Friday, June 15, 2012

Aku & "Awak Pakai Tudung Ye.."

Assalamualaikum
.......

Baru ni, err takde la baru sangat, aku baca kat post kat fb, aku tertarik dengan satu post daripada sifu aku.


Aku dah lama nak buat entry pasal perkara ni. Tapi, aku tak berapa konfiden. Haha..*dah tak konfiden tak yah la buat, kan?

Ok, aku nak cerita hal ni dari konteks lelaki dan perempuan. Tak fokus pasal post sifu je. Aku relate dengan pengalaman dan pemerhatian sepanjang aku hidup hampir 22 tahun nih. Kalo pasal post tu, dah macam2 aku jumpa.

Masa aku sekolah menengah, aku expect semua kawan2 pempuan bertudung. Sentiasa bersangka baik sangat aku, kan? Sebab kat sekolah, dorang nampak ayu je pakai tudung. Bila adik aku cakap, 

"Tadi aku nampak budak kelas aok, si Peah kat kenduri, free hair kot.." 

Aku macam, "Aok cakap mende nih, Peah free hair? Aok salah orang dok? Kat sekolah comel ngat pakai tudung."

See, betapa noob nya aku dengan keadaan macam ni. Aku sikit punya susah nak percaya kalo ada orang cakap sesetengah budak kelas aku free hair, unless ada 2,3 orang yang umum dah tahu perangai sikit punya liar. Tu lain cerita. Sampai satu masa, tamat sekolah, buat reunion (baru abis SPM kot, tak masuk U lagi dah reunion, cam bengong je! HAha), depa datang secara freehair. Masa tu, aku kecewa gila, kenapa la kawan aku macam ni. Walaupun depa bukan awek aku, aku tetap kecewa. Hancur hati aku..sob3x.

Masuk matrik barula mata aku terbukak sikit dengan dunia luar. Masa ni, aku jumpa beberapa kaum Hawa beragama Islam yang dari awal sampai abis matrik, free hair. Kat matrik pakain kena sopan ye. Ok, tu baru sikit pendedahan yang aku dapat. Ada spesies yang tiba2 esoknya bertudung. Alhamdulillah. 

Aku tegur dia, bagi semangat dalam pujian, "Faz, bertambah comei bila ang pakai tudung. Pakai terus la..eh?" Dia pun senyum2 je.*blushing*.  Esok, laa, dah free hair balik. Aku tanya kenapa, dia jawab untuk menghormati hari semalam yakni hari Jumaat. Pulak.. (-.-")

Ada yang pakai hari Jumaat je, ada yang pakai sepanjang bulan Ramadan je.. 

Masuk universiti, tambah pulak scene lain. Masa semester 1, free hair. Masuk semester 2, bertudung. Tapi, kelas malam, freehair balik. Siap pakai singlet, tapi cover dengan cardigan. Macam2.. Selalunya, jenis2 yang terpengaruh dengan fesyen tudung sekarang, banyak yang cantik2 kan? Tu yang sekejap pakai, sekejap tanggal.. 


Ada tuh, baru nak berjinak2 dengan tudung, dia punya lilit tak  hengat. Berapa lapis selendang pun aku tak tau. Tapi dalam fb, profile pic pakai singlet. Adoii... 

Aku luaskan sikit skop pemerhatian aku. Scene 'budak2 kapel' pulak. Haha.. Kalo si pakwe dapat tackle awek free hair,  dalam seminggu, konpem awek tu bertudung atas permintaan boyfriend. Aku siap boleh bertaruh pulak dengan member, "Wei, aku bajet awek si Dol pakai tudung dalam bulan nih.." Huhuhuhu.. 

Ok, ni pasal lelaki. Bila dah selalu aku tengok kejadian kat atas, aku jadi lali. So, aku tengok si pakwe pulak. Dorang ni bagus. Berjaya mengubah gegurl dorang dari free hair kepada bertudung. Menutup aurat la kiranya. So, kalo member ternampak dorang keluar date, "Pandai Dol pilih awek..Pakai tudung.."



Pada depa pakai tudung melambangkan segala keperibadian perempuan. Aku survey lagi. Masa dating, si awek dah elok bertudung, pakwe pulak pakai seluar pendek.



Selalu jadi lagu nih. Kadang2 masa depa nak keluar, aku tengok kot2 yang lelaki ada bawak beg ke nak isi kain pelekat. Yela, dah pakai seluar pendek, macam mana ang nak solat? Keluar bukan sekejap. Ni dari pagi sampai malam. 

"Kat surau ada sedia kain pelekat.." Mana ang tau? 

