Thursday, July 17, 2014

Aku dan "Racau Si Pungguk"

[Assalamualaikum]

Nak kata sejenis puisi bukan puisi aku rasa. Sebab tak ada rima, apalagi bahasa puitis. Puitis ke aku masalahnya. Kroih3x. Lebih kepada luahan rasa mungkin. Kalau dalam tulisan yang sebenar, bunyinya akan kedengaran lebih binatang. Sungguh. Jadi aku tukar dalam bentuk yang ini. Aku harap lebih tersusun, lebih samar daripada maksudnya. Apa yang tersusun pun aku taktau..haha 

Racau Si Pungguk

Wahai sang bulan.
Aku tak mampu lagi memandang terus ke matamu.
Biarpun rindu bertubi mengusik.
Merindukan cahaya, merindukan terang, merindukan segala-galanya tentangmu, bulan.
Aku berdiri di balik lindung daunan kayu. 
Dengan harap tiada kelibatku muncul dipandangan.
Sekadar  mencuri lihat biasmu di tasik yang tenang.
Moga gundahku senyap.

Aku mahu menanti, namun pulangmu takkan mungkin.
Aku mahu lari, tapi berapa jauh bolehku pergi?
Aku mahu merayu, apa akan engkau dengari?

Aku hanya si pungguk.
Terbangnya tak tinggi seperti helang.
Rupanya tak cantik seperti merak.
Buat ribuan bintang, jaga sebaiknya sang bulan, lebih baik dari saat dia bersamaku.
Untuk sang bulan tersayang, moga kau bahagia dalam dakapannya bintang.
Aku akan sentiasa merinduimu, selama mana aku menjadi si pungguk.


Ok, tu je.
Terima kasih kerana sudi membaca..

Adios!

Friday, April 18, 2014

Aku dan "PPP Kau Hado?"

[Assalamualaikum]

Dua bulan lepas, aku ada masuk GA by Paripariputih. First time wei aku join benda GA nih. Walaupun sebelum ni ada blogger-blogger lain invite atau tag GA dorang, aku takde la pulak nak join.Tapi sebab Paripariputih nih aku dah anggap macam kakak aku, so aku pun tergerak la hati nak menyibuk kan. Lagi2 bila si Kopi Pasta dan blogger-blogger otai lain pun turut serta. Isyarat dari otak lantas aku hantar ke organ-organ supaya bekerja overtime untuk menyiapkan apa yang patut.

Beberapa minggu pastu, noona announced winner GA dia. Aku tau pun sebab Peeps aka Iffah Betoffah dah kasi spoiler kat FB. Walaupun dah tau winner, tapi aku still berdebar-debar nak skrol entry noona. Sumpah. Sebijik aku rasa macam nak tengok result final exam UiTM. Muahaha...


Alhamdullilah. Yoshhhh!
 Rasa nak melompat bintang jek aku. *padahal dah melompat pun*
Bila aku tengok header blog orang lain, tetiba rasa macam sampah gila header aku. Wawawawa.. 

Dekat dua bulan jugak la aku dah dapat t-shirt tu. Tapi baru-baru ni jek aku dapat pakai sebab aku tak balik rumah. So, masa aku jejak je kaki ke rumah masa balik cuti mid-sem, terus aku tanya, "Mak, baju yang noona hantar kat mana?" Huhu

Barang kes #1 
Thank you so much, noona!

Last but not least, 

Kau hado? Part tu tak boleh blah betul..haha

Saiz ngam-ngam soi je dengan badan aku. Terbaik la. Dua hari berturut-turut aku pakai baju nih. Punyala excited. Pergi tengok adik aku kat MRSM, pergi KFC, balik kampung, pergi pekan sehari..etc huhu..

So noona, aku harap lepas ni noona buat la GA lagi. Semoga Allah tambahkan rezeki noona. Lagipun seronok jugak join benda-benda ni. Anyway, congrats to all winners. 


