kananku tersenyum-senyum. Pak cik yang di sebelah kiri juga tersenyum sumbing. Mujur di saf terakhir.


“Amirul!” Aku mula memarahi diri sendiri kerana terlelap sewaktu solat. Memalukan betul.


Aku tak ingat sama ada aku rukuk ataupun tidak, berapa kali sujud aku lakukan, sebab aku pasti, aku terlelap. Bayangan pak cik condong dan kanak-kanak misteri yang berpaut pada pakcik itu memberi petanda aku hampir terlelap.


Astaghfirullahalazim..

Bau wangi terus mengharumi segenap inci surau dari penyembur haruman automatic di dinding.


Ok, tu je.

Terima kasih kerana sudi membaca.
Adios!

Monday, June 24, 2013

Aku dan "Soalan Encik Lan"

[Assalamualaikum...]



Soalan 8:

"Why can't all the technology make up for an improperly job in forensics?"    (3 marks)

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ angin sepoi-sepoi bahasa Tamil bertiup ~ ~ ~ ~ ~

Pehh..Encik Lan punya soalan memang terbaik.

Pening aku nak paham soalan nih. Adoiiii...Semak otak aku! Nasib soalan ni dah bertukar status daripada test kepada assignment. Sama ada penggunaan Bahasa Inggeris nya ni terlalu tinggi ataupun Bahasa Inggeris aku yang terlalu rendah. Ataupun Bahasa Inggeris aku terlalu-lalu tinggi sampai soalan senang pun aku tak paham. Aku syak soalan ni tak masuk dalam silibus pelajaran .**muka penuh curiga** Sukati aku jek buat assumption.

Apa yang aku paham lain dengan apa yang Isyam paham. Bertekak punya bertekak, aku nekad.

Aku tak nak jawab soalan no. 8 ni.*muka konpiden!*

Selamat jalannnn romeo 3 markah.

Aku ada lagi tiga lab report CHM510 nak kena buat. Tiga, tiga tau tak? Bukan satu!

Pang!!!! *senior datang terus melempangiku*

"Baru tiga dah kecoh..."

"Ahh, shadapyu!" Monologku dalam hati.

p/s: Encik Lan mengajar sangat best. Masa dalam kelas forensik, secara otometik aku terasa macam aku seorang forensic scientist. Kena alert dengan keadaan sekeliling.

******

Ok, tu je..
Terima kasih kerana sudi membaca.

Adios!









Saturday, June 15, 2013

Aku dan "Nasi dan Popcorn"

[Assalamualaikum...]

Kisahnya berlaku dua tiga hari lepas. Mungkin juga seminggu dan tak pula mustahil bulan lepas punya cerita. Biasalah, rumah tak berinternet. Cuma mampu tulis draf jek.

Petang Jumaat, sedang-sedang pukul 5 lebih macam tu, perut aku dah tak mampu bersabar. Sikit punya lapar. Pagi gila bizi bawak sampai ke petang. Tak sempat mecari sesuap nasi masa tengah hari, Aku buka pintu rumah. Aiseh, semua perkara yang boleh dibaham dah habis stok. Buah epal, biskut, Campbell soup ntah apekebende lagi semua dah selamat dibaham hari-hari sebelumnya. Gelisah mula melanda.

Then aku ternampak something atas meja Isyam. Aku garu-garu kepala. Nak rembat ke tak?? Aku pun rewind balik dialog Yod lepas balik tengok wayang.

“Wei, korang amik la ni. Kitorang taknak..” Ok, lebih kurangla dialog dia.

Aku pikir lagi hujahan bernas bagi membolehkan aku merembat objek atas meja tu. Aku buka kotak dia. Ohoii, baru suku habis. Patutla masa tengok wayang Yod asyik hulur jek kat aku.  Aku goncang-goncang. Sah! Masuk angin dah menda tuh. Semalam sikit punya rangup sebijik-bijik. Sekarang, semua dah bercantum jadi seketul. Ok, since objek ni dah masuk angin, confirm 95% Isyam takkan makan. Aku bawak masuk bilik. Lepak baik punya atas katil dan mula membaham popcorn caramel saiz godang GSC.  Walawei, layan jugakla makan benda masuk angin nih. Perut tengah lapar…

Dah tinggal dekat 20 bijik lagi, aku letak balik atas meja Isyam. Aku masih punya perasaan, cuma kurang sensitiviti. Mana la tau, beliau nak makan. Kesian pulak kalau aku tinggalkan kotak je. Aku mendarat balik atas katil. Selang 15 minit, Tok Wan ajak beli nasi.

Orait, let’s go honey.

Pehh..sikit punya panjang intro. Tapi isi sebenar kat bawah ni. Hehe..

Nasi dengan popcorn GSC. Macam keluarga dengan kawan-kawan/awek. Nasi tu keluarga, popcorn tu kawan. Pentingnya keluarga tu macam pentingnya nasi untuk perut kita, mungkin lebih lagi. Macam mana seronok pun ko menghadap popcorn, balik-balik ko akan cari nasi jugak. Tapi kalau ko dah ada nasi, tak dapat popcorn pun takpe kan? Tak rasa sengsara pun takde menda alah tuh. Aiseh tetiba aku rasa lapar.

So, bila tengah senang, tengah happy-happy dengan member jangan la lupa diorang. Peringatan untuk aku jugak ni. Kadang-kadang, bila dah seronok sangat dengan kawan-kawan, tengah syok huhahuha, family mula tercampak ke tepi. Nak-nak kalau dah dapat berkepit dengan awek. Eh? Bila dah susah, poket dah kering, baru la teringat nak roger mak. 

Eh, korang paham ke tak apa yang aku nak sampaikan ni? Aku rasa aku sendiri pun tak paham. Huhu.. Sorry, dah lama tak update. Macam ni la jadinya.  

