Assalamualaikum..
......
Kenapa budak2 takmau pegi sekolah?
Kenapaaaaaa...??? *low note, enam harakat*
Aku pun taktau. Perbuatan ke
sekolah pada aku adalah satu tindakan yang paling seronok dibuat sehari-harian.
Dapat jumpa kawan2 dan jugak errrrrrr..guru2.*jawapan budak darjah 1 bila
wartawan tanya kenapa suka pegi sekolah* Oleh sebab aku suka pegi sekolah, aku
tak penah ponteng semata-mata nak membuta kat rumah. Rekod masa Tingkatan 3
adalah yang paling membanggakan pasal kehadiran aku penuh. Huhuhu.. Lagipun,
duduk kat rumah is seriously bosan.
Aku ni
nak kata tergolong dalam set2 bermasalah, tak.. Nerd pun tak jugak walaupun aku pakai
spek. Cikgu masuk kelas, aku belajar. Cikgu keluar, aku tutup buku. Aku pegi
bersembang, duduk kat meja belakang kelas menyanyi macam orang tak betul, kadang2
melukis, tido ke, lalu lalang depan kelas budak aku suka dan melakukan lain2
aktiviti tak berfaedah walaupun aku pengawas. Pasal aku tak merokok, so tandas
bukan port aku. Huhuhu..
Berikut
antara perbuatan/pengalaman aku kat sekolah;
#1. Aku bagi
cikgu Add Math menangis dengan tidak menyiapkan homework beliau. Sebab beliau
sorang cikgu yang mesra dan tak penah marah sebab tak siap homework, aku telah
mengambik kesempatan itu. Aku bajet kena marah, tapi beliau secara drastic menangis.
Merah2 muka beliau. Gelabah aku dol! Mana tau, beliau tak halalkan ilmu Add
Math tu, naya aku..sob3x.
![]() |
baju pengawas kaler hijau pucuk pisang dengan seluar putih. sebijik macam kuih seri muka tapi aku bangga je pakai seragam tuh..huhu |
#2. Aku ngan
member kamcing, si Hanis, makan sushi lengkap berchopstick masa ustaz tengah
mengajar Pendidikan Islam dalam kelas. Fyi, Hanis adalah Ketua Pengawas. So,
ketua pengawas pun tak boleh pakai. Huhuhu.. Kitorang cover dengan buku teks. Budak
Hanis beli kat KL. First time dol aku makan sushi dan pakai chopstick. Jakun
gila. Mau terpelanting menda alah tu. Nak tergeliat tangan aku nak control
sebaik mungkin. Tertunduk-tunduk sebab aku hanya mampu angkat sushi setinggi 3
cm je dari bekas dia. Tapi bila ustaz tanya soalan kat kelas, sambil makan, aku
jawab la. Bila ustaz kagum, so dia tak target aku dah. Simple.
Tak
terhenti di situ, aku pikir, bila kita bijak, tersenarai dalam kelompok top 10,
maka junior2 akan kagum lantas mendambakan aku menjadi abang angkat mereka. So,
aku akan jadi feymes. Junior yang aku minat pulak takkan menolak aku sebagai
special boyfriend..huhuhu
#4. Ni
pengalaman paling sadis aku bersekolah selain penah menyertai pertandingan
bercerita sekolah rendah dengan zip seluar tak tutup habis serta kancingnya
terbukak. Kejadian nih masa sekolah menengah. Aku jadi bidan terjun ganti
pengawas bertugas baca doa kat perhimpunan. Kenapa aku? Pasal suara aku sedap
berserta tajwid dan makhraj huruf yang tepat. Kenapa sadis? Keran masa tu aku
tengah selsema, meleleh-leleh. So, satu pelusuk sekolah mampu mendengar
kesadisan aku membaca doa sambil tersedut-sedut hingus. Gampang! Cikgu siap perli,
“Patut la mikrofon basah..” Cissssss…
Empat je
la. Ni pun dah draf ketiga. Haisy..-.-"
Tak kira la
camne pelik, sadis ataupun awesome sesuatu kejadian, pada aku tu la nilai pegi
sekolah selain niat kita nak timba ilmu. Sebab tu aku suka pegi sekolah.
Walaupun rutin tu nampak sama setiap hari, tapi mesti ada pengalaman baru yang
bila kita dah lepas alam persekolahan, kita baru sedar. Aku dah alert ngan
situasi ni since aku form 1, sebab masa tu aku rindu kelas darjah 6. Masa tu,
aku decide, bila aku dah masuk U, aku taknak penyakit 'Rindunya aku nak pegi
sekolah..' jadi kat aku.