Mak aku cakap, kalo nak cari bakal suami, salah satu kriteria, dalam bahasa mudahnya, cari yang tak tinggal solat. In case aku, selagi aku kantoi solat, toksah berangan nak kapel..

Back to story, masa date, yang jantan ni, tangan mesti nak berpimpin. Takkan tak tau, tu awek ang. Bukan isteri yang sah. Sentuh kulit ke kulit dengan bukan muhrim ni hukumnya apa, anak2? *Dah jadi ceramah pulak..

buat letih je belajar Pendidikan Islam dari tadika sampai SPM

Lagi, duduk kat taman bunga, kepit2, tangan bersilang, kepala lentok kat bahu. Aduhh...perkara macam ni, lelaki tak nak pulak ambil berat. Yang dorang pentingkan, awek mesti bertudung. Huhu.. 

Aku penah baca post Ustaz Azhar Idrus, beliau kata, "Haram bila perempuan cakap tak bersedia nak pakai tudung sebab belum sampai seru, sebab dalam al-Quran, Allah dah seru 1400 tahun dulu.." ~~~tolong betulkan kalo salah~~~

*entry aku ni bukan nak bagi ceramah sebab aku tak layak terutama dari segi ilmu..dan aku pun banyak buat silap. sekadar perkongsian pengalaman, pemerhatian dan sedikit pandangan.. 

Ok, tu je..

Adios!







8 comments:

pet said...

boboy dan gegirl.. amboi.. feymes aih pggilan tu :D

ღ♥ H I D A H A J I R A ♥ღ said...

woh...terkezut aku bace wahai anak murid...haha...tp good one la...u got the point.. whatever it is, hijab tu wajib. that is mean tidak boleh tidak, mesti dipakai. yang lain2 tu boleh slow down utk improve. aku bukan apa, kat fb bukan setakat byk tp berlambak wanita2 yg amalkan 'tudung pakai buang' ni.sampai aku rasa rimas tengok dan terluah pulak kat situ. kalau xnak bertudung sepenuh masa pun, jgn lah ditayang2 especially kat internet.xmanis dipandang :P

ttg lelaki yg pilih awek tudung tu, pendapat aku la, tu la kekurangan sesetengah kaum adam ni. sesetengah drp mereka ni (sesetengah ye.bukan semua) lebih nmpk dosa/kekurangan org lain drp cuba nak perbetulkan diri sendiri.sebab ni la, perlukan org lain utk tegur. saling menasihati, xsalah. yang menjadi salah apabila kau sibok nak betulkan org tp kau sendiri xbetul :)

Tinta Maya said...

nyampah aku tengok girl yg tak kuat iman pasal bertudung ni .
pakai tu tak sampai bape hari , dah nak bukak pulak . tapi kekadang yg dekat U ni ada renjatan culture kot . bukan main litup zaman skolah , dah masuk U jadi lain . hope aku tak macamtu , thanks sharing this :D ingat mengingati amalan muliee . hehe syabas for this entry , 5stars ok bro ;D

*boleh tak guna 'aku' even u're older than me? kuoajo tak ?
gitaw eh , nanti boleh chnge :D chill!

Amirul Nadzri said...

oopet: feymes ke? aku taktau la plak pasal aku tak amalkan..haha.. masa aku duk tulis kt pic tu, tekak aku kembang je.. geli gila panggil 'gegirl, boboy'.. cam tak matang...huhu

hajira: yep.. sangat banyak. aku tumpang gembira dorang yang berjaya berubah dan istiqamah. bukan setakat bertudung, siap tukar pakaian kepada yang menutup aurat cam baju kurung, jubah..etc..

pasal lelaki, tu la.. ramai yang nmpk kesalahan pempuan..paling ketara bab tudung.. silap sendiri, dorang buat bodo.. btw sifu, aku amik post ko tak minta kebenaran..sori eh...

miss aina: u r welcome. maybe ada yang culture shock. kita sama2 tegur-menegur ok. kongsi apa yang ada..tq for reading..

ღ♥ H I D A H A J I R A ♥ღ said...

amik la ank murid..blog ko mmg best..layak dpt beribu follower

MisS BubBLe said...

tahniah, best entri ni. tapi, untunglah kalau ada lelaki yang tegur dan perempuan tu terus berubah, kalau member aku bf suruh dah banyak kali tapi still tak nak.. Hopefully dia berubah nanti:)

pet said...

haha.. kn kt tv semua gegurl ngn boboy :D

wonDering WandeRer~~ said...

cute n nice drawing..adakah hasil seni sendiri...??? huhu