Friday, August 23, 2013

Aku dan "Kek Mentega"

[Assalamualaikum...]

Korang pernah makan benda ni?


Kalau dengan member-member, soalan tu biasanya akan berbunyi, "Wei, korang pernah makan binatang ni?" 

Aku dah terbiasa sebut 'binatang' walaupun hakikatnya benda yang aku nak tunjukkan tu bukanlah seekor binatang. Nenek aku pun naik pelik dengan keindahan bunga bahasa aku bila aku refer tupperware sebagai binatang. Back to benda di atas tu. Benda ni dinamakan Marble Butter Cake ataupun dalam bahasa kebangsaan, Kek Mentega Marmar. Tapi kalau korang asal dari Nepal ke, Tibet ke pandai-pandai cari dalam bahasa kebangsaan masing-masing, ok?

Pernah makan tak? Kalau tak pernah maksudnya hidup korang tak lengkap lagila..huhu..

Aku suka kek ni sebab beliau sedap, padu, dan murah. Aku dah lama tak makan kek ni. Bila mak aku tiba-tiba bawa balik sebuku, secara tak langsung kenangan masa kecil-kecil dulu datang bersama. Eceh..aku memang tak pandai nak buat ayat pasal kenangan, memori etc ni.

Masa aku budak-budak, bila aku balik kampung aku suka ikut arwah aki aku pergi mengeteh walaupun tak selalu. Menyibuk. Aku suka suasana kedai kopi tu. Masa kecil tak rasa sangat best dia. Sekarang dah besar, bila teringat, seronok pula. Selalunya mak saudara yang sebaya aku ikut sekali. Kira zaman aku tu, tahun 90-an kedai kopi masih lagi biasa-biasa je. Kerusi meja mostly tauke buat sendiri. Aku ingat aku pernah duduk dekat pangkin kayu panjang bawah pokok. Pokok apa entah. Rajin la pula aku nak discover pokok apa kan? Lepas tu ada asap rokok berkepul-kepul. Dengar orang tua bercerita walaupun aku tak faham. Dengan redup-redup petang, memang best. Dan yang paling aku ingat kek mentega ni la. Masa tu orang jual kek ni sepotong-sepotong, balut dengan plastik. Harga dia dalam 30 sen macam tu la kot.

Aku tak pasti kek ni yang sama ataupun tak, tapi rasa dia memang sama. Biasa aki minta teh tarik tiga cawan. Seorang satu kalau tak nanti bergaduh. Hehe.. Specialnya pasal kek ni, kau celup dalam air teh ke, milo ke, teh o ke, Nescafe ke rasa dia makin sedap..huhu Tu ikut tekak aku la. Haha.. Ni salah satu kek yang selalu aku celup dalam air selain daripada kek span dan kek pisang. Kalau kau makan Chocolate Indulgence, ada kau celup dalam teh tarik? Takde kan? Haha

Bila nak minum teh tarik pula, kena tuang dalam piring pelapik cawan sebab panas. Tiup perlahan-lahan. Dah sejuk sikit hirup kat tepi piring. Masa tu rasa best gila. Awesome la konon. Aki pun dengan sabarnya tuang sikit-sikit untuk budak penyibuk dua orang ni. Kat warung je aku boleh buat macam ni. Kalau kat rumah memang kena marahla. Mak aku kata mengotorkan piring je. Dengan tumpahnya lagi. Menyusahkan orang pula. Hahaha..

Sekarang ni, aku dah lama tak mengeteh. Kalau keluar minum-minum pun bukan dekat warung lagi dah. Kat restoran mamak. Dah duduk belajar kat Shah Alam ni, balik-balik pergi Barra, tak pun Kamal. Selalunya Barra la. Tak tau la ada lagi ke tak kek ni orang jual kat warung. Mungkin kalau kat kedai kopi area felda ada lagi kot. Entah la. Rumah felda sekarang ni pun dah mengalahkan kawasan perumahan..huhu

Korang pernah rasa mengeteh macam aku kecil-kecil dulu?

Ok, tu je.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Adios!


7 comments:

Unknown said...

hi junior..! mengeteh tu ape ye?

Unknown said...

hi junior..mengeteh tu ape??

Amirul Nadzri said...

@khadijah: Ohmeng..senior ke? Aiseh.. macam mana dikau terjumpa blog ni..? Huhu.. Serius ke tak tahu mengeteh? Aktiviti minum2, lepak2 kat kedai makan..

Lina said...

agagagaga.. mirul, aq suka kek ni.. mmg sedap bila celop gn teh tarik ke , nescafe ke, milo.. mmg terangkat la jwbnya

hahaha, lain kali kli duduk bawa pokok tu discover dlu la.. nnt bole mskkan dlm entri di seliputi kepulan sap rokok bulat2 dan bentuk love.. hahahaha.. kot2 ko berada d bawah pokok lagenda budak setan ke kan..

ehh hapa aq merepek merapu ni.. kbaii..

Amirul Nadzri said...

@lina: sedap, kan? kita ni memang berjodoh..haha *directtranlationdaripadabahasamandarin*

masa tu aku kecil lagi dah kenapa aku nak discover pokok? haha

Lina said...

kmna la tau kn pokok tu pokok kayu jati ke, pokok malam ka(ada ka pokok malam?) hahaah bole ko g tmpat masa ko kecik2 tu tebang pokok tu buat meja kerusi.. hahaha

Dakara said...

aku tahu kek ni. err mustahil aku tak tahu la kan, haha.

cuma aku tak berapa suka sangat ini kek, sebab dia biasa je. cheh demand gila budak sorang ni bhahaha.

oh ye kalau tiba2 mimpi nak buat sndiri pakai tulang 4 kerat silalah mintak resepi bhahaha.