Ok, tu je.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Adios!  


Monday, March 18, 2013

Aku dan "Celaru"


[Assalamualaikum...]

**Kenapa aku selalu keputusan idea untuk memberi tajuk kepada entry? 


Amaran:Segala medical terms  dan prosedur rawatan tidak menepati piawaian. Mohon tidak dijadikan rujukan. 

Selasa - 12/3/2013 *Hari menggila*

Aku melepaskan lelah di ruang legar. Meneguk sedikit demi sedikit air mineral 500 ml jenama Bleu *feveret* sehingga berbaki ~ 250ml. Arghhh..terasa penuh otak aku dengan ilmu-ilmu yang bercampur aduk. Entah macam mana aku nak separate kan nanti. Guna teknik chromatogaphy barangkali. Hari Selasa adalah hari yang penuh penderitaan. Menyeksa jiwa aku dengan jadual yang padat dari pukul 8.30 pagi sehingga pukul 6.00 petang. Penutup cawan berisi Nescafe panas aku buka. Aku hidu aromanya seperti seorang chemist sedang menghidu unknown chemical. Saraf-saraf terasa relaks. Perlahan-lahan aku hirup air buatan entah makcik yang mana satu. Mengharapkan sesuatu kemungkinan tercetus. Seperti tagline Nescafe, “Mencetus Kemungkinan..” *kalo tak tercetus apa-apa pasni aku saman ko neskepe!”

Aku mula berkhayal dalam dunia aku sendiri. Baru pekena Nescafe dah jadi macam tu. Kalau meth ice entah apa pulak yang jadi. Mungkin aku jadi penari tiang agaknya di tengah-tengah ruang legar yan menjadi tempat laluan orang ramai ni. Rasa mengantuk mula menerjah. Aii, tak cukup power arr air ko buat ni, makcik! Aku memaki dalam hati sambil merenung kejam makcik di kaunter yang langsung tidak berdosa.

Aku perhati keadaan sekeliling. Agak lengang. “Rezeki ko, Mirul!” Dengan rakus aku meng‘conquer’ kerusi panjang yang tersedia di situ. Muat-muat untuk meluruskan kaki aku yang panjang bertaraf model ni. Huhu. Heaven! Berkira-kira untuk melelapkan mata barang 15-20 minit. Alah, bukannya orang tak maklum. Satu-satunya manusia yang tanpa segan silu boleh tidur di mana-mana.

Seminit, dua minit, tiga minit…. aku hanyut ke alam lain dengan white coat semasa kelas praktikal tadi masih tersarung di badan.

******

“Emi..! Emi..!”

Terbantut mimpi aku sedang bermain Sahibba dengan Nora Danish. Bingkas aku bangun mencari arah suara yang memanggil aku tadi. Dalam jarak beberapa meter, aku nampak Didie dan Mail sedang memapah seorang budak lelaki, aku yakin seorang junior disertai beberapa orang pak turut yang mengekori dari belakang.

Macam mana aku tau budak tu junior? Easy, budak tu pakai kad matrik yang disangkut di leher. Cuma junior sahaja yang bersemangat waja mempamer kad matrik sewaktu berada dalam fakulti. Pada kad dia, tertera nama Kamil.

“Emi..tolong budak ni Emi!” Mail memberi arahan. Aku pantas meng‘observe’ jadah apa yang sedang berlaku. Budak tu dibaringkan di atas lantai. Muka dia nampak pucat dan berkerut-kerut seperti menahan kesakitan. Sebelah kanan mukanya calar balar lantas bakal mengurangkan kekacakannya pada masa depan.

“Emi, tolongla wei!” Mail terus-terusan meng‘order’ aku. Haaramm betul dak Mail nih. Bentak sanubariku.

“Budak ni dah kenapa? Ko nak aku tolong apa, sengal?” Aku mula diserang panic at the disco. Kang termati budak tu, sapa nak jawab?

“Dia jatuh motor kat depan tu. Nak elak bas. Aku syak bahu dia dislocated.” Didie explain ringkas.

“Dah, apsal bawak kat aku. Bawak la gi PK (Pusat Kesihatan)..” Aku dah cemas. Aku sentuh bahu dan lengan kanan Kamil. Meraung budak tu. Terperanjat aku. Mujur tak terlempang. Betul la agaknya kata si Didie. Dislocated shoulder.

“Bawak pegi PK!” Bentak aku.

“Emi, kos ko kan belajar perubatan kecemasan. Tolong la dia..Wan tengah amik kereta kat Law. Hari tu kan ko ada treat budak bahu dia dislocate jugak sebab bergaduh. PK jauh kot dari sini.” 

“Dr. Asada!” Aku teringat doktor perubatan dari Jepun tu. Tapi dia tak ada kat sini sekarang. Menggelabah puyuh aku.

“Emi, teori dalam buku sahaja tak cukup. Awak kena praktikkan! Pengalaman akan mengajar awak lebih daripada apa yang saya ajar.” Nasihat Dr.Asada terngiang-ngiang kat telinga. Masa tu aku menggigil bila berdepan dengan kes kecemasan. Nak terkencing rasanya berdepan pesakit yang tak stabil. 

Secara teori aku boleh dikatakan antara yang terbaik. Tapi bila bab praktikal..haishh. Tak boleh diharap aku ni. Lantas, Dr.Asada baringkan budak tu, kemudian pijak bahagian humerus dan kilas balik tangan yang dislocate. Hippocrates technique for dislocation shoulder. Maksudnya, bukan aku yang rawat budak tu, tapi Dr.Asada.

“Emi!” Didie menjerit.

“Pegang tangan dan kaki dia.” Aku mengarah.

“Woi, budak. Ko tahan sikit.” Sepatutnya aku bagi sedative dulu, bisik hati aku. Ahh, takpelah kot. Aku angkat tangan kanan dia. Aku ikut segala teori dan cuba membayangkan cara Dr.Asada dalam previous case.

