Tuesday, November 20, 2012

Aku & "Terima Kasih"

Assalamualaikum...

......

Tadi aku solat, depan kawan aku yang tengah makan tengah hari, Izad nama beliau ataupun nama komersialnya Pak Jad. Biasalah, duduk berlapan dalam sebuah bilik yang entah berapa kali berapa kaki ni, menyebabkan kebanyakkan penduduknya makan dengan gaya bebas. Aku bersolat seperti biasa sambil telinga kadang2 menangkap gurau senda mereka. Untuk betul2 fokus dalam mendapatkan anugerah kekhusyukan dalam solat, mungkin berat bagi makhluk seperti aku. Banyak faktor yang menganggu-gugat. Yang aku termampu, cuba untuk mendapatkan sebutan yang sehabis baik dalam bacaan dan melaksanakan pergerakan2 yang sepatutnya dengan bersungguh-sungguh.

Selesai memberi salam dan berdoa, sedang aku melipat sejadah, dengan curiousity yang tinggi sambil merenyuk helaian surat khabar alas makanan, tiba2  Pak Jad bersuara,

"Mirul, masa ko sujud hujung jari kaki ko memang tak bengkok (dilentikkan) eh?"

Aku terpempan sekejap. "Selama ni jari kaki aku memang tak dibengkokkan ke?" Terus terbayang sifat2 solat aku yang semenangnya rompong sana-sini. Al-Fatihah tunggang langgang ditambah lagi dengan masalah yang satu ni. Pernah mendengar ustaz berkata, "Sujud tanpa jari kaki dilentikkan boleh menyebabkan solat terbatal..." dan baris2 seterusnya aku terlupa disebabkan kebodohan menganggap diri sendiri pemegang Rekod Daya Ingatan  Malaysia. Langsung tiada catatan dalam simpanan.

Aku memandang Pak Jad dan Pak Jad memandang aku. Dua2 tau akan hal ni. Aku yakin sebelum2 ni aku dah lentikkan jari kaki semasa sujud. Terus aku menggugel, mencari kepastian. Salah satu rujukan, klik sini. Insya-Allah, solat aku tak terbatal kerana hal ni. Dalam hati, aku bersyukur kerana dua perkara, solat selamat dan masih ada sahabat yang prihatin dengan ibadah sahabat yang lain.

Terima kasih, Pak Jad atas teguran!
Saranghaeyo! (eh..2x)

Ok, tu je!
Terima kasih kerana membaca entri aku.

Adios!  

Dulu penah semak bacaan Al-Fatihah depan 
ustaz masa umur aku 19 tahun.
Awal Bismillah pun dah salah sebutan.   
Huhu.. 

6 comments:

Anonymous said...

ahhhahaha, aku x pernah kne tegur, tpi waktu semayg jemaah kt sekolah dolu2, ustaz aku yg bengkok kn jari kaki aku, lpas dari tuh, tiap kali sujud je, mesti aku x lupa XP

Unknown said...

bestnyer dpt kwn y slg menegur..dr y buat xtw je kn..^^

Unknown said...

Salah satu solah aku selalu tak khusyuk pasal ni lew, dok memerhati ibu jari anak aku, klw kiterang solah jemaah taip hari jumaat masa ada kelas al-quraan.

Aku pun dulu lama gak, dlm 5-6 bulan x leh nak lentikkan ibu jari tu.. sebab mcm rasa terseliuh... semoga solah aku diterima walaupun cenggitu....


محمد رازيق said...

alhamdulillah bro. kau dapat kawan yang baik, yg tegur ko untuk kebaikan bersama. bayak yang masih kita semua baiki dalam solat. perkongsian yang baik

wonDering WandeRer~~ said...

kawan yg menegur kesilapan lagi bagus dari kawan yg suka memuji...

ღ♥ H I D A H A J I R A ♥ღ said...

lame xjalan sini...