Friday, July 6, 2012

Aku & "Aku Nak Ang Tau.."

Assalamualaikum..
......

Dear, cik adik..

Aku nak mintak maap, kalo sepanjang kita berkawan, aku selalu cakap guna bahasa kasar ngan ang. Takdak "saya,awak", "I, you", "gegurl,boboy", "papa, mama" serta lain2 panggilan yang selalu kapel2 lain guna. Kalo aku nak listkan, penuh satu page entry ni nanti. Aku bukan apa, aku rasa lemas perut atau senang cakap, aku geli  ngan panggilan yang terlampau manja. Panggil rilek2 suda la. Kita bukan ada apa2 hubungan sampai kena panggil "papa,mama". Papa,mama? Puihh..bila ang beranak? Huhuhu.. Tapi, aku nak ang tau, dalam hati, aku berharap aku dapat guna, "abang,awak" suatu hari nanti.


Aku nak mintak maap kalo selama nih aku kasar ngan ang. Kadang2 buat tak layan. Lalu kat sebelah, buat2 buta. Bukan apa, aku malu nak senyum pasal gigi aku besar. Ok, alasan tu aku tipu. aku tak konpiden sebenarnya nak tegur. Siapalah aku..huhu Maap jugak bila mana kalo aku penah tertinggi suara. Tu kelemahan aku. Aku agak hot-tempered. Sifat dominan sebagai lelaki kadang2 menguasai. Ditambah dengan hasutan syaitan. 

Setan, "Aku pulak.."

"Yes, ko setan! Ko lah yang banyak membuat onar!" 


update: ini adalah teknik menghapuskan nyamuk di pipi awek tanpa perlu sentuhan kulit ke kulit..
Kadang2 ang kol, aku tak jawab. Ang mesej aku tak reply.. Tu pasal aku tak perasan. Hubungan aku dengan telefon bimbit terlalu dingin. Takdak kredit satu hal. Aku selalu tinggal nset kat bilik. Mana2 aku pegi, main tenis ke, kafe ke, mahupun menengok tv, nset tak pernah mendapat tempat di sisi aku. Dalam fb pun sama. Jujur aku nak bagitau, bila ang kol, dan aku jawab, seluruh otot aku menggigil. Aku rasa nak demam. Nak tertanggal rasanya jantung aku bila dengar suara ang. Bila ang cakap, ang baru nak say "Hi" tapi aku dah log out fb, masa tu aku rasa sedih gila. Aku rasa down. Rasa bersalah.  Dua tiga hari aku tak senang duduk.. Dan aku percaya, kalo kita jarang berhubung, rasa rindu dan sayang tu semakin kuat..huhuhu Sebab tu bila dengar suara, jantung boleh luruh..kui3x..





Aku jugak nak mintak maap, bila birthday ang, aku tak penah bagi hadiah. Even aku selalu lupa bila birthday ang. Kalo aku bagipun, aku bagi hadiah murah. Tu sebab aku takmau relation kita dimulakan dengan pemberian material. Contohnya, aku bagi ang cincin harga RM20, nanti birthday aku, ang bagi baju harga RM50.. Birthday ang tahun depannya, takkan aku nak bagi hadiah bawah RM50.Ok, tu semua alasan. Tapi aku nak ang tau, hadiah aku yang paling ikhlas, doa aku untuk ang. Tu hadiah seikhlas hati, yang orang lain tak boleh pertikai.



Nan eojjeorago
Nae modeungeol dajugo neoege dabachyeo
Ije nameungeoragon naegen neobbunya
Deoisang nareul pihajineun ma deoneun

(sori, aku terbawak-bawak dengan lagu Seungri nih..ok, ok, aku fokus balik)


Bila ang cakap ang dapat offer belajar kat oversea, aku terdiam. Aku taktau nak kata apa. Aku happy ang dapat pegi sana, pada masa yang sama aku sedih.. Boleh pulak takdak rasa sedih, kan? Tapi, bila aku pikir secara bijaksana, tu peluang terbaik untuk ang. Timba ilmu di negara orang. Pehh..ingat senang ke nak dapat? Ang dah usaha selama ni. Bila dah dapat, takkan ang nak tolak.. Huhuhu.. So, aku support ang, ok? Bangga jugak cik adik belajar di negara orang. Nanti, kalo ang dapat mamat oversea yang lagi baik dari aku, ang bagitau ok.






