[Assalamualaikum...]
Kisahnya berlaku dua tiga hari lepas. Mungkin juga
seminggu dan tak pula mustahil bulan lepas punya cerita. Biasalah, rumah tak
berinternet. Cuma mampu tulis draf jek.
Petang Jumaat, sedang-sedang pukul 5 lebih macam tu,
perut aku dah tak mampu bersabar. Sikit punya lapar. Pagi gila bizi bawak
sampai ke petang. Tak sempat mecari sesuap nasi masa tengah hari, Aku buka
pintu rumah. Aiseh, semua perkara yang boleh dibaham dah habis stok. Buah epal,
biskut, Campbell soup ntah apekebende lagi semua dah selamat dibaham hari-hari
sebelumnya. Gelisah mula melanda.
Then aku ternampak something atas meja Isyam. Aku
garu-garu kepala. Nak rembat ke tak?? Aku pun rewind balik dialog Yod lepas
balik tengok wayang.
“Wei, korang amik la ni. Kitorang taknak..” Ok,
lebih kurangla dialog dia.
Aku pikir lagi hujahan bernas bagi membolehkan aku
merembat objek atas meja tu. Aku buka kotak dia. Ohoii, baru suku habis.
Patutla masa tengok wayang Yod asyik hulur jek kat aku. Aku goncang-goncang. Sah! Masuk angin dah
menda tuh. Semalam sikit punya rangup sebijik-bijik. Sekarang, semua dah
bercantum jadi seketul. Ok, since objek ni dah masuk angin, confirm 95% Isyam
takkan makan. Aku bawak masuk bilik. Lepak baik punya atas katil dan mula
membaham popcorn caramel saiz godang GSC. Walawei, layan jugakla makan benda masuk angin
nih. Perut tengah lapar…
Dah tinggal dekat 20 bijik lagi, aku letak balik
atas meja Isyam. Aku masih punya perasaan, cuma kurang sensitiviti. Mana la tau,
beliau nak makan. Kesian pulak kalau aku tinggalkan kotak je. Aku mendarat balik atas
katil. Selang 15 minit, Tok Wan ajak beli nasi.
Orait, let’s go honey.
Pehh..sikit punya panjang intro. Tapi isi sebenar
kat bawah ni. Hehe..
Nasi dengan popcorn GSC. Macam keluarga dengan
kawan-kawan/awek. Nasi tu keluarga, popcorn tu kawan. Pentingnya keluarga tu
macam pentingnya nasi untuk perut kita, mungkin lebih lagi. Macam mana seronok
pun ko menghadap popcorn, balik-balik ko akan cari nasi jugak. Tapi kalau ko
dah ada nasi, tak dapat popcorn pun takpe kan? Tak rasa sengsara pun takde
menda alah tuh. Aiseh tetiba aku rasa lapar.
So, bila tengah senang, tengah happy-happy dengan
member jangan la lupa diorang. Peringatan untuk aku jugak ni. Kadang-kadang,
bila dah seronok sangat dengan kawan-kawan, tengah syok huhahuha, family mula
tercampak ke tepi. Nak-nak kalau dah dapat berkepit dengan awek. Eh? Bila dah
susah, poket dah kering, baru la teringat nak roger mak.
Eh, korang paham ke tak apa yang aku nak sampaikan
ni? Aku rasa aku sendiri pun tak paham. Huhu.. Sorry, dah lama tak update.
Macam ni la jadinya.
Ok, tu je.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Adios!