Friday, June 29, 2012

Aku & "Semangat Germany"

Assalamualaikum..
.......

Tadi, Germany vs Italy.. Aku korbankan masa tidur untuk menonton game yang pastinya akan mengakibatkan kekacakan aku sedikit kurang siang nanti. Huhuhu.. Huh, mendebarkan. Walaupun aku tak pernah belajar di Jerman, apalagi lahir kat sana, aku adalah penyokong team Germany bersama-sama Maya Karin. Hahaha..

Bila pasukan Jerman berdiri menyanyikan lagu kebangsaan mereka, "Deutschlanlied", aku pun berdiri sambil meletakkan tapak tangan kanan di dada.*walaupun sepatah haram aku tak paham* 



What? Pembelot Malaysia?? 


Tak sedar diri?? 


Bajet Germans?? *wah sukati nampak bila berkata-kata..*


Owhh..tidak sekali-kali!!


Aku menyanyikan lagu negara aku sendiri, "Negaraku" walaupun negara luar yang bertanding. Kerana dalam hati, aku sentiasa berharap suatu hari nanti, Malaysia akan melepasi kelayakan Piala Dunia, jugak Olimpik serta kejohanan2 berprestij yang lain. Mendengar lagu "Negaraku" dilaungkan di pentas antarabangsa oleh pasukan Malaysia dan diiringi bersama-sama rakyat2 dari negara luar. Melihat matsaleh2 bersemangat menyokong tanah air aku dengan melukis bendera Malaysia di pipi dorang. Mengibarkan Jalur Gemilang dengan gahnya. Masa tu, aku mesti akan mengalirkan air mata. Bangga dan terharu. Fulamak, mungkin kah? Mungkinkah suatu hari nanti, Malaysia akan jadi pasukan pilihan dunia? 


maap, aku fail lukis bendera semenjak kecik lagi..


Aku menyokong pasukan Jerman kerana Malaysia tak layak menyertai Euro. Huhuhu.. Jerman dah kalah, jadi aku terpaksa pilih Sepanyol untuk jadi juara walaupun takde sapa paksa aku..huhuhuhu Germany main tadi ntahapaapa.. Pertahanan mengantuk ke walaupun orang lain bersengkang mata?  Ozil jugak penebus maruah. Takpela,  Kak Maya, sila pegi tido..hehe


Ok, tu je..
Tq for reading.


Adios!




Thursday, June 28, 2012

Aku & "Bila Aku Emo.."



Assalamualaikum..
......

Pendapat aku mengatakan, kita tak perlu mengisytiharkan diri sendiri kat fb yang kita nih seorang pejuang agama apatah lagi bila semua, it’s like SEMUAAAAAAAAAaa kawan2 kita tahu yang kita nih dah macam obses dengan sesuatu parti politik. 

Pasal apa? *tunjuk mic kat audience*

Pasal ramai kawan2 kita dalam tu, belum lagi sedara mara, cikgu2, pensyarah2 serta orang2 yang tahu  luar dan dalam kita.

Kalau aku, aku tak tergamak nak declared diri sendiri sebagai pejuang agama sedangkan aku sendiri tahu solat aku masih terkontang-kanting. Subuh pun masih kawan2 tolong kejutkan, apalagi nak bangun sendiri berjemaah kat masjid. Perjuangan diri sendiri pun masih ke laut… Ada kes one of my friends, solat Jumaat pun liat nak bangun tido, kemudian dengan bangganya state kat fb, “Aku bukan pejuang bangsa tapi aku adalah seorang pejuang agama..” Really, bro? Duhhh..



Pada aku, title pejuang agama adalah terlalulalulalu besar dan orang lain yang akan nilai sama ada kita ni adalah seorang pejuang ataupun tidak. Bukan atas penilaian diri sendiri.*wah…aku dah semakin cekap menaip* Doesn’t mean ang selalu pegi ceramah agama, ang dah dapat title tu, walhal kat rumah sewa still tengok citer blue..huhuhuhu *contoh, ok*


*sat, nak play lagu Bigbang..*

Tak semestinya kita selalu post kat dinding fb mengenai hal2 akhirat, pasal hal ehwal saudara kita kat Palestin, kita boleh sesuka hati menggunakan gelaran pejuang agama. Adooooiiiiii..tolongla.. Orang lain, bermati-matian menegakkan agama Islam, kita sewenang-wenang pakai gelaran tu.

Bila masuk bab agama yang ditambah unsur2 politik, aku sangat2 tak berminat nak masuk campur. Annoying, ok. Aku masih amik tau hal2 politik since aku dah boleh mengundi, tapi bukan untuk berdebat dengan orang lain. Cukup sekali aku mengada-ngada komen post kawan aku kat fb yang berunsurkan agama tapi tuptup keluar cerita tunjuk punggung kat rumah Ambiga, pencacai Umno, hukum hudud and the list goes on. Tajuk asal berkenaan agama tu terus lenyap.

Kenapa bila bercakap pasal agama, parti2 tertentu mesti dilibatkan?? Kenapa? Kenapa? *mula emosi*

Bila aku cakap aku tak nak masuk campur apa lagi berdebat hal2 politik, isu hukum-hakam Islam since aku tak cukup ilmu dalam hal tu, mulala dia sibuk nak mengajar. Tag aku macam2. Padahal, kelayakan ang pun sekadar menerusi pembacaan. Aku memang tak nak komen pasal politik sebab nanti boleh membawa kepada fitnah. Fitnah yang keluar dari mulut aku sendiri. Bila masuk hal2 macam ni, aku cuba bersikap neutral demi menjaga hati kawan dan dengan harapan dia pun buat benda yang sama. Tapi, bila dah selalu tag aku dengan perkara2 yang hanya sebelahkan satu pihak, menunjukkan semua kesalahan dan kekejian satu pihak, perkara tu dah jadi menjengkelkan. Perkara yang betul pada mata kita, tak semestinya betul pada mata dan hati orang lain…

aku rimas bila disumbat secara paksa semua benda nih..

Paling aku superfedap, bila dia post seolah-olah mengutuk orang, mungkin kerana dia merasakan pejuangan dia sekarang di jalan yang superlurus ke arah kebaikan.. Perlu ke kerana dua, tiga orang budah sekolah jadi gro, ang tuduh satu sekolah gro dan seolah-olah takdak sorang pun yang baik dan beriman??*kiasan semata*

DAN kadang2 aku rasa macam nak remove dia daripada friend list sebab post2 dia yang superannoying. Tapi aku tak buat, demi menjaga hati kawan dan tindakan tu sangat tak professional.. huhuhu. .
  
Apapun, aku nak mintak maaf kalo entri ni dah merobek-robek hati sesapa yang terbaca.. Sekadar pendapat dan luahan emosi yang tak terbendung..*Kopipes, cukup SPM tak ayat aku?? huhu*

Ok, tu je..

Tq for reading.

Adios!


Tuesday, June 26, 2012

Aku & "Indera Versi Aku"

Assalamualaikum..
.......

Ok, this is my version of Indera*alamak, speaking plak*, pahlawan bangsa Polip dalam siri Bagaikan Puteri. Entri sebelum2 ni dah cerita. Huhuhu.. Polip ni makhluk yang lebih kurang sama dengan manusia, handal memanah dan bersayap. Dalam siri tu, ada empat watak Polip yang dihighlightkan, Indera, Yedee, Luna dan Thariq. Sebelum ni, RAMFC ada buat contest membayangkan watak2 yang terdapat dalam novel Ramlee Awang Murshid. Lebih kurang camtu la konsep pertandingan dia. Tapi aku termiss plak..sob3x.. Frust woooooo..


Dah lama gila tak melukis muka2 serius.. Ampa sume jangan hina aku kalo lukisan ni cam hampeh... Sila bersimpati sikit ok..wkwkwk Takde kaler2, just sketch kasar2.. tak detail langsung even outline pun tak buat.. huhuhu fully pensel.. Aku edit skit pasal masa scan, haram tak nampak apa..hahaha.. aku gamma2kan.  Tang sayap tu, kalo aku detailkan bulu2 pelepah, memang akan nampak macam celaka.. So aku buat apa yang termampu..hahaha


huhuhu..

Ok, tu je. 

TQ for reading. 
TQVM for reading and commenting. *commenting? cam salah jek*

Adios!


Monday, June 25, 2012

Aku & "Sunan Musafir by RAM"


Assalamualaikum..
......

Aku baru selesai baca novel Sunan Musafir tulisan Ramlee Awang Murshid (RAM). Dekat seminggu dah habis baca. Tapi aku mengambik masa yang lama yang mengarang entry ni. Aku nak buat ayat sempoi2 je, tapi ntah la, cam susah pulak *sigh*. So, sila cuba dengan sedaya-upaya membaca dengan tone sempoi ok??

Cun!

Ok, bermula dengan Bagaikan Puteri, aku menjadi ketagih mengikuti sambungan novel ni sampailah yang terakhir, Sunan Musafir. Tujuh tahun masa yang diambil untuk RAM menyudahkan setiap sambungan. *wow*

Diasingkan menjadi dua trilogi; 
Trilogi pertama: Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, dan Hijab Sang Pencinta. 



Trilogi kedua: Cinta Sufi, Sutera Bidadari dan Sunan Musafir.



Daripada aku tingkatan tiga (misai tak tumbuh lagi), sampailah aku nak masuk 22 tahun (dah berjanggut). Daripada PMR sampai nak masuk degree. Fulamak.. Aku nih seorang yang penyabar jugak rupanya..huhu.. Bangga dengan diri sendiri. Tapi, RAM ni rasional. Dalam tujuh tahun tu, dia tak membiarkan peminat fanatik seperti aku menanti sebijik2 siri ni. So, dia selitkan karya-karya yang lain macam Ungu Karmila, Mikhail, Rayyan Fantasi, Fiksyen 302 dan.. hmm yang lain aku tak ingat.

Tapi, siri Bagaikan Puteri ni tetap karya terulung RAM bagi aku. *pose tabik*

Sinopsis Sunan Musafir:

>>>Pengakhiran kepada 5 novel sebelumnya, Saifudin memutuskan untuk ke Inderipuri, bagi bertemu dengan Sang Dewi, yang dikatakan isterinya yang masih hidup. Pada masa yang sama, Laksamana Sunan itu mahu melunaskan tanggungjawab menghantar Maryam ke tempat asalnya. Bersama-sama Indera, Panglima Awang Bagan, Maryam dan Abdul Rohman, mereka merentas muka bumi. Berdepan dengan makhluk ghaib, kejahatan dan situasi yang tidak terjangkau dek akal.

Siapa yang dapat mengetuk pintu hati Saifudin sekaligus meraih cintanya, selain Ratna dan Haryani; Maryam ataupun Luna? Bagaimana hubungannya dengan bangsa Polips yang telah berkecil hati dengan tindakannya berpihak kepada Raja Roman disaat kematian baginda?

Pada 1531, Saifudin sudahpun menjangkau usia saparuh abad, menghabiskan usianya mengabdikan diri kepada Allah. Namun, semangatnya untuk menegakkan agama Allah tidak pernah luntur meskipun sudah meninggalkan gelanggang pertarungan kerana kejahatan tidak pernah berdiam diri.

Pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, yakinilah, Allah itu mencukupi segala-galanya.  Sunan Musafir akan mengakhiri setiap persoalan yang belum terjawab. <<<

#1. Setiap sambungan, RAM akan mewujudkan watak2 baru, termasuk la dalam Sunan Musafir. Dari yang baik contohnya, Andika, Gadul, Sayed al-Mutakhir, Bangkas, Mukhlis sehingga yang berpihak kepada kejahatan seperti Panglima Deris, Qishahir, Origa dan Prayuga. Juga mewujudkan latar tempat yang baru seperti Alam tidak Berdinding, Alam Gualis dan Pesisir Laut Hitam.

#2. Bermain dengan ‘ruang dan waktu’ dan bertemakan ‘cinta dan air mata’, kali ni RAM juga mendedahkan kisah hidup dan siapa sebenarnya Ratna, mantan Ratu Sulaman. Babak pertarungan masih dikekalkan dan nilai2 keagamaan sentiasa menjadi teras pembangunan plot novel ni. Aku dapat feel yang watak Sunan ni dah berusia dan semakin matang walaupun Sunan ni pemikirannya sememangnya dah matang dari muda lagi. Tak lupa, permainan emosi menerusi watak Maryam…sob3x. So, cewek2 sekalian, kalo anda kena reject dengan partner masing2, sila ye mencontohi watak Maryam. Adab untuk jeles pun ada..huhu

#3. Watak utama dalam sambungan terdahulu seperti Haryani, Dani dan Saliha juga dimasukkan kembali walaupun sekadar beberapa ketika bagi memastikan segalanya berakhir sempurna, dibantu oleh Saifullah yang menjadi satu2nya saksi yang masih hidup.

#4. Cuma, satu yang aku agak frust, Haryani, watak utama dalam trilogi yang pertama.  Mungkin sebab aku dah jatuh hati dengan watak dia.*blushing* Walaupun berjaya mendapat cinta Sunan dalam Hijab Sang Pencinta, akhirnya dia masih bersendirian.. Senang cakap, aku nak tau dengan sape dia kahwin.. ?? Kesian dia..huhuhu

Memetik pesanan Laksamana Sunan; “Jangan marah kerana marah itu nafas syaitan. Maka, berusaha untuk ikhlas dan redha”

#5. Feveret aku, trilogi yang pertama. Lebih banyak aksi, pertarungan, musuh, ‘keajaiban’, jugak humor.. Sangat adventurous.. *berangan habis masa aku baca* Sesuai dengan umoq Sunan yang masih belia. Trilogi kedua lebih bermain dengan emosi.

