Sunday, December 11, 2011

Aku & "Frisbee at Sukol"

Assalamualaikum!!

New post after, wait..errr 3 weeks since the last one. Broadband’s matter. Tell you later. Ok, semalam aku join SuKol (Sukan Kolej) kt kampus. Haha, for the first time weyh, selepas hampir enam sem aku kt UiTM Kuala Pilah ni. Aku main frisbee. Berani mati main menatang terbang2 tu. Seumur hidup, aku x pernah tengok depan mata, pegang pun tak pernah, apatah lagi main. Kali pertama aku tengok, pegang dan main, ari Jumaat, sehari sebelum real game, yakni dua ari lepas la. Tu pun lepas pukul 5 ptg. Pinjam Unit Sukan punya. Ari tu jugakla kitorang praktis. Peraturan dan cara main mende alah tu pun kitorang main hantam. Pagi sebelum game tu, sempat la google skit cecara nak main/ rules mende alah tu. Takde la bodoh bebenor mase main nt.

Ade tiga matches. First match, kalah 10-1, second match, pun kalah, 7-2, third, kalah lagi, 5-1. Diayam-ayamkan sgt. Lepas abis game, baru kitorang tau, sume opponent kitorang, bebudak Kelab Frisbee kampus. So, xde la malu sgt bile kalah tp malu la jugak. Aku xde la plak amik gambar tgh main, sbb aku pun main sekali. Tp, setakat gambar pas kalah ade la. So, team aku, Haiqal as Kapten (tp kapten pn x penah main ye), Zaf, Abu, Isyam, Izzat Kama, Nadzrin, Pak Jad, Izzat Basri ngan Naim. Pak Jad ngan Naim diimport dari Amerika Latin lepas kalah first match. Most of us main lebih dari satu jenis sukan except aku ngan Pak Jad. Klik utk tumbesaran gambo.

Pose2 pas kalah. Abis ilang Top Model pose aku psl penat. (Dr kiri: Izzat Basri, Isyam, Haiqal, Abu, aku, Nadzrin) *Anhar, ko fail amik gambo sbb jari ko termasuk skali. Nmpk x cik abang yg bersandar kt van belakang? Haa, team die la lawan kitorang.

 Sume sunburn pasal xde sorang pun bwk sunblock.

Pose terbaik, Pak Jad. Die main frisbee cam main ragbi. Tp, ko tetap pertahanan terbaik. Xsia-sia import dr Afrika.

Pas abis, sempat r tengok team futsal bebudak umah aku (Zaf, Isyam, Abu, Nadzrin, Izzat Kama, Izzat Basri, ngan Anhar) main. Izzat Basri ngan Anhar import dr Taiwan. So, menang 1-0. Nadzrin skor. Tp, pagi td, dorang lost 2-0, lawan ngan juara futsal. Xde rezeki.

 Isyam as goalkeeper.


Then, tengok plak, team futsal si Lee Yana Halim aka ‘purplecrystal’. Menang gak, 1-0 tak silap aku. So, sempat la aku snap2 gambo dorang. Yana ni lg r, sume game die rembat, bola tampar, futsal, ari ni basketball plak. Ade la kot die update kt blog die.

Sorang tergolek. Sape tatau.

 Tu dia, purplecrystal. Yana, pasni ko masuk triathlon. Sah2 bnyk acara. Huhu..

Ok, that's all. X bnyk aku snap sbb aku x biase snap gmbr org. Org je snap gmbr aku. Bweekk..

Adios!

Mr.Verdasco: Frisbee best giler walaupun kalah. Tq Haiqal sbb ajak aku main.

Friday, November 25, 2011

Aku & "Alahai Blog"

Assalamualaikum!!

Bengang giler.
Bengang sebengang-bengangnye.
Since petang bawak ke malam ni je kesudahannye.
Hitam putih jugak.
Hajat di hati nak la jugak nengok kekaler lain.
Hmmppph, har*m!
Aku bab ni mmg bengap.

Aku kena terima hakikat.
This is my limit. (sob2x)
Aku xnak tension2 menghias/mekap/etc blog ni dah.
Abis kedut2 dahi aku.Terus xde makne pakai masker.
Paling aku risau, kuar anak Krakatua kt dahi.
Buang mase!
Miaoooooooowwwwwwwwwwwwww!! (sepatutnye argghhh!)

Mr.Verdasco: Ni sume angkara jeles menengok blog Cik Puan Muda Diya ngan Melly. Hish, menyampah mak aku!



Monday, November 21, 2011

Aku & "Nicol David Wins Hong Kong Open 2011"

Assalamualaikum!

(Sila abaikan penyalahgunaan perkataan atau laras bahasa)

Datuk Nicol Ann David terus membuktikan beliau adalah pemain squasy terhebat apabila berjaya mengetuk dgn kemas pemain Mesir, Raneem El Weleily straight sets dlm final Women's Cathay Pacific Sun Hung Kai Financial Hong Kong Open 2011, Hong Kong, China.

Datuk Nicol mara ke final setelah mengayamkan pemain tuan rumah, Annie Au dlm pertarungan empat set selama 45 minit pd perlawanan semi-final.

Namun, perseorangan kedua negara, Low Wee Wern pula gagal menjinakkan Raneem meskipun sebelum ini berjaya mengibas pilihan kedua dr England, Jenny Duncalf pada pusingan kedua sebelum menendang keluar pilihan ketujuh dari Perancis, Camille Serme pd suku akhir.

Bagi saingan lelaki, harapan negara hancur berkeping-keping apabila pemain no.1 negara, Mohd Azlan Iskandar tumbang di tangan pemain Mesir, Karim Darwish pd semi-final. Azlan yg juga berada di rangking ke-13 dunia gagal mengekalkan rentak cemerlang menhumban pilihan keempat dan ketujuh yang juga pemain Mesir sebelum melangkah ke separuh akhir. Saingan lelaki dijuarai pemain England, James Wilstrop.

Mr.Verdasco: Azlan ngan Wee Wern menunjukkan peningkatan dlm permainan terutama Wee Wern. Tahniah.

Aku & "Sem 6 oh Sem 6"

Assalamualaikum!

Ok people, aku skang kat Kuala Pilah.
Having my last semester starting from tomorrow.
Sampai sini dalam pukul berape ntah. Petang r gak.
Yang aku tau, naik je ke bilik, terus feeling amah Indon mengemas barang2,
alat2 mekap dan segala benda yg aku punggah mase cuti sem.

X lupe mengemas bilik aku yg da mcm sarang penagih.
Camne jd camtu aku x tau.
Luckily, si Haiqal menghulurkan tangan meringankan beban.
Mau x tolong.
Bilik aku, bilik die jugak.
Sah2 aku sumpah jd kamera Nikon D3100.
Tinggal Afiq je belum balik.

Tgh tunggu lantai bilik kering lepas mop,
aku sempat merumput skit2 laman umah.
Dah mcm hutan Amazon.
Kemain lg rumput2 tumbuh menghijau.
Bajet cantik jek.