Kraakkk..!

“Arghhhhhhhh!!!!” Kamil menjerit seperti tiada hari esok. Ya, bila rawatan di tangan aku, berkemungkinan besar memang tiada hari esok untuk Kamil.

******

Bahu Kamil mengalami keretakan serius. Sudahlah retak, dislocated pulak. Dan bantuan aku telah memburukkan keadaan.

“Sapa yang buat Hippocrates technique tadi?” Serius nada Dr. Azura sebaik keluar dari bilik rawatan. Seorang jururawat bernama Athirah mengiringi beliau.

“Err..saya, doktor,”jawab aku jujur.

“Teknik awak salah! Awak tak ikut prosedur..!” Jerkah Dr.Azura yang wajahnya sebijik Dr.Kato.

 “Tapi..” Suara aku tersekat di kerongkong.

Dr.Azura kemudian memandang aku atas bawah atas bawah seperti terpegun dengan kekacakan aku. Begitu juga dengan misi bernama Athirah tadi.

“Awak pelajar perubatan?” Soal doktor lewat 30-an itu.

“Ya, saya.”

“Siapa ketua kamu?”

“Dr. Asada.”

Berkerut dahi Dr.Azura. “Dr.Asada? Siapa Dr.Asada?”

“Emi, ko ni student Analisis Forensik la!” Athirah memukul aku dengan fail pesakit yang di bawa bersama.

“Hah? Mana ada. Aku student Medical.” Aku menafikan tuduhan Athirah.

“Tu ko jaket FORSIS ko pakai tu apa?”

Aku memandang ke bawah. “Mana white coat aku tadi?” Tiba-tiba berganti dengan jaket biru hitam Forensic Analysis.

Jaket_forensik_gua


“Dah, saya tak peduli. Sama awak bodoh ke hape, awak dah mendatangkan kecederaan kepada pesakit. Tambahan pulak, awak bukan pelajar perubatan dan awak takde tauliah untuk memberi rawatan kecemasan. Saya dah call polis. Sekejap lagi awak deal dengan mereka.” Dr.Azura berlalu pergi.

“Doktor, saya pelajar perubatan la…” Serta merta polis tiba. Menggari tangan aku.

“Dr. Azura!! Saya student Medic!!! Percayalaaaaa...!!” Dr.Azura menghilang dari pandangan. Aku meronta mahu melepaskan diri. Agak-agak menyampah/terengsa menengok aku meronta, sarjan tu hentak belakang aku. Aku tumbang. Dengan pantas, Athirah menyuntik aku dengan err..entahla.. 

"Doktor..saya student Medic.." Mata aku berpinar. Overdose ke hape nih?

“Takkk..ko amik forensik, Emi.” Athirah berbisik di telinga aku. Senyuman penuh kesadisan terukir di bibir.

Bayangan laptop, headphone, scalpel, external hard disk, tweezer, VLC media player, Kato-sensei, Asada-sensei, Team Medical Dragon, nescafe panas bersilang-silang di mata.


Damn it!


-Tammat-

Ok, tu je..
Terima kasih kerana sudi membaca.


Adios!






    

Saturday, March 9, 2013

Aku dan "Seminggu Yang Segan"

[Assalamualaikum..]

Dekat seminggu aku tak online yang sebenar-benar online. Bila bukak fesbuk tetiba rasa segan. Tengok notifications yg melibatkan aku, rasa malu pulak nak meletakkan sebaris dua *mungkin seperenggan* komen seperti selalu. Ahh..mengada-ngadanya diriku. Dahla tak hensem, mengada pulak. Memang sedap untuk dilempangi, bisik awek-awek tingkat 1 sambil tangan masing-masing menggayakan pelbagai jenis tamparan. Ada backhand, forehand, tornado slap dan macam-macam lagi la teknik yang menggerunkan..

Aku ingat nak deactivate fesbuk la. Tapi sanubariku berkata aku kena mempertimbangkan pulak yang most info pasal Forensic Analysis dorang tampal kat situ. Lagipun, takkan pulak aku nak menghampakan stok-stok junior yang da tanya bila nak approve request dorang. Not to mention, fesbuk tu jela jalan singkat nak berhubung ngan cik adik. Oh ye, dah bape minggu diriku tak kontek beliau, rasa bersalah pulak. Bukan apa, aku nak bagi ruang untuk diri masing-masing sebab dua-dua pun tengah struggle cari ilmu. Lagi-lagi kos dia level ICU, kos kritikal..

Untuk entri yang lepas, aku mintak maaf sangat. Aku tak sempat lagi nak reply komen-komen korang.
For those yang curious dengan keadaan aku, aku ok je. Sihat alhamdulillah..*feeling retis sambil bagi autograf*

Dah, aku nak gerak gi Low Yat.

Ok, tu je.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Adios!

Thursday, February 28, 2013

Aku dan "Recap Semester 1"

[Assalamualaikum..]

Kejap je cuti sem habis. Seperti makan Maggi Asam Laksa. Bila dah habis, tak cukup pulak rasanya.  Lagi dua hari, aku dah kena balik Shah Alam. Kalau mak aku dengar, mesti beliau cakap, "Banyak sangat tido, sebab tu la cuti jadi sekejap.." wuwuwu..  4hb nih dah start kelas.

Jadi, kali ni, aku nak recap sikit kehidupan aku masa semester 1 (semester 2 dalam slip) baru ni. Penuh suka dan duka wa cakap lu, menempuh ranjau berduri dan merentasi ombak yang membadai. Penuh dengan konflik. Wah..sungguh drama. Adakah semua student Analisis Forensik juga hidup berdrama swasta seperti aku? Harap bertabah. *Mohon cancelkan bahagian beranjau semua tuh.*

Baik, pada sesiapa penah terbaca entri yang ini, maka mereka akan mengetahui bahawa aku mengalami masalah mencari kelas dan makmal err..juga tandas lelaki kerana Fakulti Sains Gunaan di Shah Alam adalah sangat besar. Banyak kali jugak aku mempertikaikan pelan fakulti, seolah-olah aku adalah arkitek yang sungguh berjaya. ==!

