Sunday, February 24, 2013

Aku dan "Vokal"

[Assalamualaikum..]

Aku suka menyanyi. Daripada lagu Melayu, Inggeris, Sepanyol, Korea, Jepun sehinggalah kepada lagu tema York Cooling King aku bedal semuanya. Walaupun aku tau suara aku ibarat petir membelah bumi. Melontarkan vokal dengan sepenuh tenaga dalam larutan penghayatan sangat memuaskan hati aku dan juga para peminat. Kadang-kadang aku terfikir, bagus jugak kalau aku mendaftarkan diri ke kelas vokal. Hmm.. *otometik terasa otakku begitu bijak bistari* Lantas aku menyalurkan buah fikiranku kepada permaisuri agung dengan nota-nota hujahan balas lengkap di dada.

"Mak, nanti orang dah abis degree, orang daftar kelas vokal eh?" 

Mak buat tak kisah sambil melipat kain. Cuma libasan kain batik bagi meluruskannya kedengaran agak berdentum. Tak setuju le tu..

"Awak nak buat apa masuk kelas tu. Mahal kan?"

Hujah yang pertama bersedia.

"Ala, sementara orang nak dapat keja, orang boleh pegi audition Mentor..hehe"

Mak berfikir.

"Mak hantar awak pegi Darul Quran la. Boleh belajar tajwid ngan taranum.."

"Erk.." Nota hujahan balas yang tersemat di dada jatuh berguguran ke lantai..
T__T  *air mata keinsafan*



Ok, tu je.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Adios!

12 comments:

kopi pasta said...

uhuk2x.....yes! first! pertama! 1st!

mohon hg pi melanjutkan usia di darul quran tu...bgi smantap mungkin vokal tu. kmudian rekrut aku jadi protege hg...mhahaha

tunjuk ajarku sifuuu...

Anonymous said...

penuh makna ayt mak ko 2 c kacak.. Aq setuju sgt.. Dr ko g blaja vokal baik g blaja ngaki quran.. Kata nak taubat....

Waa org kat atas aq ni penuh kegembiraan jd pgomen yg 1st..kah3...

Anonymous said...

aiii asal nama aq xda.... Ok3... Lina c comel..

Lina said...

hihihi.. klu aq jd mak ko pon aq akan buat perkara yg sama weh... ko kata nak taubat?? ni asal lak nak tetiba blaja vokal?? kah3

sama2.. aq suka membaca

Dakara said...

er haha. stylo sungguh mak ko. dah tu nak teruskan ke tak cita cita kelas vokal ko tu? haha.

tapi sebenarnye aku pun suka melalak, hahaa =="

Fatin Nadia said...

terus menusuk kalbu! haha

Razanah Anis said...

err.. sedikit sentap and insaf.. T_T

Miss Aina said...

Weyy kita geng! minat melalak. kelas vokal? hahahaha. aku setakat dalam jamban bolehh arr. mesti suara hg sedap kan ?

sweet je mak hang ber awak awak ye. ahaha tapi orang kata, naluri mak tu selalu betoi. mana nak taw lepas hg pi darul Quran tu hg terpilih masuk program imam muda ka? untung tak untung bakal istri hg wehh ? hihi :)

4feet8 said...

nanti dah terer, buka kelas ye.. nak daftar belajar taranum..

Amirul Verdasco Nadzri said...

@kopi: bagus..mesra, cepat dan betul..huhu kopi, apa kata kita sama-sama melanjutkan usia kat situ.. ang pun bukan makin muda.. huhu


@lina: aku bertaubat perkara lain. yang ni belom..eh *petir berdentum*


@dakara: tak ah.. tu aku main2 je. mmg harapan la nak masuk kelas tu..haha


@fatin nadia: kan?


@rajanah: ang pulak sentap?


@aina: aku pun level jamban jugak..haha suara aku okla..time nyanyi ok, time bercakap, gagap..*kesian*: aku pun taktau mak aku begitu sweet..


@empatkakilapan: baik ang pi daftar terus kat sana. konpem terjamin ilmu yg ang dapat..huhu

Iffah Afeefah said...

lu pesal sadis sngt

tapi terbaikla mak ang

mohon insaf lalalala

SaL-IrisOfDeath said...

Haha, nasihat berharge dari mak ko straight to the core! Moge ko berjaye belajar vokal ye. haha