Assalamualaikum..
.......
Episode: Latih tubi
Cikgu Yassin kalo bagi homework, macam aku cakap sebelum ni, memang giler punya banyak. Beliau nih tak sensitif langsung pada perasaan kanak2 yang sedang meningkat remaja macam kitorang. Apa yang dia tau, latihan, latihan, latihan.... Practice Makes Perfect kaedahnya. Masa aku darjah 5, dia in-charge waktu Pendidikan Seni, subjek all-time feveret aku. Tapi, dengan kuasa yang dia ada, kelas Pendidikan Seni tu dia tukar jadi kelas Math. Warrgggghh...tension aku. Memang memberontak sanubari ini.
So, dalam seminggu ada kelas Math 'extra' sejam. Dem! Aku ok lagi dengan homework dia yang sangat memenuhi masa lapang tu. Tapi kelas Pendidikan Seni, jangan usik!! Itu time aku berkarya..huhuhu. Time aku berangan.. Time pengembangan minda. Kenapa mesti belajar Math? Kenapa? Tapi, takde sape mendengar keluhan anak kecil yang periang seperti aku. Luar pasrah dan hepi, dalam hati , Tuhan yang tahu. Remuk! Huiissh, poyo ko nih Mirul!
Beliau cakap, "Math is more important than Art.." Luluh hati aku. Lebih memburukkan isu semasa, dia jugak in-charge waktu Pendidikan Jasmani hari Selasa. Whyyyyyyyyyyyyyy?? So, dua jam extra Math. Aigoo..
Dah sama tebal dengan kamus dwibahasa Oxford.
Ada sekali masa dia nak sain buku aku, dia terkejut, "Woo, 6 buku. Ni kalo ayah awak tengok ni, mesti dia pengsan. Kahkahkah.." Boleh plak dia gelak. Aku senyum je. Cool tapi dalam hati, "Bangga sioott!!!!" Hasil titik peluh aku. Majoriti semua budak kelas aku, buku berlapis cam kat atas nih.
Ok, setakat settlekan latihan buku teks, takkan sampai 6 buku? No, no, no.. Untuk lebih bijak dan cergas, Cikgu Yassin menambah sedikit ubat penghilang lesu dan mengantuk bila tak buat latihan buku teks.
Buku latih tubi..huhuhuhu
Aigoo.. Cubala hulur Ujang ke? Pedang Setiawan ke? Ni buku di atas. Jalan kira, sila buat dalam buku. Takde main bulat2 je jawapan. Masa darjah 6, kitorang siapkan 5 buku latih tubi nih. Mau tak 6 lapis buku latihan. Abis satu, beli lain. Nak2 petang kul 2 ada kelas tambahan. Lama2, hidup dan membesar dengan Cikgu Yassin nih, satu kelas dah biasa latihan banyak2. Setakat koleksi soalan UPSR, kertas satu 40 soalan objektif, kertas dua 20 soalan subjektif, takde masalah nak buat dalam sehari, siap dengan jalan kira. Sampai satu masa, aku boleh buat dalam masa sejam je 40 soalan tu. Err..sejam lebih sikit2 la, pasal kena tulis jalan kira. So, masa exam, memang takde hal tak cukup masa..Hahahaha
Cikgu Yassin pernah cancel kelas tambahan petang pasal World Cup 2002 KoreaJapan. Aku ingat lagi masa tu, quarter-final, Brazil lawan England. Huhu. Masa tu semua bersorak. Terbaik r cikgu! (Eleh, time free baru nak cakap cikgu terbaik...huhu)
Ok, tu je..
Adios!
3 comments:
tebalnya buku talith tubi.. haha
ni la buku kitorg dlu.aku rasa ko lupe tentang buku rekod markah latih tubi yg nak kne mintak sign dr ibubapa tu..wakaka...neway, mane citer ttg cikgu azzah, cikgu hasliza dll...rindu mahu ber-blog.kalau aku ada blog mmg aku dah buat response kat post ni. tp bukan xmahu buka blog baru, cuma serik...
ps~lagi.lagi! haha
ingat nk tulis jugak..tapi sejarah ngan Cikgu Yassin paling bnyk..hahaha..ada eh buku rekod tu? aku da lupa laaa..ilang kot..huhu
Post a Comment