Baik (untuk kali kedua =='), untuk julung-julung kalinya, aku akan memperkenalkan barisan teman lelaki sewaktu di kolej ataupun lebih afdal disebut teman sebilik bagi mengelakkan fitnah. Haha..


Lajur 1: Zubair, Amin, Tok Wan, Aku
Lajur 2: Nadzrin, Ayie, Isyam, Pak Jad

Sepanjang aku duduk hostel/kolej, dorang ni roommates yang paling awesome. Zubair, Amin ngan Ayie, aku baru kenal since dorang dari UiTM Merbok. Yang lain semua stok budak-budak Pilah. Pak Jad berasal dari Korea katanya..Jhahaha Jadual kelas kat whiteboard dia tulis dalam Bahasa Korea...*aku syak dia kopipes jek*

Since kitorang takda orientasi kitorang ada program sukaneka peringkat fakulti. Sebagai seorang yang berpengalaman dalam acara baling selipar peringkat antarabangsa, aku harus menyalurkan khidmat bakti menerusi acara tuju tin. Benda yang sama. Cuma susunan selipar tu tukar dengan susunan tin air. Formation 4,3,2,1 kalau tak silap. Tuju tin ngan opponent still menggunakan selipar.

Ni wakil Forensik (FORSIS) yang jugak budak bilik aku..haha 

Selepas melawan dengan penuh semangat kesukanan, kitorang lepas final. Yosh! 
Semangat bergambar macam main ragbi jek. Hahaha... 
Lawan Biocomposite pulak. Kali ni, kitorang kalah.. Beza masa bertahan.
Dorang bertahan lama sikit sebelum semua mati..wuwuwu 


Sekarang masuk bab study pulak. Sem ni aku amik 22 jam kredit bersamaan 7 subjek. Paling sakit,  hari Selasa. Kelas daripada pagi sampai pukul 7 malam. Jujur aku cakap, sangat tersadai. Kesian organ-organ badan aku. Disebabkan aku kepancitan, maka aku perlu menjamu selera. Asal ada masa senggang, aku pegi makan.  

Masa lab Biology. Sebelum tu aku makan dulu. Nescafe panas mesti ada. Almakngah, aku tak minum ais. 
Rasa cam kat Korea pulak, minum air kopi panas dalam cawan kecik cam tuh pada musim sejuk.
Comel sungguh perbuatanku.*buat mulut itik*

Subjek feveret, Organic Chemistry (OC). Kalau aku dah tak sempat salin, aku amik gambar jek. Huhu.. 
Standard la tuh. Aku suka OC. Masa lab r paling best. Setup apparatus, main ngan chemical. Buat eksperimen sendiri-sendiri. Pehh..rasa awesome gila. 

Setiap minggu, empat reports kena buat. Atas tu, reports untuk minggu terakhir. Bila dah hantar, fuii..rasa lapang kepala otak. Bab cover aku memang tak amik berat. Tu yang nampak cincai. Tak menepati spesifikasi. *tapi bahagian isi, sorry bhai, memang tip top!*
Pada aku, buat report bebanyak ni sangat mengganggu masa untuk buat revision. Jujur aku cakap, setiap kali ada test/quiz aku akan study last minute sebab nak siapkan menda alah ni.

Bila stress, marilah kita membaham mi segera sambil menonton drama Korea/Jepun. 

Kat Shah Alam jugak, aku belajar main skuasy. Selain berlari-lari macam orang takda pedoman kat trek, aku main skuasy. Biasanya, dengan Amin la. Kitorang masuk sukan antara fakulti, tapi dua-dua kiok masa first round.

Sorry bhai, gambar kurang bermutu. Nanti aku akan suruh Muthu yang amik gambar. 
Ok, tak lawak. T__T Gambar ni masa hari pertama aku main skuasy. Yang pakai tudung tu bukan Amin ye..huhu

Itu jela lebih kurang rutin aku masa sem 1. Duduk kolej sangat best. Lepastu, aku pun exam. Dah memang nasib kot, course aku amik mesti abis exam paling lambat. Tekanan woo.. Orang lain dah balik rumah, kitorang still lagi mengadap buku. At the end, aku manusia terakhir check-out daripada kolej. JPK tak yah cerita la. Dorang memang kena stay situ. Macam nak gila aku duduk kat kolej yang tak ada manusia. 

Minggu lepas dapat result exam. Alhamdulillah tak ada yang sangkut. Tapi basic chemistry aku sangat teruk. Taktau r macam mana nak mengadap subjek Forensik sem depan..huhu

Takda A solid pun. Paling teruk Math. Padahal masa diploma, Math adalah prospek A. Biology pun sama. 
*so, mulai sem depan dan ke atas, ko takyah berangan la nak dapat ANC* 

Sem seterusnya, kalau ikutkan study plan, aku kena amik 24 jam kredit pulak. T________T


Ok, tu je.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Adios!






















  



Tuesday, February 26, 2013

Aku dan "Faham dan Nilai"

[Assalamualaikum..]

Kita nak tunjukkan kebenaran. Kita nak tegakkan yang haq. Tapi, perlu ke kita membingaikan orang lain? Memaki, mencarut, menuduh orang itu dan ini, merendah-rendahkan tahap ilmu orang sedang kita hanya tunas yang baru hendak menjadi pucuk. Hendak bergasak dengan mereka yang sudah menjadi dahan yang kukuh, disokong akar yang teguh terpasak di bumi, berselirat dengan daun dan duri serta penuh dengan kesan torehan.*maap, kalau terlalu berkias*

Aku tak faham. Tak boleh ke kita tunjukkan kebenaran dengan cara yang terhormat/cara yang bijak supaya kebenaran itu tidak tercalar sikap yang buruk.