Pepun, aku rase segan la jugak bile balik sini dgn keputusan peksa yg x segone.
X cemerlang mcm bebudak nih.











(Klik untuk tumbesaran)
*Sifu pinjam ayat ye.

Namun, sbg Next Top Model,
aku x bley pandang ke belakang,
bnyk lg runway yg aku kene catwalk (sigh2x).

Semoga semester terakhir ni, aku lebih sukses. (SUKSES! SUKSES!)
Amin.

Mr. Verdasco: X bestnye xdpt tgk final bola sepak Sukan Sea, MALAYSIA vs INDON dgn adik aku.

credit to: Nikon D3100


Saturday, November 19, 2011

Aku & "Result UPSR Amien"

Assalamualaikum..

Ok. Entri da basi walaupun baru buat td.
Gara2 Encik Petir telah menghentam muka bumi Raub dua ari lepas.
Langsung meng'blackout'kan sume rumah kat perumahan aku.
Dan aku sendiri nyaris2 kene kejutan eletrik mase tgh menyiapkan entri utk dua ari lps.
Tp, x sempat 'save' disebabkan blackout.
So, kene wat balik.

Ada ape dua ari lepas?
Haa, sape xde adik darjah 6 mmg x rase ape2.
Bebudak nih amik result UPSR termasuklah
adik aku, Amien.
So, ni la pose dia lepas amik result.

 Congratz, bro. Koi bangga ngan aok.

 Amien ngan Aizuddin. Dua org ni jela yg dpt straight A's. (Pose agak kayu ye)

  Ngan Adib, adik bestfriend aku sekolah rendah dulu, Darul Adnin.

Da mmg sifat semulajadi agaknye, budak sekolah rendah ni mmg 'liar'
Lepas dpt result terus ilang. Pegi merayau ngan kengkawan.
Aku plak tpaksa jd pasukan mencari dan menyelamat.
Bukan nk pegi salam mak ayah dulu. *mood sentap.

Overall, sekolah adik aku ni, merangkap sekolah rendah aku dulu, SK Gali,
result agak merosot.
X bnyk katanye. (Tp tetap jatuh, dr no.5 ke no.11 dr 17 sekolah rendah kt Raub, how?)
Sume yang dpt 4A 1B, sangkut kat Bahasa Inggeris.

Ni pandangan aku sbg bekas pelajar sekolah luar bandar.
Mmg x bagus PPSMI dimansuhkan.
Sepatutnya dirombak balik pengisian.

Mr.Verdasco: Sekolah lama Cik Diya dah Datin Paduka Nurul Ayunie iaitu SK Ulu Gali, 9 org dpt 5A. Tahniah ye.

 

Monday, November 7, 2011

Aku & "Nicol David Wins Sixth World Open Title"

Netherlands, 6 Nov – Juara dunia lima, Datuk Nicol Ann David akhirnya berjaya mengesahkan dengan penuh bergaya persis Tyra Banks, kejuaraan buat kali keenam dalam Kejohanan Squash Terbuka Dunia yang berlangsung di New Luxor Theatre, Rotterdam, di sini, sat tadi. Nicol tanpa teragak-agak apatah lagi berasa konfius menumbang serta melanyak habis-habisan pilihan kedua Jenny Duncalf dari England dalam perlawanan selama 28 minit. Baguih no.

Ternyata, Duncalf kelihatan bukan lawan sebenar Nicol apabila tewas mudah straight sets. Dengan kemenangan ini akan mengukuhkan lagi kedudukan Nicol sebagai pemain nombor satu dunia sejak 2006 dan juga sumber kewangan beliau dengan habuan sebagai juara dunia. Untuk berita lanjut, sila pi ka website, squashinfo.com.




Tengok, menang mudah!

Si Kacak: Congratulation, Datuk, for your sixth titles of Women's World Open 2011! Muahhhh!!!

Credit to:squashinfo

Sunday, October 23, 2011

Aku & "Aku Komen Komen Kau"

Assalamualaikum..

Mase aku baru sampai kt umah 2 minggu lps, aku selongkar past newspapers yg aku x sempat bace mase kt Pilah. Yela, nk 'update'kan kepala otak aku dgn info2 yg berlaku kt serata dunia. Asik ngan past exam papers jek.

Tetibe, aku terjumpa satu kolum kt bahagian artis (bhgn hiburan HARUS di'update'kan terlebih dahulu). Kolum tu pasal komen rakyat 1 Malaysia kt Facebook ni pasal album Datuk Siti Nurhaliza, All Your Love dgn soalan berbunyi:

“ADAKAH dengan kelahiran album Inggeris pertama Datuk Siti Nurhaliza, All Your Love akan membuka peluang menembusi pasaran antarabangsa?” (30 markah)

Punyala ramai rakyat prihatin menjawab soalan tersebut. Ada yg positif dan sah2 banyak nau yg negatif.

Antaranya:


 Betul tu, bro. Gua sokong!

Yep, kalo x berjaya, peminat x rugi pn especially yg TAK BELI album tu. Sepatutnya peminat dlm negara pakat sokong reramai br boleh harapkan org luar nk sokong. Ni peminat sendiri duk kutuk, ade hati nk suruh org luar support. 

Tp ada satu komen negative yg aku nk highlightkan.


Oh, grammar terabur. Dr segi nyanyian aku tak sure, tp utk lirik lagu, semuanya adalah ciptaan komposer dan produser album tu, Bryan Bouro dan Christian Alexanda.

By the way, for the word 'grammar', YOU SPELT IT WRONG!

Thank you!


Ps: Aku die hard fan Datuk Siti. Huhu..


Saturday, October 22, 2011

Aku & "Qatar Classic Kelima Datuk Nicol!"

Assalamualaikum..

Akhirnya, my sister (feelingnye aku), Datuk Nicol Ann David menang Women's Qatar Classic Squash Championship 2011 kali kelima. Hooreyy!! She beated Madeline Perry from Ireland in straight sets (11-2, 11-7, 11-3) in 33 minutes. Cayalah! Berdebar-debar jantung aku bila selak suratkhabar, tengok Buletin Utama, surf internet, sepanjang tournament nih.


Sebelum nih, beliau tumbang kat US Open to Kasey Brown in 4 sets (59 minutes). Tp, naluri keibuan aku mengatakan, Datuk Nicol for sure akan bangkit dlm Qatar Classic. Tahun ni agak tak memberangsangkan bila Datuk Nicol kalah dlm tiga tournaments. Sob..sob.. Next tournament is WORLD OPEN SQUASH 2011 at Rotterdam, Netherlands starting 1 Nov 11 - 6 Nov 11.

Good luck, Datuk!! Muahhhh!


Credit to: squashinfo

Friday, October 21, 2011

Aku & "Saia Sygs Awok (?_?)"

Assalamualaikum..