Siri Bagaikan Puteri ni sangat la best. Lagi best dari buku Biologi tingkatan 5. Cintan-cintun tipikal novel kat Malaysia langsung takde dalam novel RAM. So, lelaki yang bajet macho tak layan novel jiwang boleh layan novel2 ni ok. *jaminan kemachoan terpelihara* Disamping bercinta, nasihat, panduan, dan suntikan semangat Islam tu sangat dititikberatkan. Cinta kepada Allah didahulukan, barula yang lain2.. Get the point?

So, korang2 semua, aku paksa korang beli..hahaha.. Mana tau, RAM buat boxset ke. Doa2 la ye. Untung tu nak banding ngan aku beli satu2. Jimat duit, jimat masa.. haha

Ok, tu je.

Silalah ke kedai buku kat rumah ampa..  Beli terus 6 buah. Jangan risau, aku promote ni tak dapat komisyen pun..haha

Adios!

Friday, June 22, 2012

Aku & 'Konflik Amirul'

Assalamualaikum..
......

Aku penah berdepan dengan konflik nama suatu masa dulu. Pada aku, nama melambangkan ..err..hmm..err..*berpikir* bukan melambangkan, tapi menunjukkan yang aku ni special berbanding orang lain. Nama akan membezakan aku dengan orang lain. Tapi, dilahirkan dengan nama Amirul, telah menimbulkan konflik dalam hidup aku. Huhu..

Masa aku tadika, aku selalu membandingkan nama aku dengan kawan2. Taufiq, Shafiee, Mustaqim, Hanafiah, Musaddiq, Hasrul, Khairul Nizam, Faiz, Haire, Afiq Aizad, Mazis, Azuwan dan ramai lagi la..*sambil selak2 album dulu*. Nama dorang sangat la best! Aku? Amirul je..sob3x..



Masuk sekolah rendah, konflik bertambah besar.*kecik2 lagi dah bermasalah* Bertemu dengan kawan2 baru dari seluruh pelusuk Raub masa darjah 1. Nama dorang lagi advanced, kedengaran sungguh moden dan bervisi.. Nazarul Hakim, Hazalan, Elfy Shazrill, Shazani Haris, banyak lagi la.. Aku? Amirul je..sob3x.

Kenapala nama aku tak secanggih dorang? Aku penah tanya pak pasal hal ni. Kenapa tak bubuh nama yang komersial sikit?? Pak aku cakap, nama Amirul ni maksud dia elok. 



Jugak, penampilan istimewa masa tu, ada sorang lagi nama Amirul. Ouhhh, stress sanubari aku. Tapi, lain2 kelas. Beliau di kelas budak2 cerdik. Sampai satu masa, kerana aku pun boleh tahan bijaksana, aku masuk kelas beliau masa darjah 4. Dah sekelas.. Hepi kemain aku, kelas budak2 cerdik tuuuuu..tapi, aku tetap dilanda kemurungan kerana ada dua Amirul sekelas . Kalau cikgu panggil, dua2 menyahut. Dah sorang PERASAN. So, nak membezakan kitorang, aku Amirul N (N sempena nama pak aku), dia Amirul K. Ataupun, lebih sadis, Amirul Cerdik ngan Amirul Kurang Cerdik (ni aku)..huhu Tapi beliau memang bijak. Duk pegang no.1 sampai la UPSR. Aku? No.3 tu la. Penah sekali tumpas dengan sifu aku, jatuh la aku ke no.4.   


Sekolah menengah pun sama. Form 1, ada dua Amirul jugak dalam satu kelas. Kenapa? Sampai aku pertengahan form 2, isu 'dua Amirul sekelas' ni settle. Tapi, junior yang mendaftar pulak bersepah-sepah nama Amirul.. Tak eksklusif dah aku nih.. Arghh..

Bila semakin dewasa, macam2 nama panggilan orang aku dengar. Terutama kat UiTM. Paling tragis, ada sorang junior, orang panggil dia 'Telur'.. Comel pada orang lain, tidak pada aku. Macam mana dapat nama tu pun aku taktau. Huhuhu.. Aku plak? Tak banyak nama panggilan aku dapat, sebab nama Amirul tu sendiri tak boleh dipusing. So, sampai sekarang most of my frens panggil aku Mirul. Family panggil Yoi, (so sape nak panggil aku dengan nama ni, sila mendaftar jadi adik ipar aku dulu..huhu..) sorang awek kat UiTM panggil Mohd. Paling advanced nama aku dapat, Amy, masa aku kerja dulu. Haha.. Setakat ni takde nama pelik2 aku dapat cam Si Kosong (LawakKampus), Si Bebal (ParangGila) etc..alhamdulillah.. Lagipun, memanggil orang dengan nama yang baik kan di galakkan.. Apa guna nama sedap, maksud dia tak elok?? Betul tak? *tunding jari kat penonton*


Kenal tak Umar Al-Khattab? Kenal? Fulamak..sedara eh? Aku setakat dengar cerita dan baca riwayat idup beliau je. Hehe.. Umar ni salah seorang khulafa' al-rasyidin dan pahlawan Islam yang kemain gagah perkasa yang dijamin masuk syurga. Nama gelaran beliau, Amirul Mukminin.. 'Ketua Seluruh Umat Islam..' Fulamak.. start tau cerita ni, aku bangga dengan nama Amirul. Tambah Mohd plak kat depan.. 'Ketua yang Terpuji'.. Perhh.. thanks, pak.. La baru orang tau pasaipa pak bubuh nama nih.. Tapi, di sebalik nama, memikul tanggungjawab dengan ikhlas dan amanah tu lagi penting..


Anda pula bagaimana?? *tone Fahrin Ahmad iklan Euro*


Ok, tu je.. TQ for reading..


Adios!!



Wednesday, June 20, 2012

Aku & "Pak Aku, Pak Aku Jua"

Assalamualaikum..
.......

Aku tak merokok.*tetibe stetmen.* Walaupun pak aku seorang perokok. Bape kotak sehari aku taktau la plak. Takut lain yang ditanya, lain pulak jawapannya. Kalo jawab dengan mulut, OK la. Kalo dijawab dengan tangan? Merasala KO. Huhu.. Aku sentiasa berpendapat lelaki yang merokok itu cool dan nampak macho. Ditambah dengan jaket kulit hitam dan spek itam.. Fuhh.. Macam Remy Ishak.. Masa aku berusia 7, 8 tahun, aku dah start berangan nak jadi perokok macam pak.

Siap investigate, "Pak start merokok umur berapa??"

"15.." Jawab pak dengan selamba sambil menyalakan sebatang lagi rokok.

"Ooo..lagi 7 tahun," getus hati aku. Aku pun punya taksub pi sedut asap2 yang dihembus, dan dengan eksyen, menghembus balik. Cooooool..


Masa aku kecik jugak, aku selalu beranggapan yang pak aku adalah manusia paling bijak dalam Math. Kui3x..Setanding Cikgu Yassin, bai. Semua masalah Math aku tanya kat pak, pasal aku begitu bebal masa tu. Dan pak akan dapat jawab dengan mudah. Tapi untuk beliau memberikan jawapan direct adalah sesuatu yang impossible. Pak akan explain perabih, pastu suruh aku buat. Baru dia bagi jawapan.



