Thursday, May 31, 2012

Aku & "Hala Tuju"

Assalamualaikum..
......

Ada lagi sebulan..
sebelum tawaran untuk sambung ijazah keluar..
Risau gila..walaupun lagi sebulan. (kenapa aku dok ulang ayat nih??)

Sebab aku takut tak dapat offer.. (Ya Allah, mintak dijauhkan r)
Ataupun, dapat offer course bukan pilihan aku.
Semua student nak sambung belajar pon berdepan dengan masalah ni.
Arghh, stress di sini..
Dulu masa aku sem 1, aku berharap sangat dapat sambung ijazah dalam perubatan.
Nak jadi doktor kononnya..
Tapi bukan rezeki aku kot.
CGPA tak cukup. (wuwuwu....sedihnya. Ni sedih betul2 ok!)
(Minimum untuk medicine 3.50.)
Minimum ok, means kalo dapat 3.50 pun aku kena compete dengan student yang dapat pointer lagi tinggi dari aku.
Tipis jugak di situ.

Ini semua angkara Math sem 6.
Kalo aku skor, musti pointer aku naik. (udoh2 le tu..)
Tapi, memang Math sem 6 paling teruk pencapaian aku.
Sebelum nih, Math adalah prospek A bagi aku. (ecehhh, blah r Mirul!)

Takpela, tu semua sejarah.
Allah dah tetapkan sesuatu yang terbaik untuk aku.
Dan aku kena yakin denganNya.
Yosh!

So, aku berharap sangat, salah satu dari pilihan aku nih Allah makbulkan..
Mana hala tuju aku lepas nih???
Sebab aku student UiTM, ni course aku apply under UiTM.


Yang bawah nih, under UPU.


Dalam banyak2 tu, aku harap sangat dapat sains forensik..huhu
Tapi, kenapa la aku pegi letak pilihan ketiga???
Bengong!
Insya-Allah, ada rezeki adala..

Aku ada try mintak medic kat Indon.
Basically, pointer aku takde hal.
Tapi, baru nih, orang tu text aku, ujian kelayakan 10 Jun nih..
Memang tak sempatla aku nak study..
So, tak payah la kot.

Ok, tu je pepagi buta nih..

Adios!







23 comments:

~~oOpEt~~ said...

InsyAllah dpt tu sains forensik :) bnyk berdoa.. hehe.. gud luck utk test wat medik.. mana taw rezeki p indon :)

Amirul Verdasco Nadzri said...

amin.. tq.. pet, gue tak pegi test medic tu. sebab dekat sangat da.. insya-Allah, next intake.huhu..

ღ♥ H A J I R A ♥ღ said...

forensik??wah tabik spring yoi! medic is rock bebeh!he he he

miss aina said...

perh . semua course hebat-2 tu?! caiyok-2. tapi kalo ade rejeki , ade la tu kan . buat prinsip D.U.I.T ja . insyaallah :) kite doakan lu bro !

Amirul Verdasco Nadzri said...

doa2 la ye..mintak2 dpt r forensik tuh..huhu

Amirul Verdasco Nadzri said...

hebat ke? ok la kot.. insya-Allah.. thanks wei for the pray..amin..

Cik Semut... said...

kejutraan kimia!leh jdi junior ciksemut..hikhik;p

Anonymous said...

salam..
weyh..
nak tanyer..
forensik kat uitm susah x???
ade bedah2 mayat bagai x??

Amirul Verdasco Nadzri said...

@anon: waalaikumussalam. so far pada aku susah jugak la sebab aku tak berapa pandai dan rajin.

actually, forensik uitm lebih kepada analisis. eg: crime scene analysis, blood spatter analysis and so on.

pastu ada jugak buat analisis guna instrument. eg: content and types of hydrocarbon dalam sample accelerant. kira tak limit kepada crime scene je la.

bedah mayat tu dalam forensic pathology, which means hanya doktor perubatan (ada medical degree) je yang boleh bedah. kira nya, once dah graduate lepas tu kerja dalam bidang forensic, kita cuma tunggu result autopsy dari doktor jela.

**harap menjawab soalan r..

Anonymous said...

salam..sye bekas senior awk, as233, hm belum and facing hard day to find job...nwy, score pointer tinggi2. bukak website jabatan kimia selalu, mtx praktikal kat sane, or g hosp or polis...better jabatan kimia and hosp. kalau polis pun,hope balai yang ada makmal..thesis?? buat ade related forensic and automatic ade kimia sekali. kalo amik kimia or environment, hmmmmmmmmm memang xde forensic langsung.. pastu rajin2 tengok website keje, daftar dgn SPA AWAL2, jobstreet...awak tak rugi pun kalo daftar awal.. during my time as student frs, xde sape bagi advice macam ni...sungguh tak de hati perut...saya tak rela tengok junior sye sengsara and melalui saat2 menyedihkan macam sye...so pls ambik tips ni and share dgn budak2 kite.....

Anonymous said...

salam..nk tye psal forensik..mmg study forensik kt uitm mmg 100% bljr kmia @ ad mix gak ngn bio?
ad kne hfal law ke?klau bleh tlg r cte lbih mndlam lgi psal frensik kt uitm ni..aku nk wt plhan utk dgree ni..huhu

Amirul Nadzri said...

@anon: w'salam. forensik kat uitm memang belajar kimia. berapa % tu aku tak pasti la pulak. huhu.. sebab forensik analysis kat uitm major in chemistry. forensik tu minor je. maksudnya bila kau grad nanti, kau jadi chemist bukan forensic scientist.

untuk sem 1, kau kena belajar basic bio, chemistry, physics, math, computer programming. kalau kau dari matrix, kau kena ambil semua subjek. tapi kalau daripada diploma ada pengecualian kredit, depend on subjects kau pernah ambil masa diploma.

law memang ada. for sure kena hafal. law masa sem 4 dan sem 5 nanti.

kau nak aku cerita sedalam mana nih? kat komen atas tu aku dah mention sikit plus komen from senior.

harap menjawab soalan. huhu

Anonymous said...

Assalamualaikum, boleh tak kalau saya nak course outline forensic analysis. Saya penat cari dekat google tp tak jumpa2 pun. Tk :)

Amirul Nadzri said...

anon: waalaikumusalam.. maaf lambat reply. aku boleh jek nak publish course outline kat sini tapi aku rasa benda tu kinda menyalahi peraturan. so, maafla. nanti aku confirmkan dengan ketua program sama ada boleh ataupun tak...

ciksarahohoho said...

so sekarang ko dpt kos apa?...aku pon na apply kimia forensik gak tapi ...entah laah ...still berbelah bagi...so senior ,promote laa yg mana ok yerk..

Amirul Nadzri said...

ciksarahohoho: Alhamdulillah, aku dapat Analisis Forensik tuh. Nak habis study dah pun, insya Allah. Apply je la course nih. Best jugak. Btw, silibus dah tak sama macam aku ambik . Kod aku AS233, sekarang dah jadi AS253.

Kalau kau asal Diploma Sains UiTM, insya Allah, memang besar kemungkinan kau dapat kos ni kalau kau apply. Kira macam FSG akan tarik kau masuk FSG jugak untuk degree. Tapi kalau pointer kau mantap dan mapan, big chances kau boleh masuk fakulti lain.

Aku nak promote pun tak boleh jugak since aku tak tau background kau..hehe Tapi kalau kau minat chemistry, analysis, sampling etc and tak suka sangat calculation (Calculus/Physics/Statistics) boleh apply Analisis Forensik. Tapi kalau minat calculation, apply r Engineering. Untuk orang yang tak berapa pandai dan rajin macam aku, kos ni boleh tahan susah. Pecah otak jugakla.

Cukup panjang tak aku komen? Haha Harap membantu la. Apa2 hal, tanya jek. Insya Allah, aku jawab mana yang boleh..

Anonymous said...

Ramai org kata payah dapat kerja klwambk forensik ni?btol ke?saya lepasan matrik n apply kos nii .takut pkulk bila dgr

Amirul Nadzri said...

anon: Payah atau tak itu tak dapat la aku nak jawab sebab rezeki tu Allah yg tentukan. Huhu Tapi setahu aku, kebanyakkan senior dan kawan2 batch aku alhamdulillah dpt kerja dlm bidang ni, as chemist. As senior aku just nak remind, major utk program kimia (analisis forensik) uitm adalah kimia bukan forensik. So kita akan disiapkan untuk menjadi seorang chemist bukan csi officer. Huhu
.. Ada jugak yg pegi extracourse utk join field environment.

Yg susah dpt kerja mungkin dlm bidang forensik sbb forensik kt Malaysia still biasa2 lg. Plus kalau nak masuk line forensik, kita kena jadi polis. So kena lalu standard procedure, pergi rekrut.

Harap menjawab soalan. Pepehal, tanya je ok?

Dhila Adzimah said...

salam. boleh tak share course outline analisis forensik, sbb saya dapat yang tu, tapi nak ready la ape yang kita akan belajar nnti . hope dapat membantu :)

atika adila said...

Nak tnye kalu nk amek course ni pointer nk smbung dgree forensik kne berapa sye lepasan dip nk smbung dgree...

Amirul Nadzri said...

@atika adila: Rasanya pointer 2.50 pun dah lepas nak masuk kos nih.. Jgn risau ok. Lagi2 kau lepasan diploma. Kalau diploma sains UiTM lagi la cerah masa depan nak masuk sini secerah sinaran mentari di waktu pagi gitu.. *over plak*

Anonymous said...

Salam, nk tnye memg x bleh bgi course outline untk course ni ye?

Emielyanathasha Edora said...

Saya nak tanya,ramai tak untuk satu intake bagi course ni? Saya dapat tawaran upu dalam course ni.