Just wanna share something. Post ni aku jumpe kat facebook dlm sebulan dua lps. First time aku bace, terguling-guling aku gelak. Keras abih perut aku. Aku suruh housemates aku bace, sume pakat-pakat pening. Dunia terase gelap gelita. Sah2 x phm, sbb gaya bhs dia yg sgt advanced. X selari dgn gaya bhs zaman kitorang yg lahir tahun 1990 & 1991. Tp, mase aku bace tu, aku dpt je tangkap. Alang ke parselmouth pun aku boleh inikan pulak ayat-ayat budak sekolah.

So, here is the post.



Ini pulak komen aku. Feeling jadi cikgu BM walhal BM aku pun terabur. Apepun, feeling tetap feeling.


Canggih kan?? Dulu setakat tambah huruf 'r' kat belakang mcm kite (kita) jd 'kiter', takpe (tak apa) jd 'takper'. Then tukar pulak, guna huruf 'w' so, kite jd 'kitew', takpe jd 'takpew'. Mcm2 hal. Tp tu hak masing2. Aku pun main sedap eja je kalo tulis blog. Tp, x penah la pulak sampai ejaan aku jd mcm kt atas. Huhu..

Adios!  

Thursday, October 13, 2011

Aku & "Hari Tanpa Buku"


Assalamualaikum….

Waaaahhhhhh… Dah 6 ari aku kt Raub(tau x kt mane?) sempena cuti sem. Heaven! Menikmati suasana rumah yg hanya sekali setiap semester. Of course ade mid-term break for about one or two weeks but mase tu aku still kena bwk balik buku, do some revision sbb after break, lecturer nk buat test.

Tp, kalau dh namanye cuti semester, books???  For a month (+/-), it would be no, with a capital ‘N’.

Tiga  minggu mengadap buku sempena Final Exam. Enough. Agak trauma ye sepanjang dan setiap ari mengadap kertas putih (notes, past years exam papers, assignments). Plus, certain subjects yg pelik2. Aku berharap sgt semua paper aku lulus(dgn cemerlang). Insya Allah.

 Ni time paper Statistics. Sume putih, kan??

Malamnye,  tu dia preparation utk paper CSC, sehari slps paper Statistics.

So, this time, aku nk amik peluang
  •   meningkatkan berat badan (yg mane dah menjadi azam setiap kali cuti semester) supaya selaras dgn kehendak dan tuntutan bmi. Paling kurang 61kg. Skang br 52kg. 9kg lg dlm mase x sampai sebulan(pitam!). Maybe x sempat, but at least naik beberapa kg.  
  •   menghilangkan segala kawah2 gunung berapi kt muka sebab terlampau banyak sampai ade org tanye, “Dik, kalo akak nk tempah kawah sebijik, berape ringgit ek?”. 
  • melicinkan parut2 yg ade especially parut the last three Olympus Mons-size acnes yg aku terpaksa buat pembedahan sendiri sbb dh tunggu 2 bulan tp still x meletus-letus. Aku x tipu ok.
    • Facts: Olympus Mons (Latin for Mount Olympus) is a large volcanic mountain on the planet Mars. At a height of almost 22 km (14 mi), it is roughly three times as tall as Mount Everest and is the tallest known mountain in the Solar System.

 Ok, tu je.

Adios!

*Adik pempuan aku xde r cuti nih. Xde geng nk gi shopping. (T.T)

credit:Olympus_Mons
   

Friday, September 30, 2011

Aku & " Dan Budak Bio pun Tershadap"


Kan?? Hah, esok dorang first paper slps dak Physics habis 2 papers. And for the first time, mlm ni aku x dgr dorang bising2 (which I don’t mind at all kalo dorang nk bising.) Sume gigih menyibukkan diri study pe2 yg patut. And 2,3 ari lps baru la aku dgr term2 Biology berterbangan kt atmosfera umah aku. Kalo x , hmm…harem.. Yela, almost 3 weeks dorang free, (which was really unfair compared to Physic’s students) ‘Jom Kite Enjoy’la jwbnye (feeling Puteri plak). Dah la 12 credit jek (Physics 15 ok!).

Jom Kite Enjoy!! bley??


Lps ni, paper aku ari Ahad, Electronics ye. Skang aku buat2 hensem (wlpn x yah buat sbb mmg hensem) da bsedia kononnya, walhal, term ‘digital’ pn tersengih nk jwb. 

Hmm, by the way, satu perangai dak Bio nih, dorang sgtla bharap akan soalan spot. Dan aku panas nye (berasap-asap ok) slh sorang drpd dorang ckp “Dak Physic bengang jek sbb x de spot!” Eh, hello, aku skit pun x heran. (wlpn kan?) Korang bley r dpt spot, sbb batch korang kt UiTM branch lain bnyk. Kitorang nak dpt jwpn past year Modern Physics pun menangis. Lg pun, batch Physics ni jela yg tinggal. Sume pakat2 kumpul kt UiTM Kuala Pilah. Next 2 sem, batch Physics ni lenyap dr muka bumi. (matila emo) Which means that, kitorang nih, batch2 Physics Melayu terakhir tau x! Yg paling mapan dan unggul dan hot (tibe). Yg unik dan berani mati sbb amik Physics.

Banzaiiiiii!! Woof!!3x


Fuuuyyhhh..kan da panjang aku tulis. Sume gara2 dak yg wat statement tuh. Ya Allah, ampunkan aku. Budak Bio lain jgn kecik ati tau. Laharan ni just tuk budak tu jek.

Electronics, here I come! (smbil catwalk tuk latest collection D&G)

Adios!
credit:
aviationart
noradanish

Wednesday, September 28, 2011

Aku & " Cerpen 'Liya' "

Cubaan pertama aku dlm bidang penulisan. 
  "Liya"
Bahagian 1:
 Liya menggagahkan diri menapak ke tingkat tiga Kolej Seri Menanti . Dia mahu segera sampai. Namun tiba di aras dua, dia terjelepok di penghujung tangga. Kakinya tidak mampu lagi melangkah. Habis bertaburan buku Statistik beserta nota-nota yang disimpan kemas dalam sebuah fail. Air mata yang diseka sedari pertemuan dengan Faez tadi mula berguguran. 

“Ya Allah, Liya, kau terjatuh ke??” Farzana bergegas menuruni anak tangga mendapatkan Liya. Bukan lagi menuruni, tetapi terus melompat melepasi 10 anak tangga, lantas mengemas nota-nota yang berselerakan. Kemudian dia membantu Liya yang seperti kehilangan punca menuju ke bilik. Terencat niatnya hendak ke kafe. “Liya, kenapa senyap je ni? Kau ok tak?” Farzana meletakkan fail nota Statistik di atas meja. Kemudian melabuhkan punggung di sebelah gadis yang sedang tersandar di birai katil. Di tahan-tahan air matanya supaya tidak dilihat Farzana. 

“Aku ok. Tadi jatuh sikit je. Terima kasih, Ana,” jawab Liya perlahan. 

“Kalau ok, kenapa aku tengok kau lembik semacam je?? Kau demam eh?” Farzana meletakkan tangan ke dahi Liya. Tak panas pun. “Kau dah makan?” Liya hanya mengangguk lemah, langsung tidak memandang ke arah Farzana. 

“Aku risau la tengok kau ni. Pelik betul. Liya, cakap dengan aku, kau ni kenapa? Markah Statistik kau jatuh ke? Kau jangan nak buat drama Tamil dengan aku macam minggu lepas. Konon dapat rendah, tapi 90%. Rendah la sangat. Aku tak suka tau tengok kau berlakon macam tu. Nak-nak kau berlakon dalam drama Tamil. Aku tak layan drama tu.” Ada nada lucu dalam bebelan Farzana meskipun dia tak berniat untuk berlawak. Liya masih membatu. “Aku malas nak tanya kau lebih-lebih. Karang kau ingat aku ni Inspektor Aleeza pulak. Nak soal siasat bagai. Aku bagitau Faez eh?” Farzana mencapai telefon bimbit.

“Jangan!” Liya menerpa ke arah Farzana. Lantas memeluk teman sebiliknya itu. Ketika ini, barulah air matanya berhamburan. Farzana mengusap-usap belakang Liya untuk menenangkan. Dia turut menangis sama walaupun tanpa mengetahui punca sebenar. 

“Kenapa ni Liya? Kenapa? Bagitau aku, Liya, bagitau.” Soal Farzana dalam esak tangisnya. Otak ligat membuat hipotesis. Tiba-tiba dia melepaskan pelukan, terus memegang kejap bahu sahabatnya. “Kau cakap dengan aku, siapa yang dah dajal kau? Biar aku ajar dia!” Tubuh Liya digoncang-goncang. Kedua-duanya masih teresak-esak. Namun, soalan Farzana hanya disambut dengan gelengan. 

“Liya, dengar sini. Kalau kau tak nak bagitau aku, kau jangan cakap dengan aku sampai bila-bila.” Farzana melepaskan pegangannya. Dia menuju ke pintu bilik. Sebaik pintu bilik dibuka, Liya memeluknya kembali. “Jangan pendam, Liya. Bagitau aku,” rendah sahaja nada Farzana. Dia hanya berdiri kaku. Namun air matanya masih lebat menitik. Mengharap jawapan daripada Liya. 

“Apa guna aku jadi kawan baik kau kalau semua masalah kau nak tanggung sorang-sorang? Kalau pun aku tak boleh tolong selesaikan, sekurang-kurangnya kau boleh kongsi masalah dengan aku. Kita boleh sama-sama cuba selesaikan.”  Farzana pula teremosi. Dia cukup bengang dengan  perangai Liya yang satu ni. Suka berahsia.

“Ana……”pelukan Liya semakin kejap.

“Cakap Liya.” 

“Fff..faa..ezzz..” 

“Faez??” 

bersambung

p/s - for those yg bace/terbace citer nih, sila komen ye..tq!

Wednesday, September 21, 2011

Aku & "Final Battle at Hogwarts"

Hari ni start final battle of the sem utk budak Physics batch aku kt UiTM Kuala Pilah. (Title kt Hogwarts, sembang lebih) Menggigil…. 5 papers for 15 credit hours. Cuak giler padahal dah masuk kali kelima amik exam kt sini. Baru habis study Modern Physics. Aku buat 3 past year exam paper je. Plus, aku xde skema jwpn. Tu cam x semangat sgt nk buat. 

So, ni tarikh penting utk battle nih..

21/9-PHY310 (Modern Physic) (9.00-12 pm) 
24/9-MAT263 (Linear Algebra 1) (9.00-12 pm) 
2/10-PHY340 (Electronics) (9.00-12 pm)
6/10-QMT210 (Statistic 2) (2.15-5.15 pm) 
7/10-CSC317 (Internet Programming) (8.30-11.30 am) 

Paper paling menyeramkan?Internet Programming  of course. Kaler merah menandakan nk cari gaduh ok. Seteruk-teruk x phm aku ngan Electronics, teruk lg bila bab Internet Programming. Camne la budak Computer Science survive eh?? Pepun, aku nk keep up CGPA aku. Which means that, aku kena dpt dekan utk sem nih ngan sem depan. Ayark.. mampu kah daku??? Tunggu jela aku update result exam nanti. Tu pun kalo rajin update. 

Wish me luck, bebeh! 

Adios!

Sunday, August 28, 2011

Aku & "Kekal Muda"

Assalamualaikum..

Kul 12am td aku genap 21 tahun. Tahun Masihi ye, tp kalo tahun Hijrah da nk masuk 22.. So, pe perasaan aku skang?? Hmm..

Bangga
Sbb da jd semakin dewasa dan semakin hensem (pengsan).

Sedih
Sbb umur meningkat tp, 1 achievement yg betul2 memberi erti dlm idup aku tak dpt lg. Plus, bnyk mende yg aku nk buat sebelum umur aku 30 tahun. Nk jd paramedic, mekanik, pilot, tentera laut, waiter, bnyk la. Tp, dlm tmpoh 9 tahun. Sounds ridiculous right?? (Riddikulus!) Sbb, after 30, aku nk pikir something which is more important. Having a family. Haha.. But indeed, yes, that is what I’m gonna think.

Risau weh..
Aku selalu gak tnye diri aku sendiri, umur sememangnye semakin meningkat, tp cara aku berfikir ni semakin matang atau x? Since aku tinggal serumah ngan budak2 yg muda setahun dari aku. I’m the eldest. Mcm mane aku handle problem, mcm budak2 lg x??Pe yg confirm aku maintain muda. X mkn usia la kirenye.

Hopefully, lepas nih, aku akn jd seseorang yg betul2 orang. Seseorang yg ari ni lebih baik dr semalam dan ari esok lebih baik dr sebelum2 nih.

Anyway, utk ayah aku tersayang, SELAMAT HARI LAHIRjugak. Semoga di panjangkan umur, dimurahkan rezeki yg halal dan diberkati kehidupan dunia akhirat. Terima kasih utk segalanya. Sayang abah!!

*Igt nk beli cheesecake Secret Recipe (smbil gosok2 tapak tgn), but since ade ura2 ckp ckp kek dia diragui utk dimakan, x tau r nk beli ke tak wlpn 2 minggu lps aku baru abiskan cheesecake birthday Nadzrin.

Friday, June 17, 2011

Aku & "Sorry, saya terbengong plak ari nih"

Assalamu’alaikum..

Straight to the point (eceh! Omputih plak), aku x bley jd kerek.Seriously, unless ade paksaan dr mane2 pihak.

Sape nk pakse aku? (mcm la aku ni femes)

Org2 yg kerek dulu dgn akula. Yela, aku tau aku ni x cukup hensem, (bkn x cukup, tp mmg x hensem) bley plak x nk tegur. Kalo aku yg tegur dulu, bley plak wat derk. Ok, fine. Moh, kite berganding tgn saling kerek-mengkerek antara satu same len.

