Tuesday, November 13, 2012

Aku & "Deepavali"

Assalamualaikum...
......

Hari ni Deepavali. Ok, aku takde niat nak menguar-uarkan apalagi meraikan perayaan nih. Huhu.. Cukup aku ngan kawan2 dapat cuti sehari untuk meredakan ketegangan saraf2 selepas menghadapi test ngan kuliah sehari-harian. Alhamdulillah..ingat senang ke bila masuk minggu huru hara, tetiba ada dua hari cuti terselit selain cuti Sabtu Ahad yang kadang2 diganggu dengan kelas ganti dan aktiviti2 yang boleh mendatangkan kemurungan seperti mendengar ceramah selama 10 jam?

Panjang pulak aku membebel.. Aku nak share satu benda ni. Found this on facebook written by my junior. Budak2 lagi baru lepas PMR. Mungkin aku misinterpret apa yang budak ni tulis since 32 orang dah suka.. Mungkin jugak sensitiviti aku terlalu tinggi. Tapi, mengikut kefahaman aku, tak nice r bila melibatkan 'warna2' yang sensitif nih.


Pada aku, bila kita refer seseorang dengan sesuatu subjek yang boleh mengundang ketawa orang lain sedangkan mangsa berkecil hati, itu namanya penghinaan. Ada kekurangan tak bermaksud takde kelebihan. Satu benda yang secara otometik terjana dalam kepala aku lepas baca post kat atas, berapa banyak kes orang jadi OKU akibat kebodohan membuat mercun sendiri sempena Aidilfitri berbanding Deepavali? 10:1? 100:1?

Berkulit cerah tak bermaksud bijak, dan berkulit gelap tak bermaksud bodoh. Dan kesilapan teknikal masa bermain mercun takkan menyebabkan kita menjadi hitam tapi mungkin menjadi cacat. Bila kita semakin mencapai kematangan kita akan sedar yang kita tiada hak untuk menghina. Macam mana kita benci orang kutuk kita, macam tu la orang benci bila kita mengutuk. Satu perkara yang pasti, kita hanya akan berhenti mengutuk bila ada seseorang yang lebih baik mengeji kita. Seseorang yang pada mata kita takde kelemahan. Masa tu baru kita akan pandang diri sendiri.

"Akhlak adalah pakaian yang menunjukkan keperibadian kita."

Ok, tu je..
Terima kasih kerana membaca tulisan aku.

Adios!

Dah lama berhenti menggunakan perkataan  kel**ng 



11 comments:

diya said...

haih siapa lah tu post mcm tu. rasis. macam mana malaysia nak aman selagi ada pemikiran rasis macam tu. anyway selamat bercuti walau sehari yoi. aku cuti sampai ahad, sila jangan jelessssssssssss

Unknown said...

aku teka budak2 ni nak cari publisiti murahan.... =..= menulis tak fikir ikut sedap tekak dia jer nak tulis apa... klw nak dibandingkan dengan si fulan c tu, yg si fulan I ni jarang sgt nak memburuk2kan kaum lain (teeeeeeeeeet ni bukan racist ye)kecuali klw ada mangkuk2 ayun yg provoke tu lain citer la.. so x payah la mendatangkan kemarahan org... cermin diri kita dulu seblum nak mengaibkan orng nak pulak kt wall fisbuk mcm2 spekulasi yg kadang2 membahyakan diri dan org yg tak bersalah.....

tapi tak pe biarkan derang belum kena buku dengan ruas... bila dah terkena esok baru dia x berani... kadang2 derang ni dah terngadah baru nak sedau...


ni kira lebih kurang kes yg derang dok kutuk2 org sabah la ni... haiss kecik2 dah tunjuk samseng walaupun bukan terang2an.. tapi mcm ang cakpa aku pun 1st time baca aku rasa ini perli... :P

Unknown said...

hapi diwali.
ding galing galing gawehh *nari

Anonymous said...

hurm... betul tuh, kita kene sensitive ngan masyarakat sekeliling :)

Payeh Kuced said...

Akhlak adalah pakaian yang menunjukkan keperibadian kita.. :)

isu warna mmg isu sensitif.. totally true, kita akan berhenti mengeji or mengutuk seseorang tu bila org yg lagi baik kutuk kita..

aku ni repost entry ko ke ?

محمد رازيق said...

berisi. aku setuju. akhlak adalah cerminan pada kehidupan kita. kalau lain jadinya, maka lainlah jadi kita. btw, tq singgah blog aku bro. jgn serik dtg lagi. hehe

Husnalyas said...

dia x de niat nak kecikkan ati orang tu. sabo je la. name pun budak skolah lagi. pemikiran belum matang. macam post aku jugak, budak skolah tulis 'sangad' 'buad' 'awax' 'titew'.
nanti bile dia besar, dia sedar la tu. :P

oh, yg says tu dia dah ubah care nak share iklan. eh, buat penat aku je buat tutorial, says ni pun la. ko klik je share on fb atau share on twitter. lepas tu ko tekan SHARE. pastu ko tlis la ayat-ayat kreatif ko yg akan buat org t'tarik nak klik iklan ko tu. huhu. k.

Amirul Nadzri said...

@Diya: Cam aku ckp r, budak2 lg.. Mujur zaman kita sekolah dulu umah aku takde internet, kalo x, mungkin akupun menulis sesedap rasa..huhu

@Noona: Setuju ngan noona. Dorang paling pasif unless ada org cucuk. Love ur comment, noona..=)

@Zila: Pehh..siap menari nih..

@Syakir hyung: Tak salah kalo menjadi sedikit sensitive, kan?

@Payeh: Patut aku rasa macam kenal jek ayat tuh..hahaha

@Ajik: No hal bro.. Thanks for visiting mine too..

@Husna: Aku mmg takbley blah ngan ejaan camtu. Harap2 adik aku tak terjebak r..haha



Unknown said...

wahh n3 khidmat masyarakat dr hang...*thumbs up* emm itulah, kadang2 smua berbalik kpd mentaliti kta...kita duk pandang serong ke sstengah kaum tu tak kira la berdasar warna,tarf sosial n pendidikan..kita xdak hak pon nk berdouble standard padahal diri sendiri pon entah apa2 atau penuh dgn khilaf...

محمد رازيق said...

salam bro. tq singgah blog picisan aku. sedang menanti entri baru kau bro.

Anonymous said...

syakir hyung?? apakah???