[Assalamualaikum..]
Jadi, kali ni, aku nak recap sikit kehidupan aku masa semester 1 (semester 2 dalam slip) baru ni. Penuh suka dan duka wa cakap lu, menempuh ranjau berduri dan merentasi ombak yang membadai. Penuh dengan konflik. Wah..sungguh drama. Adakah semua student Analisis Forensik juga hidup berdrama swasta seperti aku? Harap bertabah. *Mohon cancelkan bahagian beranjau semua tuh.*
Baik, pada sesiapa penah terbaca entri yang ini, maka mereka akan mengetahui bahawa aku mengalami masalah mencari kelas dan makmal err..juga tandas lelaki kerana Fakulti Sains Gunaan di Shah Alam adalah sangat besar. Banyak kali jugak aku mempertikaikan pelan fakulti, seolah-olah aku adalah arkitek yang sungguh berjaya. ==!
Baik (untuk kali kedua =='), untuk julung-julung kalinya, aku akan memperkenalkan barisan teman lelaki sewaktu di kolej ataupun lebih afdal disebut teman sebilik bagi mengelakkan fitnah. Haha..
Lajur 1: Zubair, Amin, Tok Wan, Aku
Lajur 2: Nadzrin, Ayie, Isyam, Pak Jad
Sepanjang aku duduk hostel/kolej, dorang ni roommates yang paling awesome. Zubair, Amin ngan Ayie, aku baru kenal since dorang dari UiTM Merbok. Yang lain semua stok budak-budak Pilah. Pak Jad berasal dari Korea katanya..Jhahaha Jadual kelas kat whiteboard dia tulis dalam Bahasa Korea...*aku syak dia kopipes jek*
Since kitorang takda orientasi kitorang ada program sukaneka peringkat fakulti. Sebagai seorang yang berpengalaman dalam acara baling selipar peringkat antarabangsa, aku harus menyalurkan khidmat bakti menerusi acara tuju tin. Benda yang sama. Cuma susunan selipar tu tukar dengan susunan tin air. Formation 4,3,2,1 kalau tak silap. Tuju tin ngan opponent still menggunakan selipar.
Ni wakil Forensik (FORSIS) yang jugak budak bilik aku..haha
Selepas melawan dengan penuh semangat kesukanan, kitorang lepas final. Yosh!
Semangat bergambar macam main ragbi jek. Hahaha...
Lawan Biocomposite pulak. Kali ni, kitorang kalah.. Beza masa bertahan.
Dorang bertahan lama sikit sebelum semua mati..wuwuwu
Sekarang masuk bab study pulak. Sem ni aku amik 22 jam kredit bersamaan 7 subjek. Paling sakit, hari Selasa. Kelas daripada pagi sampai pukul 7 malam. Jujur aku cakap, sangat tersadai. Kesian organ-organ badan aku. Disebabkan aku kepancitan, maka aku perlu menjamu selera. Asal ada masa senggang, aku pegi makan.
Masa lab Biology. Sebelum tu aku makan dulu. Nescafe panas mesti ada. Almakngah, aku tak minum ais.
Rasa cam kat Korea pulak, minum air kopi panas dalam cawan kecik cam tuh pada musim sejuk.
Comel sungguh perbuatanku.*buat mulut itik*
Subjek feveret, Organic Chemistry (OC). Kalau aku dah tak sempat salin, aku amik gambar jek. Huhu..
Standard la tuh. Aku suka OC. Masa lab r paling best. Setup apparatus, main ngan chemical. Buat eksperimen sendiri-sendiri. Pehh..rasa awesome gila.
Setiap minggu, empat reports kena buat. Atas tu, reports untuk minggu terakhir. Bila dah hantar, fuii..rasa lapang kepala otak. Bab cover aku memang tak amik berat. Tu yang nampak cincai. Tak menepati spesifikasi. *tapi bahagian isi, sorry bhai, memang tip top!*
Pada aku, buat report bebanyak ni sangat mengganggu masa untuk buat revision. Jujur aku cakap, setiap kali ada test/quiz aku akan study last minute sebab nak siapkan menda alah ni.
Bila stress, marilah kita membaham mi segera sambil menonton drama Korea/Jepun.
Kat Shah Alam jugak, aku belajar main skuasy. Selain berlari-lari macam orang takda pedoman kat trek, aku main skuasy. Biasanya, dengan Amin la. Kitorang masuk sukan antara fakulti, tapi dua-dua kiok masa first round.
Sorry bhai, gambar kurang bermutu. Nanti aku akan suruh Muthu yang amik gambar.
Ok, tak lawak. T__T Gambar ni masa hari pertama aku main skuasy. Yang pakai tudung tu bukan Amin ye..huhu
Itu jela lebih kurang rutin aku masa sem 1. Duduk kolej sangat best. Lepastu, aku pun exam. Dah memang nasib kot, course aku amik mesti abis exam paling lambat. Tekanan woo.. Orang lain dah balik rumah, kitorang still lagi mengadap buku. At the end, aku manusia terakhir check-out daripada kolej. JPK tak yah cerita la. Dorang memang kena stay situ. Macam nak gila aku duduk kat kolej yang tak ada manusia.
Minggu lepas dapat result exam. Alhamdulillah tak ada yang sangkut. Tapi basic chemistry aku sangat teruk. Taktau r macam mana nak mengadap subjek Forensik sem depan..huhu
Takda A solid pun. Paling teruk Math. Padahal masa diploma, Math adalah prospek A. Biology pun sama.
*so, mulai sem depan dan ke atas, ko takyah berangan la nak dapat ANC*
Sem seterusnya, kalau ikutkan study plan, aku kena amik 24 jam kredit pulak. T________T
Ok, tu je.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Adios!