Ok, aku dah taktau nak tulih apa.. Sebelum aku bukak cerita pasal menda lain, baik aku blah? Betul tak?? Haha..  Perangai aku ni cam celaka sikit.  Yang penting, aku nak ang tau, aku sayang kat ang. 


Ok, tu je..
TQ for reading.. entry yang agak sengal dari aku..huhu


Adios! 








21 comments:

Syakir Rahman said...

hahahaha...sengal2 pon tpi aku stuju ngan semua yg ko cter kn ni... bese la laki ye dak...

PariPariPutih said...

apa la punya sadisnya citer ang ni mirul... tapi aku tau org lelaki ni pun ramai jer yg emo, cuma ego lebih sikit jer tak nak tunjuk sangat kan... aku pun suka cara ko ni... pasai awek ang yg belajar overseas tu ko jan risau la.. klw jodoh x kemana. As simple as that.. atw itu mungkin cara allah nak bagi ko laluan utk temukan ko dgn jodoh ko yg sebenarnya.. wallahualam... apa jua yg baik itu dtnya dari allah..

p/s: ko kurang2 kan la sikap panas baran ko tu kan...

ok aku pun adios... ni tetiba terbangun se awal kul 4.30 pagi sebab malam tadi aku tertidur awal.. keh keh keh >.<

QweensheesZ said...

amboehh...kau demam ka nehh mirul...
ngehehehe!
anyway,
so sweeet...,,
Qween doakn kowang dua..^^

leakedknowledge said...

3 kaki. ehem ak nmpak apa yg hang cuba lakukan di situ. haha. ak pon xleh nk bg pendapat byk sgt sbb ak kn forever alone. dulu2 tu penah la ade awek tapi ak telah di'dump dgn sbegitu kejam..ak mmg geli gile bila couple2 yg gne PAPA/PA dan MAMA/Ma ni..mau bg tendangan maut pendekar laut sjuta HP pon ada mcm lukihsan ko kt atas ni.hhaha

kalu die jodoh hang, hang kne la jaga hunungan hang tu leklok lebih2 lg PJJ ni..perhubungan jarak jauh yang mmerlukan komited yg tinggi. err ak mls nk komen byk sal cinta ni sbb ak dh lama bersara arena cinta-cintun ni..hahha. nk tau lg byk tips guugle kt internet.berlambak.

P/s: Snsd ak kurang layan dh skrg, ak layan fx dgn bigbang, tgh layan album 'hot summer' fx dgn 'still alive [special edition] bigbng. Dh beratus2 kli dh ulang..hahaha. byk lagu2 best hampir smue lagu kot.huhu

Ety said...

AMARAN : komen panjang berjela. nak baca, bacalah. taknak baca, sudah :P

kau tau tak. entry kau sweet. kalau aku jadi cik adik, aku akan senyum sorang2 baca entry. soal panggilan tu, tu hak individu. hak masing2. takde syarat pun nak meletakkan bila together, nak kena panggil sweeet2. yg penting hati.

tiba2 teringat cerita aku. kepada Torres : jgn risau Torres, aku pun pernah didump dgn kejam, tanpa alasan. taktahu salah aku kat mana. dan aku juga diminta berkorban. mak ayah dah jumpa pun. haha. malas nak ingat. tapi tu benda yg aku jadikan pengalaman.

kau tahu, bila kau buat keputusan untuk lepaskan dia kejar prioriti dia dulu, tu keputusan yg bijak dari kau sbg lelaki, yg mungkin akan menjadi pemimpin dia nanti. aku tahu , mmg sedih sbb lepas ni dah berjauhan. kau tak nampak dia, dia tak nampak kau. at least sebelum ni boleh la nak usha2 okay ke tak dia. lepas ni dah takde.

tapi tapi. kau kena ingat, ni satu fasa dalam hidup dia. so relakan dia ya. kau pun nak dia happy kan ? alaa chill je, sekarang teknologi dah canggih kan. skype ada. ooVoo ada. *kalau malu, kau skype tapi offkan je video. hehe*. masa ni la kau nak tunjukkan rasa caring kau kat dia, sesekali skype dia, tanya khbar. tanya dia keadaan kat sana macam mana. borak macam kawan, so dia pun selesa nak bercerita dgn kau.

soal jodoh, itu rahsia Allah. kita hanya boleh merancang, dan berusaha untuk mencari yg terbaik, tpi pengakhirannya tetap rancangan Allah. kau berdoa banyak2 ya. kalau jodoh tak kemana :)

p/s : kalau kau tak sedar lagi, meh aku bgitau. sbenarnya kau ni sayang sgt2 kat dia. jgn tanya aku kenapa sbb aku boleh nampak :)

ღ♥ H A J I R A ♥ღ said...

yoi suda pandai!! haha...typical words.. sorry :) moga panjang jodoh dgn si dia.hihihihihihiiii :D

Syakir Rahman said...

ety,aku rasa kau dah ley wat entri kt blog kau da ni...ngahahahahah

Amirul Verdasco Nadzri said...

