Monday, May 21, 2012

Gelaran Keempat Terbuka British Datuk Nicol David

London, 20 Mei 2012

Datuk Nicol Ann David meneruskan dominasinya dalam sukan skuasy apabila menjulang buat kali keempat trofi Terbuka British 2012 semalam selepas menjinakkan kuda padi Mesir, Nour El Sherbini 11-6, 11-6, 11-6 dalam masa 33 minit, sekaligus menjarakkan pungutan mata dengan pemain ranking kedua Jennyy Duncalf dari England. Terbuka British merupakan salah satu kejohanan berprestij yang diburu oleh semua pemain skuasy dunia. Nicol sebelum ini pernah menjuarai kejohanan ini pada 2005, 2006, dan 2008.

Kronologi kemenangan Nicol

Pusingan 1      : Nicol David mng Maria Toor Pakay  11-2, 11-3, 11-6 (20m)
Pusingan 2      : Nicol David mng Samantha Teran     11-7, 11-7, 11-3 (28m)
Suku akhir      : Nicol David mng Joelle King             8-11, 11-3, 11-4, 11-0 (45m)
Separuh akhir : Nicol David mng Laura Massaro       11-5, 11-8, 11-4 (39m)
Akhir              : Nicol David mng Nour El Sherbini    11-6, 11-6, 11-6 (33m)

Bagi saingan lelaki, jagoan England, Nick Matthew mengibas Ramy Ashour juga dari Mesir dalam masa 49 minit bagi bergelar juara. Kemenangan ini turut meletakkan beliau di ranking teratas mengatasi rakan senegara James Wilstrop.   

Amirul Bakar Atan,
untuk berita sukan TV3,
London.

No comments: