Thursday, August 16, 2012

Aku & "Osaki"

Assalamualaikum..
......

Kenal tak Osaki? Mungkin mereka2 yang lahir sebelum tahun 2000 kenal akan Osaki. Feveret aku sampai sekarang. Masa budak2, Osaki ni lah yang menjadi teman aku berjalan-berjalan. Jugak menjadi teman aku bermain. Aku sayang beliau meskipun aku selalu mempergunakan beliau lantaran sifat kelembutan dan keanjalan yang beliau miliki. Di samping itu *perhh, penggunaan penanda wacana*, beliau jugak tahan lasak. Beliau akan terus setia sehingga khidmatnya tak lagi diperlukan.

Ok, tak payah sedih2, Osaki adalah sejenis selipar. Aku bet beliau adalah pure selipar jepun. Zaman sekarang, aku dah tak nampak kanak2 dan budak2 sekolah pakai Osaki. Masing2 semua duk bangga pakai Crocs dan Fipper. Aku rasa dalam keadaan zaman sekarang, mereka tak memerlukan Osaki.

Jom kita flashback keakraban aku dan beliau dan kenapa dulu aku memerlukan Osaki.

#1. Aku brek basikal pakai kaki. Masa kecik2 aku diperuntukkan oleh pak dengan sebijik basikal. Dan aku suka bawak keliling kawasan perumahan aku. Aku lenjan abih basikal tuh. Kayuh laju2. Even turun bukit pun aku kayuh. Kadang2 aku main nyorok2 satu perumahan. Sebab tu, penggunaan basikal sangat penting. Bila brek rosak, aku tak mintak pun pak betulkan pasal pak jarang nak perabih masa duk baiki brek ke hape. So, aku brek basikal pakai kaki jela. Seret selipar kat jalan untuk menambah friction lantas mengurangkan acceleration. Bila pecutan turun, halaju pun turun. Lalu, basikal pun terstop.. Haha..tetiba fizik.



Lama2 haus la selipar kan? Tetapi tidak dengan Osaki. Ok, tipu. Mana ada selipar tak haus kalo dah hari2 sagat kat jalan. Beliau pun haus tapi lambat r. Beliau aku syak adalah selipar getah yang terunggul kerana susah haus. Kalo haus pun, tak sampai berlubang. Huhu.. Kalo pakai selipar fancy2 cam bata tuh, konpem sekejap je riwayat mereka.. Dahla mahal, tak berkualiti pulak. *bata, ampunkan aku* Osaki murah jek..Kuikuikui

#2. Permainan baling selipar memerlukan selipar yang jitu dan padu. Osaki padu pasal made of rubber. Plus berat beliau sedang2. Tak berat, tak ringan. Baling pun sedap jek. Ditambah dengan balingan superaccurate aku, maka gandingan aku ngan Osaki adalah gandingan yang terunggul. Lagipun, senang nak buat susunan selipar bentuk piramid kalo pakai Osaki. Budak2 sekarang aku tak nampak dah main baling2 selipar nih. So, Osaki tak lagi diperlukan..T___T





#3. Badan aku kecik jek. Masa kecik, kecik, masa besar pun kecik. So, aku tak larat nak pegang galah masa amik buah. Ko ingat ringan ke kalo pakai galah kat kampung tuh? Haha.. So, aku baling buah pakai Osaki je. Momentum dari beliau just nice untuk menjatuhkan buah laksana mempelam. Lagi satu, beliau diperlukan masa nak amik shuttle yang tersangkut kat pokok. Kat depan umah aku dulu, jiran2 pakat tanam pokok payung yang duri2 banyak gila tu. Mana boleh panjat bai. Aku pakai Osaki sudah. Nasib tak baik, ngan Osaki sekali sangkut kat pokok. Hahahaha



#4. Masa duduk asrama, kena ada selipar gi tandas. So, Osaki menjadi pilihan sanubariku. Tapak tak licin maa.. Kalo basah pun, lap2 sudah. Pasal getah tak serap air. Haha Tapi kadang2 cik Osaki ni licin gak kat bahagian dalam dia kalo dah basah.

