Assalamualaikum...
......
Sekadar berkongsi.
Kisah benar yang terjadi pada aku. Sengaja aku tulis dalam bentuk cerpen.
"Apa perasaannya bila suatu hari, korang dapat call ataupun
SMS ataupun berita mulut ke mulut mengatakan yang sahabat korang dah takde?"
*****
Aku dengan Ayie baru kenal dua bulan. Kami tak rapat tapi
tak bermaksud kami bergaduh. Sekadar berkawan lebih-lebih lagi kami teman
sebilik. Aku ambil jurusan sains, Ayie pula undang-undang, sebab lain yang
menjadikan kami tak rapat. Ayie, seorang yang aku tak penah tengok dia membuat
assignment apalagi membuat revision. Kehidupan dia sekadar pergi ke kelas,
balik, keluar makan ngan awek, tidur. Cuma bila ada test, baru lah kehidupan dia huru-hara. Huhu..
Petang tu aku dapat call daripada Ayie. Aku
tak ingat bila masa aku simpan nombor telefon dia dan bila pulak dia pernah
mintak nombor aku. Ahh..abaikan. Yang pasti aku tak jawab sebab aku tak perasan. Sungguh, aku tak perasan kerana aku terlelap dalam keadaan rongga hidung tersumbat. Selsema menyebabkan kepala aku sakit dan badan mula lemah semacam. Itulah, mengada
sangat tak nak berpayung masa berjalan kaki untuk solat Jumaat walaupun
hujan ketika itu boleh dikategorikan lebat. Stigma lelaki + payung = tak macho, masih
menebal dalam diri. Rela berhujan daripada dilabel tak jantan. Aku cuma nampak
nama Ayie tertera pada skrin telefon selepas sejam aku tertidur.
3 missed calls.
Aku biarkan sahaja tanpa ada usaha untuk menelefon balik. Badan aku masih terasa lemah lagi tapi aku gagahkan juga ke pusat kesihatan.
Sampai di sana, aku terserempak dengan Yod, temas sekelas
aku. Gadis berwajah garang kerana bibirnya mahal dengan senyuman. Yod menerpa ke
arah aku.
“Ko ni kawan jenis apa hah? Roommate sendiri call ko tak
jawab??!!”
Aku tergamam dalam kepeningan. Berpinar biji mata aku. Mujur saja aku tak tumbang dengan
sergahan sebegitu rupa. Siapa call? Ayie?
“Haa, Ayie la.” Yod menjerkah. Tak guna punya perempuan. Cakap baik-baik tak boleh ke?
“Aku tak perasan la. Aku tengah demam nih.” Cuma itu jawapan
aku, tanpa berdolak-dalik.
“Ko tau Ayie dah takde?”
Hah?
Soalan tu bergema-gema dalam kepala aku.
Ayie..Ayie dah takde? Dia, dah meninggal?
“Aah, sejam yang lepas.” Terasa lembik kaki aku langsung tersandar ke dinding. Tapi Yod aku lihat masih teguh berdiri. Mungkin amarahnya kepada aku menyokong kuat segenap sendi.
“Sebab apa dia me..mening..gal?” Berat lidah aku untuk menyebut perkataan terakhir itu.
“Ayie bunuh diri…!”
Bunuh diri?
Ya Allah..! Air mata aku berhamburan.
Kalau sebab lain mungkin aku boleh terima, tapi bunuh diri?
Ayieee....!
Kenapa ko mesti bunuh diri?
Kenapa ko mesti bunuh diri?
Aku terduduk. Ayie
pergi sejam sebelum aku bangun dari tidur. Betul-betul selepas tiga kali cubaan
menghubungi aku.
Rasa bersalah mula menghantui segenap pelusuk fikiran aku kerana
tak menjawab tiga panggilan Ayie sebelum dia meninggal. Aku tak tahu apa masalah Ayie
sampaikan dia sanggup bunuh diri. Bukan satu, tapi tiga panggilan. Mungkin masa tu ada perkara atau masalah yang
dia nak ceritakan pada aku. Mungkin kalau masa tu aku jawab panggilan dia, dia
boleh berkongsi masalah dengan aku dan tak perlu ambil jalan singkat menamatkan
riwayat sendiri.
Aku menangis semahunya. Biarlah mata-mata di pusat kesihatan memandang aku seperti kurang siuman. Perasaan bersalah, sedih dan tak
percaya menyelubungi diri. Tak percaya kerana baru semalam melihat dia
mengusung beg pakaian untuk balik rumah dengan muka ceria. Terbayang
senyumannya bila aku dan Isyam mengusik untuk meminjam aweknya yang comel pergi menonton Breaking Dawn Part 2. Tapi, hari ni?