So, kepada
yang still bersekolah, pegi je la sekolah tu. Best dol! Lagipun, tu
tanggungjawab sebagai anak. Ni kecik2 baru form 1, dah pandai Monday Blues konon. Puihh.. Huhuhuhu..
So, anda
pulak macamana?
Ok, tu
je..
TQ for
reading..
Adios!
39 comments:
haha . tapi kan ,mmg sllu mcm tue kaan . tngh blja mlas bgai nak rak ! dah hbis skolh bru lhaa rindu2 bagai . lumrah khdpan :)
aku suka baca entry ko... btw, ko ni budak pandai gak la ni...ahahaha
Ha ha ha entri paling sengal ± paling sadis, paling kool aku baca setakat neh... Oh budak pandai tapi hampeh rupanya ko ni ek? Sama jer ngan Si Hanis (yg mula2 aku ingat awek ko masa kt skul tu) tiba2 aku terkenang ko ni mcm watak AZMIL MUSTAPHA dlm filem ALI SETAN (tak tau gi cari kt YouTube)... Tak jadik aku nak siap2 gi kijo membaca entri ko ne citttt ha3 lain kli nak tulis entri best2 publish mlm bole? Keh3 ok nak siap dah ni good one kli ni aku x leh kategorikan citer ko sbg SADIS kan... Eh dah lah panjang lak aku merapu baban kt sini, dah nk sama panjang cam entri ko gak bui2
hahahaha. baca entry kau ni, aku teringat diri sendiri. kenangan kita lebih kurang je weh. makan dalam kelas tu tak yah cakap. bawah meja aku penuh food walaupun aku pengawas. hahaha
tu belum kenangan tidur di sebalik buku. dan, kenangan diurut oleh kawan aku dalam kelas, depan2 cg tgh mengajar sbb aku kuat tidur.
tapi bila part nama naik kat papan knyataan lepas results tu lain sikit la. semua juniors giggle bagai nak rak bila kakak angkat diorang jadi top scorer. siap dedicate choki2 lagi nak say congrats.
maklum lah sek all girls kan.
hahahaha. aku mmg suka komen panjang2 kat entry kau. hahaha. sila biasakan diri :D
DN noona i'm back ha ha ha a note for you...
munink ur name were mentioned here ^^ http://paripariputih.blogspot.com/2012/07/glow-draw-arts-by-ppp-ko-hade-he-he-he.html
eh jap, ak cop spot ni nk komen..nnt ak smbung komen kt cni :P
haahahahha.. maen reserved2 nampak... ^_^
Aku dah merasai keMENYESALan sekarang. Aku dulu memang sangat suke ponteng sekolah. hewhew.
Aku rase macam nak masuk sekolah balik. Sob3.
p/s : Patut la mikrofon basah. Kahkahkah.
DN cak! He he he ok aku mungkin kena say hai hai bai bai kt blog PPP waaaaa kena hacked lagi ;p mencik2 now either u can connect with me http://mrswhitefairy.blogspot.comor http://ignoreme.blogspot.com ha ha ha
mmg pun. tapi aku tak malas pegi sekolah. aku malas belajar jek..huhuhu
tq syakir..huhu.. 3 kali draf kot. aiseh.. wep, ko jgn speku camtu. aku tak pandai le.. cuma aku bijak dan kacak..hahahaha add math pun tak penah lulus, bijak mendenye..huhuhu
fulamak..terharunya aku noona ckp paling sengal+sadis+kool.. OMG3x! haha, kena gak si Hanis. uishh, watak Ali ke? Biar betik, noona?
mana aku tau entri best ke tak noona..so, aku ikut dan je la publish. nanti aku antar kopi suh ko check tahap kesadisan dulu, ok? huhu.. noona pun sama cam ety, komen panjang2. takpe2, aku suka..haha
sama eh? maybe semua org pun sama gak... bab makan dlm memang normal r. segala jenis cekedis ada..haha tapi bab makan sushi tu paling cilake aku penah buat.
tido satu hal. tapi aku jarang tido dlm sebab tak kondusif..huhu
owh, pempuan memang camtu kot. kalo dpt kakak angkat, kemain sayang.
aku dah besekan diri dah ngan komen ang yg superpanjang tuh..aku suka..haha
tq noona... aku sgt berbangga dan terharu. muah3x!! haha
perhh, syakir yg superpantas. belom apa2 ang dah komen dulu.. ikut ang la torres..haha
kan dah menyesal. menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna..hahaha puitis sungguh aku.