Masa aku duduk matrik dulu, aku suruh mak aku tolong beli Osaki pasal nak buat selipar tandas. Kalo aku pakai selipar bata, memang kembangla menda alah tu. Pastu, mak aku pun beli la selipar getah. Tapi bukan Osaki. Ntah cap apa pun aku tak tau. Maka, berkecil lah hati aku lantas ingin membawa diri ke gua batu belah batu bertangkup.. Tapi, gua tu reject pasal hanya golongan mak2 je boleh masuk..haha *bajet lawak*

Aku dah lama tak jumpa Osaki. Dari umur aku berapa pun aku tak ingat. Tapi, baru2 ni *tak baru la jugak, 2 bulan lepas kot*, aku jumpa beliau. Wuuuuhuuuu..terubat rindu aku. Adik aku rupanya pakai beliau bawak gi asrama..



Osaki, kaulah....err..hmmm.. wiraku? Tak sesuai.. Jantung hatiku?*cik adik menjeling* Ahah!
Osaki, kaulah temanku...huhuhu

Ok, tu je,
Terima kasih kerana sudi baca entri aku..


Adios!

Tiga pengomen terpanjang entri sebelumnya:

#1. Noona PariPariPutih.. (222 words)
#2. Ety (104 words)
#3. Kamal Lee (102 words) 2 perkataan je beza ngan Ety..lol



20 comments:

Ety said...

HAHAHAHAHAHA. Kau tau, mula2 aku baca entry kau ni, yang ada dalam fikiran aku, BALING SELIPAR. Sekali scroll lagi ke bawah, tu diaa mmg kau cakap pasal baling selipar.

Hahahaha. Pasal brek basikal tu, aku tak boleh nak komen banyak sbb aku jarang brek basikal guna kaki sbb dulu basikal yg ayah belikan untuk aku, palang dia tinggi, org panggil basikal lelaki, jadinya, mmg tak sampai lah nak tahan kaki guna selipar. aku bukannya tinggi mana pun time tu. HAHAHAHAHA :D

Pasal baling selipar tu. Aku SETUJU ! Walaupun aku tak pakai selipar Osaki ni, tapi tapi, selipar ni sgt lah berguna bila nak susun selipar jadi piramid kat tengah2. Selalunya kengkawan lelaki aku, mmg jadi supplier selipar ni time main baling selipar.

Selipar ni selalunya bergabung tenaga dgn selipar jepun yang ada warna hijau,biru,kuning,merah tu. Kau tahu tak ? sbb yg tu tak da nama :D

Haaa, kalau time baling selipar, mmg SEDAP kalau kena Osaki ni. Kalau yg baling tu jenis yg wakil sekolah main lontar peluru, mmg kepala kau pun, boleh keluar benjol sebijik besar macam peluru. HAHAHAHAHA :D

Okay. panjang sudah pasal baling selipar. Hahahaha.

Cakap pasal sek asrama pulak. Hahahaha. Ni lagi lawak. Sek kitorang tu, macam2 jenis selipar budak2 ni pakai. Sampaikan, selipar aku, selipar kau. Osaki ke tak, smua kitorang bantai je.

Tapi selipar ni berat, mmg sgt berguna especially bila shower flooded. Kuranglah risiko selipar kau terapung2 dalam shower.

Hihihihi :)

Sekian sahaja ENTRY baru aku kat blog kau. Hahaha. Usaha nak memecahkan rekod jumlah words dalam komen aku yg sebelumnya supaya jauh sikit beza dgn Kamal Lee :D

Kbai :D

Sekian,
babyface

Ety said...

OHOIIIII aku pengomen pertama :D

khairolina said...

hahaha sekali lg cik ety kita komen terpanjang..

haha aq pernah jgk tgk selipar ni.. tp xpernah guna.. aq hnya guna selipar jepun yg ade kaler merah biru,hijau kuning... haha.. klau kat asrama xleh guna selipar cntik2 kompom ilang kena curi.. .. adeeiii

heells tu yg aq xthn.. cute siot kena baling mcm tu.. hahaha

itu saja komen dr aq...

kbaii

paripariputih said...

Apakah??!! Osaki ni sekarang ada jenerasi baru nama dia ASADI keh keh keh (tak de kena mengena). Noona dulu ada gak pakai si Osaki ni tapi asik kena rembat jer.. bengang aku... (pakai kaki ayam baru tau)... selain osaki ni dulu time2 aku lu.. ada lagi satu selipar jepun getah sume getah, tebal pun tebal.. cantik warna warni kaler dia kuning merah biru hijau pas tu corak tompok-tompok pun warna warni itu pakai 3-4 tahun pun tahan tu...

Erk yang kasut tinggi tu barang kali kasut aku tu mirul keh keh keh (aku kan suka kaler merah)... tapi skerang ni pesen kaki aku ni.. tak leh pakai selipar yang regga RM50-60 mesti pakai dua hari putus... (bukan tipu ni betul dah banyak kali aku terkena) sume main cekik darah nak kasut yg mahal.. last2 sekarang ni kasut aku byk koleksi "hush puppies" tapi ada satu jer sipar HP ni yg sampai skrg melekat kat kaki aku (depan dia pun dah tersentil mcm lidah) he he he tapi itu la aku gasak gi office, gi jalan2 gi pasau.. boleh.. lam keta aku ada 3 pasang HP sume aku pakat2 letak lam kotak.. bila nak gi majlis2 tertentu jer baru aku pakai.. tak selesa.. aku sayang HP lidah tersentil aku tu... aku law gi kedai2 kasut tu.. aku pakat2 tengok jer le sebab niat hati nak le pakai yg berpesen, tapi 2 hari pakai putus... apa hal kan? Nak lak kasut2 kat Vincci pergh.. cantik tapi tak berbaloi aku beli, last2 yang dapat bibik kemas rumah yg bergaya ngan kasut2 aku tu...

Tapi nak kata kaki aku ni "pilih bulu" pun tak jugak, sebab sebenarnya dia tak pilih darjat selain kasut HP dia memang "ngam" gak dgn selipar jepun itu jer yg boleh tahan dgn kaki aku kan... tapi tak kan aku nak gi funciton pakai sipar jepun, ada yg kena sepak kuar jap lagi.. apa2 pun sekrang ni sume2 kasut yg cekik darah tu sume nak ikut trend jer.. selebihinya aku rasa sipar jepun tetap menjadi pujaan kaki ku.. ha ha ha ko hade...

wah aku dapat anugerah komen terpanjang tu he he he.. tapi rasa kali ni Ety kot yg rangkul gelaran tu mua ha ha ha

leakedknowledge said...

erk...ak nk mcelah pon xdpt dalam pertarungan komen terpanjang di antara ety n ppp....(=.="

leakedknowledge said...

weyhhh selipar jepon jnis nie berat kot..ak dulu2 pernah pkai siap melecet n lenguh2 kaki lagi nk mlagkah sbb berat n padu...sbb tu ak prefer pkai selipar jepung yg standard tu yg ada kaler sejenis merh, hijau, biru tu...ringan..tp yg slacknya mudah tergelingcir klu tapak die super haus..tp best per leh men slide2 kt lantai berpasir..bhahaha

tapi mmg ak akui la, osaki ni mmg super tahan lasak kot..kalah selipar jepun stardard. kalu mlibatkan selipar jepn nie mmg byk kenangan...lebih2 lagi bila dh terputus..mmg super kretif nk mbaikinya..ambik paku cucuk kt tempat putus..tadaa boleh pkai lagi..gune tali pon blehh juga..janji kretif :)

ak mgaku kalah..xdpt nk mlawan ety n ppp..bhahaah

CikMunBlogger said...

pasaipa aku tengok semua komen yang hang dapat panjang panjang ? hang ada buat kontest buat karangan ka ? cuak aku tengok komen depa .

aku tak mampu nak buat komen and karangan macam depa . maklum lah , bahasa melayu aku time spm tak dapat A+ .

aku mintak maaf lah kalau komen aku nie pendek . sama dengan ketinggian aku yang tak berapa nak tinggi lah kan .

okay , aku memang suka mrepek benda yang tak de kaitan dengan tajuk utama . so , lagi sekali lah aku nak mintak maaf .

aki mintak maaf jugak lah kalau aku banyak sangat mintak maaf untuk kali nie .

sekarang aku baru nak cakap pasal selipar jepun . yang tadi tuu mukadimah jaa bak kata pengetua sekolah aku dulu .

dulu dulu , aku suka jugak pakai selipar jepun . sebab ? dia susah sangat nak putus tali dia .

kalau bab nak membantai orang , hang tak payah cakap lah . sekali ketu , mau merah kat tempat kena ketuk tuu .