P/s: Noona, aku teringin roasted chicken tuh...Haha.. Tempting betul. Menyampah aku dapat tengok gambar jek..*telan air liur*


Adios!!

Friday, February 14, 2014

Aku Dan "Apple Merah"

[Assalamualaikum]


Actually aku takde cerita pun yang nak dibahankan dalam entry ni. Just nak granted request daripada blogger bestfriend yang nakkan dirinya dikartunkan. Eh? Ye ke? Suka-suka aku jek kata orang request. Hak3. Ok, Madam Lina Hamiedah aka Apple Merah, wa dah lukis lu punya kartun. Siap sekali dengan lu punya cik abang. Tetiba aku menggunakan ‘wa lu’ pulakkan. Takpe, sebab kawan blog aku semua level samseng, yang diketuai oleh Paripariputih, so ‘lu wa, aku kau’ dengan Lina ni takde hal punya.

Aku kenal dak Lina ni dekat dua tahun jugak kot. Ni semua atas alasan aku bersosial dengan si Kopi Pasta dan Paripariputih. Orangnya comey boh. Maklumlah, budak Sabah. Korang kenal si Marsha Milan Londoh kan? Agak-agak beliau cun tak? Kalau jawapan korang ya, haaa, dak Lina ni 3 kali ganda comel. Haha.. *baik punya bodek* Tapi awas loe, Lina ni dah selamat jadi isteri orang. Agak-agak nak kena sengggaatt  dengan si Keroq, korang usha la lelebih. Haha

Aku pernah jumpa dia sekali jek masa dia turun KL nak pergi gathering blogger-blogger sengal kat Genting Highland. Masa tu dia bujang lagi. Sopan jek. Tapi sekali dia gelak, boleh tershadap masyarakat sekeliling. Kontra betul. Haha Kalau rajin, korang boleh pergi blog Lina nih. Kat bloglist aku ada letak link. Pada aku, entry Lina ni banyak yang lucu. Kalau ikut tekak aku, cara dia mengarang best la.  


Sebelum naik Genting. Lina yang tengah-tengah buat peace tuh. Aiseh, ni semua stok blogger yang follower ratus-ratus, ribu-ribu. Aku jek yang terkapai-kapai lagi. Haha..

Disebabkan wa tak dapat pergi Tawau nak celebrate wedding lu Lina atas kekangan waktu dan duit terutamanya, wa terus lukis on the spot sejurus membaca lu punya komen. Kira macam nak bagi hadiah la ni. Hadiahla sangat cenggini punya lukisan. Huhu. So, wa mintak ampun kalau tak menepati citarasa ke apa ke. *ceh, macam bikin kek pulak nak bercitarasa bagai* Maklumla, wa bukan kartunis. Dah tu lukis on the spot pulak.  


Aku cuba melesungpipitkan cik abang lu Lina, tapi tak jadi la pulak.

So, kat sini, aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru, Maaf Zahir dan Batin kepada teman aku yang sorang nih. *sambil nyanyi lagu Selamat Pengantin Baru* Semoga ikatan pernikahan korang akan kekal selama-lamanya, sampai ke syurga la hendaknya. Semoga Allah merahmati masjid yang baru terbina ni dengan kebahagiaan, rezeki yang murah dan anak-anak yang soleh. Aaminn. 

To Lina, selamat menjalani kehidupan sebagai seorang isteri, taat pada suami ok? Haha To Keroq Azizin, please take care of your wife. Kalau tak paham-paham la. Lina ada legasi samseng yang sentiasa memerhati. Haha *matila aku kena senggattt lepasni* Ok, all the best and congratulations korang. 

Adios!


