Friday, November 25, 2011

Aku & "Alahai Blog"

Assalamualaikum!!

Bengang giler.
Bengang sebengang-bengangnye.
Since petang bawak ke malam ni je kesudahannye.
Hitam putih jugak.
Hajat di hati nak la jugak nengok kekaler lain.
Hmmppph, har*m!
Aku bab ni mmg bengap.

Aku kena terima hakikat.
This is my limit. (sob2x)
Aku xnak tension2 menghias/mekap/etc blog ni dah.
Abis kedut2 dahi aku.Terus xde makne pakai masker.
Paling aku risau, kuar anak Krakatua kt dahi.
Buang mase!
Miaoooooooowwwwwwwwwwwwww!! (sepatutnye argghhh!)

Mr.Verdasco: Ni sume angkara jeles menengok blog Cik Puan Muda Diya ngan Melly. Hish, menyampah mak aku!



Monday, November 21, 2011

Aku & "Nicol David Wins Hong Kong Open 2011"

Assalamualaikum!

(Sila abaikan penyalahgunaan perkataan atau laras bahasa)

Datuk Nicol Ann David terus membuktikan beliau adalah pemain squasy terhebat apabila berjaya mengetuk dgn kemas pemain Mesir, Raneem El Weleily straight sets dlm final Women's Cathay Pacific Sun Hung Kai Financial Hong Kong Open 2011, Hong Kong, China.

Datuk Nicol mara ke final setelah mengayamkan pemain tuan rumah, Annie Au dlm pertarungan empat set selama 45 minit pd perlawanan semi-final.

Namun, perseorangan kedua negara, Low Wee Wern pula gagal menjinakkan Raneem meskipun sebelum ini berjaya mengibas pilihan kedua dr England, Jenny Duncalf pada pusingan kedua sebelum menendang keluar pilihan ketujuh dari Perancis, Camille Serme pd suku akhir.

Bagi saingan lelaki, harapan negara hancur berkeping-keping apabila pemain no.1 negara, Mohd Azlan Iskandar tumbang di tangan pemain Mesir, Karim Darwish pd semi-final. Azlan yg juga berada di rangking ke-13 dunia gagal mengekalkan rentak cemerlang menhumban pilihan keempat dan ketujuh yang juga pemain Mesir sebelum melangkah ke separuh akhir. Saingan lelaki dijuarai pemain England, James Wilstrop.

Mr.Verdasco: Azlan ngan Wee Wern menunjukkan peningkatan dlm permainan terutama Wee Wern. Tahniah.

Aku & "Sem 6 oh Sem 6"

Assalamualaikum!

Ok people, aku skang kat Kuala Pilah.
Having my last semester starting from tomorrow.
Sampai sini dalam pukul berape ntah. Petang r gak.
Yang aku tau, naik je ke bilik, terus feeling amah Indon mengemas barang2,
alat2 mekap dan segala benda yg aku punggah mase cuti sem.

X lupe mengemas bilik aku yg da mcm sarang penagih.
Camne jd camtu aku x tau.
Luckily, si Haiqal menghulurkan tangan meringankan beban.
Mau x tolong.
Bilik aku, bilik die jugak.
Sah2 aku sumpah jd kamera Nikon D3100.
Tinggal Afiq je belum balik.

Tgh tunggu lantai bilik kering lepas mop,
aku sempat merumput skit2 laman umah.
Dah mcm hutan Amazon.
Kemain lg rumput2 tumbuh menghijau.
Bajet cantik jek.

Pepun, aku rase segan la jugak bile balik sini dgn keputusan peksa yg x segone.
X cemerlang mcm bebudak nih.











(Klik untuk tumbesaran)
*Sifu pinjam ayat ye.

Namun, sbg Next Top Model,
aku x bley pandang ke belakang,
bnyk lg runway yg aku kene catwalk (sigh2x).

Semoga semester terakhir ni, aku lebih sukses. (SUKSES! SUKSES!)
Amin.

Mr. Verdasco: X bestnye xdpt tgk final bola sepak Sukan Sea, MALAYSIA vs INDON dgn adik aku.

credit to: Nikon D3100


Saturday, November 19, 2011

Aku & "Result UPSR Amien"

Assalamualaikum..

Ok. Entri da basi walaupun baru buat td.
Gara2 Encik Petir telah menghentam muka bumi Raub dua ari lepas.
Langsung meng'blackout'kan sume rumah kat perumahan aku.
Dan aku sendiri nyaris2 kene kejutan eletrik mase tgh menyiapkan entri utk dua ari lps.
Tp, x sempat 'save' disebabkan blackout.
So, kene wat balik.

Ada ape dua ari lepas?
Haa, sape xde adik darjah 6 mmg x rase ape2.
Bebudak nih amik result UPSR termasuklah
adik aku, Amien.
So, ni la pose dia lepas amik result.

 Congratz, bro. Koi bangga ngan aok.

 Amien ngan Aizuddin. Dua org ni jela yg dpt straight A's. (Pose agak kayu ye)

  Ngan Adib, adik bestfriend aku sekolah rendah dulu, Darul Adnin.

Da mmg sifat semulajadi agaknye, budak sekolah rendah ni mmg 'liar'
Lepas dpt result terus ilang. Pegi merayau ngan kengkawan.
Aku plak tpaksa jd pasukan mencari dan menyelamat.
Bukan nk pegi salam mak ayah dulu. *mood sentap.

Overall, sekolah adik aku ni, merangkap sekolah rendah aku dulu, SK Gali,
result agak merosot.
X bnyk katanye. (Tp tetap jatuh, dr no.5 ke no.11 dr 17 sekolah rendah kt Raub, how?)
Sume yang dpt 4A 1B, sangkut kat Bahasa Inggeris.

Ni pandangan aku sbg bekas pelajar sekolah luar bandar.
Mmg x bagus PPSMI dimansuhkan.
Sepatutnya dirombak balik pengisian.

Mr.Verdasco: Sekolah lama Cik Diya dah Datin Paduka Nurul Ayunie iaitu SK Ulu Gali, 9 org dpt 5A. Tahniah ye.

 

Monday, November 7, 2011

Aku & "Nicol David Wins Sixth World Open Title"

Netherlands, 6 Nov – Juara dunia lima, Datuk Nicol Ann David akhirnya berjaya mengesahkan dengan penuh bergaya persis Tyra Banks, kejuaraan buat kali keenam dalam Kejohanan Squash Terbuka Dunia yang berlangsung di New Luxor Theatre, Rotterdam, di sini, sat tadi. Nicol tanpa teragak-agak apatah lagi berasa konfius menumbang serta melanyak habis-habisan pilihan kedua Jenny Duncalf dari England dalam perlawanan selama 28 minit. Baguih no.

Ternyata, Duncalf kelihatan bukan lawan sebenar Nicol apabila tewas mudah straight sets. Dengan kemenangan ini akan mengukuhkan lagi kedudukan Nicol sebagai pemain nombor satu dunia sejak 2006 dan juga sumber kewangan beliau dengan habuan sebagai juara dunia. Untuk berita lanjut, sila pi ka website, squashinfo.com.




Tengok, menang mudah!

Si Kacak: Congratulation, Datuk, for your sixth titles of Women's World Open 2011! Muahhhh!!!

Credit to:squashinfo