Thursday, January 31, 2013

Aku dan Adik

[Assalamualaikum..]

Sembilan tahun jarak umur aku dah adik lelaki aku, Amien. Jauh la jugak. Masa dia lahir, umur aku sembilan tahun. Seiring dengan tumbesaran dia, aku pulak menjadi semakin matang dan kacak. Matang la sangat..huhu. Aku ingat lagi, masa aku tingkatan tiga, aku pernah lempang Amien sebab merenyukkan kertas folio Kemahiran Hidup. Folio kerja khusus tingkatan tiga yang sangat penting untuk PMR dan aku buat dengan sepenuh jiwa dan raga aku. Sepenuh jiwa dan raga like segala-galanyaku serahkan, paham tak? Dan Amien, atas faktor dendam barangkali merenyukkan masa depan aku begitu sahaja.

Bijak.

Tak dapat menggunakan kekuatan fizikal, dia menjatuhkan mental aku. Lalu, dengan sekali pelempangan, dia menangis. Puas hati aku mendengar tangisan kesakitan kanak-kanak..hahahahaha. Ohh.."That's totally barbaric.." -Hermione Granger-

Dah, itu kali pertama dan kali terakhir aku menggunakan kekerasan kat Amien. Kali pertama, sebab tak matang, dan kali terakhir sebab aku rasa bersalah sangat.

Done.

Kenapa aku tulis pasal benda ni? Dua tiga bulan lepas masa aku kat kampus, aku ternampak ada sorang mamat dengan adik dia. Adik la kot, hidung depa sama rekabentuk. Tetiba, aku teringat adik aku yang tinggal kat asrama. Si abang nih duk tunjal-tunjal kepala adik dia. Macam haram perangai. Aku tengok adik dia baik je. Pasrah ditolak-tolak kepala. Pastu boleh pulak mamat tu cakap, "Eii, aku benci ko.."

Tersentap aku. Kalau la aku ada pertalian saudara, aku sound dah mamat tuh. Menyirap aku tengok. Kot ye pun budak tu buat salah, takkan sampai main tolak-tolak kepala. Bergurau? Kasar bhai gurau macam tu. Ingat ang Jepun ka boleh main ketuk-ketuk kepala?

Aku taktau apa nak cakap. Mungkin sebab masa tu aku jauh ngan adik aku, tetiba terindu. Ecehh..

Aku tak pasti ni atas faktor peningkatan usia ke hape, lantas, naluri kebapaan mula menyerlah *apakah yang aku merapik ni* tapi kalau boleh aku nak buat semua untuk adik-adik aku. Nak belanja makan KFC walaupun takde duit, bawak pegi jalan-jalan, pegi main tenis, siapkan keja sekolah, beli hadiah setiap kali birthday dorang etc.. Mungkin masa dorang ada duduk memekak tepi telinga, berebut remote controller Astro, dan sebagainya boleh menghanginkan korang, tapi bila sampai masa, dorang la yang korang rindu. Lagi satu, tolong jangan lempang adik korang. Nanti korang rasa sangat menyesal. =(

Dah, sebelum aku bertukar menjadi seorang datuk pulak, baik aku stop. ==' Daripada yang membebel kat atas, aku cuma nak cakap, pada yang ada adik, tolongla sayang adik-adik korang.

Ok, tu je..
Terima kasih kerana membaca..

Adios!

Terima kasih ^^

 

15 comments:

Dakara said...

nak jadi orang first!

okay sangat meyentuh perasaan. aku ade 3 adik and sometimes untuk yang bongsu tu kalau boleh aku nak bagi everything yang dia nak huhuu. memang btul kadang2 menyamoah dengan kebisingan diorang, tapi nanti aku balik ostel, tu la yang aku rindu :D

Ety said...

Bro, kau anak sulung ke ? Adik ada berapa org ? Woii ! entry ni buat aku terkesan kot.

Betul wehh. Aku anak sulung, adik-adik aku ada 3 orang. Tapi betul weh, kalau boleh aku nak belikan adik-adik macam2, bwk diorang makan, bwk diorang jenjalan, tapi duit tak de. For now, apa yg aku boleh buat sebagai kakak, aku boleh bgi nasihat bila diorang perlukan aku, aku boleh back up diorang bila ada org cari pasal dengan adik-adik aku.

Memang bila dok dekat, asyik nak bergaduh je. Tapi bila dah berjauhan, mmg rindu. Nak-nak lagi semua dah tak duduk kat rumah sbb semua belajar. Tinggal adik aku yg bongsu tu je kat rumah, temankan mak dgn ayah.

