Saturday, February 23, 2013

Aku dan "Diam"

[Assalamualaikum..]

Dalam hidup ni, kadang-kadang kita perlu diam.

"Jangan menyampuk masa orang tua tengah berbual.." Selalu dengar, bukan?

Mungkin orang pendiam seperti aku *pendiam ke?*, akan mengalami kejutan budaya bila ramai orang yang peramah berada di sekeliling aku. Tanpa sedar, aku pun turut menjadi peramah. Lalu perbuatan usik mengusik mula berlaku. Bertanya itu dan ini. Bila mereka mula menggila, aku pun turut menggila. Malah akan menjadi lebih gila daripada mereka yang sudah berstatus Dewa Menggila.*status dewa lantas bertukar tangan secara rampasan* Seperti hilang kewarasan akal. Adakalanya aku terasa seperti sudah melampaui batas. Tidak lagi peduli dengan siapa aku berbicara.

"Takkan tu pun nak terasa? Kata gila tahap dewa?" *dewa baru nak naik mula lupa daratan* Maklum orang mungkin sudah terasa hati, tapi sengaja mengebalkan diri daripada terjahan kesedaran. Lupa dirilah tu.

Sepatutnya aku diam. Dari awal lagi. Bercakap apabila perlu. Menganalisis situasi sebelum berkata-kata. Jangan main terjah semua perkara. Bila terlalu banyak bercakap, kebodohan diri akan terserlah. Wajah yang buruk dipakejkan sekali sekali dengan perangai yang buruk takkan mampu mencantikkan diri.  

Bodohnya aku. *tersenyum sendiri* 

Perubahan watak secara mendadak akan menyebabkan kecacatan pada personaliti yang asal. Hakikatnya, tanpa bantuan sesiapa, aku cuma seorang manusia yang akan hanya mampu berdiam diri, memerhati tingkah laku orang dan menghadapi kesulitan dalam mengadaptasi persekitaran. Tersenyum sekali sekala bila lidah tak mampu menutur kata.

"Jangan ambil kesempatan atas kebaikan dan keramahan orang." Nasihat kepada diri sendiri berulang kali seperti seorang psiko. Tolonglah ingat..tolonglah ingat..tolonglah ingat..*kepala bergetar seperti sedang menurun nombor*

Maaf, pada sesiapa yang penah terguris hati dengan aku, apalagi yang sudah mengalami luka yang parah.

Kesedaran sudah tiba suatu masa dulu, cuma baru sekarang aku bertindak.



Ok, tu je.
Terima kasih kerana sudi membaca.


Adios!

12 comments:

Unknown said...

Kadang2 kita harus berhenti bila sedang sedap menyap nasi... tapi untk kebiakan tak salah... manusia itu tidak sempuran akal dan sifatnya, jadi tidak hairan lah kenapa kita sering berbuat silap.. itu normal... :)

Unknown said...

mohon abaikan typo noona tu mirul.. nak tidur ni.. tapi ternampak n3 mirus.. terus noons singgah and komen nite nite mirul :)

Unknown said...

ok siyesly i'm dan lampi sbb menaip dlm gelap ==

Dakara said...

err ko dah melukakan hati seseorang ke? tapi yang penting ko sedar, tu yang paling penting.

tak salah untuk bercakap dan beramah mesra, tapi biarlah berpada pada. kite rase mcm kite bergurau tapi pada orang lain mcm kite nak kena makan penumbuk pulak.

tapi kadang2 perubahan personaliti tu berlaku jugak dekat aku sendiri, bercakap tak ingat dunia bila orang tu kite kenal, sampai tahap aku cakap tak bertapis dan luar kawalan.

by the way selagi kite sedar ape yang kte dah buat, dan bersedia nak mintak maaf, tu lah yang terbaik :p

chill bro :D

Amirul Nadzri said...

@noona: ya rabbi, bnyk betul typo..huhu mungkin normal la kot.. manusia tak pernah tak buat silap..kan?*geleng2 kepala*


@dakara: aku harap kesedaran tu takkan berhenti setakat tersedar je. semoga ada tindakan susulan. huhu.. berpada-pada is the best, mcm ang kata.. pehh.. terasa caj2 positif keluar dari komen ang.. thanks!

Lina said...

senyap??diam?? aq rasa itu yang terbaik... aq ni pon jenias bnyk ckp.. tp bila terlalu byk cakap tkut jd merepek dan termengumpat orang plak... ehh apakah??? so jln terbaik kita senyap mulakan bercakap bila perlu.. tp jgn la terlalu nak sopan.. ekeke...

btw jgn menyampuk org tua bercakap.. aq suka mnyampuk.. tp xkena layan pon.. demmmm malu siot.. so aq akan buat hal sndri mndengar perbualan mereka... hahahaha..

bawak2 bertaubat....

Unknown said...

aku sangat terguris dengan hang, mohon hang belanja aku kfc sebakul dua utk mgubat hatiku yg penuh duka lara ni....*buat2 muka nk kene lempang*

akhir kata. terlajak perahu boleh gostan. terlajak kata, buat derk jerla..bhahhaha

bukankosong said...

diam kdg buat kita tak ramai kawan

tp diam ubi berisi takpe

Amirul Nadzri said...

@lina: takut termengumpat tu pun satu sebab kita kena diam.. bawak2 la bertaubat.huhu*capai tasbih*


@kopi: *lempangan diberi sedas dua* maaf la.. tapi aku tak dapat baucar cam lina utk membelanjaimu kfc..huhu *tambah lagi dua das penampar*


@bukan kosong: betul. tapi untuk mengekalkan persahabatan jugak kdg2 memerlukan kita diam..

Unknown said...

oohh..aku taktau lah adekah ko kategori pendiam selepas jumpa kau.. mungkin kott sbb aku tak banyak cakap dgn kau..

baik diam dari tak duduk diam..ehhh kbai.

Lina said...

eh mirul voucer buku tu xbleh tukar p kfc ke?? hahahahah

Unknown said...

mirul chill la

manusia mana tak pernah buat silap

juz mintak maaf dengan ikhlas

aku pena je sentap ngn ang

tapi kejap jela

LOL baik bercakap bila perlu, sebab kita diam pun orng mengata kita banyak ckp *cam aku pun orang mengata...


so juz be ur self LOL