Tuesday, February 11, 2014

GA Pertama 2014 PariPariPutih

[Assalamualaikum]

Entry pertama 2014 ni aku mulakan dengan penyertaan GA Pertama 2014 by PariPariputih. Sebelum ni, aku tak pernah join mana-mana GA tapi disebabkan PPP ni antara blogger yang paling kamceng dengan aku *aku panggil beliau, noona*, so aku pun macam obligated untuk join. Hehe.. Tambah pula grand prize dapat t-shirt eksklusif PPP, sebagai pengumpul t-shirt free aku kena la join, ye tak? Kot-kot la tahun ni noona buat gathering lagi, boleh la aku melaram dengan baju tu. Takdela aku cemburu lantas berhasad dengki bila Iffah Betoffah takpun MK Syahir apalagi si Mija je yang pakai nanti.

Ok, GA ni is fully sponsored by PPP, so apa-apa hal, beliau akan decide tanpa sebarang pengaruh luar, prejudis mahupun tunduk atas desakan rakyat. Disebabkan GA ni beliau punya maka adala unsur2 penderaan katanya. Tak samseng la kalau tak kena dera. Agak-agak berani, join la..muehehehe


Senarai hadiah, syarat penyertaan dan tarikh tutup semua aku dah listed kat bawah bagi sesiapa nak join. Korang just follow then sambung ayat. Simple jek.


klik banner tanpa was-was untuk ke blog beliau

Syarat-syarat penyertaan serta pantang larang.

1 - Follow blog PariPariPutih
2 - Add PariPariPutih di FB https://www.facebook.com/noor.zaime & LIKE page
3 - Masukkan blog PariPariPutih dalam bloglist korang
4 - Buat satu entri mengenai GA (menggunakan tajuk di atas) dan back-link ke komen entri ni
5 - Dalam entri perlu ada Banner GA 2014 PPP (copy di atas).
6 - Last sekali di muka bawah dengan tidak lebih dari 100 patah perkataan sila sambung ayat ini:
     Blog PariPariPutih best sebab..................

Hadiah-hadiah: 
Kemeja T Ekslusif PPP untuk 3 pemenang utama
Top up RM10.00 x 5
Top up RM5.00 x 12

Tarikh tamat telah dipanjangkan sehingga ke15 Februari 2014, jam 12.00 pm.
Pemilihan pemenang akan dipilih berdasarkan:
Menepati 6 syarat-syarat di atas
Creativity dan cara penulisan tentang entri GA ini
Slogan terbaik

Keputusan adalah muktamad, nama-nama pemenang akan diumumkan sebaik saja proses pemilihan pemenang dibuat (sekiranya dalam tempoh seminggu dari tarikh pengumuman pemenang, tiada respon, hadiah akan diberi pada pemenang seterusnya harap maklum).
Sebarang bantahan akan di sekeh pembantahnya. *ni aku pandai2 tambah..hehe*

Ngerti? Agak-agak dah paham, moh le kita join. Challo bette..! 

*****

Blog PariPariputih best sebab........

Sebab aku yang kata BEST! *muka konfiden*


Dengan skop entry yang tanpa batasan, korang boleh baca macam-macam cerita dalam satu blog. Kau nak entry kelakar, jiwang, ilmiah, travelogue, resipi, etc semua ada, dalam bahasa yang santai.

Kira kalau korang pandai la *macam aku* , korang boleh gain banyak input  dan ideas daripada blog ni.

Lagi satu, once dah follow blog ni, korang secara otometik akan dapat banyak kawan blogger baru sebab
1. PPP ni ramah, so dia akan invite korang pergi makan2, gathering la etc. Yang penting korang pun kena         ramah dan gangster macam dia. 


2. PPP kadang2 akan introduce blog korang. *kalau nasib korang baik la, macam aku..haha*

(96 patah perkataan *tak termasuk bolded words*)

Ok, I'm done. Bagi sesiapa yang baca entry ni, aku paksa mohon korang join GA ni atas kapasiti aku sebagai peminat setia Ariana Rose walaupun yang baca tu adalah PPP sendiri.. Haha.. *can't imagine Noona join GA sendiri*

Adios!

p/s: Noona, 100 words jek? Tak puas nak membebel..haha