Okay, tacing.

p/s : Sayangi lah adik-adik anda.

WEH ! Nak leleh aku, ni kau punya pasal la nih. Barangkali aku pun rindu adik-adik aku la. Hmm

Fifi Nur 'Aqilah Yusof said...

rindu adikkk.
betul ckp ko, bila jadi yang lebih besar ni, kita mesti usaha nak buat semua untuk adik2..
paling best,bila tengok adik mcm sedih bila kita nak balik hostel even dia pura-pura cool.hahaha...

Lina Hamiedah said...

pertama sekali... aq nak memberi tahu sekalian alam..kepada tuan blog yang aq xdak adik.. yahooo.... aq xdak adik bro!! kau dgr tak tu!xde adik... ekekekeke....

tapi kekadang teringin jgk nak ada adik, maksud aq nak ada adik perempuan, adik laki ke tp kalau nak hensem lg memukau setiap mata memandang la.. hahaha.. itu namanya demand tahap gaban.. klu aq tgk member yang ada adik teringin sgt.sebab bleh buli derang.. hahah,ble ambik duit derang klu kita xde duit... haha aq terfikir mcm tu sebab abg2 aq buat mcm tu dgn aq.. kejam kn derang?? hahhaa..

tp bro lg best xde adik.. hahaha.. apa kita nak smua dpt.. tp skrg aq xdpt ape2 dh.. sebab aq dah kerja sndri .. tiba masa aq plak bg mak pak apa yg derang nak... kalu derang nak aq kawen .. hmmm aq nak buat mcmna?? mgkin susah kot aq nak tunaikan.. ekeke....

btw, dulu2 xpernah rasa nak rebut remote astro nak tolak2 kepala ke hape sebab xde sapa yg aq nak buat mcm tu... tp sekarang ade dah.. anak buah aq... grrr...

sebab itulah aq happy sgt xde adik... xde adik, anak buah pon jdlah... hahahaha

waahhh baik aq buat entri kn?? pnjang sgt ni... selamat menjamu pembacaan anda

Razanah Anis said...

aku adk2... so aku tak tau perasaan org ade adk... so aku tak tau nak komen ape..=="

paripariputih said...

Mirul noona punya jarak umur dengan adik pun 9 tahun, bezanya dua-dua dah tua hahaha (tapi adik noona lelaki)... noona rasa noona ni mmg kaki buli kut... agagaga sebab dia aku tak jadik anak mompan bongsu... tapi dia ni jenis yg tak kisah.... aku tak rapat dgn dia sebab aku garang, yg rajin melayan dia kakak aku yg no 2 tu.. hahahah aku ni ok jer... tapi kadang2 perangai dia yg boleh kata menyakitkan hati tu yg buat aku mentabah.... tapi sekarang ni aku sayang sgt2 anak dia... maybe rasa bersalah kot (tpi mmg dlm ramai2 anak saudara anak dia la yg aku paling sayam eh)... tapi adik aku tu la yg tulun gi renew lesen keta aku ke apa ke... so hahaha aku seorang kakak yg kijam.. tapi tak de la sampai tunjal2 kepala mcm cita ko kat atas ni.. itu kurang ajo namanya.... so walau apapun kita kena sayang adik beradik kita... dan aku percaya kalau dah nama adik beradik tu, secara automatik akan ada perasaan kasih sayang... walaupun tak ternampakkan?? macam tu la jugak aku garang2 tapi adik tetap adik.. darah daging aku.. masakan aku nak ketepikan darah daging... sedang kan kawan2 pun aku sayang kan... pergh.. dah lama rasanya aku tak buat karangan kat n3 ko ni kan amirul.. hahaha now aku ada ko juga sebagai adik aku walaupun kita tak de pertalian darah.. tapi aku mmg dah anggap ko macam adik aku... so klw aku tegur ke hapa muhun jan kecik hati.. sbb itu lah ikatan antara seorang Noona dan adiknya yg bernama AMIRUL VERDASCO :)

kamal lee said...

Aku ada ramai adik. Kekadang mereka sangat menjengkelkan. Dan terpaksa guna kekerasan untuk menghapuskan kejengkelan itu. Muahah. Tapi lepas bace entry kau, baru timbul rasa cintakan adik adik aku. HAHA. *ok tipu* :D

Miss Aina said...

wuwuwuwuwuwu :'( aku nangis bukan sebab apa wey , aku rasa bersalah sebab aku dah termungkir janji dengan adik aku . sebelum aku dpat gaji haritu ,bukan main aku janji kat dy nak beli beg skolah (sandang) sebab adik aku prangai pelik , nak buat hobi kumpul beg2 sekolah yg colourful katanya, aku punya beg skolah dulu smpai rabak la aku guna . sapa pon tak heran T.T

baru2 ni dy pi buat spek baru sbb spek dia hilang a.k.a memg nak bg hilang herr then dy dapat free gift dak2 skolah trmasuklah beg skolah . aku cakap 'ehh takyah dah kot nak beli ? hg dah dapat beg ni ?' dy cakap dgn nada excited tapi ada secalit hambar 'ok takpeje , bt pa bnyk2 beg kan ?'

tapi yg aku bgag , dy pi mgadu kat akk aku yg slung , dia cakap aku mgkir jnji , haihh menyirapp sehh . tapi aku takdelah smpai tahap nak sekeh pala dia . haha cuma lepas baca entry ni aku rasa macam nak belikan jelah sebab dia jelah adik aku satu2nya . :'(

weyy ada connection tak dgn tajuk entry hg ? aku malas dah nak backspace comment ni .terkejutnya ,entry ni yang paling panjang aku comment kan ?ni dah kira aku boleh buat entry kot , haha .:P

p/s: gaji baru masyukk , tapi moment nak kuakan duit dari purse tu adalah yg paling tersentuh sekali aku rasa . haihhhhh !

Cik Pensil said...

no komen.

Amirul Verdasco Nadzri said...

@dakara: well, like i said.. =)


@ety: terkesan? peh..*terharu* kalo ang tengok insiden mamat tu ngan adik dia, serius aku cakap, ang akan menangis..


@fifi: yup, tapi adik aku skang da cool. dulu ye, muka merah nak nangis bila balik hostel.


@lina: aii, riak nampak? haha.. ang ni mangsa keadaan.. sebab tu ang takdak adik..huhu *gila panjang komen ang*


@noona: komen ni tak sehazab yang dulu.. haha apapun, bila dah besar nanti, kita nak mintak tolong sape lagi kalau bukan dgn adik-beradik, ye tak?


@kamal: aku paham sangat dah perangai ang kamal..==' haha

@aina: ok, aku pun sedih ngan cerita ang.. better gi beli r pasal ang dah janji..

kopi pasta said...

err err aku dh lama dah tak mgarang komen sepanjang2 nyer =.=' tp mereka2 atas aku ni still otai cc: ppp, ety

isu adik ni, besala klu anak sulong, time kanak2 mmg emo cket. jujur ak ckp, aku dulu jns cepat marah lg lg klu adik2 aku tu mnangis mmg laju jer tangan aku hinggap kt muka. tp lepas tu mula la rasa bersalah =.=' tp tebus dgn buat benda baik kt mereka. tp bila dh umur smakin mndewasakn dan ak byk tak berada kat umah, aku dh jadi mcm seorg abg yg rilek dan kool. ehh oops terpuji diri sendiri lak..

tp itulah..ikatan adik beradik ptg..diorg jugak yg kan tulun kita nnt klu kita ada mslh. nk harapkan kwn, blom tentu diorg mampu tulun...

apapun sayangilah adik2 tercinta!!

Cik Zaitul said...

ckp pasai adek , aku terasa aku ade adik yang satu tapi jauh dimata..jauh pulak..

aku nak je jadi kecik2 balik , sekurang2 nya aku boleh lak main kejar2 gan adik aku , takpun main polis sentri gan die..
aku sayang adik aku..sebab die je yang satu .
tapi skrg da besar memasing bawak diri,
tapi yang pasti aku sayang adik aku, adik aku sayang aku..

kopi pasta said...

err rasa2nya aku dh mai blog ko ni byk kali dh smata2 nk tgk ko reply komen..tp tak terReply lg rupa2nya =.='

Amirul Verdasco Nadzri said...

@cikzaitul: kalo main polis sentri ngan adik aku, aku akan beralah ngan dia sebab kesian dia takkan dapat kejar aku..huhu



@kopi: depa (ppp, ety) mmg otai. usia mematangkan. ang pun penah lempang adik ang? *gimme five* aiseh.. jgn marah bro.. kalo takde entri updated, aku malas nk reply komen.huhu

Iffah Afeefah said...

apesal sume komen panjang2 ni...buang karen. kbai



#aku ada dua adik pempuan y terlalu dimanja aku agak dan sekarang aku nak alih kasih sayang y melimpah ruah kat adik2 dalam alam maya. so ko nak? ehhh