"Kebenaran tetap kebenaran, bro! Akan kantoi juga suatu masa nanti!!" Suara penunjuk perasaan.

Ya, aku tau, kebenaran tetap kebenaran!*muka bengang tapi masih kacak*

Anak muda berdarah panas. Ya, panas. Mungkin terlalu panas sehingga diterjemah melalui tulisan yang boleh mem'bodoh'kan akal yang bijak dan menghodohkan rupa yang cantik.*belek-belek muka kat cermin*

Pada aku, tak salah orang muda, yang masih belajar nak berpolitik. Cuma berhati-hati lah sikit dengan sensitiviti orang terutama kawan-kawan. Kerana politik, yang dah berkahwin berpuluh tahun pun boleh bercerai, inikan pulak persahabatan yang baru terjalin. Setiap orang ada tafsiran dan pegangan tersendiri. Ada yang senyap tapi menilai, ada yang bising tapi sekadar pak turut. Tak perlu membingaikan orang lain. Ajak menilai dengan cara yang baik bukan ke lebih baik?  

'Salah di mata kalau tak nampak, salah tafsiran kalau tak dinilai' -Sharifah Abu Salem- *kantoi layan Trilogi Cinta*


**Bosan membaca status politik kawan-kawan di facebook.
**Bingai mungkin perkataan kampung sebab tak ada dalam Kamus Dewan edisi ketiga..huhu Digunakan untuk mengutuk seseorang.

Ok, tu je.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Maaf kalau tersalah kata.
Aku jugak masih belajar; memahami dan menilai sesuatu perkara.

Adios!



Sunday, February 24, 2013

Aku dan "Vokal"

[Assalamualaikum..]

Aku suka menyanyi. Daripada lagu Melayu, Inggeris, Sepanyol, Korea, Jepun sehinggalah kepada lagu tema York Cooling King aku bedal semuanya. Walaupun aku tau suara aku ibarat petir membelah bumi. Melontarkan vokal dengan sepenuh tenaga dalam larutan penghayatan sangat memuaskan hati aku dan juga para peminat. Kadang-kadang aku terfikir, bagus jugak kalau aku mendaftarkan diri ke kelas vokal. Hmm.. *otometik terasa otakku begitu bijak bistari* Lantas aku menyalurkan buah fikiranku kepada permaisuri agung dengan nota-nota hujahan balas lengkap di dada.

"Mak, nanti orang dah abis degree, orang daftar kelas vokal eh?" 

Mak buat tak kisah sambil melipat kain. Cuma libasan kain batik bagi meluruskannya kedengaran agak berdentum. Tak setuju le tu..

"Awak nak buat apa masuk kelas tu. Mahal kan?"

Hujah yang pertama bersedia.

"Ala, sementara orang nak dapat keja, orang boleh pegi audition Mentor..hehe"

Mak berfikir.

"Mak hantar awak pegi Darul Quran la. Boleh belajar tajwid ngan taranum.."

"Erk.." Nota hujahan balas yang tersemat di dada jatuh berguguran ke lantai..
T__T  *air mata keinsafan*



Ok, tu je.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Adios!

Saturday, February 23, 2013

Aku dan "Diam"

[Assalamualaikum..]

Dalam hidup ni, kadang-kadang kita perlu diam.

"Jangan menyampuk masa orang tua tengah berbual.." Selalu dengar, bukan?

Mungkin orang pendiam seperti aku *pendiam ke?*, akan mengalami kejutan budaya bila ramai orang yang peramah berada di sekeliling aku. Tanpa sedar, aku pun turut menjadi peramah. Lalu perbuatan usik mengusik mula berlaku. Bertanya itu dan ini. Bila mereka mula menggila, aku pun turut menggila. Malah akan menjadi lebih gila daripada mereka yang sudah berstatus Dewa Menggila.*status dewa lantas bertukar tangan secara rampasan* Seperti hilang kewarasan akal. Adakalanya aku terasa seperti sudah melampaui batas. Tidak lagi peduli dengan siapa aku berbicara.

"Takkan tu pun nak terasa? Kata gila tahap dewa?" *dewa baru nak naik mula lupa daratan* Maklum orang mungkin sudah terasa hati, tapi sengaja mengebalkan diri daripada terjahan kesedaran. Lupa dirilah tu.

Sepatutnya aku diam. Dari awal lagi. Bercakap apabila perlu. Menganalisis situasi sebelum berkata-kata. Jangan main terjah semua perkara. Bila terlalu banyak bercakap, kebodohan diri akan terserlah. Wajah yang buruk dipakejkan sekali sekali dengan perangai yang buruk takkan mampu mencantikkan diri.  

Bodohnya aku. *tersenyum sendiri* 

Perubahan watak secara mendadak akan menyebabkan kecacatan pada personaliti yang asal. Hakikatnya, tanpa bantuan sesiapa, aku cuma seorang manusia yang akan hanya mampu berdiam diri, memerhati tingkah laku orang dan menghadapi kesulitan dalam mengadaptasi persekitaran. Tersenyum sekali sekala bila lidah tak mampu menutur kata.

"Jangan ambil kesempatan atas kebaikan dan keramahan orang." Nasihat kepada diri sendiri berulang kali seperti seorang psiko. Tolonglah ingat..tolonglah ingat..tolonglah ingat..*kepala bergetar seperti sedang menurun nombor*

Maaf, pada sesiapa yang penah terguris hati dengan aku, apalagi yang sudah mengalami luka yang parah.

Kesedaran sudah tiba suatu masa dulu, cuma baru sekarang aku bertindak.



