Monday, July 22, 2013

Aku dan "Misteri Malam Kesembilan"

[Assalamualaikum...]

Nota: Cerita ini tak misteri pun.   

Imam berdiri, langsung meneruskan solat witir tanpa bertangguh. Aku juga bangun, berdiri, namun pandangan tiba-tiba menjadi tak normal. Kenapa aku nampak  pak cik di saf hadapan berdiri senget? Tak ubah seperti menara condong di Teluk Intan. Bukan senget ke tepi, tapi ke depan ke arah kiblat. Mustahil manusia mampu berdiri seperti itu. Aduhh..aku pejamkan mata sambil tangan kanan mengurut pangkal leher. Dua tiga kali aku gelengkan kepala dengan mata masih terpejam sehingga berderak bunyi pangkal leher.


Niat solat witir terus dilafaz sesudah pandangan kembali pulih. Bermula dengan surah al-Fatihah, imam kemudian membaca surah al-A’la. Pandangan aku kabur sekali lagi. Aku ternampak seolah-olah ada kanak-kanak sedang berdiri di celah pak cik menara condong tadi. Berpaut pada betis kirinya dengan kejap sekali. Tidak bergerak-gerak. Ahh..tak mungkin ada kanak-kanak muat berdiri di situ dalam keadaan saf sebegitu rapat.


“Astaghfirullah…” Aku istighfar di dalam hati saat imam mulai rukuk. Aku kembali memejamkan mata. Mengatur nafas.


Hilang.


Kanak-kanak itu hilang sebaik mataku terbuka.

“Ya Allah bantulah hambamu ini..”

Aku terus cuba bertahan sehingga masuk rakaat kedua. Kabur sekali lagi. Bau wangi mulai menghuni seluruh penjuru surau. Saat imam rukuk, aku hilang kewarasan akal.

.

..


….

“Allahuakbar!” Suara imam kedengaran.


Aku tersedar dalam posisi masih bersujud. Aku bangun dan duduk tahiyat akhir. Peluh dingin mulai keluar sehingga terasa basah di belakangku. Imam lalu memberi salam tanda penamat witir dua rakaat. Aku bersila. Tiupan kipas menambah rasa dingin.


Pak cik bermisai di sebelah kananku tersenyum-senyum. Pak cik yang di sebelah kiri juga tersenyum sumbing. Mujur di saf terakhir.


“Amirul!” Aku mula memarahi diri sendiri kerana terlelap sewaktu solat. Memalukan betul.


Aku tak ingat sama ada aku rukuk ataupun tidak, berapa kali sujud aku lakukan, sebab aku pasti, aku terlelap. Bayangan pak cik condong dan kanak-kanak misteri yang berpaut pada pakcik itu memberi petanda aku hampir terlelap.


Astaghfirullahalazim..

Bau wangi terus mengharumi segenap inci surau dari penyembur haruman automatic di dinding.


Ok, tu je.

Terima kasih kerana sudi membaca.
Adios!

3 comments:

kopi pasta said...

moral of the story, time berbukak tu, jangan berlagak seperti manusia yg kebuluran 3 hari tak makan dengan meja penuh dgn makanan dan berhajat nak selesaikan makann tu sekali telan. berbuka ala kadar je dulu. nak melantak kaw2, selapas terawih. time moreh....

marfeezal said...

poyo gila. dah la aku baca dengan semangat part ala-ala misteri tu. haip! -_-"

Lina said...

cehh... cerita hang membuatkan aq hilang mengantuk...

haahahha.. ni mesti kes mkn smpai xhengat dunia ni.. ko tertidur ke wehh.. kah2