Thursday, January 31, 2013

Aku dan Adik

[Assalamualaikum..]

Sembilan tahun jarak umur aku dah adik lelaki aku, Amien. Jauh la jugak. Masa dia lahir, umur aku sembilan tahun. Seiring dengan tumbesaran dia, aku pulak menjadi semakin matang dan kacak. Matang la sangat..huhu. Aku ingat lagi, masa aku tingkatan tiga, aku pernah lempang Amien sebab merenyukkan kertas folio Kemahiran Hidup. Folio kerja khusus tingkatan tiga yang sangat penting untuk PMR dan aku buat dengan sepenuh jiwa dan raga aku. Sepenuh jiwa dan raga like segala-galanyaku serahkan, paham tak? Dan Amien, atas faktor dendam barangkali merenyukkan masa depan aku begitu sahaja.

Bijak.

Tak dapat menggunakan kekuatan fizikal, dia menjatuhkan mental aku. Lalu, dengan sekali pelempangan, dia menangis. Puas hati aku mendengar tangisan kesakitan kanak-kanak..hahahahaha. Ohh.."That's totally barbaric.." -Hermione Granger-

Dah, itu kali pertama dan kali terakhir aku menggunakan kekerasan kat Amien. Kali pertama, sebab tak matang, dan kali terakhir sebab aku rasa bersalah sangat.

Done.

Kenapa aku tulis pasal benda ni? Dua tiga bulan lepas masa aku kat kampus, aku ternampak ada sorang mamat dengan adik dia. Adik la kot, hidung depa sama rekabentuk. Tetiba, aku teringat adik aku yang tinggal kat asrama. Si abang nih duk tunjal-tunjal kepala adik dia. Macam haram perangai. Aku tengok adik dia baik je. Pasrah ditolak-tolak kepala. Pastu boleh pulak mamat tu cakap, "Eii, aku benci ko.."

Tersentap aku. Kalau la aku ada pertalian saudara, aku sound dah mamat tuh. Menyirap aku tengok. Kot ye pun budak tu buat salah, takkan sampai main tolak-tolak kepala. Bergurau? Kasar bhai gurau macam tu. Ingat ang Jepun ka boleh main ketuk-ketuk kepala?

Aku taktau apa nak cakap. Mungkin sebab masa tu aku jauh ngan adik aku, tetiba terindu. Ecehh..

Aku tak pasti ni atas faktor peningkatan usia ke hape, lantas, naluri kebapaan mula menyerlah *apakah yang aku merapik ni* tapi kalau boleh aku nak buat semua untuk adik-adik aku. Nak belanja makan KFC walaupun takde duit, bawak pegi jalan-jalan, pegi main tenis, siapkan keja sekolah, beli hadiah setiap kali birthday dorang etc.. Mungkin masa dorang ada duduk memekak tepi telinga, berebut remote controller Astro, dan sebagainya boleh menghanginkan korang, tapi bila sampai masa, dorang la yang korang rindu. Lagi satu, tolong jangan lempang adik korang. Nanti korang rasa sangat menyesal. =(

Dah, sebelum aku bertukar menjadi seorang datuk pulak, baik aku stop. ==' Daripada yang membebel kat atas, aku cuma nak cakap, pada yang ada adik, tolongla sayang adik-adik korang.

Ok, tu je..
Terima kasih kerana membaca..

Adios!

Terima kasih ^^

 

Sunday, January 27, 2013

Aku dan Mak Cik Itu

[Assalamualaikum..]

Adik aku nak beli selipar jamban untuk dibawak ke asrama. So, sebagai abang mithali, aku ngan pak teman r si kecik nih pi beli kat kedai. Kedai mana?  Sah-sah la kedai selipar, takkan kat kedai emas pulak, ye tak? Haha..

"Err..tak lawak pun, Encik Amirul." *pang!* Itu makan kau.

Baik, sedang aku memilih-milih selipar yang terbaik untuk ke jamban sekaligus boleh dibawak bersiar-siar ke Jaya Jusko, *almakngah, aku sangat teliti ngan selipar..huhu* tetiba pandangan aku terpesona dengan seorang mak cik. Kagum. Dalam usia yang mencecah angka 50-an, mak cik tu masih mampu mencuri perhatian. Macam mana aku tau umur dia dah hampir 50? Aku trace menerusi linkaran kedutan di leher dan jugak di bawah mata..

"Woi, ingat aku pokok balak ke boleh kira umur ikut gegelung kat batang?" Mak cik menyirap lantas melempangiku.

Ekceli, mak cik tu menarik perhatian bukan disebabkan kecantikan ke hape, tapi menerusi pemakaian dia sangat, wow..luruh jantung iolls. Dengan saiz XXL, mungkin XXXL aku bajet, dia berani mati pakai baju ketat kaler hitam macam baju yang pempuan-pempuan muslimah selalu buat inner kalau baju sebelah luar nipis. Cuma saiz besar. Kombo plak dengan seluar skinny. Fulamak, memang tak seksi. Yang aku kesian berserta tak paham, kenapa mak cik tu berani mati pakai macam tu? Kenapa mak cik? Kenapa? Paham-paham la kalau saiz dah terlebih-lebih X, ada la struktur-struktur badan yang terkeluar baris dan lajur. Bila pakai ketat, mula r nampak berlipat-lipat dan berlapis-lapis.

