Assalamualaikum..
......
Aku baru
selesai baca novel Sunan Musafir tulisan Ramlee Awang Murshid (RAM). Dekat
seminggu dah habis baca. Tapi aku mengambik masa yang lama yang mengarang entry
ni. Aku nak buat ayat sempoi2 je, tapi ntah la, cam susah pulak *sigh*. So,
sila cuba dengan sedaya-upaya membaca dengan tone sempoi ok??
Cun!
Ok, bermula
dengan Bagaikan Puteri, aku menjadi ketagih mengikuti sambungan novel ni
sampailah yang terakhir, Sunan Musafir. Tujuh tahun masa yang diambil untuk RAM
menyudahkan setiap sambungan. *wow*
Diasingkan
menjadi dua trilogi;
Trilogi pertama: Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, dan
Hijab Sang Pencinta.
Trilogi kedua: Cinta Sufi, Sutera Bidadari dan Sunan
Musafir.
Daripada
aku tingkatan tiga (misai tak tumbuh lagi), sampailah aku nak masuk 22 tahun (dah
berjanggut). Daripada PMR sampai nak
masuk degree. Fulamak.. Aku nih seorang yang penyabar jugak rupanya..huhu.. Bangga
dengan diri sendiri. Tapi, RAM ni rasional. Dalam tujuh tahun tu, dia tak
membiarkan peminat fanatik seperti aku menanti sebijik2 siri ni. So, dia
selitkan karya-karya yang lain macam Ungu Karmila, Mikhail, Rayyan Fantasi,
Fiksyen 302 dan.. hmm yang lain aku tak ingat.
Tapi,
siri Bagaikan Puteri ni tetap karya terulung RAM bagi aku. *pose tabik*
Sinopsis
Sunan Musafir:
>>>Pengakhiran
kepada 5 novel sebelumnya, Saifudin memutuskan untuk ke Inderipuri, bagi
bertemu dengan Sang Dewi, yang dikatakan isterinya yang masih hidup. Pada masa
yang sama, Laksamana Sunan itu mahu melunaskan tanggungjawab menghantar Maryam
ke tempat asalnya. Bersama-sama Indera, Panglima Awang Bagan, Maryam dan Abdul
Rohman, mereka merentas muka bumi. Berdepan dengan makhluk ghaib, kejahatan dan
situasi yang tidak terjangkau dek akal.
Siapa
yang dapat mengetuk pintu hati Saifudin sekaligus meraih cintanya, selain Ratna
dan Haryani; Maryam ataupun Luna? Bagaimana hubungannya dengan bangsa Polips
yang telah berkecil hati dengan tindakannya berpihak kepada Raja Roman disaat
kematian baginda?
Pada
1531, Saifudin sudahpun menjangkau usia saparuh abad, menghabiskan usianya
mengabdikan diri kepada Allah. Namun, semangatnya untuk menegakkan agama Allah
tidak pernah luntur meskipun sudah meninggalkan gelanggang pertarungan kerana
kejahatan tidak pernah berdiam diri.
Pada
ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, yakinilah, Allah itu mencukupi
segala-galanya. Sunan Musafir akan
mengakhiri setiap persoalan yang belum terjawab. <<<
#1. Setiap
sambungan, RAM akan mewujudkan watak2 baru, termasuk la dalam Sunan Musafir. Dari
yang baik contohnya, Andika, Gadul, Sayed al-Mutakhir, Bangkas, Mukhlis
sehingga yang berpihak kepada kejahatan seperti Panglima Deris, Qishahir, Origa
dan Prayuga. Juga mewujudkan latar tempat yang baru seperti Alam tidak
Berdinding, Alam Gualis dan Pesisir Laut Hitam.
#2. Bermain
dengan ‘ruang dan waktu’ dan bertemakan ‘cinta dan air mata’, kali ni RAM juga
mendedahkan kisah hidup dan siapa sebenarnya Ratna, mantan Ratu Sulaman. Babak
pertarungan masih dikekalkan dan nilai2 keagamaan sentiasa menjadi teras
pembangunan plot novel ni. Aku dapat feel yang watak Sunan ni dah berusia dan semakin
matang walaupun Sunan ni pemikirannya sememangnya dah matang dari muda lagi. Tak
lupa, permainan emosi menerusi watak Maryam…sob3x. So, cewek2 sekalian, kalo
anda kena reject dengan partner masing2, sila ye mencontohi watak Maryam. Adab untuk jeles pun ada..huhu
#3. Watak
utama dalam sambungan terdahulu seperti Haryani, Dani dan Saliha juga
dimasukkan kembali walaupun sekadar beberapa ketika bagi memastikan segalanya
berakhir sempurna, dibantu oleh Saifullah yang menjadi satu2nya saksi yang
masih hidup.
#4. Cuma,
satu yang aku agak frust, Haryani, watak utama dalam trilogi yang pertama. Mungkin sebab aku dah jatuh hati dengan watak
dia.*blushing* Walaupun berjaya mendapat cinta Sunan dalam Hijab Sang Pencinta,
akhirnya dia masih bersendirian.. Senang cakap, aku nak tau dengan sape dia
kahwin.. ?? Kesian dia..huhuhu
Memetik
pesanan Laksamana Sunan; “Jangan marah kerana marah itu nafas syaitan. Maka,
berusaha untuk ikhlas dan redha”
#5. Feveret
aku, trilogi yang pertama. Lebih banyak aksi, pertarungan, musuh, ‘keajaiban’,
jugak humor.. Sangat adventurous.. *berangan habis masa aku baca* Sesuai dengan umoq Sunan yang masih belia.
Trilogi kedua lebih bermain dengan emosi.
Siri
Bagaikan Puteri ni sangat la best. Lagi best dari buku Biologi tingkatan 5.
Cintan-cintun tipikal novel kat Malaysia langsung takde dalam novel RAM. So, lelaki yang bajet macho tak layan novel jiwang boleh layan novel2 ni ok. *jaminan kemachoan terpelihara* Disamping bercinta, nasihat, panduan, dan suntikan semangat Islam tu sangat
dititikberatkan. Cinta kepada Allah didahulukan, barula yang lain2.. Get the point?
So,
korang2 semua, aku paksa korang beli..hahaha.. Mana tau, RAM buat boxset ke. Doa2 la ye. Untung tu nak banding ngan aku beli satu2. Jimat duit, jimat masa.. haha
Ok, tu
je.
Silalah
ke kedai buku kat rumah ampa.. Beli
terus 6 buah. Jangan risau, aku promote ni tak dapat komisyen pun..haha
Adios!