[Assalamualaikum...]
1/1/13
Hari ini, aku mengerti rasa kehilangan seseorang yang tanpa aku sedar, sangat-sangat diperlukan. Ahh.. Aku tau dia suka aku. Dan
aku juga senang dengan dia. Tapi hati aku pada orang lain.*aku rasa* Bukan pada
dia.
Awal perkenalan, kami selalu bergaduh. Tapi, entah macam
mana, kami jadi sahabat. Ok, istilah sahabat dia yang mulakan sebelum dia
mengaku, sukakan aku. Ahh..gila. Dia ibarat sebelah badan aku. Kehidupan aku
sekarang memerlukan seseorang untuk memberi sokongan terutama apabila keluarga
berada jauh. Sangat sibuk dan kadang-kadang aku rasa sangat menakutkan. Kehadiran dia seperti rahmat dalam hidup aku. Kebetulan juga dia tinggal berdekatan.
Pertolongan demi pertolongan dia hulurkan. Dia mengajar aku
menangani dugaan yang mendatang. Menenangkan aku bila tekanan melanda.
Menghilangkan duka bila kesedihan menerpa. Walaupun lewat malam, dia tetap datang
membantu. Sentiasa ada untuk aku. Senyuman dan ketawa dia betul-betul menyenangkan hati. Dia
seolah-olah tak pernah berkecil hati dengan aku walaupun cintanya pernah aku tolak
mentah-mentah, tanpa keraguan. Malah, sama-sama berusaha menolong aku
mengejar cinta sejati kononnya. Mengajar aku itu dan ini. Katanya, aku naif. Ceh..
Semalam, dia pergi tiba-tiba.
Tiba-tiba.
Saat aku didatangi
tekanan yang terhebat. Aku tenggelam punca. Merata tempat aku mencari. Banyak kali aku cuba hubungi, tapi langsung
tak dijawab. Bahkan temannya yang paling rapat pun tak tahu ke mana dia pergi. Aku
rasa lumpuh sebelah badan. Tak mampu bergerak. Tak mampu berfikir. Aku lemah
begini. Kejap, aku lemah bukan kerana tekanan. Aku lemah kerana ketiadaan dia. *Untuk mengarang entri ini pun aku mengambil masa yang terlalu lama kerana memikirkan dia* Aku
betul-betul perlukan dia.
“Perlukan dia?” Persoalan yang menjentik seluruh saraf
tubuhku.
Ya, aku perlukan dia, untuk terus berada di samping aku.
Aku terus mencari. Ke mana aku pergi, terasa ada dia di
situ. Hakikatnya, terlalu banyak kenangan telah tercipta. Rasa rindu mula
mengusik.
“Kenapa baru sekarang dia pergi? Kenapa tak dari dulu, waktu kami masih bermasam muka? Kenapa aku bertemu dengan dia kalau begini
pengakhiran?”
Aku sangat-sangat terkilan apabila dia pergi tanpa sepatah kata.
Betul kata dia. Aku naif. Aku keliru. Suka dan cinta, dua
perkara yang berbeza.
Dan sekarang aku betul-betul pasti, aku cintakan dia.
Air mata aku menitis.
Tanpa sedar aku memanggil nama dia.
“Prosecutor Seo!”
*********************
Hoi, bangunlah!
Tanpa was-was, aku melempangi diriku sendiri. Ohh, drama
Korea yang satu ni sangat menuntut permainan emosi. Tak seperti drama Sembilu,
menjadikan aku seorang yang tidak beremosi.
Sekarang aku menuju ke episod 12.
Ok, tu je.
Terima kasih kerana membaca entri aku.
11 comments:
cis, cerite suspen je, hahaa. mimpi rupenye :D
bhahahha mcm harooom. tergelak ak dibuatnya..ak bru nk tanya 'dia' tu llaki ke mpuan. ak mula2nya suspek llaki. gay gilerr...haha tp smpai part last, LOL pertanyaan awal aku tu jadi tak valid =.='
awal2, aku dah mcm.. wow... last2.. aku rasa macam nak tendang kau mcm mane aku nak tendang korn dulu.. haishhh..=="
hahahaha.. aq pun mcm kopi jgk.. nak tnya dia tu sapa.. lelaki or pmpn.. terasa mcm gay pun ada.. errrkkk grrrr.. gelak aq dibuatnya.. cisssss
aku lebih rela baca novel setebal I LOVE YOU STUPID dari menjadi mangsa ketipuan si amirul verdasco ttg PROSECUTOR SEO die cehhh... menabah jew aku baca dari atas sampai ke bawah =..=
fehh permainan emosi baca entri ni lagi hebat dari tengok drama tu sendiri :p
nice~
ape?
“Prosecutor Seo”?
cess
hahaha. ko buat aku saapen bro. hikhik. btw terima kasih atas doa tempoh hari. aku tak bais lagi ajar anak buah aku pengamiran n pembezaan! haha
Macam baaaa. HAHA
Aku baru nak ber simpati.
nak komen 'bunga bukan sekuntum.'
At last, drama korea?
Haha. Sampai bawak mimpi. Memang tak boleh blah.
Memang kipas susah mati Kdrama la lu mat. Haha. (Y)
boleh tak aku gelak je?
tertipu ceit!
Post a Comment