Ok, tu je.
Terima kasih kerana sudi membaca.


Adios!

Wednesday, February 20, 2013

Aku dan " Antara Betis dan Peha"

[Assalamualaikum...]


Sekarang kerajaan bagi banyak bantuan. Macam-macam jenis. Pilih yang mana korang rasa layak dan cuba mohon. Paling famous sekarang ni BR1M. Dapat RM500.00 woo.. Next time, kalau ada rezeki lebih, mana tau dinaikkan jadi RM1000.00. Pergghh...* $___$ *

Aku suka ayat tu. Masa TPM bagi ucapan aku terus highlightkan perkataan-perkataan yang menunjukkan kebergantungan kepada keadaan macam kalau, mana tau, in sha Allah, mungkin dan sebagainya. Masa pembaca berita baca berita, aku highlightkan jugak perkataan-perkataan tu dalam teks yang dia baca. *gigih*

Sebab apa?

Sebab ramai orang akan salah faham dengan statement TPM tu. Ramai yang akan terus conclude, kalau kerajaan berjaya mengekalkan pemerintahan, the next BR1M akan jadi RM1000.00. Wah! Macam masak spagetti guna Prego bila membuat kesimpulan. Semudah 1, 2, 3. Huhu.. Bila tak dapat, mula berasa hati, berendam air mata barangkali.

Ada satu hari, mak aku cakap, untuk memancing undi, masing-masing akan guna sebarang cara, sama ada baik ataupun buruk. Dan pada aku bantuan macam BR1M adalah satu cara yang baik. Mungkin ada orang akan menyampah sebab bila nak pilihanraya baru nak menghulur itu ini. Sekurang-kurangnya bantuan itu boleh membantu, ye tak?

Cuma sekarang, ada orang yang akan bersikap sudah diberi betis minta pulak peha. Dah bagi bantuan setahun sekali atau  enam bulan sekali, tak mustahil pulak dia minta setiap bulan demi menjamin sokongan. Dah macam bagi duit saraan hidup. Susah la macam tu. =.=!

Hari tu, ada sesi soal jawab dengan Menteri Besar Negeri Sembilan. Dia cakap *aku petik lebih kurang la*, kerajaan bagi bantuan untuk membantu, bukan untuk menyara. Sapa-sapa yang dapat bantuan, jangan la terus stop bekerja dan bergantung sepenuhnya dengan duit bantuan. Sampai bila-bila pun duit tu takkan cukup.

Sorry, entry aku ada unsur-unsur politik. Ni pandangan peribadi. Aku bukan nak promote kerajaan, cuma nak meluahkan isi hati *ooh, jiwang* bila ada orang berperangai macam tu. Biasala, manusia. Aku jugak tak mustahil jadi macam tu. Sifat bersyukur itu penting.*pakai kopiah*



** Aim baucar buku RM250.00. Bantuan khusus untuk pelajar IPT dan semua pelajar yang berkenaan dapat. Tersangatlah terasa kerabakan kalau beli buku rujukan pakai duit sendiri.


Ok, itu je.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Err, jangan lupa klik sini. Terima kasih..^^

Adios!



Monday, February 18, 2013

Aku dan Sesi Perlempengan Abadi

[Assalamualaikum..]

Tajuk entri macam haram.

Baik kawan-kawan, pagi-pagi buta nih aku nak share satu tips. Satu tip atau satu tips sebenarnya? *pening* Ahhh..yang penting benda tu satu jek. Aktiviti ini boleh menguatkan otot-otot lengan (flexors, extensors, biceps, triceps etc) dan tangan (abductor dan flexor pollicis brevis etc). Oh, ya. Serta menggalakkan perpeluhan. So, bangun tido, lepas solat Subuh, bolehla meregang-regangkan otot kerana hasilnya selepas tu boleh menggembirakan harimu.

Baik, bahan-bahan yang diperlukan.

- Mangkuk besar. Besen pun boleh. Tapi bukan tempayan.
- Senduk.
- Air panas mendidih.
- Air sejuk (air masak biasa, bukan air daripada peti sejuk)
- Tepung gandum 2 cawan.
- Pisang masak yang dilenyek.
- Gula dan garam. (sukatan ikut tahap kesihatan)
- Susu pekat.

Baik, masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk.

Sudah?

Sambil bersiap sedia dengan senduk, tuang air panas mendidih secawan. Kacau sehingga larut.

Tak larut? 

Tambah lagi secawan air. Kacau.

Tak larut jugak? Tambah lagi air panas dan kacau.

Kacau, kacau dan terus mengacau sedaya-upaya. Jangan berhenti. Tapi sila berhati-hati. Rasakan regangan otot-otot yang mampu mengalami risiko kecederaan.

Dah berpeluh? 

Tepung larut tak?

Tak?

Ekekekekeke..

Baik, yang sebonar eh, topung tu takkan laghut nyo do.. huhu..*lesung batu dilempar tepat ke muka* Sebaliknya mengembang sebab bila dicurahkan air panas. Makna kata sampai besok pun takkan larut dengan sukatan air panas secawan secawan tuh...huhu

Ok, seterusnya, masukkan air sejuk dan kacau sehingga larut. *Err..in shaa Allah akan sebati dalam air sejuk.* Jangan terlampau cair. Masukkan sedikit gula dan garam. Pastu pandai-pandaila campur pisang dan susu pekat.

Panaskan kuali rata dengan sedikit marjerin dan sila masakkan adunan tu lantas dimakan sehingga kenyang. Bila dah kenyang  mesti hepi kan? Bila hepi boleh la tido balik.. huhu..


**Ni resepi lempeng pisang sebenarnya. Kebangangan berlaku masa kat aku kat rumah sewa. Aku ingat setakat lempeng tepung kosong tu apalah sangat proses dia. Aku pun nak buatla lempeng pisang tapi, tepung tu aku bancuh ngan air panas mengelegak.

