Monday, November 7, 2011

Aku & "Nicol David Wins Sixth World Open Title"

Netherlands, 6 Nov – Juara dunia lima, Datuk Nicol Ann David akhirnya berjaya mengesahkan dengan penuh bergaya persis Tyra Banks, kejuaraan buat kali keenam dalam Kejohanan Squash Terbuka Dunia yang berlangsung di New Luxor Theatre, Rotterdam, di sini, sat tadi. Nicol tanpa teragak-agak apatah lagi berasa konfius menumbang serta melanyak habis-habisan pilihan kedua Jenny Duncalf dari England dalam perlawanan selama 28 minit. Baguih no.

Ternyata, Duncalf kelihatan bukan lawan sebenar Nicol apabila tewas mudah straight sets. Dengan kemenangan ini akan mengukuhkan lagi kedudukan Nicol sebagai pemain nombor satu dunia sejak 2006 dan juga sumber kewangan beliau dengan habuan sebagai juara dunia. Untuk berita lanjut, sila pi ka website, squashinfo.com.




Tengok, menang mudah!

Si Kacak: Congratulation, Datuk, for your sixth titles of Women's World Open 2011! Muahhhh!!!

Credit to:squashinfo

No comments: