Halo!
Akhirnya, dapat gak aku membuat Puding Roti nih..
Setelah sekian lama aku mengidam sepanjang sem terakhir duduk umah sewa..
Gara2 menengok blog hOtMaMa..meleleh jek air liur aku..
hOtMaMa nengok blog Kak Dayang, aku nengok blog hOtMaMa..
Dah macam rantaian makanan plak..huhu
Ceh..
Tadaaa...
Yosh!!!!!!
konon la nak decorate, tp cam hampeh jek..
Argghhh..itu sume aku tak pedulik.
Dengan kerjasama bonda permaisuri aku menjalinkan hubungan diplomatik dengan ratu seberang negeri, oven baginda ratu dapat dipinjam, huhuhuhu...yosh!
Terima kasih bonda!
Sebelum tu, pegi shopping dulu pe bahan2 yang patut kat Tong Fatt..huhu
Terus aku menggodek-godek barang2 kat dapur.
Mak aku tolong jugak..tapi tolong tengok..huhu
Nunggu jek aku buat, dah macam juri Masterchef plak..
"Mummy, this is my first time using the oven, please help me,"kataku.
"Owh, u should stand on ur feet, my son. Don't rely on me. U are already 22,"balas mamiku.
(dialog di atas sekadar drama sahaja)
Tapi, mak aku tolong jugak skit2.
Espesyeli tang idupkan oven tu.
Kang terbakar plak umah kalo aku yang idupkan.
Ok, here is the resipi. (aku edit2 skit time masak, ikut kemampuan la bai..)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Bahan-bahan : 4-5 orang makan
• 8 keping roti (aku pakai 4 keping)
• 2-3 biji pisang ranum- dihiris nipis (aku tak guna pisang)
• mentega secukupnya
• peanut butter secukupnya
• chocolate rice / chocolate chips secukupnya
• kismis secukupnya
• sedikit parutan kulit oren sunkist - optional (ni pun aku tak guna)
Bahan A :
• 2 cawan susu segar/susu cair
• 1 sudu besar gula kastor (aku isi 2 sudu, huhu)
• 3 biji telur (aku guna 2 biji)
• 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B :
• 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis* - optional (aku tak pakai, lupa nak beli)
• 1-2 sudu besar gula perang/pasir * (satukan kedua-dua bahan ini)
Cara-cara : Ni sebijik-bijik step Kak Dayang.
1. Bahan A : Pukul telur bersama gula hingga hancur dengan whisk. Kemudian masukkan susu segar/susu cair dan esen vanilla. Kacau sebati. Ketepikan.
2. Sapukan roti dengan mentega dan peanut butter.
3. Potong roti kepada 4 bahagian.
4. Sementara itu, lengserkan bekas/mangkuk tahan panas dengan mentega. Kemudian susunkan roti dan hirisan pisang seperti dalam gambar.
5. Taburkan dengan sedikit chocolate rice dan parutan kulit oren jika suka. Lapiskan lagi dengan kepingan roti dan pisang yang sudah dipotong mengikut citarasa sendiri. Buat hingga habis.
6. Setelah itu, tuangkan bahan A tadi sehingga rata. Taburkan chocolate rice, parutan kulit oren, kismis dan juga bahan B.
7. Biarkan sebentar sehingga ia serap. Sementara itu sediakan dulang yang berisi air panas. Letakkan bekas/mangkuk roti tadi di tengah-tengahnya.
8. Bakar selama lebih kurang 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160C.
9. Setelah masak, bolehlah dihidangkan samada panas atau sejuk.
Huiishh, kalo korang nengok kat blog Kak DayangJack,
mau menangis..
Tengok je cam dah terasa kesedapan puding tuh..
Pepun, aku da pandai buat menda alah nih.
Proses memasak berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang kecederaan.
Kali kedua aku buat, tak yah nengok resipi dah.
Terus campak2, bakar. Siap. (bai, da expert katakan..)
Baidewe, pukul telur bersama gula sehingga hancur ye, bukan sehingga kembang.
Aku pegi pukul sehingga kembang.
Huhuhu...
Adios!
7 comments:
waaaaaaa menarik ni.... macam boleh cuba je
haha . g try ah za . weh mirul . aku kalau buat , letak susu cair lebih banyak dari biase . pastu , kukus . mallatoppp weh rase dia . haha .
Di sini aku merasa malu kerana anak teruna lebih suka masuk dapur berbanding anak dara. Cissss. Yoi! Kau jangan nak lebihhh ha. Haha. Terasa kak dayah. HAHA
ok2...err..kak dayah, pasni projek daku adalah untuk membuat kek pula. serta belajar untuk membuat nasi minyak..(wiwiitt) ok, nasi minyak tu tipu..huhu
wah rajin cheff kita.
nampak sedap tuh tapi aku tak minat puding hahah.
wah. rajinnye. jarang jumpe lelaki macam ni. tergugat rasa diri ini yg jarang sekali ke dapur utk memasak. apatah lagi buat roti, kek mcm ni. hahaha
aku yg pempuan ni pun tak pernah terpk nak wat puding roti. selalu makannn je. haha
Post a Comment