Thursday, February 28, 2013

Aku dan "Recap Semester 1"

[Assalamualaikum..]

Kejap je cuti sem habis. Seperti makan Maggi Asam Laksa. Bila dah habis, tak cukup pulak rasanya.  Lagi dua hari, aku dah kena balik Shah Alam. Kalau mak aku dengar, mesti beliau cakap, "Banyak sangat tido, sebab tu la cuti jadi sekejap.." wuwuwu..  4hb nih dah start kelas.

Jadi, kali ni, aku nak recap sikit kehidupan aku masa semester 1 (semester 2 dalam slip) baru ni. Penuh suka dan duka wa cakap lu, menempuh ranjau berduri dan merentasi ombak yang membadai. Penuh dengan konflik. Wah..sungguh drama. Adakah semua student Analisis Forensik juga hidup berdrama swasta seperti aku? Harap bertabah. *Mohon cancelkan bahagian beranjau semua tuh.*

Baik, pada sesiapa penah terbaca entri yang ini, maka mereka akan mengetahui bahawa aku mengalami masalah mencari kelas dan makmal err..juga tandas lelaki kerana Fakulti Sains Gunaan di Shah Alam adalah sangat besar. Banyak kali jugak aku mempertikaikan pelan fakulti, seolah-olah aku adalah arkitek yang sungguh berjaya. ==!

Baik (untuk kali kedua =='), untuk julung-julung kalinya, aku akan memperkenalkan barisan teman lelaki sewaktu di kolej ataupun lebih afdal disebut teman sebilik bagi mengelakkan fitnah. Haha..


Lajur 1: Zubair, Amin, Tok Wan, Aku
Lajur 2: Nadzrin, Ayie, Isyam, Pak Jad

Sepanjang aku duduk hostel/kolej, dorang ni roommates yang paling awesome. Zubair, Amin ngan Ayie, aku baru kenal since dorang dari UiTM Merbok. Yang lain semua stok budak-budak Pilah. Pak Jad berasal dari Korea katanya..Jhahaha Jadual kelas kat whiteboard dia tulis dalam Bahasa Korea...*aku syak dia kopipes jek*

Since kitorang takda orientasi kitorang ada program sukaneka peringkat fakulti. Sebagai seorang yang berpengalaman dalam acara baling selipar peringkat antarabangsa, aku harus menyalurkan khidmat bakti menerusi acara tuju tin. Benda yang sama. Cuma susunan selipar tu tukar dengan susunan tin air. Formation 4,3,2,1 kalau tak silap. Tuju tin ngan opponent still menggunakan selipar.

Ni wakil Forensik (FORSIS) yang jugak budak bilik aku..haha 

Selepas melawan dengan penuh semangat kesukanan, kitorang lepas final. Yosh! 
Semangat bergambar macam main ragbi jek. Hahaha... 
Lawan Biocomposite pulak. Kali ni, kitorang kalah.. Beza masa bertahan.
Dorang bertahan lama sikit sebelum semua mati..wuwuwu 


Sekarang masuk bab study pulak. Sem ni aku amik 22 jam kredit bersamaan 7 subjek. Paling sakit,  hari Selasa. Kelas daripada pagi sampai pukul 7 malam. Jujur aku cakap, sangat tersadai. Kesian organ-organ badan aku. Disebabkan aku kepancitan, maka aku perlu menjamu selera. Asal ada masa senggang, aku pegi makan.  

Masa lab Biology. Sebelum tu aku makan dulu. Nescafe panas mesti ada. Almakngah, aku tak minum ais. 
Rasa cam kat Korea pulak, minum air kopi panas dalam cawan kecik cam tuh pada musim sejuk.
Comel sungguh perbuatanku.*buat mulut itik*

Subjek feveret, Organic Chemistry (OC). Kalau aku dah tak sempat salin, aku amik gambar jek. Huhu.. 
Standard la tuh. Aku suka OC. Masa lab r paling best. Setup apparatus, main ngan chemical. Buat eksperimen sendiri-sendiri. Pehh..rasa awesome gila. 

Setiap minggu, empat reports kena buat. Atas tu, reports untuk minggu terakhir. Bila dah hantar, fuii..rasa lapang kepala otak. Bab cover aku memang tak amik berat. Tu yang nampak cincai. Tak menepati spesifikasi. *tapi bahagian isi, sorry bhai, memang tip top!*
Pada aku, buat report bebanyak ni sangat mengganggu masa untuk buat revision. Jujur aku cakap, setiap kali ada test/quiz aku akan study last minute sebab nak siapkan menda alah ni.

Bila stress, marilah kita membaham mi segera sambil menonton drama Korea/Jepun. 

Kat Shah Alam jugak, aku belajar main skuasy. Selain berlari-lari macam orang takda pedoman kat trek, aku main skuasy. Biasanya, dengan Amin la. Kitorang masuk sukan antara fakulti, tapi dua-dua kiok masa first round.

Sorry bhai, gambar kurang bermutu. Nanti aku akan suruh Muthu yang amik gambar. 
Ok, tak lawak. T__T Gambar ni masa hari pertama aku main skuasy. Yang pakai tudung tu bukan Amin ye..huhu

Itu jela lebih kurang rutin aku masa sem 1. Duduk kolej sangat best. Lepastu, aku pun exam. Dah memang nasib kot, course aku amik mesti abis exam paling lambat. Tekanan woo.. Orang lain dah balik rumah, kitorang still lagi mengadap buku. At the end, aku manusia terakhir check-out daripada kolej. JPK tak yah cerita la. Dorang memang kena stay situ. Macam nak gila aku duduk kat kolej yang tak ada manusia. 