Aku perati pak. Dia jugak seorang yang kedekut.*pendapat aku masa sekolah rendah.* Susah betul untuk pak keluarkan beberapa ringgit untuk membeli permainan ntahapaapantah laksana Tora, DingDang, askar hijau kecik2 tu, pedang samurai plastik serta permainan seangkatan dengannya. Tu baru yang beberapa ringgit. Kawan2 aku masa tu dah start main Cyberpet, Digimon, Gameboy dan ntah apa lagi yang aku tak mungkin mintak kat pak pasal harga dah cecah puluh2, ratus2 gitu..  Mainan2 dalam kotak macam sampah je..sob3x.. Lagi satu, kalo aku mintak, contoh mainan yang advanced sikit cam robot ke, pak mesti akan melibatkan unsur2 pencapaian dalam peperiksaan. Stress aku, tau tak? So, tak nak stress, lupakan je robot semua. Maka, exam lah aku dengan tenang. T_T





Cuma masa aku form 5, permintaan aku dikabulkan tanpa sebarang bantahan. Mungkin sebab hujah aku yang sungguh bernas dan cukup berfakta. Aku mintak motor. Uuuuu....
Hujah: Aku boleh bawak adik aku yang form 2 masa tu pegi sekolah sekali. Jimat duit, takpayah naik bas. Fakta:
aku malas nak padam error tu..redha jela ok..?

Minyak motor full tank dalam RM5.00. Boleh tahan seminggu. Jugak jimat masa pasal tunggu bas balik sekolah boleh memakan masa 1 jam. Alangkah baiknya 1jam tu aku guna untuk study..LOL.. Jimat tak jimat??? So, permohonan approved!


Dalam family aku jugak, pak aku adalah seorang yang sangat susah nak ketawa disebabkan drama2 komedi macam Senario, Mr.Bean dan apa jugak drama seangkatan dengannya. Apatah lagi drama Pepaya. Tu aku pun tak gelak. Bila family aku macam nak bergegar atap rumah ketawa, pak aku still rilek. Langsung tak terjejas emosi beliau..huhuhu.. Tapi, bila kami semua tak gelak, tetiba pak buleh pulak tersengih tengok drama tu. Mungkin disebabkan latihan sewaktu komando, pak aku jadi seperti emotionless dalam hal bergelak ketawa ni...hehe




Sebut pasal latihan komando, aku selalu belek2 album dulu2 pak. Fulamak, kemain hensem. Macam aktor Hongkong..huhu. Macammana buleh jadi macam aktor Hongkong? Tu susurgalur atuk belah pak. Aku pantas mendapatkan sebuah cermin bersaiz XXL, membelek muka aku. Orang kata, jap, kebanyakkan orang kata muka aku sebijik muka pak.. Ada chance macam Aaron Kwok nih barangkali..*tone superexcited* Tapi tak..gen2 kecinaan langsung tak kelihatan..sob3x. Takpe, bersyukur dengan apa Allah kurniakan...tu lebih penting.

Tu sedikit sebanyak pasal pak (ayah) aku. Orang yang terpenting dalam hidup aku, selain mak dan adik2. Berbanding dengan adik2, aku kurang rapat dengan pak mungkin sebab masa aku kecik, pak masih lagi dalam Navi. So, selalu kena tinggal, duduk ngan mak. Pasal aku selalu tengok perangai orang, aku cuba mencontohi semua yang pak buat. Yang baik2 jela. Pasal merokok aku tak ikut walaupun pernah berazam..haha..

Kena ingat, seburuk mana pun ayah kita, sejahat mana pun depa, ayah tetap ayah. Walaupun level 'hormat' tu kurang sikit je daripada mak, tapi hormat tetap hormat. Sayang tetap sayang, bai. Ayah jarang menangis. Kalo menangis pun, kita tak tahu bila. So, aku nak ucapkan "Selamat Hari Bapa" to my one and only father, En. Nadzri bin Amir. You're the best, pak! *Sori la pak, orang lambat wish..*

"My pak, my hero" 
*betapa fitnya pak aku compare dengan kekedingan aku..huhu*

Ok, tu je,

Adios!





 




Sunday, June 17, 2012

Aku & "Memori Matrik"

Assalamualaikum..
.......

Patut post entry ni semalam..tapi tetiba cik adik online. So terchatting sampai pukul 4 pagi. Takpe, ini bukan assignment. Sedangkan assignment pun aku suka2 hati postpone, inikan pulak entry blog. *sila jangan contohi

Hari Jumaat petang, aku tertengok cerita Kekasihku Seru, diulang tayang pasal TV3 dah start tayang sekuel dia, yakni Waris. *aku takde niat nak promote*




Mana tau, penonton-penonton tegar dah terlupa jalan cerita, kan? Hah, sebut pasal Kekasihku Seru, aku sebenarnya teringat zaman aku kat matrik pasal citer ni jadi macam fenomena...huhuhu

Aku pun tak paham dengan situasi ni. Padahal drama seram biasa je. BIASA. Bila hari Khamis, pukul 9.30 malam, yang tengah study kat bilik atau kat bilik bacaan, sanggup tinggal buku.*Aku letu.*  Budak-budak yang solat kat masjid pulak, bergegas balik. Students semua duk pakat masuk bilik tv tunggu drama nih. Budak blok A1 pun kadang-kadang join sama. Maka, penuhla bilik tv dengan pelajar-pelajar yang berwajah excited. Kira, full house la.. Kalo buat kutipan tiket, aku bajet musti box-office. Cam siot je. Yang datang awal, akan dapat seat VIP iaitu sofa..huhu

Masa nak start citer, semua perlu senyap(jaga volume suara masing2), mengawal tingkah laku supaya tak mengganggu konsentrasi menonton.*masa kuliah pun tak seconcentrate tengok cerita ni* Kecuali part2 seram, sadis, adegan terbakar, terkejut, itu dibenarkan malahan digalakkan. Takkan tengok citer seram, semua pakat senyap, kan?  Tapi, kalau sorang je yang terkejut maka akan jadi bahan cercaan kawan2.


So, students yang tengah study kat bilik tv, terpaksa berambus pegi bilik bacaan pasal lampu semua akan ditutup.*nak tambah keseraman la kononnya.* Kadang-kadang pintu bilik tv tu akan disendal dengan penyapu supaya orang luar tak boleh masuk bila citer dah mula. Punyala taksub.

Seronok tengok tv ramai2 ni. Macam2 perangai. Yang jenis semak, suka keluar masuk bilik. Yang suka alih channel tanpa kebenaran. Lalu lalang depan tv. Paling banyak, kaki komen. Kemain mengomen itu ini.

1. "Bodohla Marisa, penakut sangat. Ko lempang jela hantu nenek tu.." Tapi masa Marisa jumpa nenek tu, dia punya 'Aahhh' paling kuat. Bengong.

2. "Wan tu patut belasah pempuan gila tu. Mulut cam lahanat... Badan je besar" 

3. "Cun wey body Marisa. Macam budak kelas aku. Mas Suri, muka tua, beruban, tapi body bergetah.. " Ni aku no komen..haha

4. "Shit r, terkejut aku..sial.." Seram sangat salah, tak seram kena keji.