@Syakir: Sebagai lelaki, ang kena jugak setuju..kui3x..

@PPP noona: Noona org 1st ckp citer aku sadis..haha Ko hade?? Baik, aku akan ikut semua nasihat noona.. gila awal ang bangun..

@Qween: Aku tak demam pun..huhuhu.. TQ qween..

@Torres: Aku tau ang phm.. PJJ? Hak3x..Pengajian jarak jauh? Tak aih.. aku still anggap dia as SBF, special best fren.. Sebab tu aku mendaftar kat team single ang..hahaha

Aku skang pun tgh layan still alive..huhuhu

@Ety: Hahahahaha..sikit punya panjang komen ang.. Nanti aku kopi buat entry.. Aku pun taktau gi mana mau reply..huhu

Weh, ko pun ada 6th sense ke?

@Syakir: Aku setuju ngan ang..

@Sifu: Alamak, sifu baca plak..*malu3x*

PariPariPutih said...

Nasib nama Noona tu sedap jugak le aku mendengaunye kan. A..aa trust me... klw ko bercinta bagai nak rak pung (macam aku le bercinta 10 tahun first love kunun) last2 kawen dgn org lain.. tak ke sadis namanya tu?? so biarlah takdir dan masa yg tentukan.. itu jalan terbaik... (tapi tak semestinya cenggituu kita x leh contact2 pulak kan)... follow the flow la... bukan follow florida tu.. keh keh keh ^^

leakedknowledge said...

itula pasai..pjg komen hang ni lebih pjg dr n3 blog ak..hahaha

JaNnaH said...

alo-alo sweet nyer entri ni.. arap die baca and pham ang ek.. =)

Liyana Izzati said...

Fuyoo terbaik terbaik. Aku rasa awek lu yang baca entry ni mesti terharu punya lah. Hahaha. Doakan jodoh korang :)

Husnalyas said...

entri untuk marka? hahaha. suwit~

|shuhadaothman|TM said...

so sweet weh. haha. gue tunggu jugak kot balak gue nak buat entri mcm ni. kompem tharu. ^^

Kamal Lee said...

Yes ! Aku dapat habis kan bace entry kau. Jarang aku bace entry panjang sampai habis. Hewhew.
Okayy, standard la lelaki. Kita orang laki laki ni susah sikit nak tunjuk betape besaar nye kite saaaayyyaaang kat orang tu. Ye dak?
So, enjoy and live your life.
Hope kau akan bersame die sampai bile bile.
Chill. :))

Munirah Shamsudin said...

Hyung, Oppa tak boleh blah. Kahkahkah T__T

Amirul Verdasco Nadzri said...

@Noona: Sadis sungguh cerita dikau, noona.. yep, biar takdir dan masa menentukan..

@Jannah: Beliau dah bace pun..siap komen kat fb..kui3x..

@Husna: Suwit ke na? Ni entry utk special best fren..huhuhu

@Shu: Balak ko pun blogger? Hahaha..

@Kamal: Tu la..terpanjang plak entry aku nih.. Tq, bai..

@Mun: Suke2 aku bubuh nama mun.. besela, pengaruh korea..hahahaha

Natasha said...

sweet!

CikZaitul said...

itu bukan sengal ..
itu namaye angau..

hmm...hmmm..hm...

teringat aku, kasih sayang bapa tak tunjuk kat anak-anak dia,
cara ko macam ni lah... :)

aku meneka je.. :)

putryteya said...

adeehh .. macam ni punya entry pun sweet sangat sebenarnye . :)

cara kami pun lebih kurang sama macam awak berdua . haha . berhang aku ja , kdg2 ... si dia perangai cam awak . awak buat saya rindu kat dia . uwaaaaa ..... !!

Tuan Norhafiza Tuan Mat said...

So...what about now?