Monday, November 21, 2011

Aku & "Nicol David Wins Hong Kong Open 2011"

Assalamualaikum!

(Sila abaikan penyalahgunaan perkataan atau laras bahasa)

Datuk Nicol Ann David terus membuktikan beliau adalah pemain squasy terhebat apabila berjaya mengetuk dgn kemas pemain Mesir, Raneem El Weleily straight sets dlm final Women's Cathay Pacific Sun Hung Kai Financial Hong Kong Open 2011, Hong Kong, China.

Datuk Nicol mara ke final setelah mengayamkan pemain tuan rumah, Annie Au dlm pertarungan empat set selama 45 minit pd perlawanan semi-final.

Namun, perseorangan kedua negara, Low Wee Wern pula gagal menjinakkan Raneem meskipun sebelum ini berjaya mengibas pilihan kedua dr England, Jenny Duncalf pada pusingan kedua sebelum menendang keluar pilihan ketujuh dari Perancis, Camille Serme pd suku akhir.

Bagi saingan lelaki, harapan negara hancur berkeping-keping apabila pemain no.1 negara, Mohd Azlan Iskandar tumbang di tangan pemain Mesir, Karim Darwish pd semi-final. Azlan yg juga berada di rangking ke-13 dunia gagal mengekalkan rentak cemerlang menhumban pilihan keempat dan ketujuh yang juga pemain Mesir sebelum melangkah ke separuh akhir. Saingan lelaki dijuarai pemain England, James Wilstrop.

Mr.Verdasco: Azlan ngan Wee Wern menunjukkan peningkatan dlm permainan terutama Wee Wern. Tahniah.

2 comments:

wonDering WandeRer~~ said...

ohh..da bulis jd wartawan da nie...gaya2 seorang pengulas berita dlm akhbar..hoho

aMirul said...

haha, tq2.tp still fail to make it more interesting.