Monday, March 18, 2013

Aku dan "Celaru"


[Assalamualaikum...]

**Kenapa aku selalu keputusan idea untuk memberi tajuk kepada entry? 


Amaran:Segala medical terms  dan prosedur rawatan tidak menepati piawaian. Mohon tidak dijadikan rujukan. 

Selasa - 12/3/2013 *Hari menggila*

Aku melepaskan lelah di ruang legar. Meneguk sedikit demi sedikit air mineral 500 ml jenama Bleu *feveret* sehingga berbaki ~ 250ml. Arghhh..terasa penuh otak aku dengan ilmu-ilmu yang bercampur aduk. Entah macam mana aku nak separate kan nanti. Guna teknik chromatogaphy barangkali. Hari Selasa adalah hari yang penuh penderitaan. Menyeksa jiwa aku dengan jadual yang padat dari pukul 8.30 pagi sehingga pukul 6.00 petang. Penutup cawan berisi Nescafe panas aku buka. Aku hidu aromanya seperti seorang chemist sedang menghidu unknown chemical. Saraf-saraf terasa relaks. Perlahan-lahan aku hirup air buatan entah makcik yang mana satu. Mengharapkan sesuatu kemungkinan tercetus. Seperti tagline Nescafe, “Mencetus Kemungkinan..” *kalo tak tercetus apa-apa pasni aku saman ko neskepe!”

Aku mula berkhayal dalam dunia aku sendiri. Baru pekena Nescafe dah jadi macam tu. Kalau meth ice entah apa pulak yang jadi. Mungkin aku jadi penari tiang agaknya di tengah-tengah ruang legar yan menjadi tempat laluan orang ramai ni. Rasa mengantuk mula menerjah. Aii, tak cukup power arr air ko buat ni, makcik! Aku memaki dalam hati sambil merenung kejam makcik di kaunter yang langsung tidak berdosa.

Aku perhati keadaan sekeliling. Agak lengang. “Rezeki ko, Mirul!” Dengan rakus aku meng‘conquer’ kerusi panjang yang tersedia di situ. Muat-muat untuk meluruskan kaki aku yang panjang bertaraf model ni. Huhu. Heaven! Berkira-kira untuk melelapkan mata barang 15-20 minit. Alah, bukannya orang tak maklum. Satu-satunya manusia yang tanpa segan silu boleh tidur di mana-mana.

Seminit, dua minit, tiga minit…. aku hanyut ke alam lain dengan white coat semasa kelas praktikal tadi masih tersarung di badan.

******

“Emi..! Emi..!”

Terbantut mimpi aku sedang bermain Sahibba dengan Nora Danish. Bingkas aku bangun mencari arah suara yang memanggil aku tadi. Dalam jarak beberapa meter, aku nampak Didie dan Mail sedang memapah seorang budak lelaki, aku yakin seorang junior disertai beberapa orang pak turut yang mengekori dari belakang.

Macam mana aku tau budak tu junior? Easy, budak tu pakai kad matrik yang disangkut di leher. Cuma junior sahaja yang bersemangat waja mempamer kad matrik sewaktu berada dalam fakulti. Pada kad dia, tertera nama Kamil.

“Emi..tolong budak ni Emi!” Mail memberi arahan. Aku pantas meng‘observe’ jadah apa yang sedang berlaku. Budak tu dibaringkan di atas lantai. Muka dia nampak pucat dan berkerut-kerut seperti menahan kesakitan. Sebelah kanan mukanya calar balar lantas bakal mengurangkan kekacakannya pada masa depan.

“Emi, tolongla wei!” Mail terus-terusan meng‘order’ aku. Haaramm betul dak Mail nih. Bentak sanubariku.

“Budak ni dah kenapa? Ko nak aku tolong apa, sengal?” Aku mula diserang panic at the disco. Kang termati budak tu, sapa nak jawab?

“Dia jatuh motor kat depan tu. Nak elak bas. Aku syak bahu dia dislocated.” Didie explain ringkas.

“Dah, apsal bawak kat aku. Bawak la gi PK (Pusat Kesihatan)..” Aku dah cemas. Aku sentuh bahu dan lengan kanan Kamil. Meraung budak tu. Terperanjat aku. Mujur tak terlempang. Betul la agaknya kata si Didie. Dislocated shoulder.

“Bawak pegi PK!” Bentak aku.

“Emi, kos ko kan belajar perubatan kecemasan. Tolong la dia..Wan tengah amik kereta kat Law. Hari tu kan ko ada treat budak bahu dia dislocate jugak sebab bergaduh. PK jauh kot dari sini.” 

“Dr. Asada!” Aku teringat doktor perubatan dari Jepun tu. Tapi dia tak ada kat sini sekarang. Menggelabah puyuh aku.

“Emi, teori dalam buku sahaja tak cukup. Awak kena praktikkan! Pengalaman akan mengajar awak lebih daripada apa yang saya ajar.” Nasihat Dr.Asada terngiang-ngiang kat telinga. Masa tu aku menggigil bila berdepan dengan kes kecemasan. Nak terkencing rasanya berdepan pesakit yang tak stabil. 

Secara teori aku boleh dikatakan antara yang terbaik. Tapi bila bab praktikal..haishh. Tak boleh diharap aku ni. Lantas, Dr.Asada baringkan budak tu, kemudian pijak bahagian humerus dan kilas balik tangan yang dislocate. Hippocrates technique for dislocation shoulder. Maksudnya, bukan aku yang rawat budak tu, tapi Dr.Asada.

“Emi!” Didie menjerit.

“Pegang tangan dan kaki dia.” Aku mengarah.

“Woi, budak. Ko tahan sikit.” Sepatutnya aku bagi sedative dulu, bisik hati aku. Ahh, takpelah kot. Aku angkat tangan kanan dia. Aku ikut segala teori dan cuba membayangkan cara Dr.Asada dalam previous case.

Kraakkk..!

“Arghhhhhhhh!!!!” Kamil menjerit seperti tiada hari esok. Ya, bila rawatan di tangan aku, berkemungkinan besar memang tiada hari esok untuk Kamil.

******

Bahu Kamil mengalami keretakan serius. Sudahlah retak, dislocated pulak. Dan bantuan aku telah memburukkan keadaan.

“Sapa yang buat Hippocrates technique tadi?” Serius nada Dr. Azura sebaik keluar dari bilik rawatan. Seorang jururawat bernama Athirah mengiringi beliau.

“Err..saya, doktor,”jawab aku jujur.

“Teknik awak salah! Awak tak ikut prosedur..!” Jerkah Dr.Azura yang wajahnya sebijik Dr.Kato.

 “Tapi..” Suara aku tersekat di kerongkong.

Dr.Azura kemudian memandang aku atas bawah atas bawah seperti terpegun dengan kekacakan aku. Begitu juga dengan misi bernama Athirah tadi.

“Awak pelajar perubatan?” Soal doktor lewat 30-an itu.

“Ya, saya.”

“Siapa ketua kamu?”

“Dr. Asada.”

Berkerut dahi Dr.Azura. “Dr.Asada? Siapa Dr.Asada?”

“Emi, ko ni student Analisis Forensik la!” Athirah memukul aku dengan fail pesakit yang di bawa bersama.

“Hah? Mana ada. Aku student Medical.” Aku menafikan tuduhan Athirah.

“Tu ko jaket FORSIS ko pakai tu apa?”

Aku memandang ke bawah. “Mana white coat aku tadi?” Tiba-tiba berganti dengan jaket biru hitam Forensic Analysis.

Jaket_forensik_gua


“Dah, saya tak peduli. Sama awak bodoh ke hape, awak dah mendatangkan kecederaan kepada pesakit. Tambahan pulak, awak bukan pelajar perubatan dan awak takde tauliah untuk memberi rawatan kecemasan. Saya dah call polis. Sekejap lagi awak deal dengan mereka.” Dr.Azura berlalu pergi.

“Doktor, saya pelajar perubatan la…” Serta merta polis tiba. Menggari tangan aku.

“Dr. Azura!! Saya student Medic!!! Percayalaaaaa...!!” Dr.Azura menghilang dari pandangan. Aku meronta mahu melepaskan diri. Agak-agak menyampah/terengsa menengok aku meronta, sarjan tu hentak belakang aku. Aku tumbang. Dengan pantas, Athirah menyuntik aku dengan err..entahla.. 

"Doktor..saya student Medic.." Mata aku berpinar. Overdose ke hape nih?

“Takkk..ko amik forensik, Emi.” Athirah berbisik di telinga aku. Senyuman penuh kesadisan terukir di bibir.

Bayangan laptop, headphone, scalpel, external hard disk, tweezer, VLC media player, Kato-sensei, Asada-sensei, Team Medical Dragon, nescafe panas bersilang-silang di mata.


Damn it!


-Tammat-

Ok, tu je..
Terima kasih kerana sudi membaca.


Adios!