Minggu lepas dapat result exam. Alhamdulillah tak ada yang sangkut. Tapi basic chemistry aku sangat teruk. Taktau r macam mana nak mengadap subjek Forensik sem depan..huhu

Takda A solid pun. Paling teruk Math. Padahal masa diploma, Math adalah prospek A. Biology pun sama. 
*so, mulai sem depan dan ke atas, ko takyah berangan la nak dapat ANC* 

Sem seterusnya, kalau ikutkan study plan, aku kena amik 24 jam kredit pulak. T________T


Ok, tu je.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Adios!






















  



14 comments:

Iffah Afeefah said...

arghhh 2.25 pagi aku membaca entry ko...

dan aku yang tekanan lepas tu...

sebabnya... sebabnya...

arghhh terlalu ilmiah...

ape yang ko belajar ni... satu hape pon aku xpaham istilah mahupun lukisan...

yang aku tau result ko kira okey lah mirul =)

#aku pm xbls, cekik nak?

rodiyatul akmar said...

teringat masa sekolah main tuju tin dengan bola tennis haha , eh okay laa tu result mcm tu , sem seterusnya buat dapat lagi elok hehe good luck :)

paripariputih said...

kemaheng lagi wajah2 student FORSIS tu ganaz-ganaz belaka terutama yg paling depan tu hahahaha... fuhhh! Bila tenogk aktiviti korang ni noona plak rasa letih... but bagusla at least tak bosan kan... macm noona ni klw tak keluar diding dan lantai jer la jadi teman setia.... apa2 pun tahniah sbb dapat keputusan result tu.. for next one score lebey-lebey lagi la la la la good luck and all the best Mirul ^_^

Lina said...

megi cup cap cina tu halal ke weh?? hehe.. xpena aq mkn megi tu.. uwaa... btw aq harap jerawat ko xmuncul dgn meriah bagaikn bunga api... ehh..

kirim salam dgn member sabah ang.. ehh.. dia nnt 1 bilik ngn ko lg ke?? ke dia tu class mate ang?? ekekeke

Dakara said...

fuiyooh kimia, aku allergic kimia =="

by the way nampak menarik ye kehidupan anda di kampus, haha. tak macam aku, kebosanan hidup di kampus ==" nasib baik abis dah. haha.

eh kau pernah makan instant noodle yg mcm gmbar kat atas tu tapi perisa ketam blackpeper? sedap gila wa cakap lu, nanti try la. jenama same mcm yang kau beli tu :D

Cik Aina said...

wey kenapa di lajur satu ada sorang tersesat berwajah kartun? haha malu letewww..

waduhhh bangga dua saat tengok result hg. ohh kimia. sudah lama tak bermain dgn chemical seyhhh. indu.. ehh rinduu.. btw nak tanya sat apa different Organic Chemistry dgn Inorganic Chemistry?

Good luck untuk exam 2 plak ehh. ;D

NurainSuperr said...

woow kimia ! haha, mmg masa lab boleh buat exp sendiri eh :D

SaL-IrisOfDeath said...

Ohh, budak kimia rupenye. Aku respek, sebab aku sangat x suke kimia. Ape2 yg kimia related x pernah lekat kt otak aku. Waa, main skuasy. Susah tu, aku reti main dalam console je. Dunia realiti aku x reti main. Haha. All the best and good luck ya ~~

zahidahwahid said...

dulu minat gak nak jadi forensik ni, tapi takut darah... huuhuuhuu..... banyak nya credit hour nak kena ambik.... huhuhuh

Amirul Verdasco Nadzri said...

@toffa: ang tak paham pun takpe toffa. ang baca sampai habis dah cukup utk aku... arigato.


@rodi: aku expect pakai bola tennis mula2.. thanks, rodi. *eh takpe ke aku panggil rodi?*


@noona: tq noona. muka aku ganas? yeay, tak tercalon kategori jambu.. in shaa-Allah, aku pulun perabih sem nih..


@lina: muka aku mmg dah bnyk jerawat pon..*nangis* mi cup tu halal. kalo jakim tipu, aku pun tertipu la.. lina, zubair dah tak duduk sekali ngan aku.. dia kos lain..huhu


@dakara: baik, chef! nanti aku try ok?


@aina: organic chem basically kita bnyk main dengan atom C dan H.. inorganic pulak selain kebanyakkan takde C dan H mcm NaCl..


@nurain: aah, mmg kena buat sendiri-sendiri.. maybe level degree mcm tu kot..


@sal: aah.. aku bdk kimia.. skuasy pd aku susah.. tq sal..huhu


@zahidah: forensic bnyk cabang.. tak main ngan darah pun ada. tp masa belajar ni kena amik semua r..huhu..

crystalJade said...

wahh...blh jadi sifu aku tuk csc nih! :)

Anasyg said...

da lama ta makan maggi kimchi tu --' pergh. Ngidam plak

putryteya said...

Untunglaaa budak pandai . main A dengan B je . tahniahh gempak tu !

btw , teman lelaki sebilik hang tu Zubair macam hensemm jee :))

Afiqah Ahmad said...

Hi :) Boleh tak i nk tahu keseluruhan subjek Kimia Forensik dr Part 1- Part 6. I nk amik course ni but tak tahu details. I ad email u kat merulez0991@gmail.com