kalau nak buah pelam , baling jaa kasut selipar jepun tuu . mesti boleh jatuh . sebab aku pernah try dulu .

aku dulu pun peminat sedia selipar jepun . sebab kasut tuu flexibel kan ? senang nak pakai .

setai pun setai gak . bukan macam crocs . setai tapi payah nak pakai . hujung macam mulut buaya .

okay lah . aku rasa aku dah banyak sangat merepek . and aku rasa merepek aku nie boleh buat entry dah kot ..

and aku pun macam Mr Typo Pasta a.k.a Mr Kopi Paste mengakui bahawa komen aku tak mampu nak lawan komen Cik PPP .

selamat hari raya maaf zahir dan batin .
segala komen di sponsorkan Upin Ipin dari Era berclobrate dengan Suria dan Hot .

assalamualaikum .
balik kampung hati hati k .
nampak semut elak , nampak gajah langgar.
makan jangan lupa orang kiri kanan , depan belakang , atas bawah .

bapak panjang komen aku . panjang ke ? ehhh !
kbhai !

paripariputih said...

ha ha ha miko, ppp hengat ppp sorang jer cam tu, dulu pi picit paku payung kat tali tengah antara jari tu.. :P masa dulu2 mana la ada duit nak beli barang sendiri kan...

ha ha ha meh le berguru ngan ppp and ety camner nak wat komen panjang... f.o.c mua ha ha ha...

ni kat bawah ada lagi pencabar baru CikMunBlogger keh keh keh..

JungRara said...

Kyaaaa!!, baling selipar, rindu pulak kat zaman sekolah dulu.
Btw, osaki ni memang berat kan..

Amirul Verdasco Nadzri said...

@Ety: Kat tempat aku, budak2 tak guna Osaki buat baling orang masa nak matikan opponent. Tu bangsat namanya. Gila sakit wo.. Mau mati betul..haha Nak main kena bijak. So Osaki ada advantage, so aku guna r.

Osaki agak berat r. Memang tak terapung pun. Wei, gila r budak sekolah ang. Osaki pun kena rembat. Aiseh, beli sendiri r..haha

Ok, nanti aku kira words..

@khairolina: Osaki kategori tak cantik. Tu yang orang masjid buat selipar gi jamban. huhu.. Orang tak berminat nak rembat. Tapi sekolah ety pelik skit..haha Heels tu mainan perasaan aku jek..kuikuikui

@torres: Kita pakat2 duduk tepi jela, ceq oii..haha

Amirul Verdasco Nadzri said...

Noona, aku tak buat research plak sama ada Osaki adik beradik ke tak ngan Asadi..haha

HP ok gak, tapi harga pun boleh tahan. Osaki takbley lawan maa. Design pun moden. Aku pun cam noona gak, kalo boleh, gi mana2 pun nak pakai selipar. Senang idup aku.haha Kalo sneakers tu, aku pakai time ada hal penting2 jek. Kasut pempuan banyak stail. Kadang2 aku pun pening...

Next entry kita tengok sape menang..hehe

Ety said...

Lina ! Hahahaha. Betul weh, bebudak asrama mmg ada perangai suka rembat selipar org. Hari ni kau beli, esok bru first time pakai, lusa dah ada kat dorm org lain.

Sabar je la "=.=

Ety said...

Mirul & Kopi : Hahaha. Takpe lah, korang dok tepi, cheer untuk kitorang neh. Bawak pom pom sekali. Hahaha. *OMG ! comelnya korang, bygkan korang cheer P to the P to the P, E to the T to the Y. OMG OMG * HAHAHAHAHAHA :D

Mirul Kacak : HAHAHAHAHA. Tau takpe, mmg minta pelempang kalau baling Osaki tu. Aah weh, mmg pun. kitorang bukan kira, sekolah semua perempuan, tpi osaki pun kitorang rembat. yg paling best bila osaki nya bentuk serupa, tpi saiz lain sebelah. sbb dah desperate nak mandi takde selipar, pakai jugak laa :D

Ety said...