    

9 comments:

Cik Aina said...

aku no 1 ke? hihi.. weyyy hg ni tak habis2 dgn medic hg tuh.. sampai ke mimpi-2..

errr.. betol ke hg mimpi? ataupon ni adalah kisah benar? ohh tidakk ! seorang blogger meringkuk dlm lokap akibat terslah buat step kat patient. arwah kah patient bernma kamil itu ? 'blur'

Dakara said...

errr aku nak ketawa boleh? haha lawak sungguh, even macam ade elemen adrenaline rush di situ.

ko mimpi kan sebenarnye? aku selalu ingat semua cerita fiksyen ko dalam blog ni real =="

kamil tu sebenarnye wujud ke tak??
kesian kamil. haha.

Razanah Anis said...

berdasarkan komen-komen diatas, aku bleh simpulkan yg bkn diri kau je yg bercelaru tp kau berjaya mencelarukan readers kau jgk..

**ade ciri-ciri hilal dah nie.. try la publish 1 buku.. xD

Lina said...

“Mencetus Kemungkinan..” *kalo tak tercetus apa-apa pasni aku saman ko neskepe!”aq pon selalu terbayang2 mcm tu emi..kah3...

btw ko mimpi ke?? perrrgghhtt aq salute ko bro klu ko buat mcm tu.. ko akan kena tangkap.kah2.. nnt boleh la aq p lawat ko kat pnjara kn?? ngiahahahaahah...

btw aq pena Dislocated shoulder ni... sakit yg amat.. terlalu ganas tdur smpai terjatuh dan bahu mngalami kecederaan yg kurang teruknya.. memeber aq tolong betulkan bahu aq ke tempat asal... sakit gilaa.. then aq ke hospital.. bajet tgn patah siap balutan sngkut ke leher.. ehh... aq xboleh mnulis tau... aq mc.. mc seminggu... then aq dpt surat amaran... klu aq xdtg klas lg, aq akan dlrg msuk xzam.. tp aq ada xcuse.. so aq selamat.. aq boleh xmsuk klas lg.. ehh apa kena mngena kn?? wakakakaa..

btw masa depan muka bdak tu xhensem dh...

Iffah Afeefah said...

lol mentabah ckp die budak medic

kalo aku jdi doc tu

lame da aku geget dak tu

bg sdr alam realiti LOL

QweensheesZ said...

mirul, ang mimpi kerr ape?? kompius pulak aku ngan ending "cerpen" ang nehh..hehe :D

kopi pasta said...

hurmmmm *buat muka serius*

untuk entri ko ni, cara ko mgarang...aku terpaksa beri ko 6 bintang drp 5 bintang! terlebih 1, sebab ak pemurah. mhahahhaha...

aku suspek mpuan2 yg komen atas aku ni tak berapa nak faham entri ko ni sbb ada term2 yg diorg kureng familiar...

tpi bgi aku, aku faham dri atas smpai bawah... aku geng kimia jugak :P

bleu yg ko boldkan feveret tuu, serius itu gelakan aku yg pertama.. pmbuka selera la kiranya...

chrmatography. TLC kan? klu tak silap aku. err, kejadah apa hidu bahan kimia? hg blom khatam habis buku manual keselamatan ni...

yg part org panggil ko tu emi dgn mbahasakan diri ko sbg ko dengan memanggil ko dgn nama emi, itu bgi aku sangat gedik =.='

DAN kenapa perlu mereka bawa si cedera tu jumpa ko? septutnya mereka yg mencari hg utk di bawa ke si cedera tu. sebenarnya merekalah yg memarahkan lg keadaan si cedera tu..hehe

bersambung.....

Amirul Verdasco Nadzri said...

@aina: aah ang no 1.. ni mimpi ok..kamil tu x wujud..huhu


@dakara: pehh..unsur2 adrenaline rush.. rs cam nk buat citer ala mission impossible lak pasnih..huhu kamil x wjud..harap maklong..mhuhuhu


@rajanah: sorry r.. nt aku clearkan situation in next entry ok? nk publish buku? huhuhu..entry pn xde...


@lina:kalau aku tau ang penah kena, then aku patut refer ang dulu sblm menulis..kankankankan..?


@toffa: kalau ang gigit aku, tanpa was-was apalagi syakwasangka, aku gigit ang balik..hahaha


@qween: ni mimpi sbnrnya..


@kopi: yup, TLC..
ang baru k aku ni seorang yg gedik..*pintal2 ujung rambut* aku tau r, mana buleh hidu sembarangan.. tp, kan ada teknik nk bau chemical tuh..mhuhuhu

aku actually nk buat mcm dkt tmpt kejadian, cuma ada aku yg berkelayakan nk buat emergency treatment..

tenku butang said...

hehehe.. nice!

done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/