p/s: aishh.. jgn diungkit sejarah sadis itu. kui3x..
ok, noona..
ap punya budak la..haha
teruskan ye :D :D
torres?? apsal ko pgil die torres mirul??... bnyk sgt la nickname komik ni..ahahahah
dulu aku selalu tidur time biology, bukan aku tak minat tapi sebab cikgunya mengajar lambat gila; 1 subtopik boleh amik masa sejam. jadi aku pun ambik keputusan untuk tidur, hahaa.
kira ko nak suh aku proof read dulu la ek?? ha ha ha aku rasa ko dah cukup creative... setiap org ada keistimewaan dia.. dun worry... penulisan ko ini akan ada ramai pengikutnya trust me... ko tak perlu jadi org lain.. untuk menjadi terbaik... ^^ (but if you insist nak suh aku baca boleh jer.. noona no hal nyer) ;-)
dya dulu budak rajin..haha ...isnin je sakit..hahaa..tpi bila form 4 ari2 g sekolah sbb asrama..haha
nampaknya mirul rajin mengupdate tym qween tak jengok belog dye..hhu
klw qween ari2 jengok blog dye,trasa lama pulak nak tunggu entri baru dye...hhe
hahaha dtg nk sambung blk komen aku. ko pengawas upernya..haha lol.bca kisah2 ko ni mgungkit kembali memori time ak skool asrama penuh dulu. ak pun penggawas. Lembaga displin pelajar LDP. syok jd pengawas ni. slh guna kuasa. ak tiap2 pgi slalu lewat p kelas tp gune alasan check hostel/ bilik. kekeke.
itula. ak pon slalu gk memain2 dlm kelas ni kacau2 mpuan skli skle wpon ak ni jns pmalu dgn mpuan. aih byk sebenar nk cite tkut jd mcm buat n3 bru lak kt kotak komen ko nie
so ak trus buat konklusi jerla, smue moment time skoolah dlu tu mmg priceless smpai ko tua ko akn ingt mlainkan klau ko ada penyakit dementia/ nyayuk..hahahha:P
lebih kurang camtu la niat di hati..kui3x.. insyaAllah, aku cuba jd diri sendiri..
@syakir: sebab beliau kata beliau adalah torres..hahaha
@torres: aah, best kot kekadang slh guna kuasa. takpe, komen pepanjang pn takpe. aku suka dol. biar kejang org baca/komen entri aku nanti..wahahaha..
jannah dulu kalau dah dapat sakit ponteng memanjang nak ponteng hak3...tapi tak dapat disangkal lagi cikgu addmath hampir semua mesra alam yer dak??..
kenapakah??*loading..* teruskan apa cik Trah? teruskan pegi ke sekolah ataupun teruskan menyadis? Ke dua2?huhuhu *aiseh, aku memang lembab*
aku ok la ngan bio. tapi cikgu aku superpantas la pulak. RAM aku dah la 512 jek.huhuhu.. aku rasa ngan situasi ang masa tu, tido adalah keputusan yang tepat..hahaha
ceh, ang ni spesies monday blues jgk la nih? takpe2x. sape duk asrama, wajib gi sekolah adalah satu kekurangan depa. tapi kelebihan buat aku.
tak rajin mana aih.. aku update selang 2,3 hari..hahaha. ikut tahap pencetusan idea. kalo takdak, takdak la..sob3x..
tu mainan psikologi, jannah. dah la addmath susah, ni duk garang2 ngan student, memang sanubari student memberontak, betul dak? so, depa kena pandai amik hati..huhu *macam aku penah mengajar addmath plak..*
dulu kat kelas agama, kitorang makan muffin..hihi
Mirul mana entri baru sadis?? ha ha ha noona tunggu neh tau... :)
ecece, kiut gila makan muffin. yela time sekolah agama mmg kena sila bersopan, ye tak? haha
hehe..aku tak ywu sal aku dah 4 ari tak jengok belog kau..hhu
ehh,mirul,,naughty jugak kau tym skolaa dulu erkk..
kite geng,..! ngehehe
makan karipap time kelas agama.
betul kata mirul.pegi sekolah best.
MR dulu antara orang first yang datang kelas.xpernah ponteng sekolah.
teringat zaman sekolah bila baca entri mirul ni.
tigat dulu kat sekolah..
ikut kawan mandi lombong..
sambil dengar lagu cindai siti nurhaliza..
ahhhhhhhhhh..da keje ni..memang rindu lah.. :)
hik2..best la... best2.. jd top student mesti ramai peminat..hak2...... best2...
Post a Comment