Hypothesis aku: Semakin panas air, semakin senang tepung melarut.

Aku kacau macam nak mati, sampai berpeluh tapi tepung tu tak larut. Naik tergeliat tangan aku. Sebaliknya aku tengok tepung tu jadi cam banyak gila secara otometik. Beliau kembang rupanya.*kebodohan apakah ini?*

Lepas campur ngan air sejuk baru la adunan tu normal balik. Aku masak-masak dan bagi housemates aku makan. Ada yang komen kata rasa lempeng tu cam kuih akok. Mana pegi rasa pisang tuh? Wallahualam. Entah r. Yang penting benda senang, yang boleh siap setengah jam, jadi dua setengah jam. Dan menyebabkan tangan aku lenguh gila.

Mohon reject hypothesis.

Ok, tu je.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Adios!









Thursday, January 31, 2013

Aku dan Adik

[Assalamualaikum..]

Sembilan tahun jarak umur aku dah adik lelaki aku, Amien. Jauh la jugak. Masa dia lahir, umur aku sembilan tahun. Seiring dengan tumbesaran dia, aku pulak menjadi semakin matang dan kacak. Matang la sangat..huhu. Aku ingat lagi, masa aku tingkatan tiga, aku pernah lempang Amien sebab merenyukkan kertas folio Kemahiran Hidup. Folio kerja khusus tingkatan tiga yang sangat penting untuk PMR dan aku buat dengan sepenuh jiwa dan raga aku. Sepenuh jiwa dan raga like segala-galanyaku serahkan, paham tak? Dan Amien, atas faktor dendam barangkali merenyukkan masa depan aku begitu sahaja.

Bijak.

Tak dapat menggunakan kekuatan fizikal, dia menjatuhkan mental aku. Lalu, dengan sekali pelempangan, dia menangis. Puas hati aku mendengar tangisan kesakitan kanak-kanak..hahahahaha. Ohh.."That's totally barbaric.." -Hermione Granger-

Dah, itu kali pertama dan kali terakhir aku menggunakan kekerasan kat Amien. Kali pertama, sebab tak matang, dan kali terakhir sebab aku rasa bersalah sangat.

Done.

Kenapa aku tulis pasal benda ni? Dua tiga bulan lepas masa aku kat kampus, aku ternampak ada sorang mamat dengan adik dia. Adik la kot, hidung depa sama rekabentuk. Tetiba, aku teringat adik aku yang tinggal kat asrama. Si abang nih duk tunjal-tunjal kepala adik dia. Macam haram perangai. Aku tengok adik dia baik je. Pasrah ditolak-tolak kepala. Pastu boleh pulak mamat tu cakap, "Eii, aku benci ko.."

Tersentap aku. Kalau la aku ada pertalian saudara, aku sound dah mamat tuh. Menyirap aku tengok. Kot ye pun budak tu buat salah, takkan sampai main tolak-tolak kepala. Bergurau? Kasar bhai gurau macam tu. Ingat ang Jepun ka boleh main ketuk-ketuk kepala?

Aku taktau apa nak cakap. Mungkin sebab masa tu aku jauh ngan adik aku, tetiba terindu. Ecehh..

Aku tak pasti ni atas faktor peningkatan usia ke hape, lantas, naluri kebapaan mula menyerlah *apakah yang aku merapik ni* tapi kalau boleh aku nak buat semua untuk adik-adik aku. Nak belanja makan KFC walaupun takde duit, bawak pegi jalan-jalan, pegi main tenis, siapkan keja sekolah, beli hadiah setiap kali birthday dorang etc.. Mungkin masa dorang ada duduk memekak tepi telinga, berebut remote controller Astro, dan sebagainya boleh menghanginkan korang, tapi bila sampai masa, dorang la yang korang rindu. Lagi satu, tolong jangan lempang adik korang. Nanti korang rasa sangat menyesal. =(

Dah, sebelum aku bertukar menjadi seorang datuk pulak, baik aku stop. ==' Daripada yang membebel kat atas, aku cuma nak cakap, pada yang ada adik, tolongla sayang adik-adik korang.

Ok, tu je..
Terima kasih kerana membaca..

Adios!

Terima kasih ^^

 

Sunday, January 27, 2013

Aku dan Mak Cik Itu

[Assalamualaikum..]

Adik aku nak beli selipar jamban untuk dibawak ke asrama. So, sebagai abang mithali, aku ngan pak teman r si kecik nih pi beli kat kedai. Kedai mana?  Sah-sah la kedai selipar, takkan kat kedai emas pulak, ye tak? Haha..

"Err..tak lawak pun, Encik Amirul." *pang!* Itu makan kau.

Baik, sedang aku memilih-milih selipar yang terbaik untuk ke jamban sekaligus boleh dibawak bersiar-siar ke Jaya Jusko, *almakngah, aku sangat teliti ngan selipar..huhu* tetiba pandangan aku terpesona dengan seorang mak cik. Kagum. Dalam usia yang mencecah angka 50-an, mak cik tu masih mampu mencuri perhatian. Macam mana aku tau umur dia dah hampir 50? Aku trace menerusi linkaran kedutan di leher dan jugak di bawah mata..

"Woi, ingat aku pokok balak ke boleh kira umur ikut gegelung kat batang?" Mak cik menyirap lantas melempangiku.

Ekceli, mak cik tu menarik perhatian bukan disebabkan kecantikan ke hape, tapi menerusi pemakaian dia sangat, wow..luruh jantung iolls. Dengan saiz XXL, mungkin XXXL aku bajet, dia berani mati pakai baju ketat kaler hitam macam baju yang pempuan-pempuan muslimah selalu buat inner kalau baju sebelah luar nipis. Cuma saiz besar. Kombo plak dengan seluar skinny. Fulamak, memang tak seksi. Yang aku kesian berserta tak paham, kenapa mak cik tu berani mati pakai macam tu? Kenapa mak cik? Kenapa? Paham-paham la kalau saiz dah terlebih-lebih X, ada la struktur-struktur badan yang terkeluar baris dan lajur. Bila pakai ketat, mula r nampak berlipat-lipat dan berlapis-lapis.

