Friday, April 27, 2012

Aku & "Update Pantas yang Lembab"

Assalamualaikum...

..........

Waduhh..
Susah jugak jadi krew restoran nih..
Hampir huru-hara hidup aku.
Imagine..aku keje dekat 14 jam. Balik rumah tido 6 jam, bangun siap2, pegi keje balik.
Takde masa nak fesbuk, apalagi nak update blog..

Ni pun aku update secara pantas, walaupun aku slow gila(stresskan perkataan tu) menaip.
Aku nak tido kul dua pagi nih.
Esok shift pagi. Kul 8.30 pagi..
Ni pun mak aku da membebel suruh tido pasal aku susah bangun..huhu
Alaa..aku nak citer pasal kena angkat stok semalam..
Tak sempat plak..
Nanti kalo aku ada masa free yang aku tak tau bila, aku citer la.
Tapi, serius, bila da siap punggah semua stok tu, aku rasa macho..sangat MACHO ye..(sambil buat muka hensem) haha
Ok, satu kotak tepung = 25kg, ada 18 kotak, kena bawa naik tingkat 2 restoran manually..
Takde sebarang equipment cam troli ke apa..
Semua angkat sendiri..
Tu baru kotak tepung, belum sos, mayonis, etc..
Semua tu dekat 200 ratus kotak.
Yang tukang punggah, 3 orang je..Huhuhu

Ok,

Adios..







Saturday, April 21, 2012

Aku & "Macam-macam"

Assalamualaikum
___________________________________________________________________________


Comel..
Sweet..
Cute..
Lebih kurang je maksud dia.
Untuk menggambarkan sifat/kelakuan sesuatu makhluk.

Bagi kes memuji diri sendiri, belum pernah lagi perkataan ini aku gunakan untuk menggambarkan diri aku. Huhuhu... 

Contoh:
"Oh, Amirul, ko nampak comel sangat ari ni.." (tengah siap2 nk pegi Tong Fatt)
atau
"Amirul, u don't deserve to be so cute.." (sambil kembongkan pipi, buat peace depan cermin)
Owh, tidak sama sekali.....loya tekak gua.
Tapi, kalau penggunaan kata sifat seperti kacak, it would be yes..
with capital Y..huhu

Ok, enaf.

Aku nak citer pasal adik aku.
Dia duduk asrama skang. Form 1.
Kira jarang balik rumah r.
Once upon a time, aku tengah mandi.
Tiba-tiba dengar dia jerit dari dapur berinteraksi ngan mak aku kat ruang tamu.

"Mak, jom pegi umrah!" (terus terstop aku nyanyi lagu Big Bang.. baiknau adik aku)

"La.. nape plak tetibe nak pegi umrah nih?" 

"Boleh cuti seminggu, tak payah pegi sekolah..."

(?_?) <--aku dalam bilik air..
Huhuhu...
Adoi, tak pernah hayat aku bersekolah, terpikir nak pergi umrah sebab nak ponteng.
Adik oo adik..
Pada aku alasan macam tu, sangat kiut.
Haha

Ok,

Adios!



Friday, April 20, 2012

Aku & "Sensitip kah Aku???"

Assalamualaikum
.....................................................................................

Ok, apa definisi sensitif bagi korang??
Ye, cik adik, cik abang, kakak, makcik2 tu.. (hello, ada orang baca ke entry ko?)
Huhu...

Aku rasa aku ni sensitif.
Bukan apa, aku kalau tengok iklan pun boleh nangis.
At least keluar air mata. (aku tau, tak macho camtu)
Kalau tengok movie, lagi la..
Citer Kal Ho Naa Ho tu, asal aku tengok je..nangis.
Pe daa..
Part Aman mati kat spital, aku rewind tang tu je, nangis jugak.
Padahal da tau minit ke berapa dia kiok..

Nonton Harry Potter and The Deathly Hollown Part 2,
part McGonagall sebut, "Piertotum Locomotor"..aku nangis..
Bodoh betul aku rasa..
Pastu, masa dia cakap,
"Hogwarts is threatened! Man the boundaries, protect us, do your duty to our school!"
lagi berjurai air mata aku..
huhu..wtf sungguh..