Ayieeeeee!!!!
Maafkan aku!
Maafkan aku!
Sistem saraf aku seperti terhenti. Aku tak ingat apa yang berlaku. Mungkin aku pengsan di pusat
kesihatan.
Aku membuka mata. Seluruh badan aku dibasahi peluh. Aku sudah berada dalam bilik di kolej. Pipi aku
terasa kebas dan mata aku berat seperti membengkak, barangkali kerana menangis.
Aku bangun, menguak selimut yang membaluti diri. Mengharapkan di katil Ayie, akan ada sesusuk tubuh sedang meringkuk berselubung dalam selimut biru, menahan kesejukan kerana hanya berboxer ketika tidur.
Hampa.
Hampa.
Hari ni hari Ahad, 8.30 pagi.
Memandang katil Ayie yang kosong tanpa penghuni.
Aku kena terima hakikat.
Aku bermimpi.
Ya, itu kebenarannya. Aku sekadar bermimpi dan demam aku mulai kebah, aku rasa la. Dan fikiran aku kembali ke alam realiti.
In shaa Allah, Ayie balik sekejap lagi.
Tamat.
nota: Ayie yang aku mimpikan, orangnya wujud. Dan mimpi yang aku ceritakan, betul-betul aku alami semasa demam yang lepas. Bila demam, aku selalu bermimpi perkara yang pelik2. Adventurous tapi bermain dengan emosi. Jujur, aku tak suka.
Tamat.
nota: Ayie yang aku mimpikan, orangnya wujud. Dan mimpi yang aku ceritakan, betul-betul aku alami semasa demam yang lepas. Bila demam, aku selalu bermimpi perkara yang pelik2. Adventurous tapi bermain dengan emosi. Jujur, aku tak suka.
Terima kasih!
Ok, tu je.
Adios!
15 comments:
kejam nya mimpi kan kawan smpai macam tuh.. tapi aku suke penceritaan kau ala cerpen ni..hebat.. ada bakat jadi penulis... huhuhu
aku tertiup mohon jumpakan aku dgn si ayie tu nanti ha ha ha ^_^
ah.. aku da feeling2 sedih dah smpai kawan bunuh diri segala macam.. baru nak boom kau cakap susah sgt ke nak call die balik.. at the end, mimpi... huh..
aku punyela percaya kisah ni
rase besalah bgi pihak ko lg
last2 mimpi?
keji!
erk..mimpi ke?? lalala...sabo jelahh...
boleh update lain dah ni
kehkehkeh.. best je cite ang.. boleh dibca kala mengantuk.. terus segar... nasib aku x percaya bulat2.. masa bace tu, aku kuatkan semangat "ada agenda tersembunyi ni.. leklu payeh.. " hahahahaha
nasib aku ni hero kan.. takde lah terus percaya.. tapi kepercayaan aku thdp cerita ni dah 70%.. wahahahah
ko memang minat korea ke ?
@Syakir hyung: ang ingat aku boleh kontrol ke mimpi apa? hahaha
@Noona: tertiup? tiup apa noona? nak jumpa ayie. ok jek.. noona ke datang bilik aku..haha
@KorN & Iffah: mohon tidak memarahkan diriku..
@cik kaki: boleh aku panggil cik kaki? huhu yep, mimpi semata-mata.
@KorN again: xde idea r..hahaha
@Payeh: 70%, ok, aku dah pas..hahaha korea? minat r gak.. why?
tak ahh... aku nampak mcm korea merentasi kehidupan seharian ko ni haa.. hyung, noona.. hahahaha...
hye mirul si kachak !! hehehe
lame dah tak singgah blog ang..
best arr entry nehh,,mimpi tu pon mcm pngalaman yg best ajeww..
msti ang lpas mimpi tu ang insaf kn??hahaha:DD
btw,truskn update..wlwpun bz,aku ttp sokong ang n ttp jd reader stia ang wlwpon xdpt jd yg paling setia..hehe
#rindu ngan ang..gehehehe:))
terkejut aku bro. tarik napas pepanjang. rupanya mimpi. hehe.
Saspen aku. Aku ingat sungguh! Adoi.
waaa... aq dh start nak menitiskn air mata.. tp akhir'y ko hnya bermimpi.. selamat air mata ku.. ehh.. hahaha
@Qween: Thanks qween.. Aku terharu ngan sokongan ang..
@Ajik: Tolong jgn cakap ni cerita seram..haha Thanks, bro!
@Dayah: Kalo sungguh aku takde kekuatan nk taip.. masa mimpi tu pun aku dah sedih gila..
@Lina: Ceh, ang sempat menyelamatkan air mata? Kagum aku..haha
Post a Comment