Yang aku tau, pempuan ni selagi mampu, dia nak sorokkan apa yang boleh disorok. Yang aku jumpa pulak, macam selagi boleh tunjuk, dia nak tunjuk. Macam-macam hal. Bukan ke bila seorang pempuan dewasa dah lari kontur badan atas pelbagai faktor, dia akan jadi kurang konfiden dan semakin segan nak dedah-dedah nih. Then, bila suami pakai smart-smart, wangi-wangi, mula la drama,

"Awak ada pempuan lain ye? Wuwuwuwu.. Saya tau la saya dah buruk, saya dah tak cantik, badan dah gemuk, sampai hati awak menduakan saya...wuwuwuwuwu..." Kan?

Aduh, banyak menonton drama aku ni.

Kali ni, aku tak nak bincang soal aurat pasal hal tu masing-masing dah alert. Cuma, atas dasar kemanusiaan, aku rasa sangat tak nice pakai macam tu. Tak elok daripada pelbagai faktor. Umur, saiz badan, agama, mata-mata yang memandang etc lagi-lagi sebagai seorang perempuan. Paham tak maksud aku?

Mujur aku tak pakai spek tadi, maka kurang la sikit ketajaman mata aku. Kalau tak, berkepok dosa aku bawak ke kubur. In case mak cik tu, hypothesis aku, mungkin dia terlebih konfiden. Bangga dengan apa yang dikurniakan barangkali. "I'm proud of who i am,". Tapi, kot ye pun yakin dan bangga, takkan la...err

 Fine, mak cik.. --'

Ok, tu je..
Terima kasih kerana membaca..

Adios!

P/s: Orang badan besar selalunya sweet kan? 
Peramah dan pandai bawak diri.  
Yang kurus kering cam aku nih, dah la 
tak sweet, tak reti pulak bersosial. 
Syakir Rahman is an exception. 
Hiok..hiok











Wednesday, January 2, 2013

Aku dan "Hakikat"


[Assalamualaikum...]

1/1/13

Hari ini, aku mengerti rasa kehilangan seseorang yang tanpa aku sedar, sangat-sangat diperlukan. Ahh.. Aku tau dia suka aku. Dan aku juga senang dengan dia. Tapi hati aku pada orang lain.*aku rasa* Bukan pada dia.

Awal perkenalan, kami selalu bergaduh. Tapi, entah macam mana, kami jadi sahabat. Ok, istilah sahabat dia yang mulakan sebelum dia mengaku, sukakan aku. Ahh..gila. Dia ibarat sebelah badan aku. Kehidupan aku sekarang memerlukan seseorang untuk memberi sokongan terutama apabila keluarga berada jauh. Sangat sibuk dan kadang-kadang aku rasa sangat menakutkan. Kehadiran dia seperti rahmat dalam hidup aku. Kebetulan juga dia tinggal berdekatan.

Pertolongan demi pertolongan dia hulurkan. Dia mengajar aku menangani dugaan yang mendatang. Menenangkan aku bila tekanan melanda. Menghilangkan duka bila kesedihan menerpa. Walaupun lewat malam, dia tetap datang membantu. Sentiasa ada untuk aku. Senyuman dan ketawa dia betul-betul menyenangkan hati. Dia seolah-olah tak pernah berkecil hati dengan aku walaupun cintanya pernah aku tolak mentah-mentah, tanpa keraguan. Malah, sama-sama berusaha menolong aku mengejar cinta sejati kononnya. Mengajar aku itu dan ini. Katanya, aku naif. Ceh..

Semalam, dia pergi tiba-tiba. 

Tiba-tiba.

Saat aku didatangi tekanan yang terhebat. Aku tenggelam punca. Merata tempat aku mencari. Banyak kali aku cuba hubungi, tapi langsung tak dijawab. Bahkan temannya yang paling rapat pun tak tahu ke mana dia pergi. Aku rasa lumpuh sebelah badan. Tak mampu bergerak. Tak mampu berfikir. Aku lemah begini. Kejap, aku lemah bukan kerana tekanan. Aku lemah kerana ketiadaan dia. *Untuk mengarang entri ini pun aku mengambil masa yang terlalu lama kerana memikirkan dia* Aku betul-betul perlukan dia.

“Perlukan dia?” Persoalan yang menjentik seluruh saraf tubuhku.

Ya, aku perlukan dia, untuk terus berada di samping aku.

Aku terus mencari. Ke mana aku pergi, terasa ada dia di situ. Hakikatnya, terlalu banyak kenangan telah tercipta. Rasa rindu mula mengusik.

“Kenapa baru sekarang dia pergi? Kenapa tak dari dulu, waktu kami masih bermasam muka? Kenapa aku bertemu dengan dia kalau begini pengakhiran?” 

Aku sangat-sangat terkilan apabila dia pergi tanpa sepatah kata.

Betul kata dia. Aku naif. Aku keliru. Suka dan cinta, dua perkara yang berbeza.

Dan sekarang aku betul-betul pasti, aku cintakan dia.

 Air mata aku menitis. Tanpa sedar aku memanggil nama dia.

“Prosecutor Seo!”

*********************

Hoi, bangunlah!

Tanpa was-was, aku melempangi diriku sendiri. Ohh, drama Korea yang satu ni sangat menuntut permainan emosi. Tak seperti drama Sembilu, menjadikan aku seorang yang tidak beremosi.

Sekarang aku menuju ke episod 12.

Ok, tu je.
Terima kasih kerana membaca entri aku.