Wednesday, February 20, 2013

Aku dan " Antara Betis dan Peha"

[Assalamualaikum...]


Sekarang kerajaan bagi banyak bantuan. Macam-macam jenis. Pilih yang mana korang rasa layak dan cuba mohon. Paling famous sekarang ni BR1M. Dapat RM500.00 woo.. Next time, kalau ada rezeki lebih, mana tau dinaikkan jadi RM1000.00. Pergghh...* $___$ *

Aku suka ayat tu. Masa TPM bagi ucapan aku terus highlightkan perkataan-perkataan yang menunjukkan kebergantungan kepada keadaan macam kalau, mana tau, in sha Allah, mungkin dan sebagainya. Masa pembaca berita baca berita, aku highlightkan jugak perkataan-perkataan tu dalam teks yang dia baca. *gigih*

Sebab apa?

Sebab ramai orang akan salah faham dengan statement TPM tu. Ramai yang akan terus conclude, kalau kerajaan berjaya mengekalkan pemerintahan, the next BR1M akan jadi RM1000.00. Wah! Macam masak spagetti guna Prego bila membuat kesimpulan. Semudah 1, 2, 3. Huhu.. Bila tak dapat, mula berasa hati, berendam air mata barangkali.

Ada satu hari, mak aku cakap, untuk memancing undi, masing-masing akan guna sebarang cara, sama ada baik ataupun buruk. Dan pada aku bantuan macam BR1M adalah satu cara yang baik. Mungkin ada orang akan menyampah sebab bila nak pilihanraya baru nak menghulur itu ini. Sekurang-kurangnya bantuan itu boleh membantu, ye tak?

Cuma sekarang, ada orang yang akan bersikap sudah diberi betis minta pulak peha. Dah bagi bantuan setahun sekali atau  enam bulan sekali, tak mustahil pulak dia minta setiap bulan demi menjamin sokongan. Dah macam bagi duit saraan hidup. Susah la macam tu. =.=!

Hari tu, ada sesi soal jawab dengan Menteri Besar Negeri Sembilan. Dia cakap *aku petik lebih kurang la*, kerajaan bagi bantuan untuk membantu, bukan untuk menyara. Sapa-sapa yang dapat bantuan, jangan la terus stop bekerja dan bergantung sepenuhnya dengan duit bantuan. Sampai bila-bila pun duit tu takkan cukup.

Sorry, entry aku ada unsur-unsur politik. Ni pandangan peribadi. Aku bukan nak promote kerajaan, cuma nak meluahkan isi hati *ooh, jiwang* bila ada orang berperangai macam tu. Biasala, manusia. Aku jugak tak mustahil jadi macam tu. Sifat bersyukur itu penting.*pakai kopiah*



** Aim baucar buku RM250.00. Bantuan khusus untuk pelajar IPT dan semua pelajar yang berkenaan dapat. Tersangatlah terasa kerabakan kalau beli buku rujukan pakai duit sendiri.


Ok, itu je.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Err, jangan lupa klik sini. Terima kasih..^^

Adios!



5 comments:

Unknown said...

LOL

mmg da namanya manusia

xpenah ngn puas

btw aku setuju sal brim tu

mohon bantu penganggur cm aku ni ehh

Unknown said...

err, err jadinya kena pangkah biru ker? ehh :P

tapi kan best jugak klu bantun tu jadi duit saraan hidup bulanan.. nnt bergiat la dgn gigih para2 pengganggur utk mganggur secara profesional...kukuku

nak taknak mmg terpaksa pangkah kerajaan...nak pangkah yg anti, perjuangan depa tak jelas...


*umur dh cukup lebih, tp tak daftar undi lg* =.='

Unknown said...

tapi, selalunya benda yang dapat free ni tak akan dihargai sepenuhnya daripada yang dapat dengan titik peluh sendiri. bila diguna untuk yang elok oklah. tapi kalau berserong tang lain. lain cerita. yang nak membantu dah jadi tak membantu malah merosakkan.

macam brim tu, kalau dapat dekat pak yang penagih tak ke habis gitu jer.

manusia ni bila dibagi, dibagi naik lemak. bukan nak membantah bila dapat tu, tapi mcm ada negatif bila dapat pada 'org' yg tak betul.

tapi bila tak bagi merungut.. grr..

Dakara said...

wah entri serius!

orang dah bagi kite trime jela, tapi tak boleh la nak lebih lebih ngada ngada pulak, mintak pelempang tu namanya.

bersyukurlah dgn ape yg dah diberi ye, lebih baik ada dr takde :D

Amirul Nadzri said...

@toffa: aku tak sure penganggur dpt bantuan ke tak..


@kopi: biru ada dua.. satu biru pekat, satu biru cair.. pilih mana ang mau..huhu so far, yes. puak anti mmg tak jelas perjuangan depa..

aku awal2 lagi dah daftar..huhu


@cik pensil: that's why org kata bersyukur tu penting.. bagi orang susah, depa akan fully utilized duit tu utk tampung mana2 yg tak cukup.. bukan setakat penagih jela. kalo dah nama tak reti menghargai, still tak menghargai.. aku risau jugak. asik bagi jek. bukan risau ekonomi, tapi mcm ang kata la..nanti naik lemak..


@dakara: tak la serius mana. kalo boleh di beri pelempang, mmg dah lama bagi pada yg mengada-ngada sgt.. tapi kuasa di tangan rakyat.. yup, bersyukur dgn apa yg diberi..