Wednesday, September 28, 2011

Aku & " Cerpen 'Liya' "

Cubaan pertama aku dlm bidang penulisan. 
  "Liya"
Bahagian 1:
 Liya menggagahkan diri menapak ke tingkat tiga Kolej Seri Menanti . Dia mahu segera sampai. Namun tiba di aras dua, dia terjelepok di penghujung tangga. Kakinya tidak mampu lagi melangkah. Habis bertaburan buku Statistik beserta nota-nota yang disimpan kemas dalam sebuah fail. Air mata yang diseka sedari pertemuan dengan Faez tadi mula berguguran. 

“Ya Allah, Liya, kau terjatuh ke??” Farzana bergegas menuruni anak tangga mendapatkan Liya. Bukan lagi menuruni, tetapi terus melompat melepasi 10 anak tangga, lantas mengemas nota-nota yang berselerakan. Kemudian dia membantu Liya yang seperti kehilangan punca menuju ke bilik. Terencat niatnya hendak ke kafe. “Liya, kenapa senyap je ni? Kau ok tak?” Farzana meletakkan fail nota Statistik di atas meja. Kemudian melabuhkan punggung di sebelah gadis yang sedang tersandar di birai katil. Di tahan-tahan air matanya supaya tidak dilihat Farzana. 

“Aku ok. Tadi jatuh sikit je. Terima kasih, Ana,” jawab Liya perlahan. 

“Kalau ok, kenapa aku tengok kau lembik semacam je?? Kau demam eh?” Farzana meletakkan tangan ke dahi Liya. Tak panas pun. “Kau dah makan?” Liya hanya mengangguk lemah, langsung tidak memandang ke arah Farzana. 

“Aku risau la tengok kau ni. Pelik betul. Liya, cakap dengan aku, kau ni kenapa? Markah Statistik kau jatuh ke? Kau jangan nak buat drama Tamil dengan aku macam minggu lepas. Konon dapat rendah, tapi 90%. Rendah la sangat. Aku tak suka tau tengok kau berlakon macam tu. Nak-nak kau berlakon dalam drama Tamil. Aku tak layan drama tu.” Ada nada lucu dalam bebelan Farzana meskipun dia tak berniat untuk berlawak. Liya masih membatu. “Aku malas nak tanya kau lebih-lebih. Karang kau ingat aku ni Inspektor Aleeza pulak. Nak soal siasat bagai. Aku bagitau Faez eh?” Farzana mencapai telefon bimbit.

“Jangan!” Liya menerpa ke arah Farzana. Lantas memeluk teman sebiliknya itu. Ketika ini, barulah air matanya berhamburan. Farzana mengusap-usap belakang Liya untuk menenangkan. Dia turut menangis sama walaupun tanpa mengetahui punca sebenar. 

“Kenapa ni Liya? Kenapa? Bagitau aku, Liya, bagitau.” Soal Farzana dalam esak tangisnya. Otak ligat membuat hipotesis. Tiba-tiba dia melepaskan pelukan, terus memegang kejap bahu sahabatnya. “Kau cakap dengan aku, siapa yang dah dajal kau? Biar aku ajar dia!” Tubuh Liya digoncang-goncang. Kedua-duanya masih teresak-esak. Namun, soalan Farzana hanya disambut dengan gelengan. 

“Liya, dengar sini. Kalau kau tak nak bagitau aku, kau jangan cakap dengan aku sampai bila-bila.” Farzana melepaskan pegangannya. Dia menuju ke pintu bilik. Sebaik pintu bilik dibuka, Liya memeluknya kembali. “Jangan pendam, Liya. Bagitau aku,” rendah sahaja nada Farzana. Dia hanya berdiri kaku. Namun air matanya masih lebat menitik. Mengharap jawapan daripada Liya. 

“Apa guna aku jadi kawan baik kau kalau semua masalah kau nak tanggung sorang-sorang? Kalau pun aku tak boleh tolong selesaikan, sekurang-kurangnya kau boleh kongsi masalah dengan aku. Kita boleh sama-sama cuba selesaikan.”  Farzana pula teremosi. Dia cukup bengang dengan  perangai Liya yang satu ni. Suka berahsia.

“Ana……”pelukan Liya semakin kejap.

“Cakap Liya.” 

“Fff..faa..ezzz..” 

“Faez??” 

bersambung

p/s - for those yg bace/terbace citer nih, sila komen ye..tq!

No comments: