Saturday, June 15, 2013

Aku dan "Nasi dan Popcorn"

[Assalamualaikum...]

Kisahnya berlaku dua tiga hari lepas. Mungkin juga seminggu dan tak pula mustahil bulan lepas punya cerita. Biasalah, rumah tak berinternet. Cuma mampu tulis draf jek.

Petang Jumaat, sedang-sedang pukul 5 lebih macam tu, perut aku dah tak mampu bersabar. Sikit punya lapar. Pagi gila bizi bawak sampai ke petang. Tak sempat mecari sesuap nasi masa tengah hari, Aku buka pintu rumah. Aiseh, semua perkara yang boleh dibaham dah habis stok. Buah epal, biskut, Campbell soup ntah apekebende lagi semua dah selamat dibaham hari-hari sebelumnya. Gelisah mula melanda.

Then aku ternampak something atas meja Isyam. Aku garu-garu kepala. Nak rembat ke tak?? Aku pun rewind balik dialog Yod lepas balik tengok wayang.

“Wei, korang amik la ni. Kitorang taknak..” Ok, lebih kurangla dialog dia.

Aku pikir lagi hujahan bernas bagi membolehkan aku merembat objek atas meja tu. Aku buka kotak dia. Ohoii, baru suku habis. Patutla masa tengok wayang Yod asyik hulur jek kat aku.  Aku goncang-goncang. Sah! Masuk angin dah menda tuh. Semalam sikit punya rangup sebijik-bijik. Sekarang, semua dah bercantum jadi seketul. Ok, since objek ni dah masuk angin, confirm 95% Isyam takkan makan. Aku bawak masuk bilik. Lepak baik punya atas katil dan mula membaham popcorn caramel saiz godang GSC.  Walawei, layan jugakla makan benda masuk angin nih. Perut tengah lapar…

Dah tinggal dekat 20 bijik lagi, aku letak balik atas meja Isyam. Aku masih punya perasaan, cuma kurang sensitiviti. Mana la tau, beliau nak makan. Kesian pulak kalau aku tinggalkan kotak je. Aku mendarat balik atas katil. Selang 15 minit, Tok Wan ajak beli nasi.

Orait, let’s go honey.

Pehh..sikit punya panjang intro. Tapi isi sebenar kat bawah ni. Hehe..

Nasi dengan popcorn GSC. Macam keluarga dengan kawan-kawan/awek. Nasi tu keluarga, popcorn tu kawan. Pentingnya keluarga tu macam pentingnya nasi untuk perut kita, mungkin lebih lagi. Macam mana seronok pun ko menghadap popcorn, balik-balik ko akan cari nasi jugak. Tapi kalau ko dah ada nasi, tak dapat popcorn pun takpe kan? Tak rasa sengsara pun takde menda alah tuh. Aiseh tetiba aku rasa lapar.

So, bila tengah senang, tengah happy-happy dengan member jangan la lupa diorang. Peringatan untuk aku jugak ni. Kadang-kadang, bila dah seronok sangat dengan kawan-kawan, tengah syok huhahuha, family mula tercampak ke tepi. Nak-nak kalau dah dapat berkepit dengan awek. Eh? Bila dah susah, poket dah kering, baru la teringat nak roger mak. 

Eh, korang paham ke tak apa yang aku nak sampaikan ni? Aku rasa aku sendiri pun tak paham. Huhu.. Sorry, dah lama tak update. Macam ni la jadinya.  

Ok, tu je.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Adios!  


5 comments:

Lina said...

hahahah.. aq selalu la jd mcm ni mirul.. bila hihahuha dgn mmber aq terlupa lak dkt fmly aq kat kampung(ciss ayat x bleh blah) tp sebelum aq kuar huhahuha, aq akan call mak aq dlu mnta kebenaran ,biar kita jauh kebenaran ibu bapa harus ada, walaupun aq just mnta ijin dgn mak aq je.. hahaha

btw punya pnjang intro ko... aq pon tetiba terliur nak mkn popkorn kat tmpt tgk wayang.. hahahah...

putryteya said...

David Silver , rindu hang weh ! Lama dah aku tak mai sini membebel , uwaaa !!

nasi dan popcorn , pndai ag buat analogi , klo macam aku hari tu , " maggi dan nasi " last2 cari nasi gak , even dah kenyang makan maggi .:D

putryteya said...

lagi satu aku terlupa , aku tak pernah pulak tgok wayang sambil makan popcorn . tu je la nk hbaq . :')

Unknown said...

err, err popcorn? popcorn tu sekali sekala jer. aku rasanya hidup seorang pelajar plus bujang, analogi menggunakan 'maggie' sebagai ruji lgi simbolik kot. huhu. tp apapun aku masih boleh pickup apa yg hg cuba sampaikan ni. family first.

Amirul Nadzri said...

@Lina: Haha..ang pempuan, harus la mintak kebenaran nak keluar.. Aku ni baru je belajar makan popcorn masa tengok wayang.. 2jam dalam panggung tu lapar gak..


@Teya: Aiseh, terharu pulak rasanya ada orang rindu kat aku..hehe Actually, takdak popcorn pun takpa, Teya... Kalau jarang-jarang tengok wayang, ok la nak beli benda tu..


@Kopi: Maggi tu memang major substitute untuk nasi. So tak berapa nak 'eksklusif'...huhu Aku saja guna Popcorn GSC sebab benda tu mahal tapi setakat buat alas perut je.