Thursday, July 17, 2014

Aku dan "Racau Si Pungguk"

[Assalamualaikum]

Nak kata sejenis puisi bukan puisi aku rasa. Sebab tak ada rima, apalagi bahasa puitis. Puitis ke aku masalahnya. Kroih3x. Lebih kepada luahan rasa mungkin. Kalau dalam tulisan yang sebenar, bunyinya akan kedengaran lebih binatang. Sungguh. Jadi aku tukar dalam bentuk yang ini. Aku harap lebih tersusun, lebih samar daripada maksudnya. Apa yang tersusun pun aku taktau..haha 

Racau Si Pungguk

Wahai sang bulan.
Aku tak mampu lagi memandang terus ke matamu.
Biarpun rindu bertubi mengusik.
Merindukan cahaya, merindukan terang, merindukan segala-galanya tentangmu, bulan.
Aku berdiri di balik lindung daunan kayu. 
Dengan harap tiada kelibatku muncul dipandangan.
Sekadar  mencuri lihat biasmu di tasik yang tenang.
Moga gundahku senyap.

Aku mahu menanti, namun pulangmu takkan mungkin.
Aku mahu lari, tapi berapa jauh bolehku pergi?
Aku mahu merayu, apa akan engkau dengari?

Aku hanya si pungguk.
Terbangnya tak tinggi seperti helang.
Rupanya tak cantik seperti merak.
Buat ribuan bintang, jaga sebaiknya sang bulan, lebih baik dari saat dia bersamaku.
Untuk sang bulan tersayang, moga kau bahagia dalam dakapannya bintang.
Aku akan sentiasa merinduimu, selama mana aku menjadi si pungguk.


Ok, tu je.
Terima kasih kerana sudi membaca..

Adios!