Sunday, May 27, 2012

Aku & "Math" part 1

Assalamualaikum
......
Episod: Rasuah

Masa aku bertaraf budak hingusan, aku tak paham langsung perkataan tu.  Bila masa aku paham pun aku tak ingat since aku tak penah terlibat dengan gejala perosak bangsa berkenaan. Konon tak terlibat..

Bila dah dewasa nih, aku pikir2 balik, aku penah menerima rasuah, suatu masa dulu, semasa aku bersekolah rendah. Aku budak sekolah luar bandar, SK Gali. Tak penah dengar kan? Try la gugel, kot2 jumpa. So, cikgu2 sangatla gigih mengajar untuk mengangkat taraf pendidikan kitorang. Termasukla cikgu math yang paling digeruni, Cikgu Mohd Yassin bin Derahman, demi memenuhi motto sekolah kami, GAYA, MUTU, KEUNGGULAN. Ok, aku tipu bab motto tu. Tiga tahun aku berguru dengan beliau secara rasmi. Darjah 4,5 dan 6.

Kerja rumah daripada beliau? Takde alasan untuk tak siap. Bagila sebab apa pun. Asal takde bukti kerja dah beres, memang rotan penceria hidupmu. Takpun penampar kat belakang badan. Lelaki, pempuan, tengah2.. sume kena bantai.

Kerja yang dia bagi, hmmphh..aku rasa, yang paling banyak dalam banyak2 cikgu kat dunia nih. Latihan dalam buku teks Matematik KBSR darjah 4,5,6, semua settled sebelum peksa akhir tahun setiap tahun.

Style beliau bagi kerja rumah: 
"Bukak muka surat 24. Buat Praktis C semua, D semua, E semua dan Latihan Pengukuhan. Lepas tu,  bab Operasi Bercampur, A semua, B semua, C semua, D semua. Esok kita semak.."
Memang bergaya..kan?

** (huruf) semua: Praktis tu ada pecahan soalan lagi. 
Cth:
Praktis C
i.
ii.
iii.

**Latihan Pengukuhan
Paling hazab. Paling banyak dan ya ampun, bu..soalannya pulak berstatus advanced.

Bayangkan, kena buat dalam masa sehari. Masa tu aku pikir, gila apa? Ingat kena buat Math je? Sains, karangan BM, BI tak payah? Bagi latihan macam bagi ayam makan. Main tabur2 je.

Kerana terlalu banyak, ada satu hari tu, kawan baik aku, Naza, tak sempat siap. Menggigil kepala lutut kitorang walaupun aku punya dah settled. Duduk sebelah2 dengan meja bercantum.



Cara Cikgu Yassin semak buku:
Buku tukar ngan member sebelah. 5 atau 6 orang students pegi tulis jalan kira kat blackboard. Ikut turutan no.soalan. Beliau semak jalan kira dari tepi, sama ada betul atau salah. (amboi, kemain senang keje beliau) Buku kita, kawan yang tanda. Cam kes aku, Naza tanda buku aku, aku tanda buku Naza. (wah cikgu, goyang kaki nampak...huhu)

So, sapa student tak buat homework, partner kat sebelah tak boleh buat kat blackboard pasal jalan kira kat buku takde. Kantoi di situ.

Si Naza nih dah gelabah puyuh. Sib baik tak sawan. Buatnya kejung dalam kelas, memang drama. Aku plak, takkan nak report yang best friend aku tak siap keje. Aku tersepit antara hak dan batil. Sekali Cikgu Yassin announce, "Bagitau cikgu, sapa tak siap? Baik mengaku. Kalau cikgu sendiri check ada yang tak siap, dua2 sekali kena"
Aku, "Gulp!"

Tetiba, Naza cakap, "Weyh, ko jangan report kat cikgu."
Aku serba salah, "Kalau kantoi nanti, aku sekali kena. Buat rugi je aku siapkan keje dia.."
Naza diam. Dia pikir2 jap.
"Ok, aku bagi ko 20sen.. But please, keep your mouth shut." Ceh, Naza speaking London. Kitorang memang biasa speaking2 nih. Naza pun hulur duit.
Aku, "Hmm..okla"





20 sen ok. Bukan RM20. Bukan RM2. Punyala besar nilai duit masa tu pada aku walaupun dah tahun millenium. Huhu.. Masa tu aku darjah 6, tahun 2002. Kerana 20 sen, aku mendapat idea yang mencurah-curah ke ladang gandum nak cover dari kantoi. Sebelum tu, otak aku memang da bengap sangat. Dah macam Fei Mau yang bahu terhenjut-henjut tu. Dah ternampak-nampak kat mata, kena penampar kat belakang badan. Sakit wooo. Aku penah kena sekali darjah 5. Menangis siott..haha

Ok, tu je setakat nih..

Adios


















8 comments:

ღ♥ H I D A H A J I R A ♥ღ said...

~aku ingat, aku penah kene cubit dgn cikgu yasin masa drjah 3 pasal xsiap keje skolah arwah cikgu nizam.sume yg kene cubit tu menangis(arwah da buat muka serba salah mungkin kesian sebab anak murid dye kne mcm tu-msh ingat lg muka arwah masa tu).dan semua yg kne denda tu insaf sekejup. tp esok xsiap keje lagi.wahaha..ape2 pon sebab latihan terlampau cikgu yasin la kite kbyakkannye dpt A dlm upsr...:) ayat paling glemer cikgu yasin ," sy tak marah awak salah buat..sy marah kalau awak xbuat"...rindunya zaman skolah..uplod la gmbr skolah rendah (kalau ada)

p/s...ooo ni keje korang eh men rasuah?hahahha...giler superb la lukisan...mmg terbaik...!!buat lg entry ttg skolah..xsabar nak baca..

Tinta Maya said...

hehe . comel jer cite dia . aina pon penah ape jadi macamni . cikgu yg diceritakan diatas , iaitu cara dia bagi homework adalah sama seperti cikgu addmaths aina iaitu FBI .aina takpenah siap kot , buat sekerat jalan , dah taktahu tinggal gitu jer . nasiblah dia bukan jenis suka semak-2 buku. hehe :D

Husnalyas said...

haha. kerana 20 posen sanggup tggung akibat kn? dlu penah kne rotan ngn guru bsr sbb mls dtg kls tambahan. mmg best! :D

pet said...

20 sen pn still berjaya tuk simpan rahsia.. cayalah :D

Unknown said...

hahaha kelakar la cita kau, best pulak baca :)

faizahabdwahab said...

dulu 20 sen pun rase banyak =)

Amirul Nadzri said...

Hajira : Sifu wei, tu je sekali aku men rasuah. aku nih jujur orangnya..haha. tapi, mmg insap lepas kena rotan.

miss aina: untungla dapat cikgu baik..sob3x..

Husnalyas: 20sen tu boleh beli cekedis tahu.. kitorang pas kena rotan kena cakap, "terima kasih cikgu"..

~~oopet~~: kuasa minda separa sedar, haha..

atyrah: kelakar ke? pepun, tq baca..

faizahabdwahab: mmg banyak. time cuti sekolah, takde duit belanja sekolah, so, mak bagi bajet 20sen je sehari. pepandai la idup..haha

Wan said...

Nice blog.. Xsangka ko ingat lagi semua tuekn.. Jom jengok blog aku plak..