Sunday, January 27, 2013

Aku dan Mak Cik Itu

[Assalamualaikum..]

Adik aku nak beli selipar jamban untuk dibawak ke asrama. So, sebagai abang mithali, aku ngan pak teman r si kecik nih pi beli kat kedai. Kedai mana?  Sah-sah la kedai selipar, takkan kat kedai emas pulak, ye tak? Haha..

"Err..tak lawak pun, Encik Amirul." *pang!* Itu makan kau.

Baik, sedang aku memilih-milih selipar yang terbaik untuk ke jamban sekaligus boleh dibawak bersiar-siar ke Jaya Jusko, *almakngah, aku sangat teliti ngan selipar..huhu* tetiba pandangan aku terpesona dengan seorang mak cik. Kagum. Dalam usia yang mencecah angka 50-an, mak cik tu masih mampu mencuri perhatian. Macam mana aku tau umur dia dah hampir 50? Aku trace menerusi linkaran kedutan di leher dan jugak di bawah mata..

"Woi, ingat aku pokok balak ke boleh kira umur ikut gegelung kat batang?" Mak cik menyirap lantas melempangiku.

Ekceli, mak cik tu menarik perhatian bukan disebabkan kecantikan ke hape, tapi menerusi pemakaian dia sangat, wow..luruh jantung iolls. Dengan saiz XXL, mungkin XXXL aku bajet, dia berani mati pakai baju ketat kaler hitam macam baju yang pempuan-pempuan muslimah selalu buat inner kalau baju sebelah luar nipis. Cuma saiz besar. Kombo plak dengan seluar skinny. Fulamak, memang tak seksi. Yang aku kesian berserta tak paham, kenapa mak cik tu berani mati pakai macam tu? Kenapa mak cik? Kenapa? Paham-paham la kalau saiz dah terlebih-lebih X, ada la struktur-struktur badan yang terkeluar baris dan lajur. Bila pakai ketat, mula r nampak berlipat-lipat dan berlapis-lapis.

Yang aku tau, pempuan ni selagi mampu, dia nak sorokkan apa yang boleh disorok. Yang aku jumpa pulak, macam selagi boleh tunjuk, dia nak tunjuk. Macam-macam hal. Bukan ke bila seorang pempuan dewasa dah lari kontur badan atas pelbagai faktor, dia akan jadi kurang konfiden dan semakin segan nak dedah-dedah nih. Then, bila suami pakai smart-smart, wangi-wangi, mula la drama,

"Awak ada pempuan lain ye? Wuwuwuwu.. Saya tau la saya dah buruk, saya dah tak cantik, badan dah gemuk, sampai hati awak menduakan saya...wuwuwuwuwu..." Kan?

Aduh, banyak menonton drama aku ni.

Kali ni, aku tak nak bincang soal aurat pasal hal tu masing-masing dah alert. Cuma, atas dasar kemanusiaan, aku rasa sangat tak nice pakai macam tu. Tak elok daripada pelbagai faktor. Umur, saiz badan, agama, mata-mata yang memandang etc lagi-lagi sebagai seorang perempuan. Paham tak maksud aku?

Mujur aku tak pakai spek tadi, maka kurang la sikit ketajaman mata aku. Kalau tak, berkepok dosa aku bawak ke kubur. In case mak cik tu, hypothesis aku, mungkin dia terlebih konfiden. Bangga dengan apa yang dikurniakan barangkali. "I'm proud of who i am,". Tapi, kot ye pun yakin dan bangga, takkan la...err

 Fine, mak cik.. --'

Ok, tu je..
Terima kasih kerana membaca..

Adios!

P/s: Orang badan besar selalunya sweet kan? 
Peramah dan pandai bawak diri.  
Yang kurus kering cam aku nih, dah la 
tak sweet, tak reti pulak bersosial. 
Syakir Rahman is an exception. 
Hiok..hiok











13 comments:

Lina Hamiedah said...

mkcik tu pakai mcm tu?? makcik tu kira power wehh... hahha... ni nak bgtau ni.. rabu lepas aq kuar g mkn ngn rakan spejabat, aq tgk skumpulan mkcik.. padahal 2 org je.. ,pakaian die perrghhttt mngalahkan pmpn k-pop.. geli aq tgk.. xsesuai wehh.. aq sebagai wanita muslim malu jgk kekadang.. xsedar dek umr kn?? hmm.. alamak aq berdosa.. ok.. cukup...

paripariputih said...

Hahahah when you mentioned that makcik, 1st thing that cross my mind was the MICHELLIN's icon siyes mmg lawak, the way you express it...

nasib noona mu tak cenggitu Amirul hahaha bayangkan la klw aku buat mcam tu haru pitam 100 hari 100 malam blogger2 yg mengenali diriku ini yg begitu berharga eh.. hahahha

best aku suka ko dah back ontrack... mohon post n3 byk2 rindu nak komen n3 n3 ko...

^_^

Razanah Anis said...

mohon mak cik tu baca apa yg kau nak sampaikan kat dia.. hua hua hua... *gelak pesen ape entah*

p/s: aku tak puas hati kau promote Syakir Rahman.. awak tunjuk gay awak kat sini Daniel! ok aku dah merapu.. bai..xD

Ety said...

Amboihhh !

Mesti makcik 50-an yang kau jumpa ni, stok stok DIVA gituuu, aww ! :D

Nak bergaya ke, konfiden level tinggi melambung ke, kita faham. Tapi, biarlah berpada-pada ek. Kalau aku yg perempuan ni pun kadang-kadang meluat tengok, apatah lagi korang yg lelaki.

Tapi eloklah golongan macam kau ni, ada golongan lelaki yg lain, suka tgk, katanya rezeki. Haaa, yg tu lain macam la tu. Spare part bagai katanya rezeki. Hehehehe :D

Apa2 pun, senang cerita, ukur baju di badan sendiri :)

sekian, Babyface :)

p/s : Lama rasanyaaa tak comment kat sini. Selamat kembali Abang Kacak ! :D

Dakara said...

hahaa aku pun selalu jugak nampak makcik gaye gitu, siap pakai tudung lagi, yang tu lagi konpius, huhuu.

btw, smuge makcik makcik tersebut dapat hidayah la di kmudian hari

Amirul Verdasco Nadzri said...

@lina: aku rasa ang ada sifat lawak semula jadi.. entry ang lawak, komen ang lawak, teringin plak nk jumpa ang in person..huhu part "geli aq tgk" sumpah lawak..haha. tp betol la ang ckp. cuma aku tak mau tulis. kang org kata aku over plak..huhu


@noona: bila aku baca balik, aah aku macam describe michellin's icon. fail describing org..huhu aigoo, nk post byk2? nanti aku merepek..tak best la..


@rajanah: aku tak pemes. so dia takkan tau entry nih. btw, syyyhhh, jgn cakap kuat2 dol. kantoi mak! hahaha


@ety: aku syak dia ratu kebaya dulu. tp, berpada-padala.. yup tu perkataan yang sesuai. as if makcik tu takde cermin kat umah kan? bukan nak kutuk, tp dia patut tau situasi dia..


@dakara: ok, itu mmg konpius. everything is well mixed..haha semoga dia dan kita dapat petunjuk bersama-sama..amin

Ety said...

Abang acak !

Bukannya kutuk, tapi tegur. Acece :D

p/s : Amboihh kau, kembang lettew aku mengakui kekacakan kau !Tak pe la, aku bagi can malican kat kau, merasa jadi kacak, hot meletopss macam aku. HAHAHAHAHA. *lol* :P

Lina Hamiedah said...

harap2 la kn makcik2 tu dpt bca entri ko ni.. ekeke... klu dia terasa insyaAllah bila ko terjumpa mkcik tu lg ko akn terkejut dgn siap berjubah lg.. hahahah

محمد رازيق said...

haha. ko ngorat tak mak cik tu? tak pun belikan dia baju baru? hehe. yerp aku setuju. bnda2 ni memang kena alert

shuhadaothman said...

lepas ni better ko sparepart kain lebih sikit dalam beg. Then bila jumpak makcik macam tu ko bg terus " Makcik, nah kain. saya ikhlas bagi ni. Stok kain kat rumah saya banyak lagi. Cukup x ni? Wuwuwu " ;D

kamal lee said...

Seperti amaran keras oleh kerajaan tentang penjualan rokok kepada remaja di bawah umur 18 tahun, kerajaan harus melarang juga pemakaian pakaian ketat2 kepada wanita bersaiz XXXL. Haha. Baru adil. :D
Tapi aku respect kat makcik tu sebab berani berfesyen.
Nak fesyen boleh makcik. Tapi jangan terserempak dengan saya. HAHA. Ok bye.

kopi pasta said...

itulah ku pon turut heran dgn makhluk2 XXXL over konfiden tayang muscle2 lembut tu. aku pon taktau mindset diorg mcm mana.. tp kan makcik tu melayu ka? kemain hg usha dia ya. mohon jgn cair =.='

Iffah Afeefah said...

apesal sume org komen kat blog ko pepanjang

sekali lg aku musykil

mohon buat eksperimen sal ni weh