Tu contoh kalo ade paksaan. Tp, kalo keadaan x darurat, insya-Allah aku xkan menyombong ngn org. Cume, ade keadaan tertentu aku jd pemalu (ye…ke??), so, nmpk r cam aku ni sombong.

Nk citer skit, aku just figure out yg aku nih x mampu utk bersifat dgn slh satu sifat mazmumah ni pg semalam. Yakni, time kelas CSC. Aku jln jap pegi tandas, pastu ade dua tiga org junior tgh bace notis kt notice board mase aku on the way balik kelas. Dh jd cam lebih kurang menghalang laluan. Aku pn try la nk wat cam blagak. Aku terus je catwalk dgn harapan (sambil nyanyi lagu Satu Harapan ) dorang bg laluan kpd aku yg lebih dewase nih. Yg tua dihormati, yg muda disayangi, kan?? Dua org junior anjak skit bg laluan, tinggal sorang jek tgh khusyuk nau bace notis tu. Ape yg best sgt notis tu aku pn x tau.

Bile aku lalu jek blakang junior khusyuk tu, (ok, ni klimaks) secare otometik, bdk tu pusing blakang lantas terpijak kasut aku yg putih berseri. Tp, aku terus jek jalan, x tgk kiri kanan, x ckp sepatah ape pun meninggalkan junior2 tuh dlm keadaan ntahla. Sbb aku x tgk blakang da. Mungkin rase bsalah, mungkin x.

Kalo aku jd junior tu, msti aku ngumpat, “Kerek seyh abg tuh..” Ni first time aku wat perangai bengong nih, sbb kalo jd kes2 cam ni, paling kurang aku ckp “Sorry” wlpn aku x slh. Paling cikai pun, aku senyum jek. And kalo nmpk jln cam de org, aku akan ckp, “Awak,(merase gune saya awak) nk laluan skit”. Bukan terus feeling catwalk x tentu psl. Sng ckp biar r bbudi bhs skit.

Sbg balasan atas kebengongan aku, smlm, satu ari aku rase bersalah. Terus cam bad mood. Aku berazam, aku x nk da wat experiment bodoh nih. Experiment “Are you snotty bitch enough??”

Wlpn aku tau dorang x bace entry nih, tp to junior tiga org tuh, aku nk mintak maap sgt2 atas kebongokan aku td. Yg pijak kasut aku plak, x yah r rase bsalah.

Kalo korang rase kes aku nih x menunjukkan ciri2 seorang snotty bitch, it’s up to you. Tp, kejadian tuh mmg menyebabkan aku rase menyesal. X nk da wat perangai tuh!! Sob3x.

Wednesday, June 15, 2011

Aku & "Betul ke ape aku buat nih???"

Susahkan bile kena wat keputusan yg melibatkan masa dpn, cita-cita sendiri dan harapan mak ayah? Hmm…nak x nak, kene decide jugak. Cam kwn aku sorang nih, die ckp die nk quit study kt UiTM tmpt kitorang blaja slama nih. After 5 semesters, die decide nak quit. Kalo org len , mesti ckp “Weyh, syg giler kot. Lg 1 sem nk abis diploma.” Mase aku mule2 bace statement tu kt blog die, aku pun ckp mende same.

Tp, tu just kate2 yg kuar kt mulut bile tetibe dpt berite camtu. Biase r, kalo da terkejut. Mcm2 bley kuar dr mulut. Padahal dlm ati, aku da suspect mesti ade strong reasons die nk quit. Cuma aku x tau pe reasons die. Org len bley ckp pe je, keputusan bodoh r, x pikir dulu ke ape ke, tp kite yg kene wat keputusan. Ape yg jd pastu ,ade org2 tu kesah??

Citer 1

Aku penah gak berdepan ngan mase2 genting camnih. Contoh mase aku masuk form 4 kt SBP. Aku decide aku nk pindah balik sekolah lame, padahal dr aku drjh 6, sampai form 3 aku mmg nk blaja kt SBP. Even, abah aku pn rase seronok aku dpt masuk sane. Kire cam tu slh satu impian die r. So, it means that, kalo aku quit SBP, aku da menghancurkan impian aku sendiri & jgk abah aku.

Tp, mase kt sane, aku pikir2 balik, aku x layak duduk SBP. Aku x bley catch up cara diorang study. Sgt laju. RAM aku da r 512 jek. Smpai time exam, aku dpt no last skali utk seluruh form 4. Four crucial subjects aku fail. Malu mmg xyah ckp r. Kt sane, aku jd blur, lembab & yg paling teruk, aku jd stress giler. Pastu mula r mcm2 penyakit dtg. Skjp demam, pastu sakit kepale, selsema smpai idung bernanah so on. Aku try relax. Cool down. Cube adapt. Result? Aku bley r tangkap skit2 pe cikgu2 ajar and time exam, no last tu bukan aku pegang da. Tp, aku still x happy wlpn org nmpk aku cam ok. Aku miss blaja kt umah, kwn2 ngn sekolah lame aku. Instinct aku ckp, aku x bley survive kt SBP. Then, aku decide aku nk pindah sekolah.

Punye r susa proses die. Lame giler aku tunggu surat kelulusan tukar sekolah. Bile da lulus, alhamdulillah. Kt sekolah lame, aku dpt rase balik kehidupan aku yg ilang. Yg penting, aku happy bile blaja.Aku x ponteng langsung except mase amik lesen motor sbb aku tau betapa berharganya time tuh.

Abah aku? Nmpk cam kecewa, tp sbb aku sungguh2 nk pindah balik sekolah lame, terpaksa la ikutkan jgk. Aku da berazam nk buktikan kt die, keputusan aku x slh. Wlpn aku x berjaya ngan cemerlang time SPM, at least aku jd slh seorang drpd 3org best students utk SPM and best student utk subjek BM ngn BI. Dgn result tu, aku masuk matrik. Dan dgn result tu jgk r, aku lolos ke UiTM Kampus Kuala Pilah nih.

Citer 2.

U know what? Lps matrik, aku gi interview SPA utk jd Pembantu Perubatan sbb aku minat bidang tuh. Tp, dpt offer dlm Physiotherapy kt MAHSA< and aku gak dpt offer wat Degree in Technology Marketing (kalo x slh r) kt UTeM. Mase yg same gak, aku apply university utk intake 2009. (Aku amik SPM 2007). Alhamdulillah, dpt kt UiTM in Dip.in Science. So, time tu skali lg aku kene wat keputusan pasal mase dpn. Tiga offer skali. Sakit kepale. At last aku tolak SPA sbb aku x dpt course yg aku nk, dan jgk degree sbb aku x minat marketing. Ramai org ckp rugi, tp, insya-Allah, kite akan wat pilhan yg terbaik sbb kite lg kenal minat dan tubuh bdn kite sendiri. Ape yg kite mampu dan x mampu.

Skng mmg susah skit ngan course nih. Especially Physics. Tp, part 3 aku amik aliran Physics. Alhamdulillah, aku happy stkt ni wlpn result aku utk subjek Physics aku x cemerlang mcm subjek lain. Insya-Allah, aku akan tamatkan sampai sem 6 sbb aku da terlambat setahun compare ngan kwn2 aku yg tgh tunggu wat degree after abis diploma.

So, as conclusions drpd cite aku,
1. Wat keputusan yg boleh membahagiakan diri sendiri tnpa meminggirkan keluarga.
2. Ikut kemampuan yg kite ade dan minat yg mendalam. X yah dlm sgt pun xpe, sbb asalkan da ade minat, insya-Allah, kite akan usaha.
3. Jgn ikut telunjuk org lain, sbb pd dasarnye, dorang hanya bley bg pendapat. Keputusan kt tgn kite.
4. Mintak pendapat & restu ngan mak ayah.Kalo pilihan kite cam bcanggah ngn keputusan dorang, cube yakinkan dorang keputusan kite x slh. Contoh, blaja r rajin2 dan dptkan result yg bagus.
5. Kalo da pening sgt, wat solat Istikharah. X yah tunggu pening la. Aku rase lg bagus solat sblm sampai deadline wat keputusan (yg aku konpem kepale mesti tgh serabut). Dulu, aku x tau pun pasal solat nih.

So, to Melly, good luck. Aku tau ko da pikir2 bnyk kali sblm nih. Aku harap ko happy kt tmpt baru. And jgn lupe kitorang yg reramai kt bumi Pilah ni terutamanya aku, the next top model. Haha.. Ciao!!

Monday, June 13, 2011

Aku & Fikir Dulu Sebelum Guna

Gmbr mende alah ni adalah panorama (panorama katanye) biase kalo masuk toilet lelaki.



And kebiasaannye jugak, yg guna menatang ni (aku sebut urinal) adalah non-Muslim. Tp, aku jd cam hairan sbb, ade jugak org Islam yg konfiden & x segan guna mende ni. Kalo aku, melainkan dah terlampau terdesak baru aku pertimbangkan. Apsal plak aku nk hairan kan?? Biase r tuh.

Ok, ni sebabnye dlm konteks org Islam shj.

First, kt sesetengah urinal tu, x disediakan paip air or something like that mcm yg kite jumpe kt tandas biase. So, camne nk istinjak?? Unless dorang bwk alat2 nk istinjak cam tisu or batu. Tp, biase aku nmpk (ter ye), x de nye nak lap ngan tisu ke ape ke. Lepas buang, terus zip. Sgt konpiden. (Tepuk3x)

Second, kalo gune mende alah tu, konpem kene berdiri & possibility utk pakaian (seluar terutamanye) terkena najis adalah sgt tinggi bebanding dgn cara mencangkung.

Third, dorang x terpikir ke, susahnye kalo nk sembahyang kt mane2 kalo pakaian dh kene najis?? Ok, ni berdasarkan pengalaman aku.

Ari tu, aku ngan dak umah kuar gi main boling. Sblm main, kitorang gi sembahyang Zohor dulu. Then, aku gi tandas sbb nk check thp kehenseman, rambut, baju, seluar, mekap segala bagai r. Tgh bersolek kt cermin tandas, ade r sorang pak guard yg aku konpiden Islam terus gi kt urinal. Dah siap terus zip suar, blah. Aku pun terpikir, camne pak guard tu nk solat kalo shift keje die sampai mlm?? (X dan balik umah la maknenye).

Pastu, ade plak dak laki masuk wat mende same. Tutup zip, blah. Kot ye pun toilet btutup tu full, x kan la x bley tunggu kejap. In case mcm aku, sampai tmpt boling dh nk Zohor. Gi solat, makan, jln2, terus smpai Asar. Jln2 lg, pastu otw balik umah da masuk Maghrib. Bygkan, kalo aku gune urinal tu, aku bley miss 3 waktu solat. Hanye sbb gune urinal.

Maybe, umah budak tu sblh tmpt main boling. So, smpt balik umah, salin baju ngn suar nk solat.. Kan??

Berani gune urinal camni???
credit:

Sunday, June 12, 2011

Switchfoot - Only Hope

Assalamualaikum…

Post entry lg pepagi buta nih. Bersemangat waja kan?? (org lain post lg bnyk, x bising pon..) Nak share lagu ni jek. Aku rase sume org da penah dgr,‘Only Hope’. Kan? Penah dgr da kan?? X silap aku ade 2 versions. 1. Mandy Moore. 2. Swicthfoot.

Aku discovered psl lagu nih lps tgk cite ‘A Walk To Remember’ awal sem 3 lepas. Citer best, lagu pun best. Pd aku, aku lg suke versi Switchfoot. Cool jek. Versi Mandy Moore pun ok gak. Dlm Winamp player aku, lagu nih dah naik no.1 mengalahkan Bella’s Song from Twilight. Asik play jek. Setakat nih x bosan lg r (dr sem3 aku dgr). Aku bajet, kalo aku masuk 'One in A Million', aku pick lagu ni mase audition. Hah, for those yg x penah dgr, try la weyh.

Switchfoot - Only Hope

There's a song that's inside of my soul
It's the one that I've tried to write over and over again
I´m awake in the infinite cold
But you sing to me over and over and over again

(Chorus)
So I lay my head back down
And I lift my hands and pray to be only yours
I pray to be only yours
I know now you're my only hope

Sing to me the song of the stars
Of your galaxy dancing and laughing and laughing again
When it feels like my dreams are so far
Sing to me of the plans that you have for me over again

(Chorus)
And I lay my head back down
And I lift my hands and pray to be only yours
I pray to be only yours
I know now you're my only hope

(Aku suke muzik kt gap nih)

I give you my empathy
I'm giving you all of me (part ni best)
I want your symphony
Singing in all that I am
At the top of my lungs (kalo aku nyanyi, line ni aku skor, haha)
I'm giving it back

(Chorus)
And I lay my head back down
And I lift my hands and pray to be only yours
I pray to be only yours
I pray to be only yours
I know now you're my only hope

Wednesday, June 1, 2011

Aku & Jom Feeling Jadik Model

Kenape Aku,Cardigan & Runway?? Kenape?? Why?Why?Why?(over plak)

Kenape x letak Aku, Dia & Kamu, atau Green-T, Amalina Rahim atau Mata Berkelip sebagai nama blog aku?? Huhu.
.
Akhirnye ade gak org yg tanye soalan ni. Well, aku x bley letak name blog aku dgn nama2 kt atas sbb tu sume nama blog kwn2/SENIOR blogger aku. Berani mati mengcopy name blog dorang?? Harus mendapat kejian.

Abis tu kenape x letak Story Si Comel, atau Kisah Si Kacak??

Ni lg x bley blah.. Aku blom sewel lg nk letak nama tuh. Haha…Mau terbelah tiga laptop aku bile aku bukak blog.

So kenape Aku,Cardigan & Runway??

Orait, truthfully, aku nih penonton tegar America’s Next Top Model. Nk jadikan cerita, sume next top model konpem2 kene catwalk kt runway kan?? Kalo korang perasan, runway yg Mr.Jay Manuel tu design selalu pelik giler. Tgk bwh jap gi.

And seiring dgn result Bahasa Melayu SPM aku yg hmmm…~lalalalalala~okla kot.. aku pun wat la ‘perlambangan’ hidup kite nih dgn runway yg pelik tu. Catwalk plak refer to camne kite nk jln atas runway pelik tuh.

X phm??

Tgk contoh runway ni. Sume model yg masuk ANTM nih bley kate amatur. Tak penah jd model. Tak penah belajar catwalk, pose utk editorial, berdepan ngn kamera utk commercial. Sume nye pengalaman baru utk dorang. Tau2 kene wat sume tu. Catwalk kt tmpt rata pun bersepah nk suh jln kt runway camni plak. Susah wo!! Salah jln, konpem jatuh, terpelanting dan sah2 kena gelak ngan audience.

ANTM Cycle 11 runway finale. Nmpk x yg pink panjang2 tuh. Siap bebukit, bbonggol bagai. Model2 tu sume kene bjalan atas runway pakai high heels. Nak naik bonggol tinggi kt blkg tu, dorang kene blari. Kalo x pandai balancedkan bdn, merase menjunam ke lantai.

ANTM Cycle 16. Runway pertame sume model. Nmpk x kayu terapung tuh atas air tuh. Tu la runwaynye. Lebar die just 12 inci. Model tu plak kene catwalk dlm belon bsr. Senang ke susah?? 2 org jatuh dr runway. Sib baik de belon. Sorang je yg betol2 catwalk ngn baik and die winner cycle 16.

Photobucket

ANTM Cycle 16 gak. The next runway. Nmpk api kt tepi2 tu. Bwh runway pn ade api. Model tu plak kene catwalk dgn api menyala kt tapak tgn. High heels?? Konpem kene pakai. Slh catwalk, merase mkn api2 tu. Model kt atas, winner utk runway session nih.


Same r cam hidup ni. Sume org akan melalui perkara baru sbb sume org pun amatur. Even org umo 90 thn pn still can be considered as amatur wlpn dah mcm2 pengalaman die ade. Satu ari nt die akan lalui perkara yg baru. Cth: Alam kubur. Penah jumpe pakcik2 or makcik2 ckp, “Alah, dik, makcik dah penah rase duduk dlm kubur tuh. Dlm lima thn jugaklah. Pastu makcik boring, makcik pindah kt umah batu plak.” Penah jumpe??

Cam aku, skng tgh merase betape ‘best”nye idup sbg student U. Sblm nih x penah masuk U. Kire runway2 aku skng kehidupan kt U tu r. Ade ‘final exam runway’, ‘social life runway’ etc.. Camne aku nk ‘catwalk’ sepanjang 3 thn utk dpt diploma. Slh catwalk, merase r tercampak. (kene repeat paper, pointer jatuh, bkwn ngn back-stabber, kene pulau, etc yg x elok). Tp, once kite tercampak, kite akan belajar untuk naik balik and wat yg da bomb utk next runway. Takkan setiap kali runway ko nk terpelanting kan?? Abis tu bile nk merase jdk next top model??? Kene singkir lg ader r. Kan???

Tu r kesahnye. Korang paham x paham aku x tau. Senang citer,

“Hidup ni mcm runway. Ade mase susah ade mase senang. X ubah mcm runway dlm America’s Next Top Model. Dan kite ni samelah mcm model yg catwalk atas runway tu. Kalo kite pandai handle hidup ni, x kisah r sesusah/sesenang mane keadaan sekeliling, kite bley survive. Serupa gak ngan runway model, tak kisah la setinggi mane darjah kesukaran runway tu, kalau pandai catwalk, balancedkan bdn, etc konpem meletop. Huhu.”
Pe kaitan cardigan plak?? Tu saje je aku letak. Rase cam chantek plak walaupun…. Xde maksud ape2 pun. So skang, sume org bley feeling jdk model wlpn rupe x brape nk ade cam aku.(merendah diri)

Akhir kate, “Majulah Model Untuk Negara”

You wanna be on top????

credit:
photobucket.com
pophangover.com
thefrisky.com

Tuesday, May 10, 2011

Aku & Pak We

Assalamualaikum....

Post pertama slps seminggu aku bercuti sempena cuti semester nih. Not in right mood utk menulis actually. Tp, aku try lawan mood yg sengal nih sbb aku sayang blog nih. So, utk post nih, aku nk dedicate to my late uncle, Mohd Haris in Hamzah. Aku panggil arwah, Pak We. Arwah pergi mengejut 5 Mei 2011 lps. Arwah tinggalkan seorang isteri yg jugak akak mak aku, dan 4 org anak (Along, Angah, Kiah ngn Anip). Alhamdulillah, Allah permudahkan cara arwah pergi. Arwah jatuh tersungkur kt umah dan x sedarkan diri. Dlm 15 minit camtu, MO ckp arwah da x de.

Nothing to say sbb aku da beberapa bulan tak jumpa arwah. Even, mase arwah pergi, aku still x sempat tgk sbb family aku sampai lmbt ke umah arwah kt Selangor. Agak terkilan di situ.

Aku kesian ngan anak2 arwah especially Kiah (tgh blaja di ting.4) dan yg bongsu, Anip (3thn). Kalo korang nk tau, mase kitorang sampai umah arwah, si Anip nih bley ckp "Hai, Amien(adik aku) smbil senyum2." Sedih kot. Nmpk sgt die x tau ape2. Bile tanye abah pegi mane, die ckp abah pengsan kt kubur.

Bnyk jugak r kenangan aku ngan arwah. Slh satu, bergumpal ngan arwah mase aku skola rendah. Mase tu Anip x de lg and anak arwah sume pempuan. So, aku jd target. Arwah jugak r yg ajar aku melukis, tulis and wat pensil khat pakai pensil biase dan gunting. Ajar aku kalo makan nasik jgn tinggalkan sebijik pun. Nt nasik tu menangis. Lg satu, yg paling penting, arwah r yg azan kt telinga aku time aku lahir sbb abah aku sakit tekak walaupon aku x igt ape2 time tu.

Nenek aku pun ade ckp, raya taon nih x berapa best r, sbb slalunya arwah yg sibuk wat lemang ngan ketupat sbb arwah je yg pandai wat, nak2 anyam ketupat. Tp, Angah trus ckp, "Takpe Wan, Angan ngan Along ade."

So, tu jela utk post kali nih. Al-Fatihah utk arwah.


Kenangan aku ngn arwah taon 1991.






Monday, April 18, 2011

Allah, Aku & Dia

Alhamdulillah…


Alhamdulillah…


Alhamdulillah…


Terima kasih Allah,

kerana sering memakbulkan doaku yang satu ini..


Terima kasih Allah,

kerana tak pernah menolak permohonanku yang tak pernah berubah dari dulu lagi..


Terima kasih Allah,

kerana sehingga kini tidak melalaikan aku dengan cinta..

Cinta bodoh yang aku belum perlukan lagi ketika ini..

Atau mungkin langsung tak aku perlukan..


Terima kasih yang tak terhingga,

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim..

Kerana telah menghancurkan hatiku,

sebelum masanya..

Aku redha, Ya Allah..


Sesungguhnya, kalau baik dia untukku, dekatkanlah aku dengannya,

dan sekiranya dia tidak baik untukku lenyapkan dia dari pandangan dan hatiku..


Sesungguhnya, Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambamu yang kosong ini..


Ya Allah, biarlah hatiku koyak, racik, dan berkecai,

namun aku mohon janganlah Engkau biarkan imanku padamu sedikitpun tercalar..


Hanya pada-Mu sajalah tempatku menyembah dan hanya pada-Mu sahajalah tempatku memohon pertolongan..


Tiada yang lebih indah selain cinta dari-Mu..

Biarlah aku sendirian, andai redha-Mu yangku peroleh..


Terima kasih Ya Allah,

atas kasih sayang-Mu. Amin..

Friday, February 11, 2011

Aku bukan Pah Bedah

Ape yg korang rase baru balik kelas, dgn badan penat, berpeluh ngan kepale pun still tingtong lagi sbb x phm pe yg lecturer ajar, bukak je pintu, WOW, bilik korang macam baru kena serbu ngan sekumpulan seladang dari Afrika? Cadar serebeh, bantal bersepah, selimut x lipat, baju ngan seluar bertaburan je kt lantai, Kalo duit yg bertaburan x pe gak. Padahal, sblm kuar umah korang da kemas sikit2 sebab da lambat nk gi kelas. Pastu dgn tema pasrah, korang pun kemas la balik. Susun semula pe yg patut kt tmpt asal sbb da mmg fitrah korang x bley tgk mende2 berselerak. Rase mcm tinggal kt tmpt pembuangan sampah gitu. Walaupun mase tu korang tgh letih dan rase mcm nk landing terus atas katil.

Selang 1 jam pastu, adik-beradik korang seramai 11 org semua lelaki ye balik dr kelas. Okey, ni part klimaks. Sila buat bayangan dlm kepala. Korang baru lepas solat Asar dan mmg dah x sbr2 nk tido lps sesi kemas-mengemas td. Nmpk tilam tu bsinar-sinar je. Dgn bunyi bising, huhahuha adik-adik korang masuk bilik. Adik no. 1 terus landing atas katil yg korang baru lps betulkan cadar dan bantal. Landing secara kuak lentang. Adik no.2, buat terjunan bebas. Adik no.3, tanggal2 baju ngan seluar terus buat hantaran bebas pakaian die ntah kemana. Tanpa melihat sasaran. Alasan, x bley tahan nk gi tandas. Dan yg pasti, semuanye letak beg dan stokin mengikut konsep, “bunga rampai ditabur-tabur…” Masuk plak adik no.4 tp bilik die depan bilik korang. Amik bantal yg korang da susun, pose2 nk tido. So, katil da dikire ‘full house’. Adalah di igtkan, korang still duduk dlm posisi tahiyat akhir utk berdoa. Segalanya berlaku dlm sekelip mata. Yang pasti mase tu, korang sgt2 terkesima. Blom ilang penat badan, bilik korang kembali seperti dilanggar seladang dr Afrika.
Ape perasaan korang ketika itu?

a. Suhu badan naik mendadak sehingga keluar asap ikut idung. Pastu korang sembur sekor2 adik korang tanpa belas kasihan sehingga semuanye menjadi ‘retarded’ utk 3 ari.
b. Korang pukul sorang demi sorang sambil feeling2 tgh berlakon citer Ong Bak.
c. Alang2 da bersepah balik, korang pun turut serta menyepahkan ape2 yg patut. Korang jd bapak segala seladang yg sedia ade.
d. Xpe la. Da nasib badan. Korang kemas buat kali ketiga.
e. Trus berlari ke kedai makan dan order segale jenis nasik utk menghilangkan tension walaupun duit xde.
f. Duduk bhadapan dgn dinding dan bcakap dgn dinding tu dgn harapan dinding tu bley bcakap dan mberi nasihat.

Tu baru satu scene. Mcm mane plak, kalo korang jugaklah yg cuci bilik air, buang sampah, kemas ruang tamu, susun kasut etc. Adik2 korang seolah-olah x nmpk keadaan sekeliling dorang. Lantai bilik air da berlumut still feeling masuk toilet kt KLIA, plastik sampah da sendat sampai da tkoyak rase cam kosong lg. Ade lg satu, yg jenis cuci mangkuk pas makan megi, pastu kesan minyak kt sinki x basuh balik. Siap tinggal 2,3 helai mee lg. Tu pun x nk amik buang dlm tong smph.

Kalo nk tegur, masing2 da besar. Nak yg lg best, bile kita ckp, “Korang, nt bangun pagi kemas la terus katil tu. Pastu, baju2 sume nih jgn r letak sepah2.” Dorang bley plak menjawab, “Ala biar je la. Baru feel mcm org bujang. Duduk sepah2.”

Ok, kalo org mjawab mcm nih kat aku, aku x teragak-agak terajang kepala lutut die x pun nk sagat muka die kat jalan raya. Biar die tau bujang ke tidak. Terus terang aku ckp, tu adalah contoh jwpn paling bodoh yg aku penah dgr. Ape, kalo org bujang xyah kemas rumah?? Bengong! Ada lg satu statement berani mati, “Da die rajin, biar jela die kemas..” Amboih!! Model kah engkau?? Kan?

Kekadang, perkara2 kt atas nih jd gak pd diri aku sampai aku rase malas nk kemas sume2 nih. Rase mcm x dihargai langsung. Baru jek susun kasut, x sampai setengah jam, dah sepah balik. Baru jek kemas bilik, tuptup da jd tongkang pecah. Dgn buku2 tunggang terbalik. Nak tegur housemates aku kang kate cerewet ape bende lg la. Bila pikir2 balik, sedih kot. Nk marah pun ade. Sampai ade mase tu aku konpius, aku nih salah seorang penyewa or bibik yg diimport khas dr Lombok? Yela, kalo aku tgh kutip2 plastik, kertas, etc yg menyemak dlm bilik tu, dorang tgk jek. Aku nih nmpk mcm Pah Bedah ke, yg tgh buat keje2 umah?? Kan?? Yes, sometimes, bile aku ckp, dorang buat. Kalo x ckp,hmmm, nan-ado. So, nak x nak, aku jugakla yg kene buat.

To my housemates, kalo korang tbace entry nih, jgn kecik ati plak. Ni just luahan rase aku jek. Kang sampai main simbah-simbah asid kang, susah plak. Kalo kulit dah x elok, susa nk cari mkn. <---- (mcmla muka aku cantik sgt). Harus diingat, aku nih seorang model. Bukan Pah Bedah.


Pah Bedah tulen

Credit pict:

gambargambarpelik.blogspot