Back to iklan.
Antara iklan yang dah mencekik air mata aku,
1. TM - Manchester United @ Ramli

masa Ramli cakap, "Ayah, Ramli janji akan buat ayah bangga suatu hari nanti."
Wuwuwuwu..


2. Ke Akhir Garisan - Shila Amzah (Promo Sukan Olimpik London 2012)
Ni lagi satu..
Tak tau kenapa..bila tengok sports pastu ada background lagu bagi semangat camnih,
aku tetiba terfeeling. Ecehh..

feeling start time Nadal pasal aku kan dah join tenis..huhu
~sori bro, shot muka ko camtu..~



Adoi..memang tak macho..
Harap je ada misai,
tapi..

Jap, soalan cepucemas,
ni tanda2 aku sensitif ke?
Sebab, kadang2 tu air mata aku keluar masa part tak sedih langsung..
Huhu...

Ok,

Adios!

Wednesday, April 18, 2012

Aku & "Stryder dalam Lukisan"

Assalamualaikum...

Another drawing..
Tapi ni gambar kawan aku..Izza aka Red Stryder
dia request, aku approved..
Ceh..cam fb lak..
Bukak blog dia, kuar lagu Justin Bieber.

Back to story..
Ini bukan 'anime' ok..
Duration melukis.. dalam 2 jam.
So, Izza, here is your picture.
Sorry bai, kalau ko tak puas hati..

tadaaaa..
(bajet cantik je lukisan aku nak tadaa2 sume)

Sejam lukis muka, setengah jam lukis jari..
Aku tak pandai shading2 nih.
Tu pasal muka ko nampak tembam..huhuhu (alasan!3x)
Ni comparison ngan gambar asal..
Pose tepi motor kot beliau..tapi aku malas lukis motor..

ni la si izza..nama betul dia aku lupa la..huhu

Note: Izza sudah berpunya.

Ok,

Adios!







Monday, April 16, 2012

Aku & "Melukis Balik"

Assalamualaikum..

Fuiiyyy..lama gila tak melukis..
Betul punya gila..huhuhu
Last aku melukis dengan serius,
masa sem 1 ngan sem 2.. tu pun lukis sel binatang ngan sel pokok..
Jap, jap, aku ada lukis design baju..yep..yep..masa sem 5.
Tapi, aku nak citer pasal aku melukis anime (anime konon..ceh)
Secara jujur, aku fail lukis2 orang ni.
Dulu ada la aku lukis muka Shah Rukh Khan.
Tapi tu masa aku form 3..

Sekarang, da tua2 nih, tetiba tergerak nak melukis balik.
So, ni percubaan pertama aku melukis spesies manusia.
Kejung habis bai tangan aku..
Hasilnya, tengok la sendiri ye.
Aku lukis satu je..huhuhu

aku malas nak scan..nanti nampak lagi huduh..

Hadoi, semua stroke aku rasa salah.
Kaku jek body dia.
Kelemahan aku melukis gambar manusia nih:
1. Muka
2. Jari tangan ngan kaki
3. Seluar
4. Mata
5. Hidung
6. Mulut
etc

Dah macam tu semua la aku tak reti,
Huhuhuhu....

Ok,

Adios...

Thursday, April 12, 2012

Butter Bread Pudding

Assalamualaikum...

Halo!
Akhirnya, dapat gak aku membuat Puding Roti nih..
Setelah sekian lama aku mengidam sepanjang sem terakhir duduk umah sewa..
Gara2 menengok blog hOtMaMa..meleleh jek air liur aku..
hOtMaMa nengok blog Kak Dayang, aku nengok blog hOtMaMa..
Dah macam rantaian makanan plak..huhu
Ceh..

Tadaaa...

Yosh!!!!!!

konon la nak decorate, tp cam hampeh jek..

Argghhh..itu sume aku tak pedulik.
Janji aku dapat buat.
Dengan kerjasama bonda permaisuri aku menjalinkan hubungan diplomatik dengan ratu seberang negeri, oven baginda ratu dapat dipinjam, huhuhuhu...yosh!
Terima kasih bonda!
Sebelum tu, pegi shopping dulu pe bahan2 yang patut kat Tong Fatt..huhu

Terus aku menggodek-godek barang2 kat dapur.
Mak aku tolong jugak..tapi tolong tengok..huhu
Nunggu jek aku buat, dah macam juri Masterchef plak..

"Mummy, this is my first time using the oven, please help me,"kataku.
"Owh, u should stand on ur feet, my son.  Don't rely on me. U are already 22,"balas mamiku.
(dialog di atas sekadar drama sahaja)

Tapi, mak aku tolong jugak skit2.
Espesyeli tang idupkan oven tu.
Kang terbakar plak umah kalo aku yang idupkan.

Ok, here is the resipi. (aku edit2 skit time masak, ikut kemampuan la bai..)

Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Bahan-bahan : 4-5 orang makan

• 8 keping roti (aku pakai 4 keping)
• 2-3 biji pisang ranum- dihiris nipis (aku tak guna pisang)
• mentega secukupnya
• peanut butter secukupnya
• chocolate rice / chocolate chips secukupnya
• kismis secukupnya
• sedikit parutan kulit oren sunkist - optional (ni pun aku tak guna)

Bahan A :
• 2 cawan susu segar/susu cair
• 1 sudu besar gula kastor (aku isi 2 sudu, huhu)
• 3 biji telur (aku guna 2 biji)
• 1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B :
• 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis* - optional (aku tak pakai, lupa nak beli)
• 1-2 sudu besar gula perang/pasir * (satukan kedua-dua bahan ini)

Cara-cara : Ni sebijik-bijik step Kak Dayang.

1. Bahan A : Pukul telur bersama gula hingga hancur dengan whisk. Kemudian masukkan susu segar/susu cair dan esen vanilla. Kacau sebati. Ketepikan.
2. Sapukan roti dengan mentega dan peanut butter.
3. Potong roti kepada 4 bahagian.
4. Sementara itu, lengserkan bekas/mangkuk tahan panas dengan mentega. Kemudian susunkan roti dan hirisan pisang seperti dalam gambar.
5. Taburkan dengan sedikit chocolate rice dan parutan kulit oren jika suka. Lapiskan lagi dengan kepingan roti dan pisang yang sudah dipotong mengikut citarasa sendiri. Buat hingga habis.
6. Setelah itu, tuangkan bahan A tadi sehingga rata. Taburkan chocolate rice, parutan kulit oren, kismis dan juga bahan B.
7. Biarkan sebentar sehingga ia serap. Sementara itu sediakan dulang yang berisi air panas. Letakkan bekas/mangkuk roti tadi di tengah-tengahnya.
8. Bakar selama lebih kurang 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160C.
9. Setelah masak, bolehlah dihidangkan samada panas atau sejuk.

Huiishh, kalo korang nengok kat blog Kak DayangJack,
mau menangis..
Tengok je cam dah terasa kesedapan puding tuh..

Pepun, aku da pandai buat menda alah nih.
Proses memasak berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang kecederaan.
Kali kedua aku buat, tak yah nengok resipi dah.
Terus campak2, bakar. Siap. (bai, da expert katakan..)

Baidewe, pukul telur bersama gula sehingga hancur ye, bukan sehingga kembang.
Aku pegi pukul sehingga kembang.
Huhuhu...

Adios!

Friday, April 6, 2012

Aku & "Biar Mimpi Sampai Ke Bintang"

Assalamualaikum..

Last entry, aku ckp aku nk tengok citer "Biar Mimpi Sampai ke Bintang" kan?
Org lain da lama da tengok, aku ni je baru terhegeh-hegeh.
Sob3x..
Umah aku takde Astro bai..
Pepun, aku udah nonton.
err...4 kali..
So, secara tetibe aku nk buat review. (xperlu2x!!)
Kirenye, review tak bertauliah r.
Ala, simple2 jek.

Jalan Cerita

Bese2 je.
Org miskin menyamar jd org kaya (Alya),
org kaya menyamar jd miskin (Andy), pastu bercinta.
Pastu, tetengah citer de konflik skit.
Tp, flow cite nih laju, tak meleret. (Bagus!)

Pelakon

Success

Randy Pangalila sbg Andy
Tak over. Cara dia pandang Alya nampak cam dia syg banget sama Alya. Pastu, si Randy bley buat aku gelak ngan lawak tanpa sedar especially mase watak Andy ngan Mak Yam.

Andy ngan Alya Mak Yam

Elfira Loy sbg Alya
Dialog dia kengkadang kasar skit. Pastu bila ngan Andy, gaya bahasa dia tak konsisten. Kejap ada slang Indon, kejap takde. Terjejas konsentrasi aku ok..huhu

Sakinah sbg Kina
Jadi best friend Alya yg kemaruk speaking London walaupun sebutan bersepah. Funny!
Paling kelakar mase dia sound si Andy. Sangat confident with her English..huhu



Didie Alias sbg Mak Yam
The best! Jadi ex-maid keluarga Andy. Aku mesti gelak bila scene Mak Yam. Paling lawak mase dia ckp "Ibu pegi menenggekkan air.." LOL. Percakapan Mak Yam konsisten tanpa pengaruh Bhs Indon wlpn tengah bersembang ngan Andy. Didie pun tak over. Nmpk la peranan die sebagai ex-maid. Best2x!

Tak berapa success (sebenarnye, aku nk cakap fail..)

Mahmud Ali Basha sbg Hardiyanto Rasputra
Jadi ayah Andy, so kena ckp Bhs Indon. Tp, bila dia bersembang ngan Andy, sgt kantoi ye perbezaan Bhs Indon si ayah ngan si anak. Perbualan dorang jd cam pelik. Nak lawan ngan pure Indonesian, mmg tak dapat bai. Sama la cam suruh org Kedah ckp loghat Kelantan. Ade mase segan plak aku nengok scene dorang...huhu

Overall, citer nih awesome! Huhu..
Sedih: Bley la, tp tak cukup kuat utk aku menangis.
Kelakar: Definitely, yes!
Takde tension2 yg tak perlu.

Owh, lupe,


Sekian,

Adios!

*Yosh! Dpt tengok Elfira..wii

Tuesday, April 3, 2012

Aku & " Oh, Telinobela.."

Assalamualaikum..

Hmm..
Td aku menggodek-godek Wikipedia..
Nk tiru cara Afiq menambah info..

Korang penah gugel setiap citer/drama/telenovela yg korang tengok
kat tibi?
Penah?
Aku baru buat tadi..huhu

Ok, aku nak share something.
Sape penah/suke nengok citer Putri Yang Ditukar??
Resapyohen!

Citer ni ade 676 episod ok. (676! bkn 6, bkn 76.)
Terus rase sakit perut..
Aku nk kire jap..hmm
Maknenye, dlm seminggu die tayang 4 kali.
Setahun 52 minggu.
Baru 208 episod.
3 tahun = 624 episod baki 52 episod. (betul ke aku kire nih??)
Senang ckp, dah abis diploma 3 tahun, citer nih still tak abis kt tv..huhu
Tu pun kalau betul2 4 kali/minggu.

Adik aku komen, "Apsal orang Indon asik tertukar anak jek??" huhu
Btw, aku tak follow drama nih.


Adoi, bnyk tol drama2 tak bape cerdik nih kt tv.
And aku penah jadi salah sorang penonton.
Paling panjang aku penah nengok, Pangako Sa 'Yo = 480 episod.
Tu pun aku tengok da separuh jalan.
Tp, jalan citer die still lagi ok dan tak terlalu bodoh.

Lain2 drama aku nengok:

Bawang Merah Bawang Putih (108 episod) - aku rase sgt bodoh gi follow. SANGAT!

Catalina y Sebastian (240 episod) - aku follow 3 minggu terakhir nk tamat.

Rosalinda (80 episod) - mak aku follow, aku tengok je la..huhu

El Amor No Es Como Lo Pintan (tak dapat info episod) - sepanjang aku darjah 6 aku follow, episod akhir, aku ade kelas tambahan UPSR.. tak dapat tengok..huhu

Sembilu, Sembilu Kasih (kalau campur 100++ kot) - kejap tengok kejap tak.. citer nih sangat (hampeh)^2. SANGAT!

Spa Q (60 episod) - Telenovela Melayu yg fresh skit dari Sembilu tu..skit jela..

Skang nih ade Bella Calamidades (140 episod je).
Baik aku layan citer Korea, Jepun..
Biase r tuh.. paling panjang setakat aku nonton, 25 episod (Boys Over Flower)

Ok, aku nak nengok "Biar Mimpi Sampai ke Bintang."
Elfira..oo, Elfira..

Adios~!

*kalo wiki tipu aku pun tipu ler..