Sunday, May 20, 2012

Aku & "Nocturnal"

Assalamualaikum..
.......

Alhamdulillah..
Tadi, mak bagi RM40, gaji/upah tolong dia ngan wan buat ketering (ok, salah eja).
~~Tak perlu amik gambar duit tu rasanya setakat nak tepek kat blog.~~
Memasak untuk 100 orang.
My sis also got the same amount walaupun dia tadi lagi rajin daripada aku.
Tapi, aku rasa bersalah pulak, sebab tadi aku asik tido jek.
Semalam online sampai pukul 4 pagi.
Stupid huh, walaupun mak dah warning awal2 jangan tido lambat sebab nanti aku kena drive balik kampung pukul 6.30 pagi.
So, kerana kes tak cukup tido, aku bawak keta dalam keadaan separa sedar.
Gila.
Jugak, time orang sibuk2 masak, aku zZZzzZZ kat ruang tamu. (aku tak berdengkur ok. penapasan aku tiptop)
Pastu, mak kena jerit2 suh aku buat keje.
Timbuk gulai labu, angkat tong gas, etc termasuk sembang ngan mak cik sebelah umah, aku buat dalam keadaan separa sedar.
Sungguh wtf..huhu

So, bila  aku nak dapat payment,
aku cakap kat mak,
"Agak2 untung tak kalau bagi banyak tu? Kalau mak dapat sikit dan tak berbaloi ngan keje orang buat, bagi sikit jela." 
Walaupun dalam ati cakap, takyah bagi pun takpe.
Aku rasa aku buat keje sikit sangat. (tau pun!)
Aku amik jugakla tapi.
Pastu mak pesan, "Nanti, rajin2 la sikit buat keje.."

Ok, aku paham.
Paham konon, ni yang menggatal update blog pepagi ni dah kenapa?

*Adoidoidoi, payah nak tukar bila dah hampir kepada spesies nocturnal. Huhu...











No comments: