Monday, April 18, 2011

Allah, Aku & Dia

Alhamdulillah…


Alhamdulillah…


Alhamdulillah…


Terima kasih Allah,

kerana sering memakbulkan doaku yang satu ini..


Terima kasih Allah,

kerana tak pernah menolak permohonanku yang tak pernah berubah dari dulu lagi..


Terima kasih Allah,

kerana sehingga kini tidak melalaikan aku dengan cinta..

Cinta bodoh yang aku belum perlukan lagi ketika ini..

Atau mungkin langsung tak aku perlukan..


Terima kasih yang tak terhingga,

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim..

Kerana telah menghancurkan hatiku,

sebelum masanya..

Aku redha, Ya Allah..


Sesungguhnya, kalau baik dia untukku, dekatkanlah aku dengannya,

dan sekiranya dia tidak baik untukku lenyapkan dia dari pandangan dan hatiku..


Sesungguhnya, Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambamu yang kosong ini..


Ya Allah, biarlah hatiku koyak, racik, dan berkecai,

namun aku mohon janganlah Engkau biarkan imanku padamu sedikitpun tercalar..


Hanya pada-Mu sajalah tempatku menyembah dan hanya pada-Mu sahajalah tempatku memohon pertolongan..


Tiada yang lebih indah selain cinta dari-Mu..

Biarlah aku sendirian, andai redha-Mu yangku peroleh..


Terima kasih Ya Allah,

atas kasih sayang-Mu. Amin..