Wednesday, December 26, 2012

Aku & "Masih Belum Sempurna"

Assalamualaikum...

******

Kredit kepadaMk Syahir, pencetus idea

Masih Belum Sempurna

Masih belum sempurna...
Takkan pernah sempurna
Pasti

Aku resah
Lantas memacu kuda bersalah
Menuju hutan penipuan
Membiarkan angin-angin dusta menyapu
debu-debu hak yang tersisa di badan
Supaya aku tampak sempurna

Bodoh..

Itu kata kau!
Nafsu membenarkan segala-galanya dan
ego hanya berdiam tunduk bersetuju

Lalu kau tebak si kuda dengar panah hakiki
Terjelepok
Mati

Terus aku terjaga
dan hutan itu mulai melenyap

Bukan itu caranya
Takkan mungkin bangkai gajah dapat ditutup dengan sehelai daun nangka
Busuknya tetap terhidu

Aku tersedar akan hakikat
Melangkah lalu berdiri di pintu taubat
Tangan-tangan kebaikan menghulur kunci keikhlasan andai betul
hati merela
Menyerahlah

Berilah peluang
Ini permulaan
Yang ditegah kau perlu tinggalkan jauh
Yang disuruh jangan pernah diabai
Tunaikan ikrar
Gunung azam aku bina satu persatu
Perlahan-lahan asalkan kukuh terpasak

Biarlah
Biar hati terasa cukup
Biar mata terlihat lengkap
Meskipun masih belum sempurna







9 comments:

paripariputih said...

OK Amirul aku kalah dgn puisi atau bait-bait ayat di atas begitu halus penyampaian mcm bukan ko jer yg membuatnya apakh seorang bakal CSI bisa berpuitis sedemikian rupa... pergh... sungguh tercabar dgn bait-bait ayat yg tertuliskan satu persatu... baris demi baris.... mohon sediakan noona tilam utk berbaring setelah pitam dan pengsan melihat kecanggihan ayat-ayat mu itu...

ppp

Razanah Anis said...

memula aku baca, aku blur, apa kaitan entry nie dengan bini kau... and last2 baru aku faham apa yang kau cuba sampaikan..=="

Payeh Kuced said...

erk.. aku tak paham.. otak jammed...

Fiza Suhaimi said...

wah amirul puisi yang puitis. guwa yang kesasteraan ni pun tak boleh nak lawan hang. btw, keep it up. :)

#terkebil-kebil kelopak mata guwa bace entri hang ni. guwa cuba nak faham tapi arghhh, hahaha.

sabry oppa said...

nobody is perfect
nice :)

Amirul Verdasco Nadzri said...

@Noona: Apa CSI tak bisa berpuitis? Haha..


@Rajanah: Aku lg tak paham tetiba berkait ngan bini aku. Ye ye je ko paham..huhu


@Payeh: Ang budak2 lagi. Exam dulu naa..ehehe


@Fiza: Lu dak sastera ke? Peh.. wa susah nak masuk ngan sastera nih.


@Sabry: Nobody is perfect, nothing is perfect.. right bro? Thanks, singgah blog aku.. ^^

Iffah Afeefah said...

aku nampak ke arah sempurna di situ

#doakan kau y pastinye

KorN said...

terlalu puitis ayat nya... agak lambat aku nak memahami ape yg nk di sampaikan... =)
eh, amirul rupanya. hehehe

محمد رازيق said...

bila aku baca, mata aku berair. mengingatkan aku tentang seseorang bro. tulisan yang baik