Monday, June 25, 2012

Aku & "Sunan Musafir by RAM"


Assalamualaikum..
......

Aku baru selesai baca novel Sunan Musafir tulisan Ramlee Awang Murshid (RAM). Dekat seminggu dah habis baca. Tapi aku mengambik masa yang lama yang mengarang entry ni. Aku nak buat ayat sempoi2 je, tapi ntah la, cam susah pulak *sigh*. So, sila cuba dengan sedaya-upaya membaca dengan tone sempoi ok??

Cun!

Ok, bermula dengan Bagaikan Puteri, aku menjadi ketagih mengikuti sambungan novel ni sampailah yang terakhir, Sunan Musafir. Tujuh tahun masa yang diambil untuk RAM menyudahkan setiap sambungan. *wow*

Diasingkan menjadi dua trilogi; 
Trilogi pertama: Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, dan Hijab Sang Pencinta. 



Trilogi kedua: Cinta Sufi, Sutera Bidadari dan Sunan Musafir.



Daripada aku tingkatan tiga (misai tak tumbuh lagi), sampailah aku nak masuk 22 tahun (dah berjanggut). Daripada PMR sampai nak masuk degree. Fulamak.. Aku nih seorang yang penyabar jugak rupanya..huhu.. Bangga dengan diri sendiri. Tapi, RAM ni rasional. Dalam tujuh tahun tu, dia tak membiarkan peminat fanatik seperti aku menanti sebijik2 siri ni. So, dia selitkan karya-karya yang lain macam Ungu Karmila, Mikhail, Rayyan Fantasi, Fiksyen 302 dan.. hmm yang lain aku tak ingat.

Tapi, siri Bagaikan Puteri ni tetap karya terulung RAM bagi aku. *pose tabik*

Sinopsis Sunan Musafir:

>>>Pengakhiran kepada 5 novel sebelumnya, Saifudin memutuskan untuk ke Inderipuri, bagi bertemu dengan Sang Dewi, yang dikatakan isterinya yang masih hidup. Pada masa yang sama, Laksamana Sunan itu mahu melunaskan tanggungjawab menghantar Maryam ke tempat asalnya. Bersama-sama Indera, Panglima Awang Bagan, Maryam dan Abdul Rohman, mereka merentas muka bumi. Berdepan dengan makhluk ghaib, kejahatan dan situasi yang tidak terjangkau dek akal.

Siapa yang dapat mengetuk pintu hati Saifudin sekaligus meraih cintanya, selain Ratna dan Haryani; Maryam ataupun Luna? Bagaimana hubungannya dengan bangsa Polips yang telah berkecil hati dengan tindakannya berpihak kepada Raja Roman disaat kematian baginda?

Pada 1531, Saifudin sudahpun menjangkau usia saparuh abad, menghabiskan usianya mengabdikan diri kepada Allah. Namun, semangatnya untuk menegakkan agama Allah tidak pernah luntur meskipun sudah meninggalkan gelanggang pertarungan kerana kejahatan tidak pernah berdiam diri.

Pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, yakinilah, Allah itu mencukupi segala-galanya.  Sunan Musafir akan mengakhiri setiap persoalan yang belum terjawab. <<<

#1. Setiap sambungan, RAM akan mewujudkan watak2 baru, termasuk la dalam Sunan Musafir. Dari yang baik contohnya, Andika, Gadul, Sayed al-Mutakhir, Bangkas, Mukhlis sehingga yang berpihak kepada kejahatan seperti Panglima Deris, Qishahir, Origa dan Prayuga. Juga mewujudkan latar tempat yang baru seperti Alam tidak Berdinding, Alam Gualis dan Pesisir Laut Hitam.