Kak PPP : Hahaha. Kak, pasal kasut Vincci tu betul. Ety ada satu wedges, pakai dua tiga kali je, lepas tu jadi pekasan dalam almari. Tak pakai langsung. Tpi kasut tu syok, sbb tapak dia jenis getah tak berbunyi bila kita step. Nasib baik rumah Ety takde bibik, kalau tak bibik pun sakan bergaya dgn kasut Ety tu :D

Mirul : Hahaha. Kau akan lagi pening kalau keluar beli kasut dgn aku. Kawan aku kaki shopping pun surrender. sbb kau bygkan One Utama tu, ada 6 ke 7 kedai kasut, semua aku masuk, satu pun aku tak berkenan. HAHAHAHAHAHA :D

Ety said...

Hahahaha. Kopi dan PPP, EPIK ! Mmg pun, kalau selipar putus, golongan2 macam kita ni lah yg paling arif nak membetulkan balik. Ety tak reti sgt, tpi selalu tgk kawan2 lelaki sakan dok stapler, paku payung bagai. ehh tapi betul tau, mmg ada kawan Ety yg guna stapler. alaa zaman dolu2 :D

Kopi, kau cecepat cheer untuk kitorang. Bawak pom pom sekali. ajak Mirul Kacak join :D

Tu diaaaaaaaa ehh komen Cik Mun panjang berjela, kalah aku dgn PPP :D

Amirul Verdasco Nadzri said...

@torres, noona, ety: aku dulu pakai dawai. tak pakai paku tekan sebab kadang2 tersalah pantak, kakiku yang bertaraf supermodel ni binasa..haha

gila r, aku sendiri tak sempat reply komen2 korang. superpantas betul korang nih. ety ngan noona blom apa2 dah dua tiga das komen..panjang2 plak tuh. tapi aku kira komen pertama korang jek. haha

Amirul Verdasco Nadzri said...

tapi arwah pakcik aku lempang anak dia pakai osaki masa ajar mengaji. huhu walawei, cuak aku. tapi berkat dari tu, anak dia suma excel.

osaki memang fleksibel. pasal getah suma..haha aku minat gak crocs, tapi kaki aku tak sesuai pakai. crocs is dem too spacious untuk kaki aku..haha so, spesies2 selipar jepun ni la galang ganti.

selamat hari raya, maaf zahir batin. aku tak elak semut. dua2, gajah ngan semut aku langgaq.. aku selalu ingat kat orang time makan, tapi ada dak orang ingat kat aku? haha

komen panjang2 pun takpe. janji ikhlas.huhu
kbai!

Amirul Verdasco Nadzri said...

aku rindu gak. last main, form4. huhu.. osaki ni berat sikit r dari selipar jepun standard. tapi sedap..haha *bajet aku penah makan jek*

putryteya said...

wawaahhh !! seronoknye die . Banyak betul kegunaan Osaki tuh ~ Tak pernah pulak aku pakai selipar osaki . menurut bacaan aku tadi , hang ni macam bukan budak2 sezaman dengan aku ,

main tuju kasut , pakai kasut osaki ... budak2 zaman aku tak pakai dah kasut Osaki , haha

aku ingat ang sezaman dengan aku . Kita nampak sebaya je . Eh ? entah2 kita sebaya . Okay , tetiba aku teringat ag dapat tawarab U hari tu . memang kita sebaya pun kan ? sorry , ek ehh , komen aku macam tak de kene mengena dengan entry ko jek . ahahha grrr ~

ehh , dan aku terkejut jugak lah tak pernah aku komen blog orang sepanjang ini , mungkin aku terlalu IKHLASS ataupun aku teruja gila sebab hang annnounce nama orang yang komen panjang macam Ety . Giler panjanggg !!

sekian utk David Silver ,
daripada Teya yang nak jugaakkk komen panjang ... ~
-.-

*komen aku macam sengaja dibuat panjang . tapi , aku nak cipta award 1st blog hang yang aku komen paling PANJANG . kira panjang dah arr ni bg aku . HAHAH

Kamal Lee said...

Entry hang mengimbau kenangan kenangan aku mase kecik dulu.
Aku pon pakai jugak selipar tu.
Kalau beli jek, nanti mak aku potong sikit tumit selipar tu sebab takut tertukar dengan orang kat surau.

Tapi aku tak ingat jename ape yang aku pakai.
Memang selipar die tahan lasak. Tapi keras gile. hahah.

Semua kisah hang tu aku pernak alami. buat sliper jadi brek basikal, main baling2 selipar (kalau baling gune selipar Osaki ni, boleh patah tulang belakang kene. haha)

Seriously. teringat mase kecik dulu. Entry yang naiss. :)