Tuesday, February 11, 2014

GA Pertama 2014 PariPariPutih

[Assalamualaikum]

Entry pertama 2014 ni aku mulakan dengan penyertaan GA Pertama 2014 by PariPariputih. Sebelum ni, aku tak pernah join mana-mana GA tapi disebabkan PPP ni antara blogger yang paling kamceng dengan aku *aku panggil beliau, noona*, so aku pun macam obligated untuk join. Hehe.. Tambah pula grand prize dapat t-shirt eksklusif PPP, sebagai pengumpul t-shirt free aku kena la join, ye tak? Kot-kot la tahun ni noona buat gathering lagi, boleh la aku melaram dengan baju tu. Takdela aku cemburu lantas berhasad dengki bila Iffah Betoffah takpun MK Syahir apalagi si Mija je yang pakai nanti.

Ok, GA ni is fully sponsored by PPP, so apa-apa hal, beliau akan decide tanpa sebarang pengaruh luar, prejudis mahupun tunduk atas desakan rakyat. Disebabkan GA ni beliau punya maka adala unsur2 penderaan katanya. Tak samseng la kalau tak kena dera. Agak-agak berani, join la..muehehehe


Senarai hadiah, syarat penyertaan dan tarikh tutup semua aku dah listed kat bawah bagi sesiapa nak join. Korang just follow then sambung ayat. Simple jek.


klik banner tanpa was-was untuk ke blog beliau

Syarat-syarat penyertaan serta pantang larang.

1 - Follow blog PariPariPutih
2 - Add PariPariPutih di FB https://www.facebook.com/noor.zaime & LIKE page
3 - Masukkan blog PariPariPutih dalam bloglist korang
4 - Buat satu entri mengenai GA (menggunakan tajuk di atas) dan back-link ke komen entri ni
5 - Dalam entri perlu ada Banner GA 2014 PPP (copy di atas).
6 - Last sekali di muka bawah dengan tidak lebih dari 100 patah perkataan sila sambung ayat ini:
     Blog PariPariPutih best sebab..................

Hadiah-hadiah: 
Kemeja T Ekslusif PPP untuk 3 pemenang utama
Top up RM10.00 x 5
Top up RM5.00 x 12

Tarikh tamat telah dipanjangkan sehingga ke15 Februari 2014, jam 12.00 pm.
Pemilihan pemenang akan dipilih berdasarkan:
Menepati 6 syarat-syarat di atas
Creativity dan cara penulisan tentang entri GA ini
Slogan terbaik

Keputusan adalah muktamad, nama-nama pemenang akan diumumkan sebaik saja proses pemilihan pemenang dibuat (sekiranya dalam tempoh seminggu dari tarikh pengumuman pemenang, tiada respon, hadiah akan diberi pada pemenang seterusnya harap maklum).
Sebarang bantahan akan di sekeh pembantahnya. *ni aku pandai2 tambah..hehe*

Ngerti? Agak-agak dah paham, moh le kita join. Challo bette..! 

*****

Blog PariPariputih best sebab........

Sebab aku yang kata BEST! *muka konfiden*


Dengan skop entry yang tanpa batasan, korang boleh baca macam-macam cerita dalam satu blog. Kau nak entry kelakar, jiwang, ilmiah, travelogue, resipi, etc semua ada, dalam bahasa yang santai.

Kira kalau korang pandai la *macam aku* , korang boleh gain banyak input  dan ideas daripada blog ni.

Lagi satu, once dah follow blog ni, korang secara otometik akan dapat banyak kawan blogger baru sebab
1. PPP ni ramah, so dia akan invite korang pergi makan2, gathering la etc. Yang penting korang pun kena         ramah dan gangster macam dia. 


2. PPP kadang2 akan introduce blog korang. *kalau nasib korang baik la, macam aku..haha*

(96 patah perkataan *tak termasuk bolded words*)

Ok, I'm done. Bagi sesiapa yang baca entry ni, aku paksa mohon korang join GA ni atas kapasiti aku sebagai peminat setia Ariana Rose walaupun yang baca tu adalah PPP sendiri.. Haha.. *can't imagine Noona join GA sendiri*

Adios!

p/s: Noona, 100 words jek? Tak puas nak membebel..haha





6 comments:

Iffah Afeefah said...

hahaha aku nmpak nama aku terus dtg komen ehh

kopi pasta said...

mhaahahaha, ayat membodeknya takleh blahh~ tapi realitinya apa yg hang kata tu betul... ^^

aku dh nampak dah sinar2 peluang ko nak menang t-shirt tu tinggi... feel tu ada...huhu

Nuzime Si Pari Pari Putih said...

kruk krik kruk.... kemaheng lagi... siap ada kartoon paling x le bla noona jadik ninja wakakakakka.... perghhh!!! tiba2 rasa tergaru ingatkan blogger2 yg menghilang ni terus ilang jer kan... anyway thanks2 sbb sudi join GA noona yg x seberapa ni... mohon rajin2 mai na klw nak tahu sapa pemenang nya... teetttt

Lina said...

Nmpknya gua dah rasa tercabar... hahahah..comel je katun2 itu,mohon buat katun utk aku plak.. ekekekrke..

Haii saya dari G.A yg sama, gudluck ye ..senang2 follow la blog sy kerna sy dah follow blog awak.. kekekwkww komen mnta limaratusnampuluh kaki.

Amirul Nadzri said...

@pippa: haha..kau memang..

@kopi: eceh.. kata aku. ang punya bodek tak kira pulak.. takdan cair terus tersejat..haha

@noona: GA noona punya pasal, sehari suntuk aku melukis..haha kitorang tak hilang noona. cuma tengok dari jauh. hehe

@lina: amacam? seram tak? seram tak? rasa tergugatkan? haha lina, lu punya kartun otw, ok?

CPNS 2014 said...

Congrats bagi yang menang ya :)