Tapi, bila dah berkumpul ramai2, dalam gelap lagi, kadang2 mesti ada situasi genting yang unexpected. Contohnya,


huhuhuhu....

Masa ni, yang melepas tu, takde makna nak kecik2 hati. Biadap ye perangai. Telan saja sumpahan dan kejian orang..Haha..  Rindu plak acara tengok tv mingguan berjemaah nih. Selalunya, malam Jumaat, orang yang hilang tiba2 kat bilik atau cafe akan dijumpai kat bilik tv. Member depan bilik aku, siap detect malam jumaat, mesti aku kat bilik tv. Pastu dia pun terpengaruh sekali. 

Hah, pasal Waris, aku tak tengok pun first episode baru ni. Tido pasal nak kumpul energy tengok bola. Sib baik Spain menang. Tapi, feveret aku tetap Germany. Huhu... 

Ok, tu je.

Adios!



Friday, June 15, 2012

Aku & "Awak Pakai Tudung Ye.."

Assalamualaikum
.......

Baru ni, err takde la baru sangat, aku baca kat post kat fb, aku tertarik dengan satu post daripada sifu aku.


Aku dah lama nak buat entry pasal perkara ni. Tapi, aku tak berapa konfiden. Haha..*dah tak konfiden tak yah la buat, kan?

Ok, aku nak cerita hal ni dari konteks lelaki dan perempuan. Tak fokus pasal post sifu je. Aku relate dengan pengalaman dan pemerhatian sepanjang aku hidup hampir 22 tahun nih. Kalo pasal post tu, dah macam2 aku jumpa.

Masa aku sekolah menengah, aku expect semua kawan2 pempuan bertudung. Sentiasa bersangka baik sangat aku, kan? Sebab kat sekolah, dorang nampak ayu je pakai tudung. Bila adik aku cakap, 

"Tadi aku nampak budak kelas aok, si Peah kat kenduri, free hair kot.." 

Aku macam, "Aok cakap mende nih, Peah free hair? Aok salah orang dok? Kat sekolah comel ngat pakai tudung."

See, betapa noob nya aku dengan keadaan macam ni. Aku sikit punya susah nak percaya kalo ada orang cakap sesetengah budak kelas aku free hair, unless ada 2,3 orang yang umum dah tahu perangai sikit punya liar. Tu lain cerita. Sampai satu masa, tamat sekolah, buat reunion (baru abis SPM kot, tak masuk U lagi dah reunion, cam bengong je! HAha), depa datang secara freehair. Masa tu, aku kecewa gila, kenapa la kawan aku macam ni. Walaupun depa bukan awek aku, aku tetap kecewa. Hancur hati aku..sob3x.

Masuk matrik barula mata aku terbukak sikit dengan dunia luar. Masa ni, aku jumpa beberapa kaum Hawa beragama Islam yang dari awal sampai abis matrik, free hair. Kat matrik pakain kena sopan ye. Ok, tu baru sikit pendedahan yang aku dapat. Ada spesies yang tiba2 esoknya bertudung. Alhamdulillah. 

Aku tegur dia, bagi semangat dalam pujian, "Faz, bertambah comei bila ang pakai tudung. Pakai terus la..eh?" Dia pun senyum2 je.*blushing*.  Esok, laa, dah free hair balik. Aku tanya kenapa, dia jawab untuk menghormati hari semalam yakni hari Jumaat. Pulak.. (-.-")

Ada yang pakai hari Jumaat je, ada yang pakai sepanjang bulan Ramadan je.. 

Masuk universiti, tambah pulak scene lain. Masa semester 1, free hair. Masuk semester 2, bertudung. Tapi, kelas malam, freehair balik. Siap pakai singlet, tapi cover dengan cardigan. Macam2.. Selalunya, jenis2 yang terpengaruh dengan fesyen tudung sekarang, banyak yang cantik2 kan? Tu yang sekejap pakai, sekejap tanggal.. 


Ada tuh, baru nak berjinak2 dengan tudung, dia punya lilit tak  hengat. Berapa lapis selendang pun aku tak tau. Tapi dalam fb, profile pic pakai singlet. Adoii... 

Aku luaskan sikit skop pemerhatian aku. Scene 'budak2 kapel' pulak. Haha.. Kalo si pakwe dapat tackle awek free hair,  dalam seminggu, konpem awek tu bertudung atas permintaan boyfriend. Aku siap boleh bertaruh pulak dengan member, "Wei, aku bajet awek si Dol pakai tudung dalam bulan nih.." Huhuhuhu.. 

Ok, ni pasal lelaki. Bila dah selalu aku tengok kejadian kat atas, aku jadi lali. So, aku tengok si pakwe pulak. Dorang ni bagus. Berjaya mengubah gegurl dorang dari free hair kepada bertudung. Menutup aurat la kiranya. So, kalo member ternampak dorang keluar date, "Pandai Dol pilih awek..Pakai tudung.."



Pada depa pakai tudung melambangkan segala keperibadian perempuan. Aku survey lagi. Masa dating, si awek dah elok bertudung, pakwe pulak pakai seluar pendek.



Selalu jadi lagu nih. Kadang2 masa depa nak keluar, aku tengok kot2 yang lelaki ada bawak beg ke nak isi kain pelekat. Yela, dah pakai seluar pendek, macam mana ang nak solat? Keluar bukan sekejap. Ni dari pagi sampai malam. 

"Kat surau ada sedia kain pelekat.." Mana ang tau? 

Mak aku cakap, kalo nak cari bakal suami, salah satu kriteria, dalam bahasa mudahnya, cari yang tak tinggal solat. In case aku, selagi aku kantoi solat, toksah berangan nak kapel..

Back to story, masa date, yang jantan ni, tangan mesti nak berpimpin. Takkan tak tau, tu awek ang. Bukan isteri yang sah. Sentuh kulit ke kulit dengan bukan muhrim ni hukumnya apa, anak2? *Dah jadi ceramah pulak..

buat letih je belajar Pendidikan Islam dari tadika sampai SPM

Lagi, duduk kat taman bunga, kepit2, tangan bersilang, kepala lentok kat bahu. Aduhh...perkara macam ni, lelaki tak nak pulak ambil berat. Yang dorang pentingkan, awek mesti bertudung. Huhu.. 

Aku penah baca post Ustaz Azhar Idrus, beliau kata, "Haram bila perempuan cakap tak bersedia nak pakai tudung sebab belum sampai seru, sebab dalam al-Quran, Allah dah seru 1400 tahun dulu.." ~~~tolong betulkan kalo salah~~~

*entry aku ni bukan nak bagi ceramah sebab aku tak layak terutama dari segi ilmu..dan aku pun banyak buat silap. sekadar perkongsian pengalaman, pemerhatian dan sedikit pandangan.. 

Ok, tu je..

Adios!







Tuesday, June 12, 2012

Aku & "Ohsem Future Doctor"

Assalamualaikum
......

Aku minat sangat nak jadi doktor. Pasal boleh main ngan jarum, ubat2, darah.. Boleh main tikam2 patient ngan jarum tu. Kerat2 ke time surgery..haha. So, demi memenuhi bayangan aku, aku tolak buat degree lepas abis matrik. Aku buat Diploma Sains, dengan harapan, aku boleh kejar cita2 aku. Semester 1 habis, alhamdulillah, result memberansangkan. Semakin berkobar-kobar semangat aku.

  Pic sem 1 (abaikan dua baris terakhir dalam gambar tu)
*mode: final exam mood: tak sabar nak balik kampung

Aku target habis diploma, kalo result gempak, aku nak pegi Ireland pasal orang kata medic kat sana bagus. Aku tak sure la pulak. Yang aku tau, medic! huhu. Ok, sem 2, aku tukar kelas. Masa ni, aku jumpa ehem ehem. Kitorang ada cita-cita yang sama. So, selalu la contact2, lebih2 lagi pasal Calculus. Aku memang excited bab Calculus ni. Tapi, *tone:sedih , kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Physics penghalang cita-cita aku. Subjek Electrics pemusnah segala-galanya..*guruh berdentum,hujan pun turun renyai2. Kerana Electrics, pointer aku jatuh, sama la jugak pointer si dia kalo tak silap aku.. Tapi, baru sem 2. Ada 4 sem lagi untuk bangkit..Yiehaa..*feeling samurai menunggang kuda

Sem 3, kitorang terpisah. Sebab si dia amik Biology, aku pulak amik Physics pasal aku bengang tak boleh score masa sem 2. Walaupun penah satu masa, aku penah nekad nak amik Bio. Masa tu, lost contact. Takde story nak kongsi, tak masalah study yang boleh diselesaikan sama2. *padahal ada je.. Kelas pun dah lain2Kalo jumpa pun senyum2 je, say "Hi.." something like that..*uu, terspeaking London plak..

Berterusan sehingga sem 5, si dia terus cemerlang. Aku pulak terumbang-ambing, bergelut dengan Physics. Baru jantan..haha. Pointer tak menentu, cita2 semakin kabur.. Sem 6, kitorang berjumpa balik walaupun tak penah terpisah..hahaha.. Pegi dinner, keluar main bowling..hangout sama2. Wei, kitorang keluar berempat, bukan berdua. Result final exam, si dia excellent. Congrats! Pointer cukup untuk apply medic. Dan aku, well aku da bagitau kat entry lepas. So-so. Cuma Physics, aku dah jinakkan. Daripada C+, aku penah dapat A untuk semester2 seterusnya.

Sekarang, si dia tengah struggle study untuk peperiksaan kelayakan kursus perubatan ke Indonesia. Mungkin masa entry ni siap, si dia dah pun selesai exam.  

So, untuk buah ati saya sorang nih, study elok2 ok, untuk interview, exam tu dan jugak masa kat sana.  Bila dah dapat pegi sana, jangan lupa orang kat sini.. Err, maksudnya, mak, ayah, adik2.. kawan2 dan ehemehem..Huhuhu.. Make ur parents proud of you. Mungkin takde rezeki, kita nak study sama2. Mungkin la. Mana la tau, masa ekau da sem 3, den datang sebagai junior. Huhu.. Nak jadi doktor, kena la stress sikit. Tapi, ekau ni bijak orang eh. Takdo hal lah. Den doakan ekau berjayo. *Boleh plak aku cakap Negori, padahal, dio ore Kelate. Study smart ok, doa banyak2. Lepas nih, takde da DR.AMIRUL. Yang ada, insya-Allah, DR.HAFIZA. *Huhuhu..sedihnya hatiku ini.


Good luck, doc!
Ok, tu je

Adios..*wuwuwu...


update: Cik Hafiza di terima masuk ke ITB dalam jurusan Pharmacy...Congrats!*wuwuwu, beliau ke Bandung la nampaknya... 

Monday, June 11, 2012

Aku & "Pepatung dan Semut Api"

Assalamualaikum..
......

Sabtu lepas, blog aku kena hack ngan Cyber IT Crew. Adoii.. bapak cuak. Rasa nak tercabut jantung aku. Walaupun blog aku takde menda penting2 tapi aku tetap jugak nak rasa cuak. Huhu.. Aku baru bajet nak buat entry penaik semangat untuk cik adik. Tengok2 kena hack. Tak boleh bukak. Lepas nego2 ngan Root Raider, dia lepaskan blog aku petang Ahad. Alhamdulillah..

So, korang "beware of the hackers.." (ni amaran si Root Raider)

Actually, dorang ni baik. Dorang just hack, content semua dorang tak usik. So, pepandai la nego ngan dorang ok.

Ok, ni entry yang tertangguh pasal kejadian di atas.

Khutbah Jumaat lepas, khatib tu ada sebut (lebihkurang la)..

"Masa peperangan, diharamkan memusnahkan binatang, tanaman dan tempat kediaman. Even seekor semut pun diharamkan dibunuh kalau bertujuan untuk menganiaya..."

Balik rumah, aku pun terpikir. Tak banyak spesies aku aniaya pasal aku tak la jahat mana. Ayam, itik, lembu, kambing semua aku tak usik. Tapi, kalo kat akhirat la ada binatang yang tuntut pengadilan atas aku, tak lain tak bukan, mesti si pepatung. Satu jenis, tapi dalam kuantiti yang banyak, Tak kenal pepatung? Tipu la wei..huhu.

Masa aku kecik, aku duduk kat kampung, rumah wan. Pepatung nih sikit punya banyak la kat longkang depan rumah. Selalu aku jumpa kaler merah. Kadang2 ungu.  Aku plak, tak tau camne, boleh jatuh cinta ngan spesies nih. Masuk tengahari, aku dah standby kat longkang pasai binatang ni aktif tengahari. Kulit aku toksah cakap r, memang gelap. Tapi gelap standard Melayu lagi la. So, tertonggeng-tonggeng la aku tepi longkang tangkap makhluk nih. Susah woo tangkap pepatung kalo bare hand. Dalam jarak setengah meter, dia dah boleh detect aku. Tapi, aku dah macam kena mandrem, asal nampak nak tangkap. Bila dapat, memang puas hati. Dia punya syok, macam dapat tangkap perompak.

Disebabkan aku ni gigih ke hulu ke hilir mengejar pepatung, atuk jiran sebelah kanan rumah wan pun rasa simpati. Lantas, dia ajar aku satu teknik bangsat nak tangkap pepatung. Amik lidi, sapu getah nangka kat ujung, pastu lekat kat pepatung. Pasal lidi tu panjang, aku boleh duduk jauh skit.


Hasilnya, memang memberansangkan. Graf tangkapan naik mencanak. Habis tok nenek aku sapu. Hampir pupus spesies pepatung kat longkang tu. Dah dapat, aku simpan la. Tapi, sebab masa tu aku bodo lagi, aku tak tau pepatung ni karnivor. Aku pun bagi la makan bunga loceng yang kaler kuning2 tu. Tambah bingai, bunga loceng tu beracun. Patutla lalok semacam pepatung pas makan. Tak lama, mampuih. Tak pa, bulih tangkap hat lain...haha.. Kira bunuh tanpa niat la. Aku tau dia karnivor masa belajar sains darjah 4.

