Saturday, March 31, 2012

Aku & "Nicol's Eight Kuala Lumpur Open Title"

Hari ni Datuk Nicol David sekali lagi membuktikan yang beliau adalah yang terbaik
apabila mengibas Annie Au pada final CIMB Nicol David KL Open 2012 kat Berjaya Times Square, KL  dalam masa 36 minit.

Au, pemain no. 1 Hong Kong tak mampu menidakkan keupayaan pd set pertama apabila tumbang 11-4. Dengan usaha yang lebih cubaan untuk mengayamkan Nicol pada set kedua hampir menjadi kenyataan namun Nicol bukanlah seekor ayam menyebabkan Au sekali lg tunduk 12-10. Melalui kelebihan dua set, Nicol tidak lagi membuang masa walaupun Au masih cuba bangkit dengan kemenangan set terakhir 11-9.

Pergh, caya lah Datuk!
Tahniah.

Owh, lupa plak, saingan bagi kategori lelaki dimenangi oleh Omar Mosaad dari Mesir yang menewaskan Adrian Grant dari England 11-6, 12-10, 12-14, 6-11, 11-8 dalam masa 112 minit. Mosaad juga adalah orangnya yang menghancurkan impian Ong Beng Hee untuk mara ke final selepas Beng Hee bersusah payah berpenat lelah menendang Mohd Nafiizwan Adnan dalam pertarungan 5 set pada separuh akhir.

Takpe bai,
takde rezeki.

Sekian berita sukan,
saya Amirul Bakar Atan.
      

No comments: