Wednesday, December 26, 2012

Aku & "Masih Belum Sempurna"

Assalamualaikum...

******

Kredit kepadaMk Syahir, pencetus idea

Masih Belum Sempurna

Masih belum sempurna...
Takkan pernah sempurna
Pasti

Aku resah
Lantas memacu kuda bersalah
Menuju hutan penipuan
Membiarkan angin-angin dusta menyapu
debu-debu hak yang tersisa di badan
Supaya aku tampak sempurna

Bodoh..

Itu kata kau!
Nafsu membenarkan segala-galanya dan
ego hanya berdiam tunduk bersetuju

Lalu kau tebak si kuda dengar panah hakiki
Terjelepok
Mati

Terus aku terjaga
dan hutan itu mulai melenyap

Bukan itu caranya
Takkan mungkin bangkai gajah dapat ditutup dengan sehelai daun nangka
Busuknya tetap terhidu

Aku tersedar akan hakikat
Melangkah lalu berdiri di pintu taubat
Tangan-tangan kebaikan menghulur kunci keikhlasan andai betul
hati merela
Menyerahlah

Berilah peluang
Ini permulaan
Yang ditegah kau perlu tinggalkan jauh
Yang disuruh jangan pernah diabai
Tunaikan ikrar
Gunung azam aku bina satu persatu
Perlahan-lahan asalkan kukuh terpasak

Biarlah
Biar hati terasa cukup
Biar mata terlihat lengkap
Meskipun masih belum sempurna







Tuesday, December 18, 2012

Aku & "Kita"

Assalamualaikum...
.......



First impression korang?

Jentik2?
Anak ikan Arowana?
Berudu?


Ok, tu 100x magnification.

Aku up sikit, jadi 1000x.




Masih dengan tekaan yang sama?

Salah ye adik2. Gambar kat atas tu sperma manusia aka kita, suatu masa dulu. Dalam berjuta yang berjuang, merentasi hampir 40 km, hanya kita yang survived sehingga sekarang. Tak mengaku kalah, berenang dalam jarak yang jauh untuk sampai ke destinasi. Tak kisah r macam mana pun fizikal, mental, kedudukan etc kita sekarang, yang penting semuanya champion.

Jadi, jangan mudah mengaku kalah. Kalah selepas berjuang, masih dianggap perwira. Berundur juga masih di maafkan. Cuma jangan tunduk menyerah diri.

Dah, jangan tanya aku ni siapa punya sperm sample..
Aku rasa aku tak tau. Huhu..
Aku cuma buat eksperimen jek..

~ ~ ~ ~lalalalala~ ~ ~ ~


Ok, tu je..
Terima kasih kerana membaca entri aku..

Adios!



Thursday, December 13, 2012

Aku & "Noona"

Assalamualaikum...
......


Cuma aku sorang belum ucap apa-apa. Hari ni,13/12/12. Maaf, noona. Bukan tak ingat sebab noona sorang jek kakak aku. Ok, fine, Iffah Afeefah aka Pipa pun kakak gak, but noona is more special. Huhu.. Kekangan masa. Aku nak buat entri ucapan khas sempena birthday noona ke 42 macam Peep buat.

Ok, 3 more reports are waiting.

Noona, sempena ulangtahun ke 42 ni, aku doakan noona menjadi anak solehah, ibu dan isteri yang mithali, dikurniakan kesihatan yang terbaik sepanjang masa since you are supermom, need to fly everywhere, dipanjangkan usia supaya sentiasa dapat menjalankan ibadah dan berbakti kepada ibubapa, dimurahkan rezeki supaya sentiasa dapat berkongsi dengan mereka yang lain, dan sentiasa berada dalam perlindungan dan keredhaan Allah..

Noona, terima kasih kerana menjadi kakak dan ibu untuk kitorang. Terima kasih kerana sentiasa mengambil berat dan sentiasa berada di sisi saat diperlukan. Terima kasih untuk entri2 yang membuka minda, mencelarukan fikiran, mengubah keputusan dan kadang2 mampu menghilangkan akal aku.

Noona, Selamat Hari Lahir!
Love you!

Ikhlas,

Amirul Kacak...eh?






Sunday, December 9, 2012

Aku & "6/12/12"

Assalamualaikum...
......

7/1/2009 - Hari pendaftaran

*Tarikh sebenar hari pendaftaran aku dah lupa.. Mungkin 30/6..*

Ok, abaikan pasal tarikh.
1st batch UiTM Kuala Pilah.. Takde senior, junior apatah lagi..
Kampus masih berbau cat, barang2 masih berbau kedai serta berbalut plastik..
Nice..

Masa minggu orientasi, hari kedua barangkali..

6/12/12 - Tiga tahun kemudian.

Selepas memporak perandakan kampus, selepas merasa menjadi senior, selepas kehidupan huru-hara dengan teori Physics...


Finally...*muka berlagak kata adik aku*

Semester dua, aku hampir kandas subjek Physics - Electricity and Magnetism. Aku cuma dapat C+ berbanding subjek Biology yang lebih sikit kecemerlangannya. Semester 3, aku kena pilih aliran, Physics atau Biology. 

Aku fight diri aku tak ambil Biology sebaliknya Physics. Walaupun pada mulanya mak tak setuju, tapi aku rasa aku kena bagi peluang diri aku untuk kenal Physics yang selama ni aku rasa subjek paling susah lagi menyusahkan masa SPM. Terima kasih Madam Dalia Attan atas nasihat masa penghujung semester dua. 

"Awak cakap Physics susah, tapi penah tak awak duduk dalam bilik, bukak buku Physics dan cuba study betul2 macam mana awak study Math dan Biology? Ni awak dah mindset susah, lepas tu terus tak nak bukak buku Physics.. Adil tak awak cakap Physics susah?"

~~~Insaf~~~

Walaupun tak cemerlang dengan mendapat Anugerah Naib Canselor, aku survived tanpa perlu repeat mana2 kertas Physics. 

Physics is interesting walaupun hakikatnya agak susah. Aku suka subjek Modern Physics aka Quantum Physics kalo tak silap aku. Belajar pasal nuclear energy. Untuk pertama kalinya dalam hidup aku, aku dapat A untuk Physics.  

Sudah, tu semua kenangan. 

Tiga tahun, mungkin dua tahun setengah akan datang, in shaa Allah, siapa tahu ijazah kelas pertama aku punya. 



Ok, tu je..
Terima kasih kerana membaca entri aku..

Adios!


Terima kasih! ^^







Monday, November 26, 2012

Aku & "Ayie"


Assalamualaikum...
......

Sekadar berkongsi.

Kisah benar yang terjadi pada aku. Sengaja aku tulis dalam bentuk cerpen.

"Apa perasaannya bila suatu hari, korang dapat call ataupun SMS ataupun berita mulut ke mulut mengatakan yang sahabat korang dah takde?"

*****

Aku dengan Ayie baru kenal dua bulan. Kami tak rapat tapi tak bermaksud kami bergaduh. Sekadar berkawan lebih-lebih lagi kami teman sebilik. Aku ambil jurusan sains, Ayie pula undang-undang, sebab lain yang menjadikan kami tak rapat. Ayie, seorang yang aku tak penah tengok dia membuat assignment apalagi membuat revision. Kehidupan dia sekadar pergi ke kelas, balik, keluar makan ngan awek, tidur. Cuma bila ada test, baru lah kehidupan dia huru-hara. Huhu..

Petang tu aku dapat call daripada Ayie. Aku tak ingat bila masa aku simpan nombor telefon dia dan bila pulak dia pernah mintak nombor aku. Ahh..abaikan. Yang pasti aku tak jawab sebab aku tak perasan. Sungguh, aku tak perasan kerana aku terlelap dalam keadaan rongga hidung tersumbat. Selsema menyebabkan kepala aku sakit dan badan mula lemah semacam. Itulah, mengada sangat tak nak berpayung masa berjalan kaki untuk solat Jumaat walaupun hujan ketika itu boleh dikategorikan lebat. Stigma lelaki + payung = tak macho, masih menebal dalam diri. Rela berhujan daripada dilabel tak jantan. Aku cuma nampak nama Ayie tertera pada skrin telefon selepas sejam aku tertidur.

3 missed calls.

Aku biarkan sahaja tanpa ada usaha untuk menelefon balik. Badan aku masih terasa lemah lagi tapi aku gagahkan juga ke pusat kesihatan.  

Sampai di sana, aku terserempak dengan Yod, temas sekelas aku. Gadis berwajah garang kerana bibirnya mahal dengan senyuman. Yod menerpa ke arah aku.

“Ko ni kawan jenis apa hah? Roommate sendiri call ko tak jawab??!!”  

Aku tergamam dalam kepeningan. Berpinar biji mata aku. Mujur saja aku tak tumbang dengan sergahan sebegitu rupa. Siapa call? Ayie?

“Haa, Ayie la.” Yod menjerkah. Tak guna punya perempuan. Cakap baik-baik tak boleh ke?

“Aku tak perasan la. Aku tengah demam nih.” Cuma itu jawapan aku, tanpa berdolak-dalik.

“Ko tau Ayie dah takde?”

Hah?

Soalan tu bergema-gema dalam kepala aku.

Ayie..Ayie dah takde? Dia, dah meninggal?

“Aah, sejam yang lepas.” Terasa lembik kaki aku langsung tersandar ke dinding. Tapi Yod aku lihat masih teguh berdiri. Mungkin amarahnya kepada aku menyokong kuat segenap sendi.

“Sebab apa dia me..mening..gal?” Berat lidah aku untuk menyebut perkataan terakhir itu.

“Ayie bunuh diri…!”

Bunuh diri?

Ya Allah..! Air mata aku berhamburan. 

Kalau sebab lain mungkin aku boleh terima, tapi bunuh diri?

Ayieee....!

Kenapa ko mesti bunuh diri?

Aku terduduk. Ayie pergi sejam sebelum aku bangun dari tidur. Betul-betul selepas tiga kali cubaan menghubungi aku.

Rasa bersalah mula menghantui segenap pelusuk fikiran aku kerana tak menjawab tiga panggilan Ayie sebelum dia meninggal. Aku tak tahu apa masalah Ayie sampaikan dia sanggup bunuh diri. Bukan satu, tapi tiga panggilan. Mungkin masa tu ada perkara atau masalah yang dia nak ceritakan pada aku. Mungkin kalau masa tu aku jawab panggilan dia, dia boleh berkongsi masalah dengan aku dan tak perlu ambil jalan singkat menamatkan riwayat sendiri.

Aku menangis semahunya. Biarlah mata-mata di pusat kesihatan memandang aku seperti kurang siuman. Perasaan bersalah, sedih dan tak percaya menyelubungi diri. Tak percaya kerana baru semalam melihat dia mengusung beg pakaian untuk balik rumah dengan muka ceria. Terbayang senyumannya bila aku dan Isyam mengusik untuk meminjam aweknya yang comel pergi menonton Breaking Dawn Part 2. Tapi, hari ni?

Ayieeeeee!!!!

Maafkan aku!


Sistem saraf aku seperti terhenti. Aku tak ingat apa yang berlaku. Mungkin aku pengsan di pusat kesihatan.

Aku membuka mata. Seluruh badan aku dibasahi peluh. Aku sudah berada dalam bilik di kolej. Pipi aku terasa kebas dan mata aku berat seperti membengkak, barangkali kerana  menangis. Aku bangun, menguak selimut yang membaluti diri. Mengharapkan di katil Ayie, akan ada sesusuk tubuh sedang meringkuk berselubung dalam selimut biru, menahan kesejukan kerana hanya berboxer ketika tidur.

Hampa.


Hari ni hari Ahad, 8.30 pagi.
Memandang katil Ayie yang kosong tanpa penghuni.


Aku kena terima hakikat.




Aku bermimpi.
Ya, itu kebenarannya. Aku sekadar bermimpi dan demam aku mulai kebah, aku rasa la. Dan fikiran aku kembali ke alam realiti.



In shaa Allah, Ayie balik sekejap lagi.



Tamat.


nota: Ayie yang aku mimpikan, orangnya wujud. Dan mimpi yang aku ceritakan, betul-betul aku alami semasa demam yang lepas. Bila demam, aku selalu bermimpi perkara yang pelik2. Adventurous tapi bermain dengan emosi. Jujur, aku tak suka.


Terima kasih!
 Ok, tu je.

Adios!

Tuesday, November 20, 2012

Aku & "Terima Kasih"

Assalamualaikum...

......

Tadi aku solat, depan kawan aku yang tengah makan tengah hari, Izad nama beliau ataupun nama komersialnya Pak Jad. Biasalah, duduk berlapan dalam sebuah bilik yang entah berapa kali berapa kaki ni, menyebabkan kebanyakkan penduduknya makan dengan gaya bebas. Aku bersolat seperti biasa sambil telinga kadang2 menangkap gurau senda mereka. Untuk betul2 fokus dalam mendapatkan anugerah kekhusyukan dalam solat, mungkin berat bagi makhluk seperti aku. Banyak faktor yang menganggu-gugat. Yang aku termampu, cuba untuk mendapatkan sebutan yang sehabis baik dalam bacaan dan melaksanakan pergerakan2 yang sepatutnya dengan bersungguh-sungguh.

Selesai memberi salam dan berdoa, sedang aku melipat sejadah, dengan curiousity yang tinggi sambil merenyuk helaian surat khabar alas makanan, tiba2  Pak Jad bersuara,

"Mirul, masa ko sujud hujung jari kaki ko memang tak bengkok (dilentikkan) eh?"

Aku terpempan sekejap. "Selama ni jari kaki aku memang tak dibengkokkan ke?" Terus terbayang sifat2 solat aku yang semenangnya rompong sana-sini. Al-Fatihah tunggang langgang ditambah lagi dengan masalah yang satu ni. Pernah mendengar ustaz berkata, "Sujud tanpa jari kaki dilentikkan boleh menyebabkan solat terbatal..." dan baris2 seterusnya aku terlupa disebabkan kebodohan menganggap diri sendiri pemegang Rekod Daya Ingatan  Malaysia. Langsung tiada catatan dalam simpanan.

Aku memandang Pak Jad dan Pak Jad memandang aku. Dua2 tau akan hal ni. Aku yakin sebelum2 ni aku dah lentikkan jari kaki semasa sujud. Terus aku menggugel, mencari kepastian. Salah satu rujukan, klik sini. Insya-Allah, solat aku tak terbatal kerana hal ni. Dalam hati, aku bersyukur kerana dua perkara, solat selamat dan masih ada sahabat yang prihatin dengan ibadah sahabat yang lain.

Terima kasih, Pak Jad atas teguran!
Saranghaeyo! (eh..2x)

Ok, tu je!
Terima kasih kerana membaca entri aku.

Adios!  

Dulu penah semak bacaan Al-Fatihah depan 
ustaz masa umur aku 19 tahun.
Awal Bismillah pun dah salah sebutan.   
Huhu.. 

Tuesday, November 13, 2012

Aku & "Deepavali"

Assalamualaikum...
......

Hari ni Deepavali. Ok, aku takde niat nak menguar-uarkan apalagi meraikan perayaan nih. Huhu.. Cukup aku ngan kawan2 dapat cuti sehari untuk meredakan ketegangan saraf2 selepas menghadapi test ngan kuliah sehari-harian. Alhamdulillah..ingat senang ke bila masuk minggu huru hara, tetiba ada dua hari cuti terselit selain cuti Sabtu Ahad yang kadang2 diganggu dengan kelas ganti dan aktiviti2 yang boleh mendatangkan kemurungan seperti mendengar ceramah selama 10 jam?

Panjang pulak aku membebel.. Aku nak share satu benda ni. Found this on facebook written by my junior. Budak2 lagi baru lepas PMR. Mungkin aku misinterpret apa yang budak ni tulis since 32 orang dah suka.. Mungkin jugak sensitiviti aku terlalu tinggi. Tapi, mengikut kefahaman aku, tak nice r bila melibatkan 'warna2' yang sensitif nih.


Pada aku, bila kita refer seseorang dengan sesuatu subjek yang boleh mengundang ketawa orang lain sedangkan mangsa berkecil hati, itu namanya penghinaan. Ada kekurangan tak bermaksud takde kelebihan. Satu benda yang secara otometik terjana dalam kepala aku lepas baca post kat atas, berapa banyak kes orang jadi OKU akibat kebodohan membuat mercun sendiri sempena Aidilfitri berbanding Deepavali? 10:1? 100:1?

Berkulit cerah tak bermaksud bijak, dan berkulit gelap tak bermaksud bodoh. Dan kesilapan teknikal masa bermain mercun takkan menyebabkan kita menjadi hitam tapi mungkin menjadi cacat. Bila kita semakin mencapai kematangan kita akan sedar yang kita tiada hak untuk menghina. Macam mana kita benci orang kutuk kita, macam tu la orang benci bila kita mengutuk. Satu perkara yang pasti, kita hanya akan berhenti mengutuk bila ada seseorang yang lebih baik mengeji kita. Seseorang yang pada mata kita takde kelemahan. Masa tu baru kita akan pandang diri sendiri.

"Akhlak adalah pakaian yang menunjukkan keperibadian kita."

Ok, tu je..
Terima kasih kerana membaca tulisan aku.

Adios!

Dah lama berhenti menggunakan perkataan  kel**ng 



Thursday, November 8, 2012

Aku & "Darah Bangsawan"

Assalamualaikum...
......

Ok, amik apparatus ngan chemical yg diperlukan.

Dah?

Orait, 

1. Sapu jari ngan swab.
2. Amik sterile lancet, tebuk jari.. Tapi sila jangan tembus kulit ke kulit ye. (Sendiri tebuk boleh, member tolong tebuk pun no hal. Tapi tebuk sendiri lebih brutal.) 

Dah?

3. Tekan jari kasi keluar itu darah.
4. Titik kat hujung slide. Setitik sudah, bukan sebaldi.
5. Amik cover slip..bla..bla..bla.. celup dalam alcohol..bla..bla..bla (prosedur dipantaskan pada kelajuan cahaya)
6. Kasi kering slide.
7. Tengok bawah microscope.

Tadaa...

Sel darah merah a.k.a Erythrocytes
Obviously bukan keturunan Mahsuri..huhu

This one, contoh sel darah yang pesakit leukimia. (Sumber Google)

Yang warna ungu2 tu, sel darah putih tak normal, senang citer leukimia r. 
Compare ngan sel aku kat atas, insya-Allah, aku takde penyakit..huhu



Ok, tu je.
Experiment sebelum cuti.
Terima kasih kerana membaca entri aku.

Adios!





Sunday, October 14, 2012

Aku & "Permaisuri Agong"

Assalamualaikum...
.......

Emak.

Kalo ada apa2 hal, aku akan kontek mak. Kol umah nak tanya khabar, kalo pak yang jawab, mesti

"Pak, mak mana?"

Nak jugak cakap ngan mak walaupun boleh jek nak tanya pak. Kira pak dah jadi cam nombor dua. Sebab, bila mak yang jawab, topik untuk bersembang akan menjadi universal. Tak terikat dengan formality. Daripada tanya khabar, masuk kepada menu hari ni, melencong kepada pencapaian sekolah Amien*aku strict hal nih..huhu*, jiran2 sebelah menyebelah, produk kecantikan, malam tadi tengok cerita apa, assignment bertimbun, PTPTN tak masuk lagi, wan sakit lutut, quiz Kimia fail, Mas Idayu jadi penasihat VBSR..anything! Mak cerita aku dengar, aku cerita mak dengar. Pastu gelak2.

Tapi, bila pak yang jawab kol, everything macam kena formal. Topik2 akan menjadi serius seperti masalah kewangan, lesen motor, laptop pak hang, keputusan exam, salinan IC, geran motor dan sume2 la yang selalu berada dalam status 'sedang diproses' dan 'sedang dikemaskini'. Takde gelak2. Suasana seolah-olah menjadi tegang dan meruncing. Sume kena straight to the point. Tanya, jawab, tanya, jawab, end call. Huhu..


Perasan tak, dalam sesetengah situasi, mesti emak yang akan dihighlightkan bukan ayah.

"Rindu masakan emak.." 

dan bukan masakan ayah. Kenapa? Pasal dalam 50 resepi yang mak boleh masak dengan jayanya, ayah cuma boleh masak satu jenis je. Nasi goreng to be exact. Nisbah resepi, 50:1. Kalo ayah ampa  memang terlibat dalam bidang masakan sila abaikan. Haha

Kalo bab2 rindu, mak akan diutamakan. Aku taktau la plak bagi mereka2 yang emak mereka bekerjaya. Pasal kalo mak bagi nasihat, tak penah masuk dalam kepala. Dalam 10 nasihat yang terkandung dalam satu pengucapan *amazing*, mungkin satu je yang melekat. Dan benda yang sama mak akan ulang balik setiap hari, dan itu kita panggil sebagai berleter. Tapi, kalo ayah bagi nasihat, terus masuk dalam kepala dan nasihat tu kita akan panggil sebagai nasihat.

Ayah = berleter? No, not so nice..
Emak = berleter? Yes, complement to each other.

Hari-hari kena mendengar nasihat emak daripada kita dah pandai sebut "e-mak", sampai la dah besar panjang. Hari-hari dengar suara permaisuri agong tu. Mana tak rindu ye tak? Huhu...

To be honest, aku agak sensitif bila orang panggil mak dengan panggilan 'mummy' atau 'mama'. Geli.. Meremang tengkuk aku. Tapi tu dulu la. Masa aku kecik2, zaman agogo bak kata Cik Zaitul. Aku prefer panggilan 'emak', 'ibu', 'umi' dan lain2 yang 'bunyi' cam Melayu. Kalo 'bonda', sounds like bangsawan sangat..huhu Disebabkan aku agak sensitif konon2nya ngan panggilan sedemikian, aku penah la menyuarakan pandangan aku masa tengah sembang2 ngan member2.

"Eiii..aku tak bley blah tol orang panggil mak, mummy, mama...Panggil emak dah r.. Geli aku! Ingat ko omputih ke hape?"

Pehh, kemain lagi aku mengondem. Member2 aku senyap jek. Pastu enset salah sorang berbunyi.

"Mama, orang tengah ada discussion nih.. Nanti orang kol mama balik.."

~~~~~~~angin sepoi2 bahasa bertiup~~~~~~

But then, aku dah adapt ngan panggilan2 tu since sepupu aku pun guna panggilan tu. Kawan2 apa lagi ye tak?

Anugerah terindah, terhebat untuk seorang anak? (10 markah)

Emak

Eh,eh, tetiba aku cerita pasal emak.
                                                                 
Ok, fine!
Aku rindu mak aku. Huhu...

Mak, sila pandang kamera.. 
Skang baru aku tau mana datang cheekbone aku yang tinggi tuh..haha

Ok, tu je.
Terima kasih kerana membaca entri aku.

Adios!









Saturday, September 8, 2012

Aku & "I'll Be Back"

Assalamualaikum..
.......

Ok, aku tengah takut gila skang. Aku tak tipu aih.. Pepagi nanti aku nak gerak gi Shah Alam. Pi daftar jadik student semula..wuwuwu Berdebar-debar jantung aku nih. Aku tak suka situasi skang. Takut dah otw nanti ada dokumen tertinggal. Sebut dokumen tertinggal  tetiba aku rasa macam jadi pendatang asing tanpa izin yang akan dihantar pulang ke negara asal pulak. Aiseh.. Pasni, aku taktau bila aku akan ada kelapangan nak update walaupun khabar angin mengatakan orientasi takdak. *aku rajin update ke sebelum ni..???*

Baik, ampa suma tolong doakan urusan aku dipermudahkan, ok? Oh, Shah Alam.. Please be nice to me..huhu *Moe, aku pinjam ayat ko*

Ok, tu je..
Terima kasih kerana membaca entri aku..

Adios!

Tuesday, September 4, 2012

Aku & "Pujangga Si Kacak"

Assalamualaikum...
......

Adoi, bila masa dah makin suntuk,
aku rasa macam sume tak betul.
Buat tu tak kena, buat ni tak kena.
Pegi jumpa pengetua nak mintak cop, pengetua pulak mesyuarat.
"Kenapa time aku nak minta cop, time tu jugakla beliau mesyuarat?!!!!!! Ingat dekat ke rumah aku ngan sekolah?!!!!"
Ohoi, memang bengang rasanya!
Pastu, merasala diriku kena maki balik ngan encik bapak.
"Buat kerja bertangguh! Ingat pengetua tu kerja goyang kaki duk tunggu orang mintak cop??!"

Bila masa makin suntuk,
makin banyak perkara terlupa.
Pegi potostet IC parents, IC sendiri lupa nak potostet.
Buruk betul perangai.
Usia je meningkat, perangai tak matang2 lagi.
"Woiii, woii apa sebut usia2 nih?!!"

Bila masa makin suntuk,
tetiba aku rasa Raub ni langsung takada apa2.
Kalo sebelum ni, actually sebelum semalam, Raub la segala-galanya bagi aku.
Aku nak cari boxer sehelai dua pun payah.
Nak cari kemeja casual apatah lagi.
Aiseh, kenapakah ini terjadi??

Bila masa makin suntuk,
tekanan pun bertambah.
Jerawat pulak semakin meriah.
Kekacakan lalu pudar.
Dem it, dem it, dem it!

Bila masa makin suntuk,
api kemarahan mula meluap2.
Nyamuk sekor berdesing kat telinga, serumah aku amuk.
Ok, over la pulak.
Aku pedaah je tu.

Bila masa mula suntuk,
entri aku pun menjadi ntahapa2ntah.
"Bodohnya entri ko ni!"

Ampunkan aku!

Ok, tu je.
Terima kasih kerana membaca pujangga aku, Seuntai Kata Sesedap Rasa.

Adios!





Monday, August 27, 2012

Aku & "Geng Bas Sekolah"

Assalamualaikum...
......

Dah 9 Syawal. Fulamak, aku letih gila 4 hari nih. Pegi bersosial dengan Geng Bas Sekolah. Keluar pagi, balik dah nak senja. Kalo perkara ni berterusan, nampaknya aku kena tukar nama blog aku jadi Diari Sosial Si Kacak, adaptasi Diari Sosial Syakir Rahman. Ampunkan aku Syakir Rahman. Aku tau, ang lagi otai..*sambil bayar wang perlindungan* Kerana keletihan melampau, aku tertangguh pos entri. Yela, balik2 rumah, terus tido.

Baik, raya keempat, lepas beraya rumah Moe dan dijamu makan nasik lemak Cik Nab, jugak rumah Aizat dengan menibai kuih raya buatan beliau, kitorang pegi berendam kat sungai. Memang ni la aktiviti kitorang kalo dah berjumpa. Ekceli, dorang yang berendam. Aku tak, pasal aku kurang daya tahan ngan air sungai yang sejuk gila. Nanti aku menggigil-gigil cam kena parkinson. Haha.. So, aku rendam2 kaki jela. Pastu amik2 gambar. Loser gila..huhu

Kat tengah tu Aizat, tengah check2 suhu air. Dua orang belah kiri tu tak terlibat ngan kitorang. 

Disebabkan aktiviti ni melibatkan kawan2 aku yang berjantina perempuan, so gambar mandi2 aku tak upload ok? Baik, lepas berendam-rendam, main2 pasir, perut pun rasa lapar. Walaupun aku hanya merendam kaki, aku dulu yang rasa lapar. Loser lagi sekali..dem it!

Tadaa..!!!!
Aizat sponsor Spaghetti Bolognese, dia masak ok. Walawei, sedap gila. Maka, pengunjung2 lain merasa iri hati lantas cemburu melampau ngan kitorang sebab bekal dorang just cikedis ngan air sirap. Asik usha spageti jek.. Ok, aku tipu.
Thank you, Aizat!

Dari kiri: Aizat, Si Kacak ><, ngan Hanis. Over tol Hanis ngan goggle. Kalo penah baca entri nih, so, ni lah Hanis, besfren menyetan aku..huhu

Tiga dara yang sungguh pemalu espesyeli yang tudung biru tuh. Pemalu gila! 
From left: Dayah aka Diya Azhar, Ayunie Jelita, ngan Myra Moehamed aka Moe. 
Dayah pun blogger gak. Efisyen gila bab updating entry pasal aktiviti dia ngan kawan2.

Next, dua tiga keping lagi gambar kitorang. First time dol aku buat entry with real pictures camnih. 

Sosial ke tidak? Boleh r kan? Huhu... Tengok budak pemalu tuh. Beliau paling sukses bab2 menyenget serta mem'bencana'kan muka sendiri bila amik gambar.. Memang tercampak orang r geng2 lain..haha  

Aku sayang gila dol kawan2 aku nih. 
Dah 10 tahun kenal kecuali si Moe pasal aku kenal dia dari darjah 1. 

Ok, ni gambar penghabisan. Aku ngan Aizat. Baru aku perasan, aku kurus gila. KURUS GILAAA!!!
Kalo kena back kick ngan Aizat, mau terputus dua aku..huhuhu

Balik rumah, semua pakat2 terlentang. Err..kat rumah masing2 la. Haha... Penat punya pasal. Next day, gi makan2 open house pulak, rumah Liyana aka Cix Cedot. Gambar2 semua Yana dah wakilkan kat blog dia..huhu..

Ok, tu je..
Terima kasih kerana membaca entri aku..

Adios!



















Friday, August 24, 2012

Aku & "Mula Bertugas!"

Assalamualaikum...
......

Hari ni masuk 6 Syawal. Amacam raya korang2 sekalian? Aku syak best r tuh.. Ada plak raya tak best kan?  Melainkan korang duk berlakon puasa, macam nak mati punya melepet tak larat nak bangun.. Padahal pagi2 pukul 8 duk tibai mee segera. Haha.. Tu memang tak syok nak beraya.

Ok, aku tengok empat, lima orang sahabat2 aku cam Diya Azhar, Kamal Lee, Teya, Qween ngan Farah Aina dah start update blog. Maka, dengan ini aku mengumumkan cuti raya yang aku approved untuk diri sendiri dah tamat. Haha... So, Si Kacak akan mula bertugas mengupdate apa2 yang patut. Tinggal lagi Noona, Ety ngan Torres je yang masih bercuti. Sebulan gamaknya. Hahaha... Jadi aku kena bersiap sedia ngan entry depa yang kemungkinan besar akan menjadi entry bersiri.

Baik, aku nak tunjuk r gambaq aku sempena raya baru nih.. Sekeping jek. Huhu..Aku takut lappy ngan smartphone ampa retak pulak pasal kekacakan aku yang tiada sempadan. Kot2 la pasni lappy ampa hang, sila jangan salahkan aku.

sama dak pose aku ngan kartun tuh? haha tangan kanan aku kejung gila. 
tyra banks for sure hangin ngan aku.

Thanks to pak kerana sponsor sampin/samping.*mana satu ejaan betul?* Sponsor la sangat, padahal aku rembat. 

Ok, tu je.
Terima kasih kerana baca entri aku.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Adios!

**Semalam aku pegi beraya rumah member, Net. Aku sudah sagat beliau punya gate ngan Myvi mak aku. Aiseh.. Memang spoil. Tertanggal dol gate beliau. Cuak aku. Dah hensem2, buat kes pulak. Pasni, aku syak mesti aku jadi budak wanted. Huhu... Net, ampunkan aku!!! 

Saturday, August 18, 2012

Aku & "Daripada Buku Lukisan dan Scanner Si Kacak"

Sila klik apa yang patut untuk kekacakan yang lebih terserlah..
*Ety aku pinjam ayat ang*

Tiga komen terpanjang entri sebelumnya, Aku & "Osaki"

#1. Noona Paripari Putih (367 words) <---legend maa
#2. CikMun Blogger (342 words) <--- Perhh, awas noona! Hai, cikmun..
#3. Ety Babyface (271 words) <--- CikMun tendang ang Ety..haha

Ety, sori, aku sibuk duk buat perutusan si kacak, tak sempat nak lukis "PomPomBoys" hahaha.. Awas Torres, Syakir Rahman, Kamal Lee.. Ampa terpaksa aku gunakan pasal blog aku tak ramai follower lelaki. So, teammates tak cukup..haha


Thursday, August 16, 2012

Aku & "Osaki"

Assalamualaikum..
......

Kenal tak Osaki? Mungkin mereka2 yang lahir sebelum tahun 2000 kenal akan Osaki. Feveret aku sampai sekarang. Masa budak2, Osaki ni lah yang menjadi teman aku berjalan-berjalan. Jugak menjadi teman aku bermain. Aku sayang beliau meskipun aku selalu mempergunakan beliau lantaran sifat kelembutan dan keanjalan yang beliau miliki. Di samping itu *perhh, penggunaan penanda wacana*, beliau jugak tahan lasak. Beliau akan terus setia sehingga khidmatnya tak lagi diperlukan.

Ok, tak payah sedih2, Osaki adalah sejenis selipar. Aku bet beliau adalah pure selipar jepun. Zaman sekarang, aku dah tak nampak kanak2 dan budak2 sekolah pakai Osaki. Masing2 semua duk bangga pakai Crocs dan Fipper. Aku rasa dalam keadaan zaman sekarang, mereka tak memerlukan Osaki.

Jom kita flashback keakraban aku dan beliau dan kenapa dulu aku memerlukan Osaki.

#1. Aku brek basikal pakai kaki. Masa kecik2 aku diperuntukkan oleh pak dengan sebijik basikal. Dan aku suka bawak keliling kawasan perumahan aku. Aku lenjan abih basikal tuh. Kayuh laju2. Even turun bukit pun aku kayuh. Kadang2 aku main nyorok2 satu perumahan. Sebab tu, penggunaan basikal sangat penting. Bila brek rosak, aku tak mintak pun pak betulkan pasal pak jarang nak perabih masa duk baiki brek ke hape. So, aku brek basikal pakai kaki jela. Seret selipar kat jalan untuk menambah friction lantas mengurangkan acceleration. Bila pecutan turun, halaju pun turun. Lalu, basikal pun terstop.. Haha..tetiba fizik.



Lama2 haus la selipar kan? Tetapi tidak dengan Osaki. Ok, tipu. Mana ada selipar tak haus kalo dah hari2 sagat kat jalan. Beliau pun haus tapi lambat r. Beliau aku syak adalah selipar getah yang terunggul kerana susah haus. Kalo haus pun, tak sampai berlubang. Huhu.. Kalo pakai selipar fancy2 cam bata tuh, konpem sekejap je riwayat mereka.. Dahla mahal, tak berkualiti pulak. *bata, ampunkan aku* Osaki murah jek..Kuikuikui

#2. Permainan baling selipar memerlukan selipar yang jitu dan padu. Osaki padu pasal made of rubber. Plus berat beliau sedang2. Tak berat, tak ringan. Baling pun sedap jek. Ditambah dengan balingan superaccurate aku, maka gandingan aku ngan Osaki adalah gandingan yang terunggul. Lagipun, senang nak buat susunan selipar bentuk piramid kalo pakai Osaki. Budak2 sekarang aku tak nampak dah main baling2 selipar nih. So, Osaki tak lagi diperlukan..T___T





#3. Badan aku kecik jek. Masa kecik, kecik, masa besar pun kecik. So, aku tak larat nak pegang galah masa amik buah. Ko ingat ringan ke kalo pakai galah kat kampung tuh? Haha.. So, aku baling buah pakai Osaki je. Momentum dari beliau just nice untuk menjatuhkan buah laksana mempelam. Lagi satu, beliau diperlukan masa nak amik shuttle yang tersangkut kat pokok. Kat depan umah aku dulu, jiran2 pakat tanam pokok payung yang duri2 banyak gila tu. Mana boleh panjat bai. Aku pakai Osaki sudah. Nasib tak baik, ngan Osaki sekali sangkut kat pokok. Hahahaha



#4. Masa duduk asrama, kena ada selipar gi tandas. So, Osaki menjadi pilihan sanubariku. Tapak tak licin maa.. Kalo basah pun, lap2 sudah. Pasal getah tak serap air. Haha Tapi kadang2 cik Osaki ni licin gak kat bahagian dalam dia kalo dah basah.

Masa aku duduk matrik dulu, aku suruh mak aku tolong beli Osaki pasal nak buat selipar tandas. Kalo aku pakai selipar bata, memang kembangla menda alah tu. Pastu, mak aku pun beli la selipar getah. Tapi bukan Osaki. Ntah cap apa pun aku tak tau. Maka, berkecil lah hati aku lantas ingin membawa diri ke gua batu belah batu bertangkup.. Tapi, gua tu reject pasal hanya golongan mak2 je boleh masuk..haha *bajet lawak*

Aku dah lama tak jumpa Osaki. Dari umur aku berapa pun aku tak ingat. Tapi, baru2 ni *tak baru la jugak, 2 bulan lepas kot*, aku jumpa beliau. Wuuuuhuuuu..terubat rindu aku. Adik aku rupanya pakai beliau bawak gi asrama..



Osaki, kaulah....err..hmmm.. wiraku? Tak sesuai.. Jantung hatiku?*cik adik menjeling* Ahah!
Osaki, kaulah temanku...huhuhu

Ok, tu je,
Terima kasih kerana sudi baca entri aku..


Adios!

Tiga pengomen terpanjang entri sebelumnya:

#1. Noona PariPariPutih.. (222 words)
#2. Ety (104 words)
#3. Kamal Lee (102 words) 2 perkataan je beza ngan Ety..lol



Monday, August 13, 2012

Aku & "Mari la Tutup Sepenuhnya"

Assalamualaikum..
.......

Aku respek wanita yang menutup aurat. MENUTUP AURAT ye, bukan sekadar bertudung. Kebelakangan ni aku selalu jumpa statemement2 yang hanya memfokuskan dengan bertudung ibarat mereka telah menutup aurat sepenuhnya. Maka, lahirlah insan yang bertudung berbelit dengan selendang berlapis-lapis beserta keronsang sejambak dua tetapi bahagian kaki hanya disarung legging yang ketat.

"Perh, kalo ko kondem orang, Mirul, memang sedap tulis jek..." sound Mak Cik Ruby de Sanchez sambil membetulkan lapisan selendangnya yang ketiga.

"Sori, mak cik!"

Ok, aku nak berenti komen orang pasal aku sekadar seorang pemerhati, takde kelayakan pun nak komen2 orang. Kira yang atas2 tu mukadimah la..haha

Baik, sempena Ramadan ni, ramaila insan2 yang mula melakukan perubahan dalam diri masing2. Yang solat selalu di akhir waktu kepada di awal waktu, yang suka pakai dedah2 kepada yang tutup2, yang selalu cakap kasar2 diselang-seli dengan carutan kepada yang sopan santun lembut bahasa dan lain2 perubahan ke arah kebaikan. Aku pun ada la jugak. Sikit2. Orang kata ayun slow2. Laju2 kang takut terbarai tengah jalan. Haha

"Sialan, ni sape punya keja pegi tukar fb aku jadik timeline nih?!! Brengsek!" -.-" Dah terbarai (fb aku jadi timeline secara otomatis. wuwuwu)

Bukan nak bangga ke hape ke, aku nak share satu benda jek. Satu. *maaf kalo tetiba terjadi dua atau tiga pada baris seterusnya..huhu* 

Pasal aurat lelaki.

Aku suka pakai seluar pendek. Seluar tiga suku orang cakap. Yang budak lelaki selalu pakai pegi bersukan macam Nike Total90, Adidas F50 dan lain2. Seluar tu just nice je tutup lutut aku.Tapi aku punya Total90 seludup r. RM15 jek hahaha.. Peduli apa aku. Berbelanja ikut kemampuan. Ingat ye adik2. Alamak, dah melalut.

Justeru, tak kira aku pegi bersukan ke tak, aku selalu pakai seluar tu pasal selesa. Masa lepak2 kat rumah sewa, pegi kedai even pegi kedai makan sebelah rumah pun aku pakai seluar tu. Maksudnya, kalo aku pakai, aku tak bukak dah selain masa solat ngan time mandi.  Tapi, aku takde seluar2 pendek untuk pegi jalan2 pasal aku sedar tahap kaki aku macam mana. Lagipun, kalo aku pegi jalan2 pakai seluar pendek, susah aku nak solat nanti.

Balik rumah kat Pahang aku still macam tu jugak. Rilek r. Keliling rumah sume jiran2 kenal aku daripada kecik. So, takpayah segan2 r pakai seluar pendek. Tak nak pakai baju masa basuh keta pun orang tak kesah dol.

Kiranya bab aurat lelaki aku CUAI sikit. Walaupun aurat lelaki sekadar pusat hingga lutut. Itupun tak terjaga. Bahagian atas lutut sampai pertengahan peha kadang2 tak cover dengan sepenuhnya. Bila berdiri, ok. Bila duduk mencangkung, naik motor, abis terdedah peha aku .

So, bila sampai Ramadan, aku cuba ubah perkara ni. Dalam rumah, aku pakai seluar pendek tu pasal panas. Tapi bila keluar, aku akan makesure aku pakai seluar panjang. Nak jadikan cerita, masa bulan puasa ni jugakla yang menguji aku. Kejap mak suruh pegi kedai beli barang, kejap suruh booking murtabak, kejap pegi antar lauk kat jiran, kejap pegi beli kuih, pastu pegi bazar pulak. Haha..

Tapi aku teruskan jugak niat aku walaupun kadang2 sehari 2,3 kali tukar seluar. Alhamdulillah. Aku rasa macam, "Wah, bagusnya ko Mirul.." Motivate diri sendiri.

Dan keadaan ni menyebabkan aku bertambah respek pada kaum Hawa yang betul2 menjaga aurat. Bukan sekadar bertudung. Ok, amik contoh aku tadi. Tukar daripada lelaki jadi perempuan. So, berapa banyak kali dia kena pakai tudung, pakai handsocks, dan lain2 keperluan supaya aurat dia terjaga? Tau2 la, kalo duduk kat rumah, sapa yang berjubah seharian? Mesti pakai biasa2 je.

Apa yang pasti, bila wanita menutup aurat dengan sempurna, balasan yang dia dapat pun setimpal. No feewitttt2, takde orang renung2, bahkan dorang akan dapat full respect daripada kaum Adam.

Aku rasa ramai orang yang tak berapa pandang isu aurat lelaki especially lelaki sendiri. Pasal dalam otak dah set, "Alah, ko lelaki. Takde hal r pakai seluar pendek.." Sedangkan bukak baju pun orang tak kesah, ni pulak pakai seluar pendek, betul tak? Huhuhu... Awek pun takde hal pakwe pakai seluar gitu. Kena pulak dengan loafer dan kemeja fit. So metrosexual and up-to-date kan.. Tapi, aurat is still aurat.. Untungnya lelaki, aurat hanya pusat hingga lutut.

Ok, tu je..
Terima kasih kerana baca entri aku.

Adios!

ps: teringat kawan aku, Ayunie penah cakap, "Ko ni Mirul, kat sekolah kemain hensem, kat rumah pakaian macam orang miskin.." haha..

ps2: thanks to noona, well known as Paripari Putih yang sangat concern dengan kesihatan aku. bertuah aku dapat kakak cam noona..huhu

Monday, August 6, 2012

Aku & "Takde Pilihan dan Rela Hati"

Assalamualaikum...
......

Memasuki 17 Ramadan, aku baru sekali dua terdengar kes pasal mercun .  Tak tau la plak kalau aku terlepas pandang since berita kat tv aku dah selalu miss. Satu rekod yang 'baik' kalo dibandingkan dengan tahun2 yang sebelumnya pada musim perayaan. Mungkin rakyat Malaysia terutama kanak2 dah semakin sedar bahaya mercun dan bunga api mengatasi keseronokan yang bertahan tak sampai beberapa minit. Ang bakar mercun, baling, meletup, WOAAAAhhhh dan habis. Habis seronok, habis jugak duit. Esok, kot2 ada stok lebih, ang ulang balik sequence tadi.

Jap.

*Arghhh, aku tengah selesema. Tak selesa nak menaip. Asik meleleh jek.*

Ok, back to kes akibat letupan mercun. Putus jari, buta mata, putus jari kaki, terbakar anggota badan dan jugak lain2 kecederaan. Tu yang terjadi kat rakyat Malaysia.

Ambik la iktibar daripada rakyat kat negara bergolak macam Palestin dan Syria. Dorang mengalami kecederaan yang lebih kurang sama akibat letupan bahkan lebih lagi sampai meninggal dunia. Cuma yang berbeza, rakyat Palestin dan Syria seboleh-bolehnya mengelak daripada terlibat dalam sebarang letupan dan jugak sebarang kemungkinan bahaya. Tapi dorang takde pilihan selain berdepan dengan situasi tu. Tengah syok2 tido, kena bom. Dah terbarai kepala. Tengah jalan2, kena periuk api. Hilang kaki dua belah. Ingat dorang sukarela kena macam tuh?

Budak ni tak mintak nak cedera, tapi bangsa laknat tu bagi jugak.
Credit to: amideastchangeofcourse.org
Budak2 kat Malaysia pulak dengan rela hati bermain dengan mercun, bunga api even kat sesetengah tempat main meriam buluh walaupun tau risiko kalo semua menda2 tu malfunction. Takde sape yang suruh main. Takde sape yang mendesak pun.

Eksaited pi cucuh sumbu. Terpadam pulak. Pi tiup. BANGGG!! Meletup depan muka. Berani? Yup, tak dapat dinafikan. Anak Malaysia ramai yang berani. Sanggup gadaikan muka, mata, jari tangan ngan kaki semata-mata kerana mercun bola sebijik.

"Tak macho la bro tak main mercun.."

"Pegi mampos ngan ko punya macho. Abis, kalo mata ko buta, kira ko jadi supermacho la tu?" 
Orang tak bagi, tapi benda ni punya pasal, budak2 pegi cari.
Credit to: http://www.kosmo.com.my
Tolongla, sayangkan anggota2 badan yang ada.
Tolongla, sayangkan nyawa masing2 sementara ada pilihan.

Ok, tu je..
Terima kasih kerana baca entri aku.

Adios!








Tuesday, July 31, 2012

Aku & "Random"

Assalamualaikum..
.......

Aku tengok last entri aku bertarikh, 25 Julai 2012. Cis, dah enam hari ko tak update rupanya, Amirul! Maafla, kerana masalah kekeringan idea, aku tak menulis. Walaupun entry2 aku termasuk dalam kategori ntahapapantah, aku masih mengalami situasi takde modal nak story. Tapi, disebabkan dah enam hari aku gagal mengupdate, maka, aku memaksa jemari mulusku menaip.

Kebelakangan nih, aku mengalami ketagihan. Since few days before puasa dah start gejala2 dia. Tak boleh buat apa. Kalo aku jumpa doktor pun, aku pasti beliau takde ubat punya. Jangan risau ok.*pada yang risau la..huhu* Aku tak buat perkara2 yang membatalkan puasa. Puasa tetap puasa. Solat tetap solat.

Macam mana puasa anda, anda dan anda sekalian? Semakin meningkat kualitinya ataupun hidup semakin porak peranda? Dah besar kot masing2. Takkan la lapar ngan dahaga beberapa jam pun dah menggelabah puyuh? Melainkan korang keja buruh yang berpanas sampai petang sambil menyudahkan kerja2 berat. Dorang nih, para2 buruh, pekerja2 kontrak, tentera, petani, dan lain yang beragama Islam yang berada dalam sektor kerja2 berat, aku respek gila dengan ketabahan dan kesabaran dorang berpuasa. Patut di jadikan teladan.

So, pada sesapa umat Islam yang sukasukahati ponteng puasa, sama ada curi2 minum air kat bilik air apatah lagi membaham breakfast dan lunch tatkala Muslim sedunia berpuasa, korang memang bangsat.

Back to story, aku sekarang tengah cari penawar. Tunggu adik aku balik minggu ni, Suh dia bawak stok siap2. Sebab masalah ni jugak, aku akan lambat (read, lambat nak mampos) mengupdate. Tunggu stok sampai..huhu  

Ok, tu je..
TQ kerana membaca entri aku.

Adios!

Wednesday, July 25, 2012

Aku & "Sabar Jela"


Assalamualaikum..
.......

Sebagai sahabat, kita selalu kena beralah dengan sahabat yang lain demi menjaga hati mereka walaupun hakikatnya kita yang makan hati. Terlalu banyak perangai manusia yang bercanggah dengan prinsip hidup kita. Nak tegur, takut putus kawan sampai bermasam muka. Bila kita tak tegur pulak, makin menjadi-jadi perangai. Then, how? Ayat feveret yang selalu sangat orang cakap, “Sabar jela.” Memang la sabar bila tak kena kat batang hidung sendiri, ye tak?

 Yes, SABAR is the best solution bila keadaan di luar kawalan kita.

“Tapi, sampai bila nak sabar??” (jawapan feveret mangsa keadaan)

Sampai dorang sedar yang kita ni dah lama memendam rasa yakni bengang, marah, sedih etc, ke sampai kita dah ‘meletup’? Aku pun tak tau.


Pengalaman duduk kat hostel, kolej kediaman dan jugak rumah sewa banyak membentuk aku menjadi seorang yang suka memerhati keadaan sekeliling. Aku jarang menyuarakan isi hati aku. *Isi hati bai, ko mampu guna perkataan tu? Hahahaha…* Pasal bila aku bengang, otometikli perasaan tu akan terzahir kat muka aku yang fotogenik nih. Berikut antara hasil pemerhatian dan kajian aku. Huhuhu…

Kes 1 (Rumah sewa)

Nama: Mr Blueberry

Balik-balik muka aku yang bersihkan toilet, sedangkan yang guna toilet tu bukan aku sorang. Sinki tu dah sampai berkulat, dorang boleh je buat bodoh. Takde usaha langsung nak bersihkan. Lantai bilik air, tak yah cakap. Berlumut tu konpem. Mangkuk tandas?? Sedangkan sinki pun dorang tak usik, inikan pulak mende alah tu. Kadang-kadang aku rasa malu sangat bila kawan-kawan kelas aku datang, nak tumpang guna toilet, toilet plak cam hazab. Aku nak tegur, tapi aku takde kekuatan, semua sebab yang aku tegur tu, roommates’ aku. Buatnya dorang sentap, terus dorang pulaukan aku. Sedangkan yg sepatutnya marah tu aku. Nak tak nak, aku jugak jadi pak cik cleaner. Mampu ke aku bersabar??? Mampu ke aku?? Mampu?? (sorry, emo plak)



Kes 2 (Kolej kediaman)

Nama: Cik Sharifah Sufiah Sofia Sephia Safiya bt Syed Hakim Hakimi

Saya selalu solat dan mengaji dalam bilik. Tapi, masalahnya, kawan-kawan saya selalu bersembang dengan volume yang kuat seolah-olah tak nampak yg saya tengah solat. Bila saya tengah mengaji, dorang boleh plak gelak kuat-kuat sebab anime yg dorang tengah tengok kelakar tak hengat. Macam  tak dengar je saya tengah mengaji. 


Saya nak tegur, tapi tu semua kan atas kesedaran sendiri. Takkan dorang tak tau, kita kena menghomati orang tengah solat/mengaji atau lain2 ibadah. Sedangkan non-Muslim pun boleh menghormati Muslim yang lain, inikan pulak sesama Muslim. Bila time Subuh, kalau dorang bangun solat dulu dorang tak pernah kejut saya walaupun kami sebilik. Dah banyak kali saya buat survey. Lagi satu, kalau saya nak tegur, saya takut dorang cakap “Macamla ko tu bagus sangat!” Walaupun dorang tak cakap depan2, maybe dorang cakap dalam hati. Adakah tindakan saya berdiam diri ini dianggap sebagai sabar, atau memendam rasa?

Kes 3 (Rumah sewa)

Nama: Encik Gitar (takde nama lain ke bro?)

Gua ni kira budak skema tapi takder r skema mana. Cuma gua ni set2 budak study. Masalahnya, member gua dua tiga ekor nih, macam tak paham yang gua tengah study. Dorang boleh pulak pasang lagu kuat2 macam nak kasi pecah speaker laptop tuh (kalo pecah bagus jugak). Macam dorang je ada laptop. Lagu plak, type yang tak masuk ngan telinga gua. Gua mane layan lagu lama-lama time 90’an, 80’an,  jiwang karat. Bernanah je. Gua tak layan r. Lain r kalo main lagu Korea. Tu baru gua layan.



Tu baru dua tiga contoh dalam kategori persekitaran tempat tinggal. Belum lagi kat kelas, tempat kerja. Macam2 lagi la. Pening dol!

Bila aku berdepan dengan situasi-situasi di atas, yang aku perasan, aku pendam je. Kira cam bersabar la. Huhuhuhu... Pastu mengomel sorang-sorang sama ada dalam hati atau pun dengan dinding. Kalo yang jenis peduli hati kawan2, dorang akan nampak face expression aku berubah. Aku tak nak tegur sebab aku takut ayat aku nanti menyebabkan kawan-kawan aku terasa. Bila aku berkias, dorang mungkin tak faham. Kalau aku cakap berlapik contohnya, 

“Wei, aku dah settlekan mende alah ni, pasni korang pulak eh?”

Kemungkinan besar dorang takkan buat. Kesudahannya, aku jugak yang buat. Aku memang lemah dalam hal menegur tanpa menyakitkan hati sesiapa.

Kita tak cakap kita bagus, rajin ke hape, tapi bila sampai ke tahap perkara-perkara yg menjadi fitrah manusia, (kebersihan, ibadah, hak privasi) tak di ambil pusing, macam mana tu?

Ok, sabar merupakan salah satu sifat yang perlu terutamanya masa bulan Ramadan ni. Menahan diri daripada melakukan perkara2 yang boleh membatalkan  puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat menurut syarat2 tertentu. Betul tak? Menahan diri daripada makan dan minum, insya-Allah, boleh lagi kita bersabar dengan dugaan tu, tapi macam mana pulak dengan dugaan yang datang dari kawan2 kita? Terutama bila kita tinggal serumah atau sebilik dengan dorang. 


SABAR jela.

“Dan sabar itu lebih cantik….”

Apa pendapat korang?

Ok, tu je..
Terima kasih kerana sudi membaca entri aku..

Adios!

p/s i love you: Selamat Menyambut Bulan Ramadhan walaupun arini dah masuk hari kelima. Lambat betul aku nih..huhu  Oleh kerana itu sebelum apa-apa, aku nak jadi orang pertama yang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.. boleh tak? 

Tuesday, July 17, 2012

Aku & "Sila Beri Tunjuk Ajar..."

Assalamualaikum..
.......

Petang semalam aku baru dapat real punya result. Aiseh.. Since 13hb lepas, budak2 STPM, diploma, matrikulasi etc sume berdebar2 menunggu keputusan tempat nak sambung belajar. Aku yang veteran ni pun sama berdebar jugak. Huhuhu... 13hb, result permohonan UPU keluar. Nak tertanggal jantung aku klik sana klik sini nak tengok keputusan. Hasilnya...


TIDAK BERJAYA dol!

Ya Allah, frust gila aku. Apakah ertinya keputusan exam aku dulu?*emosi* 

Cik adik terus message kat fb, meluahkan rasa kecewanya pasal permohonan beliau pun langsung tak mendapat tempat. Rasa cam loser katanya. Sebelah mata pun dorang tak pandang. Dahla CGPA tinggi daripada aku. *Tapi, beliau dah ada tempat kat Indon la*. Huhuhu...Yep, memang perasaan aku macam tu jugak. Buruk sangat ke result aku? 

Pastu 14hb, kawan aku pagi2 buta kol. Result permohonan UiTM pulak keluar katanya. Dia tercampak kat Arau, Teknologi Marin. Dah lagi sekali aku menggigil, pasal official result sepatutnya16hb. Mental aku was not prepared lorrr. So, hari ni baru aku tulis entri nih. Kira aku ikut tarikh rasmi la..huhuhu 


Alhamdulillah.. Dapat kos pilihan ketiga. Sebabnya, mungkin aku dulu daripada Fakulti Sains Gunaan masa kat Pilah. Dan 3 orang budak2 rumah sewa aku dulu dapat kos yang sama jugak. Fuiii..excited aku. Haha.. Mungkin tu hikmah UPU aku ditolak. Cik adik pulak dapat kos Optometry kat Puncak Alam. Skang tengah decide nak gi Indon buat Pharmacy ataupun UiTM.. Aku tak kisah ngan pilihan dia, asalkan dia bahagia. Huhuhu... Soon, aku akan bergelar student balik. Sila beri tunjuk ajar...

Ok, tu je..
TQ for reading..

Adios!
  

Monday, July 16, 2012

Aku & "What Would They Feel?"

Assalamualaikum..
.......

Semalam, aku hantar adik aku ke rumah sewa kat Shah Alam. Hari ni, dia dah start kelas yang aku syak, konpem takde. Sampai rumah, suddenly aku rasa lain. Sunyi semacam walaupun mak ngan pak aku ada je duk tengok tv. Rasa cam lost pun ada. Punca?

Adik2 aku takde. Sorang study kat politeknik, sorang lagi kat MRSM. Aiseh..aku tak suka ambience macam nih. What if, my parents pun takdak? For sure I'm gonna be totally lost! Lepas tu, aku berfikir,

"Ni yang aku rasa sebagai abang. Apa pulak perasaan mak ngan pak aku sebagai sebagai ibu dan ayah bila aku pun sekali takdak kat rumah?"

Sebagai ayah, pak mungkin tak terasa sangat bila kami adik-beradik takdak pasal dia selalu keluar pegi kerja. Lagipun, kebanyakkan ayah2 sedunia lebih keras hati. Muka cool gila takdak perasaan lagi2 yang bergelar/ penah bergelar tentera.  Kalo terasa pun, mungkin bila adik2 aku takdak pasal depa rapat ngan pak dan suka buat bising. Aku lebih suka tengok, bising bila perlu, memerap dalam bilik, tido dan lain2 perbuatan yang lebih kepada pergerakan ninja. Aku ada kat situ, duk lipat kain tapi orang tak perasan. Huhuhuhu...... Kan aku dah tulis kat sebelah yang aku nih pendiam..haha


Tapi, kalo mak? Tugas sebagai surirumah sepenuh masa menyebabkan dia kena memantau kami daripada kami berstatus rebung sampai la ke tahap buluh. Bukan kata pak tak pantau, pantau la jugak tapi tak sepenuhnya macam mak. Pagi, kejut Subuh, siapkan sarapan, basuh kain, kemas rumah, masak tengahari, peringat kami suruh solat Zohor, lipat kain, tengok telenovela, peringat solat Asar, sapu laman, masak makan malam pulak, membebel bila tau kami tak siap keja sekolah lagi, last sekali sebelum masuk tido, suruh kami masuk tido dulu. Tu secara general la. Banyak lagi kerja2 beliau yang aku jarang ambil berat. Senang kata, most of the time, kami ada depan mata.




Tiba2 bila kami dah semakin membesar, tugas tu kurang sikit demi sikit lepastu terus takdak. Kalo dulu kena kejut kami solat Subuh, sekarang dah tak lagi. Dulu kena buat sarapan sebelum pukul 7 pagi, sekarang nak buat boleh taknak buat pun takpe. Dulu basuh kain baju bertimbun, sekarang basuh beberapa helai je. Baju beliau ngan pak. Dulu masak nasi dua tiga pot beras, sekarang satu pot setengah. Dulu, kena kemas satu rumah pasal kami especially aku selalu menyepahkan barang2, sekarang, lap2 habuk jek bila perlu. Bila malam, takpayah lagi nak peringat kami pegi tido pasal esok nak sekolah.


anak bapak..huhu


Bila anak2 semua dah pegi sambung belajar, dan mak ayah tinggal berdua je, what would they feel?

Sunyi gila.

Tak kira la macam mana happy pun suara depa bila kita call, dalam hati, Allah je tau betapa rindu depa kat kita. Pasal depa dah tak dengar anak2 berebut remote controller nak tukar channel masing2. *Mujur jugak rumah aku takdak Astro. Tu pun berebut jugak.* Mak dah tak nampak lagi situasi anak2 kena perambat ngan pak pegi mandi pasal dah Maghrib. Pak pulak dah tak dengar mak membebel bila anak2 lambat pegi solat. Nak dapat makan satu family pun dah payah, apalagi untuk pegi bercuti.

Tu situasi bila anak2 pegi sambung belajar. Bila anak2 dah ada keluarga sendiri, macam mana pulak? Berapa banyak masa kita ada untuk luangkan kat depa masa tu? Aiseh..  Macam mana pulak dengan perasaan anak2 bila ibu dan ayah dah takdak?

Sebab tu, kita kena hargai setiap saat yang ada. Bila orang kata, 'Masa Itu Emas', yang student2 ni pun punya skema duk memfokuskan maksud kata-kata tu adalah,


'Jangan belajar last minute. Nanti tak cukup masa nak cover semua subjek lantas gagal menjawab exam dengan baik'.

Betul tak?

Berapa ramai dari kita yang penah selit kan situasi yang aku bebelkan kat atas ni dalam dalam peribahasa 'Masa Itu Emas'? *tu sejenis peribahasa ke?* Jujur aku cakap, aku pun jarang teringat pasal hal ni. T_T

Ok, tu je..
TQ for reading..

Adios!

Sunday, July 15, 2012

Aku & "Allllllll Time Favourite Song.."

Assalamualaikum..
.......
Ni untuk pertama kalinya aku taip sikit je. Sebab fokus utama aku, aku nak share lagu all time favourite aku. Oishh, ada hati nak tulis omputih. Takpe, abaikan perkara itu. Ok,

Sape minat Big Bang?
"Aku!!!"

Sape gila ngan Super Junior?
"Ety!!!"

Sape layan Big Bang ngan f(x)?
"Torres ngan Syakir Rahman!!!"

Wahh..bagus3x!

Skang, sape minat Dato' Siti Nurhaliza???

"krikkrik..krikkrik" *bunyi cengkerik*

Hello, sape minat Dato' Siti?? Guys? Hello?

"krikkrik..krikkrik"

Err..aku, si Kacak.

Hah, aku minat Dato' Siti. So, what? Huhuhu..dah! Skang aku bukan nak share lagu Kpop, tapi lagu Dato' Siti. Sila memfrustkan diri kalian. Ni lagu lama dol. First time aku dengar dalam bas Kolej Matrikulasi Pahang masa on the way pegi bandar Kuantan. Meremang tengkuk aku, bai. Dan aku tak sangka, Dato' Siti ada lagu power macam ni, pada struktur telinga aku yang bagaikan Astro ni la. So, silakan mendengar bagi yang mampu dari segi kepantasan internet ampa.

Kurniaan Dalam Samaran
Siti Nurhaliza 
Ross Ariffin/S. Amin Shahab


Sila notice Dato' Siti punya falsetto yang sungguh bergaya dan pada aku takde sorang pun penyanyi Malaysia boleh bawak lagu dengan jayanya selain beliau..Muahahahaha... Hmm..memang tak penah lagi rasanya penyanyi lain cuba bawak lagu nih. huhuhu Aku taktau bab2 muzik ni sume, tapi ada orang cakap lagu ni, the low notes is too low and the high notes is too high.. Ntah r apekebende tu..

Ok, tu je..
Tq for reading and listening..

Adios!!

sori, tadi aku kata nak taip sikit jek. 
tertaip banyak pulak..huhu

Thursday, July 12, 2012

Aku & "Highlight Blog Bersama Si Kacak"

Assalamualaikum..
.......

Ok, disebabkan aku takdak idea2 yang cukup 'sadis' untuk dikarang menjadi entry, aku telah bersepakat lantas bersetuju dengan diri sendiri untuk membuat satu entri khassss *sila tekankan sebutan huruf kho* yang bertajuk "Sepakat Membawa Berkat". Ok, aku tipu. Aku taktau nak bubuh tajuk apa. Cuma dalam entri ni, aku nak menghighlightkan mereka2 yang telah banyak memberi sokongan sepanjang aku menulis blog.*clap3x*  

Intro yang sungguh panjang..aiseh..

Baiklah..

Di mulakan dengan seorang wanita berhati superwaja. Superrajin mengupdate blog tanpa mengira masa dengan idea2 yang walawei sampai kadang2 aku tak terbaca semua. Huhuhu.. Aku jeles melihat kekreatifan beliau. Selalu memberikan komen2 yang panjang lebar kat entri aku. Tempat aku memintak nasihat dan rujukan memandangkan beliau nih seorang blogger otai. Well-known as Paripari Putih  (PPP) tapi aku memanggil beliau sebagai Noona kerana aku kacukan Korea. Beliau ni tak kerek, ok. Kalo ada masalah blogging, percintaan atau apa jugak masalah, sila buzz chatbox beliau.


"Noona, masalah kewangan buleh dak?" 
******

Kemudian, mamat yang mengusahakan blog Mr. Copy Paste, encik LeakedKnowlegde aka Komiko tapi aku panggil dia Torres.*aku taktau nama ang* Banyak2 blog aku follow, blog Torres sorang hat lain pada yang lain. Takdak entri panjang berjela, tapi Torres selalu update entri gambar2 yang fulamak, superkewl. Torres pun selalu komen panjang berjela barangkali mahu selaras ngan kepanjangan entri aku. Kadang2 Torres bagi tutorial blogging dengan steps yang simple kat blog dia. So, ampa semua tak serabut kepala nak ikut. Lagi2 yang selalu 'loading' cam aku.sob3x..


******


Next, sorang perempuan yang dilabel cantik, ayu, anggun, meletops, dan cantik molek oleh beliau sendiri. Huhuhuhu... Dia ni pun rajin macam Noona, update tanpa batasan. Aku panggil Ety . Aku respek ang, Ety. Mengusahakan blog More Than Words, komen dari Ety jugak bersaiz besar. Cucuk kat pendrive mau full. Haha.. Tapi, ada isi la. Takpe, aku suka. 


aku terpaksa mintak nasihat adik aku pasal colour blocking..huhuhu

Depa ni antara blogger2 yang rajin baca dan komen entry aku menyebabkan aku tersengih sorang2 macam orang tak betul. 

Sekian saja sesi highlight blog bersama si kacak. Aku tak mampu nak lukis banyak2 meskipun lukisan aku ntahapa2ntah. Kalo tak, aku dah bubuh sepuluh orang. Tapi takpe, entri ni ada sambungan lagi ok, pasal blogger2 yang lain pulak. Hahaha... Aku dah listkan siap2.. *mengada-ngada nak sambung2..*


Ok, tu je..
Tq for reading..

Adios!