Wednesday, January 2, 2013

Aku dan "Hakikat"


[Assalamualaikum...]

1/1/13

Hari ini, aku mengerti rasa kehilangan seseorang yang tanpa aku sedar, sangat-sangat diperlukan. Ahh.. Aku tau dia suka aku. Dan aku juga senang dengan dia. Tapi hati aku pada orang lain.*aku rasa* Bukan pada dia.

Awal perkenalan, kami selalu bergaduh. Tapi, entah macam mana, kami jadi sahabat. Ok, istilah sahabat dia yang mulakan sebelum dia mengaku, sukakan aku. Ahh..gila. Dia ibarat sebelah badan aku. Kehidupan aku sekarang memerlukan seseorang untuk memberi sokongan terutama apabila keluarga berada jauh. Sangat sibuk dan kadang-kadang aku rasa sangat menakutkan. Kehadiran dia seperti rahmat dalam hidup aku. Kebetulan juga dia tinggal berdekatan.

Pertolongan demi pertolongan dia hulurkan. Dia mengajar aku menangani dugaan yang mendatang. Menenangkan aku bila tekanan melanda. Menghilangkan duka bila kesedihan menerpa. Walaupun lewat malam, dia tetap datang membantu. Sentiasa ada untuk aku. Senyuman dan ketawa dia betul-betul menyenangkan hati. Dia seolah-olah tak pernah berkecil hati dengan aku walaupun cintanya pernah aku tolak mentah-mentah, tanpa keraguan. Malah, sama-sama berusaha menolong aku mengejar cinta sejati kononnya. Mengajar aku itu dan ini. Katanya, aku naif. Ceh..

Semalam, dia pergi tiba-tiba. 

Tiba-tiba.

Saat aku didatangi tekanan yang terhebat. Aku tenggelam punca. Merata tempat aku mencari. Banyak kali aku cuba hubungi, tapi langsung tak dijawab. Bahkan temannya yang paling rapat pun tak tahu ke mana dia pergi. Aku rasa lumpuh sebelah badan. Tak mampu bergerak. Tak mampu berfikir. Aku lemah begini. Kejap, aku lemah bukan kerana tekanan. Aku lemah kerana ketiadaan dia. *Untuk mengarang entri ini pun aku mengambil masa yang terlalu lama kerana memikirkan dia* Aku betul-betul perlukan dia.

“Perlukan dia?” Persoalan yang menjentik seluruh saraf tubuhku.

Ya, aku perlukan dia, untuk terus berada di samping aku.

Aku terus mencari. Ke mana aku pergi, terasa ada dia di situ. Hakikatnya, terlalu banyak kenangan telah tercipta. Rasa rindu mula mengusik.

“Kenapa baru sekarang dia pergi? Kenapa tak dari dulu, waktu kami masih bermasam muka? Kenapa aku bertemu dengan dia kalau begini pengakhiran?” 

Aku sangat-sangat terkilan apabila dia pergi tanpa sepatah kata.

Betul kata dia. Aku naif. Aku keliru. Suka dan cinta, dua perkara yang berbeza.

Dan sekarang aku betul-betul pasti, aku cintakan dia.

 Air mata aku menitis. Tanpa sedar aku memanggil nama dia.

“Prosecutor Seo!”

*********************

Hoi, bangunlah!

Tanpa was-was, aku melempangi diriku sendiri. Ohh, drama Korea yang satu ni sangat menuntut permainan emosi. Tak seperti drama Sembilu, menjadikan aku seorang yang tidak beremosi.

Sekarang aku menuju ke episod 12.

Ok, tu je.
Terima kasih kerana membaca entri aku.







11 comments:

Dakara said...

cis, cerite suspen je, hahaa. mimpi rupenye :D

kopi pasta said...

bhahahha mcm harooom. tergelak ak dibuatnya..ak bru nk tanya 'dia' tu llaki ke mpuan. ak mula2nya suspek llaki. gay gilerr...haha tp smpai part last, LOL pertanyaan awal aku tu jadi tak valid =.='

Razanah Anis said...

awal2, aku dah mcm.. wow... last2.. aku rasa macam nak tendang kau mcm mane aku nak tendang korn dulu.. haishhh..=="

Lina Hamiedah said...

hahahaha.. aq pun mcm kopi jgk.. nak tnya dia tu sapa.. lelaki or pmpn.. terasa mcm gay pun ada.. errrkkk grrrr.. gelak aq dibuatnya.. cisssss

paripariputih said...

aku lebih rela baca novel setebal I LOVE YOU STUPID dari menjadi mangsa ketipuan si amirul verdasco ttg PROSECUTOR SEO die cehhh... menabah jew aku baca dari atas sampai ke bawah =..=

ha fiza said...

fehh permainan emosi baca entri ni lagi hebat dari tengok drama tu sendiri :p

crystalJade said...

nice~

4feet8 said...

ape?
“Prosecutor Seo”?
cess

محمد رازيق said...

hahaha. ko buat aku saapen bro. hikhik. btw terima kasih atas doa tempoh hari. aku tak bais lagi ajar anak buah aku pengamiran n pembezaan! haha

kamal lee said...

Macam baaaa. HAHA
Aku baru nak ber simpati.
nak komen 'bunga bukan sekuntum.'
At last, drama korea?
Haha. Sampai bawak mimpi. Memang tak boleh blah.
Memang kipas susah mati Kdrama la lu mat. Haha. (Y)

Iffah Afeefah said...

boleh tak aku gelak je?

tertipu ceit!