Yang aku tau, pempuan ni selagi mampu, dia nak sorokkan apa yang boleh disorok. Yang aku jumpa pulak, macam selagi boleh tunjuk, dia nak tunjuk. Macam-macam hal. Bukan ke bila seorang pempuan dewasa dah lari kontur badan atas pelbagai faktor, dia akan jadi kurang konfiden dan semakin segan nak dedah-dedah nih. Then, bila suami pakai smart-smart, wangi-wangi, mula la drama,

"Awak ada pempuan lain ye? Wuwuwuwu.. Saya tau la saya dah buruk, saya dah tak cantik, badan dah gemuk, sampai hati awak menduakan saya...wuwuwuwuwu..." Kan?

Aduh, banyak menonton drama aku ni.

Kali ni, aku tak nak bincang soal aurat pasal hal tu masing-masing dah alert. Cuma, atas dasar kemanusiaan, aku rasa sangat tak nice pakai macam tu. Tak elok daripada pelbagai faktor. Umur, saiz badan, agama, mata-mata yang memandang etc lagi-lagi sebagai seorang perempuan. Paham tak maksud aku?

Mujur aku tak pakai spek tadi, maka kurang la sikit ketajaman mata aku. Kalau tak, berkepok dosa aku bawak ke kubur. In case mak cik tu, hypothesis aku, mungkin dia terlebih konfiden. Bangga dengan apa yang dikurniakan barangkali. "I'm proud of who i am,". Tapi, kot ye pun yakin dan bangga, takkan la...err

 Fine, mak cik.. --'

Ok, tu je..
Terima kasih kerana membaca..

Adios!

P/s: Orang badan besar selalunya sweet kan? 
Peramah dan pandai bawak diri.  
Yang kurus kering cam aku nih, dah la 
tak sweet, tak reti pulak bersosial. 
Syakir Rahman is an exception. 
Hiok..hiok











Wednesday, January 2, 2013

Aku dan "Hakikat"


[Assalamualaikum...]

1/1/13

Hari ini, aku mengerti rasa kehilangan seseorang yang tanpa aku sedar, sangat-sangat diperlukan. Ahh.. Aku tau dia suka aku. Dan aku juga senang dengan dia. Tapi hati aku pada orang lain.*aku rasa* Bukan pada dia.

Awal perkenalan, kami selalu bergaduh. Tapi, entah macam mana, kami jadi sahabat. Ok, istilah sahabat dia yang mulakan sebelum dia mengaku, sukakan aku. Ahh..gila. Dia ibarat sebelah badan aku. Kehidupan aku sekarang memerlukan seseorang untuk memberi sokongan terutama apabila keluarga berada jauh. Sangat sibuk dan kadang-kadang aku rasa sangat menakutkan. Kehadiran dia seperti rahmat dalam hidup aku. Kebetulan juga dia tinggal berdekatan.

Pertolongan demi pertolongan dia hulurkan. Dia mengajar aku menangani dugaan yang mendatang. Menenangkan aku bila tekanan melanda. Menghilangkan duka bila kesedihan menerpa. Walaupun lewat malam, dia tetap datang membantu. Sentiasa ada untuk aku. Senyuman dan ketawa dia betul-betul menyenangkan hati. Dia seolah-olah tak pernah berkecil hati dengan aku walaupun cintanya pernah aku tolak mentah-mentah, tanpa keraguan. Malah, sama-sama berusaha menolong aku mengejar cinta sejati kononnya. Mengajar aku itu dan ini. Katanya, aku naif. Ceh..

Semalam, dia pergi tiba-tiba. 

Tiba-tiba.

Saat aku didatangi tekanan yang terhebat. Aku tenggelam punca. Merata tempat aku mencari. Banyak kali aku cuba hubungi, tapi langsung tak dijawab. Bahkan temannya yang paling rapat pun tak tahu ke mana dia pergi. Aku rasa lumpuh sebelah badan. Tak mampu bergerak. Tak mampu berfikir. Aku lemah begini. Kejap, aku lemah bukan kerana tekanan. Aku lemah kerana ketiadaan dia. *Untuk mengarang entri ini pun aku mengambil masa yang terlalu lama kerana memikirkan dia* Aku betul-betul perlukan dia.

“Perlukan dia?” Persoalan yang menjentik seluruh saraf tubuhku.

Ya, aku perlukan dia, untuk terus berada di samping aku.

Aku terus mencari. Ke mana aku pergi, terasa ada dia di situ. Hakikatnya, terlalu banyak kenangan telah tercipta. Rasa rindu mula mengusik.

“Kenapa baru sekarang dia pergi? Kenapa tak dari dulu, waktu kami masih bermasam muka? Kenapa aku bertemu dengan dia kalau begini pengakhiran?” 

Aku sangat-sangat terkilan apabila dia pergi tanpa sepatah kata.

Betul kata dia. Aku naif. Aku keliru. Suka dan cinta, dua perkara yang berbeza.

Dan sekarang aku betul-betul pasti, aku cintakan dia.

 Air mata aku menitis. Tanpa sedar aku memanggil nama dia.

“Prosecutor Seo!”

*********************

Hoi, bangunlah!

Tanpa was-was, aku melempangi diriku sendiri. Ohh, drama Korea yang satu ni sangat menuntut permainan emosi. Tak seperti drama Sembilu, menjadikan aku seorang yang tidak beremosi.

Sekarang aku menuju ke episod 12.

Ok, tu je.
Terima kasih kerana membaca entri aku.