Friday, February 14, 2014

Aku Dan "Apple Merah"

[Assalamualaikum]


Actually aku takde cerita pun yang nak dibahankan dalam entry ni. Just nak granted request daripada blogger bestfriend yang nakkan dirinya dikartunkan. Eh? Ye ke? Suka-suka aku jek kata orang request. Hak3. Ok, Madam Lina Hamiedah aka Apple Merah, wa dah lukis lu punya kartun. Siap sekali dengan lu punya cik abang. Tetiba aku menggunakan ‘wa lu’ pulakkan. Takpe, sebab kawan blog aku semua level samseng, yang diketuai oleh Paripariputih, so ‘lu wa, aku kau’ dengan Lina ni takde hal punya.

Aku kenal dak Lina ni dekat dua tahun jugak kot. Ni semua atas alasan aku bersosial dengan si Kopi Pasta dan Paripariputih. Orangnya comey boh. Maklumlah, budak Sabah. Korang kenal si Marsha Milan Londoh kan? Agak-agak beliau cun tak? Kalau jawapan korang ya, haaa, dak Lina ni 3 kali ganda comel. Haha.. *baik punya bodek* Tapi awas loe, Lina ni dah selamat jadi isteri orang. Agak-agak nak kena sengggaatt  dengan si Keroq, korang usha la lelebih. Haha

Aku pernah jumpa dia sekali jek masa dia turun KL nak pergi gathering blogger-blogger sengal kat Genting Highland. Masa tu dia bujang lagi. Sopan jek. Tapi sekali dia gelak, boleh tershadap masyarakat sekeliling. Kontra betul. Haha Kalau rajin, korang boleh pergi blog Lina nih. Kat bloglist aku ada letak link. Pada aku, entry Lina ni banyak yang lucu. Kalau ikut tekak aku, cara dia mengarang best la.  


Sebelum naik Genting. Lina yang tengah-tengah buat peace tuh. Aiseh, ni semua stok blogger yang follower ratus-ratus, ribu-ribu. Aku jek yang terkapai-kapai lagi. Haha..

Disebabkan wa tak dapat pergi Tawau nak celebrate wedding lu Lina atas kekangan waktu dan duit terutamanya, wa terus lukis on the spot sejurus membaca lu punya komen. Kira macam nak bagi hadiah la ni. Hadiahla sangat cenggini punya lukisan. Huhu. So, wa mintak ampun kalau tak menepati citarasa ke apa ke. *ceh, macam bikin kek pulak nak bercitarasa bagai* Maklumla, wa bukan kartunis. Dah tu lukis on the spot pulak.  


Aku cuba melesungpipitkan cik abang lu Lina, tapi tak jadi la pulak.

So, kat sini, aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru, Maaf Zahir dan Batin kepada teman aku yang sorang nih. *sambil nyanyi lagu Selamat Pengantin Baru* Semoga ikatan pernikahan korang akan kekal selama-lamanya, sampai ke syurga la hendaknya. Semoga Allah merahmati masjid yang baru terbina ni dengan kebahagiaan, rezeki yang murah dan anak-anak yang soleh. Aaminn. 

To Lina, selamat menjalani kehidupan sebagai seorang isteri, taat pada suami ok? Haha To Keroq Azizin, please take care of your wife. Kalau tak paham-paham la. Lina ada legasi samseng yang sentiasa memerhati. Haha *matila aku kena senggattt lepasni* Ok, all the best and congratulations korang. 

Adios!


3 comments:

Cik Zaitul said...

amboii update jugak pasai ni noooooo..
aww sengattt kasi sama lu kalau puji lina lebih2.. hahahha
katun tu kiut.. mihmih

Lina said...

assalamualikum

kepada sahabat ku amirul yg kacak disana, aku memohon maaf terlebih dahulu kerana baru terbaca entri ko yg dah 2minggu ko buat untuk aku... owhh aku sungguh blushing membaca kata2 anda dan aku terpukau lagi terpana.

saudara ku yang kacak!! jikalau kerq membaca entri ana ini aku teka beliau akan senyum dan terpana sambil terpaku di ikuti dgn lukisan yg ala2 mak datin rosemah ..

seperti sudara yang kacak sedia maklum, aku membaca entri berikut aku ketawa seperti yg kau ckp kn masyarakat sekeliling akan tersedak..

apapun terima kasih aku ucap kan kepada saudara ku yg kacak lg budiman lagi apa lagi?? sudah cukup la aku puji ko kacak mirul, aku ni malas nak pelastik sgt.. ekekekek .. bubaii..

terima kasih sekali lg weh... gmbr katun aku tu ala2 rosemah.. hahahah

KorN said...

aku nampakk gambar aku..
jadi aku nak komen kat sini je.
ekekek...
bila boleh berjimba2 lagi..
hiks