Lagi satu, aku tak ingat sapa ajaq aku. Pak aku kot. Ikat kaki pepatung tu ngan benang.  Buat macam main layang2. Agak2 dia terbang jauh, tarik je benang tu. Huhu... Style dak?

Kadang2, agak2 dah bosan, aku bunuh direct je. Tarik satu part kat ujung ekor, keluar cam tali perut. Pastu cucuk ngan lidi ekor tu..Huhu

Tu spesies pepatung. Lagi satu binatang selalu aku bunuh, semut api. Aku selalu tak perasan, aku da terpijak kawasan perumahan semut api ni. Tau2 da kena gigit. Sakit kan? Pastu gatal2, then keluar biji2 air kat tempat dia gigit.

Kadang2, kerana sekor semut api, satu kampung dia aku musnahkan. Punyala marah. Gulung2 kertas surat khabar, buat cam obor. Bakar sarang dia. So, dalam satu masa, berpuluh ekor mampuih.



Huhu...moga Allah ampunkan dosa aku.. Korang camne plak? Takkan semua baik kot????

Ok, tu je..

Adios!


  





Friday, June 8, 2012

Aku & "Sebungkus Nasi Lemak, Seketul Popia"

Assalamualaikum..
.....

Masa aku stay Kuala Pilah, petang2 Jumaat camni, aku ngan housemate gerak ke pasar malam kat Econsave.
Dengan tujuan yang satu.
Nasi Lemak Norma. *aku datang nih Kak Norma!!! 
Pehh..terbaik.
Tagline dia "Sambal Pilah versus Melaka", fuhh..*telan air liur
Kalo singgah gerai dia, customer memang ramai.
Aku sanggup bertumbuk ngan dorang termasuk member sendiri demi sebungkus nasi lemak. Haha..
Peduli ape!
 Ni nasi lemak ngan sambal kerang. All-time feveret aku.

Perlu ke aku letak dalam pinggan, susun cantik2 telur, timun, nasi, kacang sebelum snap pic?
Tak perlu! *sendiri tanya, sendiri jawab, boleh?
Tak ori meh!

Banyak lauk boleh pilih.
Janji ada duit.
Sambal kerang, sambal sotong, sambal tempe, rendang ayam, rendang paru, ayam goreng berempah..err..ok da tak ingat..
Selalu aku mintak nasi lebih. *perut orang dewasa, kena paham yer.

Lagi satu, Popia Basah Yusra.
Memang wajib beli masa duit tengah berkepok-kepok.
Kalo tak tengok dari jauh je la. 
Sambil jeling2 anak Kak Yusra. Hehehe..
50 sen sebijik. 
Aku selalu beli 6 bijik.
Seketul peruntukan untuk housemate *sharela ye 12 orang..

So, kalo ada sape2 dapat study UiTM Kuala Pilah (Beting atau Melang), korang kena rasa makanan eksotik nih.
Memang dah dapat kelulusan kesedapan...err..daripada aku..huhuhu.
Kalo korang makan, pastu cakap tak sedap, memang korang buta rasa..haha
Tak guna hidup!

Ok, tu je,

Adios!

P/s: Anak Kak Yusra tu serius comel..haha













Aku & "Kek Coklat Kukus"

Assalamualaikum..
......

Ni peristiwa dua hari lepas.
Tetiba mak aku suruh buat kek coklat.
Tak penah hayat aku buat kek coklat.
Kek butter biasa penah r.

"Yoi, pegi buat kek coklat.." Arahan direct tanpa tone nak mengajar

"Tak reti.." Jawapan direct tanpa niat nak buat.

"Ala..Senang je. Ikut resepi dalam buku atas kabinet tu..." Tone motivasi sambil jari menghala ke buku resepi kat dapur yang entah bila mak aku bukak. Macam dah plan dari semalam je nak suruh aku buat.

"Nanti kalo buat, kat tepi2 tu rentung. " Alasan tak nak buat sambil merujuk fakta kes pembuatan kek coklat sebelum2 nih.

"Yang tu, pakai oven. Ni kukus..tak rentung." 

"Ok.." Takde hujah balas.

Prepare meja. Lapik suratkhabar. Keluarkan semua stok bahan2 dan peralatan yang nak guna.
Rujuk resepi.


"Kek Coklat Kukus Mak Kita"


Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula halus
1 cawan serbuk coklat
1 cawan minyak kelapa
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 camca soda bikarbonat
*ayak tepung sekali ngan soda bikarbonat, ok?

Ok semua ada!

Dalam mangkuk putih tu, gula halus.
Aku punya bingai pegi blend gula pasir 2 cawan, pastu dapat semangkuk. Huhuhu...
Patut bajet dulu sebelum blend.
#Fakta: 2 cawan gula pasir TAK SAMA dengan 2 cawan gula halus. 
Tapi, nasi sudah menjadi nasi lemak ayam berempah.
Pakai saja..haha

Cara-cara:
Pegi panaskan pengukus tu dulu..huhu.
Ok,
1. Pukul telur dengan gula halus sampai larut. (telur tu jadi cam putih2 sikit)
2. Masuk serbuk coklat, kacauuuu, pastu masuk minyak. Kacau lagi sampai dorang together2 gitu. 
3. Masuk tepung + soda bikarbonat tu selang seli dengan susu cair. Kacau bagi sebati semua.
4. Dah perfect, masuk dalam loyang. Tak kesah r nak letak dalam apapun asalkan sebatian tu boleh dikukus dengan jayanya. Kukus selama sejam lebih kurang / sampai masak ler.. Aku pakai pengukus bertingkat tu, sejam cukup2 dah masak.

Ok, ni dia hasilnya.

Tadaaaa..

Yosh!
Kek tak kering, of course.
Masak sempurna. 
Kat tepi2 tak rentung.
Kek pun tak termanis akibat kebingaian aku.

Ok, kek tu merekah pasal adunan tu kembang. 
Ala..tak payah explain la unsur2 Physics yang terjadi.
Same case macam masak apam.
Kalo pakai loyang yang berlubang kat tengah tu, tak merekah la.

"Mak, nak buat topping camne?" Semangat memasak menular di sanubari.

"Tak payah!" Ringkas dan padat.

Paling best, bawak menda alah ni balik kampung, dapat pujian wan, aki, mak sedara, bapak sedara, sepupu..*blushing
Walaupun aku letak gula semangkuk..haha
Biar kenyang di perut, jangan pecah di mulut..

Mula berfikir2 nak bukak bisnes..*aish..

Ok, tu je.

Adios!










Tuesday, June 5, 2012

Aku & "Math" part 3

Assalamualaikum..
.......

