Tuesday, February 26, 2013

Aku dan "Faham dan Nilai"

[Assalamualaikum..]

Kita nak tunjukkan kebenaran. Kita nak tegakkan yang haq. Tapi, perlu ke kita membingaikan orang lain? Memaki, mencarut, menuduh orang itu dan ini, merendah-rendahkan tahap ilmu orang sedang kita hanya tunas yang baru hendak menjadi pucuk. Hendak bergasak dengan mereka yang sudah menjadi dahan yang kukuh, disokong akar yang teguh terpasak di bumi, berselirat dengan daun dan duri serta penuh dengan kesan torehan.*maap, kalau terlalu berkias*

Aku tak faham. Tak boleh ke kita tunjukkan kebenaran dengan cara yang terhormat/cara yang bijak supaya kebenaran itu tidak tercalar sikap yang buruk.

"Kebenaran tetap kebenaran, bro! Akan kantoi juga suatu masa nanti!!" Suara penunjuk perasaan.

Ya, aku tau, kebenaran tetap kebenaran!*muka bengang tapi masih kacak*

Anak muda berdarah panas. Ya, panas. Mungkin terlalu panas sehingga diterjemah melalui tulisan yang boleh mem'bodoh'kan akal yang bijak dan menghodohkan rupa yang cantik.*belek-belek muka kat cermin*

Pada aku, tak salah orang muda, yang masih belajar nak berpolitik. Cuma berhati-hati lah sikit dengan sensitiviti orang terutama kawan-kawan. Kerana politik, yang dah berkahwin berpuluh tahun pun boleh bercerai, inikan pulak persahabatan yang baru terjalin. Setiap orang ada tafsiran dan pegangan tersendiri. Ada yang senyap tapi menilai, ada yang bising tapi sekadar pak turut. Tak perlu membingaikan orang lain. Ajak menilai dengan cara yang baik bukan ke lebih baik?  

'Salah di mata kalau tak nampak, salah tafsiran kalau tak dinilai' -Sharifah Abu Salem- *kantoi layan Trilogi Cinta*


**Bosan membaca status politik kawan-kawan di facebook.
**Bingai mungkin perkataan kampung sebab tak ada dalam Kamus Dewan edisi ketiga..huhu Digunakan untuk mengutuk seseorang.

Ok, tu je.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Maaf kalau tersalah kata.
Aku jugak masih belajar; memahami dan menilai sesuatu perkara.

Adios!



8 comments:

kopi pasta said...

err, aku taktau nak komen mcm mana. so, aku angguk2 kepala tanda setuju..mhahaha

tapi yg aku nampak la. yg sokong bermati-matian sesetengah parti politik tu, sbb ianya kelebihan kpd nya tapi mereka tak menilai secara telus dan halus tentang perjuangan yg dibawa parti politik tu...

igt, sokongla ssuatu yg boleh menjaga bangsa dan agama kita utk jangka masa yg lama. anak cucu cicit nk merasa juga nikmat tu

Ety said...

Aku pun tak tau nak komen apa. Sebab isu ni berlaku kat hampir semua tempat, esp IPTA.

So far, kawan-kawan terdekat aku tak da la yg terlibat dgn politik ni. Tapi ada nampak la mata-mata yg gigih pertahankan yg biru, merah, hijau, kuning, purple dan pink bagai.

Takda masalah nak berpolitik. Cuma kalau terlalu obses dan ultra, dalam usia masih menjadi pelajar ni, kelak akan memakan diri. Darah muda, kalau tak boleh dikawal, kang meletup, sendiri yg susah.

Betul cakap Kopi. Sokonglah sesuatu yg dirasakan boleh menjaga anak bangsa untuk jangka masa yg lama, sbb politik ni salah satu keperluan dalam pembentukan negara yg lebih maju.

:)

psst : For the time being, tak dpt nak update entry. Semua yg ada tu pun, autopublish je, Sbb dah start busy sikit dengan sem baru. Mood blogging tak mai la pulak.

Yg Benar,
Babyface :)

Iffah Afeefah said...

NENONENONENO

amirul dalam kecemasan

lekas2 ambulans

nanti aku bawak ridsect

kite p bunuh sume y bingai tu ye

sembur je kompem terus unfren

xdela mata ko yang kacak ehh sakit LOL

Dakara said...

hmm nak menegur orang lain tu memang niat yang murni, tapi bila diselitkan dengan cacian dan makian, bukanlah sesuatu yang boleh dianggap murni.

same gak dengan parti A kate parti B teruk, kafir whatsoever, bukanlah cara yang baik.

ayah aku pernah pesan, matlamat tak menghalalkan cara. so matlamat nak menegur takkan menghalalkan segala cacian dan makian.

nak berpolitik silakan, tapi jangan terlalu taksub, biasa biasa sudah.

peace :D

Miss Aina said...

*bunyi cengkerik*...................

yang pasti mak aku cakap 'hang nak sokong mana ka, nak bergaduh lawan bertumbuk dengan pihak lain ka, duit sara hidup , kita sendiri jugak kena cari. takyah nak pompang sana sini. bikin hevokkk je'

yeayeyeye seronoknya tak layak mengundi lagi.. serabut kepala aku sebab tengok 'menatang' ni kat FB, TV apatah lagi. yang tu kata yang ni, yang ni kata yang tu. Dr Amirul, dalam firasad Dr. bilakah permainan dunia politik ini akan tamat ? teeettttt. Dr lambat. jawapannya.... Hari kiamat :'(

Amirul Verdasco Nadzri said...

@kopi: aku setuju. itu yang aku nampak sekarang. terutama yang membabitkan perkara-perkara yang percuma. sangat teruja nampaknya.


@ety: turut bersetuju ngan ang. takpa, ang update la bila ada mood.


@toffa: bila kita unfren, dorang kata kita tak buleh terima kebenaran. padahal, kita tengah berbulu dgn status dorang..


@dakara: modesty is the best policy, isn't it? tolong betulkan kalau salah..huhuhu


@aina: ang tanya, ang jawab. bagus sungguh tindakan mu..haha betul la jawapan ang tu. selagi wujudnya nama negara, permainan politik takkan berenti. ni bukan masalah dah boleh mengundi ke tak. tapi masalah pendekatan yg orang ambil utk menegur..=='

Lina said...

Ya, aku tau, kebenaran tetap kebenaran!*muka bengang tapi masih kacak* ko mmg kacak!! aq xdpt bendung lg.. ehhh

kwn aq kata aq berdara sejuk.. tp apa kaitan dgn entri ko kn?? lalalalala

mcm yang ko sedia maklum kat blog aq.. "AQ XPNADAI POLITIK DAN XMINAT LANGSUNG NAK TAU HAL POLITIK.. " aq mmg tak tahu menahu pon.. tp pasal BR1M aq tau.. hahaa...

biarlah dia dgn hal politik dia.. jnji kita xnyusahkan org.. btw ko dah daftar mngundi ke?? aq dah dftar, tp kn nama aq xde pon dlm senarai daftar mengundi.. adakah IC aq telah di palsukn?? grrr.. mentabah je aq klau aq ni pndatang... belek2 cap ic

paripariputih said...

aku baca dan ignore org yg taksub dgn politik ni... kadang2 tu mcm hape jer baca komen2 derang tu.... tak ambik tahu pun x boleh... so nak tak nak kena la baca maki-makian status yg semakin berani di dada2 wall fb... kan... hebat konon...

apapun aku sependapat dgn ko mirul... sebab politik adik beradik, suami isteri, anak beranak, jiran tetangga, rakan taulan boleh jadi musuh... apa pun aku sependapat dengan MIKO jan bila negara, maruah, tanah tempat lahir tergadai... baru nak menyesal... masa tu tak payah la... ko tulis dengan dakwat darah kat FB ni pun tak guna dah... nasi dah jadi kanji.. satu apa pun x leh pakai... sekian....