#2. Bermain dengan ‘ruang dan waktu’ dan bertemakan ‘cinta dan air mata’, kali ni RAM juga mendedahkan kisah hidup dan siapa sebenarnya Ratna, mantan Ratu Sulaman. Babak pertarungan masih dikekalkan dan nilai2 keagamaan sentiasa menjadi teras pembangunan plot novel ni. Aku dapat feel yang watak Sunan ni dah berusia dan semakin matang walaupun Sunan ni pemikirannya sememangnya dah matang dari muda lagi. Tak lupa, permainan emosi menerusi watak Maryam…sob3x. So, cewek2 sekalian, kalo anda kena reject dengan partner masing2, sila ye mencontohi watak Maryam. Adab untuk jeles pun ada..huhu

#3. Watak utama dalam sambungan terdahulu seperti Haryani, Dani dan Saliha juga dimasukkan kembali walaupun sekadar beberapa ketika bagi memastikan segalanya berakhir sempurna, dibantu oleh Saifullah yang menjadi satu2nya saksi yang masih hidup.

#4. Cuma, satu yang aku agak frust, Haryani, watak utama dalam trilogi yang pertama.  Mungkin sebab aku dah jatuh hati dengan watak dia.*blushing* Walaupun berjaya mendapat cinta Sunan dalam Hijab Sang Pencinta, akhirnya dia masih bersendirian.. Senang cakap, aku nak tau dengan sape dia kahwin.. ?? Kesian dia..huhuhu

Memetik pesanan Laksamana Sunan; “Jangan marah kerana marah itu nafas syaitan. Maka, berusaha untuk ikhlas dan redha”

#5. Feveret aku, trilogi yang pertama. Lebih banyak aksi, pertarungan, musuh, ‘keajaiban’, jugak humor.. Sangat adventurous.. *berangan habis masa aku baca* Sesuai dengan umoq Sunan yang masih belia. Trilogi kedua lebih bermain dengan emosi.

Siri Bagaikan Puteri ni sangat la best. Lagi best dari buku Biologi tingkatan 5. Cintan-cintun tipikal novel kat Malaysia langsung takde dalam novel RAM. So, lelaki yang bajet macho tak layan novel jiwang boleh layan novel2 ni ok. *jaminan kemachoan terpelihara* Disamping bercinta, nasihat, panduan, dan suntikan semangat Islam tu sangat dititikberatkan. Cinta kepada Allah didahulukan, barula yang lain2.. Get the point?

So, korang2 semua, aku paksa korang beli..hahaha.. Mana tau, RAM buat boxset ke. Doa2 la ye. Untung tu nak banding ngan aku beli satu2. Jimat duit, jimat masa.. haha

Ok, tu je.

Silalah ke kedai buku kat rumah ampa..  Beli terus 6 buah. Jangan risau, aku promote ni tak dapat komisyen pun..haha

Adios!

22 comments:

Unknown said...

gila kentang ko habiskan smue novel nih...ak bca novel mmg trus lentok tertidoq hhha..stakat ni novel yg aku khatam dgn berjayanya ayat2 cinta dgn berteduh dulu(err betul kot tjuk die) karya faisal tehrani (ye kot, lupa kahkahkah)...:P

yg ko citer kt atas nih spoiler..sapa yg blom bca novel ni mmg spoil mood nk baca klu die bc n3 ko nih..hahaha

http://encikcopypaste.blogspot.com/

Unknown said...

oh lupa..tambahan..ak still nanti2kan n3 ko yg ada lukisan tuh..huhu :P

Ety said...

weh weh . kau layan RAM jugak ? aku ni, tak suka baca novel, tapi kalau novel RAM mmg aku laju.

aku layan trilogi ni smpai hijab sang pencinta je. lepas tu aku lost terus.

tapi karya2 RAM mmg ohsem gila wa cakap lu :D

shark said...

hai tuan tanah..:)
saya shark..so salam kenal dari saya yg jugak peminat fanatik RAM..

BUKU2 YG TRILOGI TU SAYA X BACA..TP TRILOGI UNTUK TOMBIRUO MMG SAYA IKUTI..

TERBAIK!!
sy pun mmg x layan sgt cerita cinta picisan ni..tp RAM..penulis terbaik mesia..seriusss!!:)

Tinta Maya said...

Peh jrg ar lelaki berstatus kaki novel , tak kire ar novel pape pon . aku minat novel yg sempoi-2 dan sweet je , kalo novel RAM ni , sumpah aku mengantuk nak baca . maybe sebab aku tak suka ayat-2 pujangga yg buat lidah aku berbelit dan ambik masa duatiga minit nak pahem satu ayat. diulangi SATU AYAT . hek hek :D Papepon aku sokong mu dari blakang (eh,tetibe) chill :D

JaNnaH said...

ha 1 geng gan abg guwa. pe la best RAM ni.. humm kulit novel cm cite hikayat plak.... huhuhu

pet said...

tudia.. novel skali mai :P

ღ♥ H I D A H A J I R A ♥ღ said...

oit murid...nak pinjam!

Amirul Nadzri said...

@encik kopi: apa daaa berteduh dulu.."tunggu teduh dulu" haha..citer berat tu.. pepun, tq..aku tak tau plak entry tu sejenis spoiler..tsktsk. aku takde idea la nak buat entry kartun2 tu..huhuhu

@ety: tau takpe. laaa..apsal lost? sila ke kedai buku sekarang..haha.

@shark: anda ni alongkah? huhu.. kita terbalik r. aku tak baca trilogi tombiruo..huhu yup, RAM nih memang ohsem writer kat mesia.

@jannah: kitorang memang kawan dari kecik..hahaha.. cite ni best! cepat2 pegi kedai buku.. memang cam hikayat sikit.. epik la.

@oopet: kann.. tu baru sikit..huhu

@sifu: sila kontek2 ok.. aku pun nak pinjam Pergilah Sepi..

Qween: said...

aku pon minat gilaa ngan novel RAM nihh!!...novel bagaikan puteri tu aku lehh abisz lam 2 ari jew..aku sndiri pun tak sangka,sdgkan aku ni bkn kaki nobel pon...ahahaa^^

Unknown said...

ohhh ak teringat blk...tunggu teduh dlu..hhaha...kn aku dh habaq aku lupa, dh lama kot ak baca...dh la ak pinjam dr member ak jer..kikiki

Unknown said...

hohoy kau ni macam bf aku..minat gila RAM ni..ciap pomote kat aku suh baca skali, haha :D

ღ♥ H I D A H A J I R A ♥ღ said...

nak pinjam external sekali.nk sedut movie..wakaka...wokeh bereh boh

Unknown said...

wallaaa.. ai jgk blm dapat beli Sunan Musafir... *sob-sob-sob*

wonDering WandeRer~~ said...

aku bru habiskan novel tu last week....sedih + happy...:) jatuh ranking harry potter jd no2...huhu

wonDering WandeRer~~ said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Hari ini saya beli 18 buah novel RAM. Tp bagaikan puteri tade :-(

Azizi Ahmad Giji said...

Ada satu novel RAM tajuk Sunan...

Amirul Nadzri said...

@aziziahmad giji: Sunan: Nanggroe Sang Kembara ke? I've read that one. Agak kecewa la, lagi2 aku beli yang hardcover..huhu

Azizi Ahmad Giji said...

Ya, mahal tapi sy x baca lagi novel tu... Hehe

Anonymous said...

Dwi trilogi ni mg terbaik..xprnh jemu menunggu utk baca..salute to RAM
Sunan dh jadi idola.. :)

Unknown said...

Lepas sunan nanggroe sang kembara, RAM sambung dgn cinta nan sakti. Sedih gile habis dh citer sunan tapi skrg tgh rotate balik sbb sunan dan cinta nan sakti tu kisah sblum bagaikan puteri. Admire btul dgn ram. Mcm citer ni x berkesudahan tapi sbnrnye dh sudah huhu. The best penulis yg pernah sy jumpe. Segala puji bagi Allah..