Episode: Tango

Ok, ni last kopek siri Aku & "Math". Hahaha.. Aku tak nak buat panjang2 pasal aku bukan Yusuf Haslam yang mampu dan kreatif buat drama Sembilu sampai berpuluh episod. Pastu siap sambung ngan Sembilu Kasih plak.

Ok, first year aku ngan Cikgu Yassin, aku dah buat kes yakni masa darjah 4 Mawar. Masa tu, kelas aku dapat bilik Self Access Learning (SAL) yang berkarpet. Aku ingat lagi. Karpet tu kaler biru. Punyala excited pasal bila cikgu lambat masuk boleh baring2, meniarap, boleh kata macam2 aksi akrobatik la kat atas lantai tanpa mengotorkan baju. Masa darjah 4 gak secara rasmi, aku jadi pengawas. Baju pink tuh! Hahaha..

Gambar darjah 6. Naza empat dari kiri..

Satu lagi style Pengajaran dan Pembelajaran Cikgu Yassin nih, bila kitorang buat kesalahan jalan kira, adalah WAJIB untuk membuat Pembetulan. Masa kitorang berbaris hantar buku untuk beliau sign, beliau akan semak berapa banyak kesalahan. Pastu, tengok kat buku latihan, seimbang tak dengan jumlah pembetulan kitorang buat.

Ada satu hari tu, Cikgu Yassin lambat masuk kelas. Uish, hepi kemain aku. Lantas aku ajak Naza ber'kungfu' kat ruang belakang kelas. Ekceli, tu aktiviti wajib kitorang. Pantang free, kungfu. Masa tu kat TV3 pukul 6 petang selalu ada drama kungfu Cina cam The Heroine of the Yangs.

Annie Man yang sangat cantik *tetiba

Kira dah terpengaruh la ni. Biasala, kanak2 ribena lagi. Memang huru-hara kelas. Pengawas sekolah, ketua darjah, penolong ketua darjah, semua da tak boleh pakai untuk menjaga keamanan. Semua 'menyetan'. Tapi, boleh plak lepas bertarung (siap terbang2 kott..), aku ngan Naza menari tango. Tak pernah lagi acara tari-menari tu ada sebelum2 nih.

"Takpe, cikgu macam tak masuk je.."

Salah ye hipotesis tu. Time aku tengah angkat kaki Naza (da ending menari la ni), Cikgu Yassin tercegat depan pintu kelas. Mata tepat kat posisi kitorang. Satu kelas senyap.
Hmmm..memang masak la aku.

Tapi, tetiba, Cikgu Yassin blah. Biar betik? Seriously, muka cam nak marah. Kawan2 mula salahkan kitorang. Sebab aktiviti kitorang paling bertenaga dan banyak pergerakan. Yang lain buat bising, tapi still duduk kat tempat masing2. Dem! Siap suruh pegi pujuk cikgu lagi. Uiii..memang menempah maut pada pemikiran aku. Dalam 10 minit, Cikgu Yassin masuk. Mengajar cam biasa. Sampaila part kitorang kena hantar buku. Bila turn aku, Cikgu terus pandang muka aku. 

"Awak ni saya tengok, dah banyak main sekarang.." Beliau bersuara.

Aku, "Gulp."

Ok, part ni paling sadis. Tengah dia selak2 buku aku, dia detect tanda2 pangkah tapi TAKDE pembetulan. Aku cuak gila. Tak rotan, memang pelempang singgah kat belakang badan.

"Mana pembetulan? Hei, awak ni. Pembetulan tak buat. Banyak main. Saya rasa, zaman baik saya dengan awak dah tamat..."

Perghhh!!! Ayat tu memang menusuk tepat kat jantung. Rasa macam petir sabung-menyabung. Rasa nak nangis kat situ jugak. Sedih gila aku. Cikgu dah tak sayang aku. Huhuhuhuhu...

Cikgu paling garang kat dunia dah tak sayang aku

Lepas habis Math, aku berlari pergi tandas. Aku nangis dalam tu. Memang drama. Aku ingat sampai sekarang ayat dia, "Saya rasa zaman baik saya dengan awak dah tamat.."

Aku rasa tu peristiwa paling buruk aku belajar Math dengan Cikgu Yassin. Tapi, esoknya, semua kembali normal. Cikgu takde pun tanda2 macam zaman baik dia ngan aku dah tamat dan aku takde la frust menonggeng sampai mogok tak buat homework. Tapi, dalam otak aku dah set, aku dah jadi budak wanted. So, jangan cari pasal dengan beliau. Dan aktivit berkungfu?? Hehe..Mana boleh stop. Siap rekrut budak lain lagi. Hahaha.. Cuma  kitorang tak berkungfu kalo subjek selepas tu Math.

Tu je citer aku. Pengalaman belajar Math sekolah rendah. Walaupun masa tu, Cikgu Yassin bagi banyak gila latihan, siap dapat penangan kalo tak siap, aku tak pernah benci dia. Aku benci latihan tu. Hahaha.. Latihan tu pada aku dah mencekik masa aku bermain petang2. Kadang2 aku buat Math sebab terpaksa, bukan sebab nak belajar. Mula2 terpaksa. Lama2 rela r. Hasilnya, bila UPSR, ramai yang dapat Math 'A' . Yang dapat 4A plak, kalo tak B.Inggeris, mesti Sains yang B.

Ni latest pic Cikgu Yassin. Aku amik kat fb anak dia, Ilyani. Tq Yani.

Bila aku tengok adik-adik aku malas buat homework, aku citer la pengalaman aku yang satu nih kat dorang. Nak motivate sikit sebab dorang tak rasa pengalaman belajar Math macam aku. Cikgu dorang sempoi, lemah lembut, homework kasi tak banyak. Apapun, aku bersyukur dapat cikgu yang sikit punya garang macam Cikgu Yassin. Aku sayang dia walaupun pelempang penah hinggap kat badan. Kadang2 rindu gak. Haha.. Dah dekat 10 tahun aku tak jumpa dia secara live. Aku doakan dia sihat walafiat.  Boleh terus mengajar dan mendidik anak bangsa.

"Saya sayang Cikgu Yassin!" *lari menyorok bawah toto.

Adios!

kalo korang nak try tengok opening theme citer kungfu tuh, klik sini ok.
credit pic: Heroine of the Yangs










Monday, June 4, 2012

Aku & "Pahang-Terengganu"

Assalamualaikum..
........

Baru balik Terengganu.
Bercuti dengan keluarga terchenta..hahahaha.
Best!
Pasni tak tau bila lagi boleh pegi 1 family pasal aku ngan adik aku yang pempuan tuh dah study tempat lain,
yang form 1 tuh dok asrama.
Semua dah besar2, cantik2, KACAK2..(ehemmm)
Ni je masa yang ada sementara cuti sekolah.
Sikit view untuk hari ini..



Apapun, sakit pinggang woo naik keta 7 jam Pahang-Terengganu.
Mau landing di atas toto sekarang..

Lupa plak, tadi masa naik bot gi Pasar Kedai Payang, ada awek usha aku..haha
Muka cam Tiz Zaqyah..*melting


Ok2, tu je..


Adios!